Wednesday, November 5, 2008

@Norman bersedia terima Memey isteri kedua.

Follow up.

Ish dh jadi bahan gossip lak blog aku.Tetibe hits aku naik sbb kes dua org ni.Bagus gak, byk skit point nuffnang aku.Setelah mendapat permintaan drp cik Jaszminedeezee(salah eja mintak ampun.) utk tepek berita ni.Siap suruh aku tulis lagi,"Sile bg warning pd peminat2 Norman skali.Huh.Benci sungguh aku.Teremo plak.".Aku tau mmg ramai yg emo kisah tragis menimpa Abby ni.

Nah, aku dh quote kan skali warning ko wahai cik Jaszminezdeezee.

From utusan:

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Aktor popular, Norman Hakim buat kali pertama mengakui, dia bersedia menerima pelakon muda, Memey Suhaiza sebagai isteri keduanya jika itu yang ditakdirkan oleh Allah.

Biarpun tidak mengesahkan yang dia mempunyai hubungan serius dengan aktres berusia 20 tahun itu, Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 32, berkata, sebagai umat Islam, dia akur dengan ketentuan qada dan qadar.

''Ketika ini, dalam hati, rasa kasih dan sayang pada isteri saya, Abby begitu menebal. Setiap hari, saya berdoa pada Allah biarlah maut yang memisahkan kami berdua. Saya tidak mahu berpisah dengan Abby melalui perceraian.

''Namun, pada masa yang sama, saya tidak mampu menolak ketentuan andai saya dan Memey bertemu jodoh satu hari nanti,'' katanya ketika dihubungi wartawan Utusan Malaysia, SAHARUDIN MUSTHAFA di sini hari ini.

Norman berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kononnya dia dan Memey sudah merancang untuk berkahwin.

Bagaimanapun, rancangan tersebut dikatakan terpaksa ditunda berikutan dia dan Memey ditangkap berkhalwat di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana, Hulu Kelang, Selangor pada 30 Oktober lalu.

Sehubungan itu, pelakon utama drama bersiri Gerak Khas itu berkata, jauh di sudut hatinya, dia berkongsi rasa kasih dan sayang dengan banyak pihak.

''Ada 'wilayah' dalam hati yang saya bahagikan pada Allah, pada ibu dan ayah, pada isteri saya, anak-anak dan untuk orang lain juga.

''Bila saya fikirkan masalah yang sedang saya hadapi ketika ini, adalah lebih baik saya berterus-terang berhubung perasaan yang sedang saya alami ketika ini,'' jelas Norman yang berkali-kali menyatakan harapannya agar Abby memahami kedudukannya ketika ini.

Menurut Norman, dia tidak mampu untuk menghalang Abby meluahkan emosinya seperti yang berlaku di lokasi penggambaran Gerak Khas semalam.

''Saya mahu mencari penyelesaian terbaik dalam hal rumah tangga saya dengan Abby. Saya cuba memahami keadaannya ketika ini.

''Saya juga menyedari yang Abby seorang ibu yang baik buat anak-anak kami. Saya sangat menyayangi dia.

''Tetapi, kalau sudah tertulis takdir lain, apa daya saya sebagai manusia untuk menolaknya,'' ujar Norman lagi.

Ditanya kenapa dia beria-ia mempertahankan Memey dalam kenyataannya semalam, menurut Norman, Memey merupakan 'penyelamat' kepada keadaan yang dialaminya ketika ini.

''Abby hadir dalam hidup saya sebagai pembakar semangat. Memey pula hadir sebagai penyelamat dalam kehidupan saya."(sungguh ______ ko ni.isi la ape korg nak isi kat sini.)

''Saya perlu mempertahankan Memey kerana dia juga ada keluarga yang terpaksa melalui episod ini.

''Seperti yang saya kata, ada banyak hati yang perlu saya jaga. Jadi, saya harap Abby benar-benar memahami keadaan saya ketika ini. Saya tahu saya dan dia (Abby) masih ada masa depan demi anak-anak kami,'' kata Norman yang berhasrat untuk merujuk kepada pihak yang arif yang boleh menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Pada masa sama, Norman berkata, dia akan memohon petunjuk daripada Allah dengan solat sunat istikarah.


Ni berita no 2.aku cilok dr cari:

Norman: "Abby-Memey sama-sama penting dalam hidup saya"
Oleh WAHIDA ASRANI


NORMAN-ABBY BERSEMUKA... Urutan rangkuman enamgambar detik Abby berada di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dankemudian bertemu dengan suaminya, Norman Hakim di Wangsa Maju, KualaLumpur kelmarin. (Ikut jam) Abby menitiskan air mata ketika menemuiwartawan, kemudian meninggalkan kawasan mahkamah dengan dokuman,menemui Norman di lokasi penggambaran, menyerahkan dokumen, pasanganAbby-Norman berjalan untuk mengadakan perbincangan 45 minit dankedua-dua mereka berdepan dengan wartawan.



PETALING JAYA: Meskipun didesak oleh isterinya, Abby Abadi untuk bercerai, aktor Norman Hakim yang cukup sinonim dengan watakInspektor Haris dalam drama bersiri Gerak Khas, tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan mahligai yang dibina lebih enam tahun lalu.

Bagaimanapun setelah berkali-kali soalan tentang hubungannya bersama pelakon baru Memey diajukan, Norman memberitahu mStar Onlinehari ini, pelakon muda berusia 20 tahun itu dan Abby, yang juga pelakondan bekas penyanyi, adalah dua insan yang 'istimewa' baginya.

Minggu lalu, Norman dan Memey ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor di pejabat Norman di Ukay Perdana.

Kelmarin pula Abby mengunjungi Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timuruntuk memfailkan tuntutan bercerai tetapi tidak kesampaian keranadokumen yang dikemukakan tidak lengkap termasuk tiada butiran lengkapmengenai Norman.


MEMEY SUHAIZA

ABBY TETAP MAHU CERAI - DI SEGMEN BERITA

"Saya tidak mahu menafikan atau pun mengesahkan apa-apa. Cuma apayang boleh saya katakan di sini, kedua-duanya memainkan peranan penting dalam hidup saya.

"Abby adalah seorang isteri yang sudah banyak berkorban untuk saya... dialah yang sentiasa memberi semangat untuk saya terus bertahan di dalam karier dan kehidupan saya sehingga kini, tetapi saya tidaknafikan pada masa yang sama, Memey pula sentiasa memberi inspirasi di dalam apa yang saya lakukan.<-siot je ko Norman.

"Saya tidak mahu menidakkan atau mengesahkan apa-apa di sini. Saya takut, jika saya terus menafikan tetapi andai kata Allah sudah tentukansaya bertemu jodoh dengan Memey, masyarakat akan terus berkata sayabersandiwara pula.

"Saya masih menyayangi Abby sepenuh hati saya. Dia adalah ibu dan isteri yang terbaik.

"Tetapi dengan kuasa Allah, andai benarlah Memey ditakdirkan jodohsaya, saya tidak akan menolak untuk jadikan dia isteri kedua saya,tetapi saya tidak akan ceraikan Abby, kerana saya tetap sayangkan dia sampai bila-bila," kata Norman.

Dalam nada tegas, aktor berusia 32 tahun itu berkata, dia akan terus berusaha agar kekeruhan rumahtangganya itu dapat diselesaikan segera,tetapi bukan berakhir dengan jalan perceraian.

"Saya tidak akan serahkan lagi dokumen perceraian yang diberi olehnya tempoh hari.Seboleh mungkin, saya ingin ia berakhir dengan cara yang baik. Saya kenal Abby... dia memang nampak 'keras' di luar, tetapi hatinya cukup lembut.

"Saya tahu dia masih inginkan saya dalam hidupnya, termasuklah demianak-anak juga. "Saya ada menghantar SMS kepadanya malam tadi dan sayaberitahu dia 'hanya maut yang akan pisahkan kita', tetapi tiada respondaripada dia.

"Saya tidak kisah untuk berjumpa dengan pakar kaunseling. Malah,saya harap pihak media juga boleh menjadi platform untuk kami berbaik.Saya tidak mahu lagi masalah rumahtangga saya menjadi satu 'pementasan'pula.

"Insya-Allah, satu masa nanti, saya harap saya dapat membawa Abby dan Memey sekali untuk bersemuka terus dengan wartawan," kata bapa kepada tiga cahayamata iaitu Mohamed Danish Hakim, 5, Marissa Dania Hakim, 3 dan Maria Danisha Hakim, sebulan setengah.

Kata Norman, dia menganggap 'serangan' Abby yang turut disertai pihak media di set lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas Isninlalu adalah satu petanda bahawa perceraian yang diminta itu sebenarnya tidak 'direstui' oleh Allah.<-mmg la Allah tak restu cerai berai ni tapi segala taklik ko dh langgar kan?anak yg merah lagi tu ko bape kali jenguk je kan?mmg aku emo betul ngan si botak ni.

"Saya bersyukur sebenarnya dia datang ke sana dengan memba wawartawan dan pada masa yang sama dokumen perceraian pula tidak lengkap.

"Ini sekali gus menunjukkan macam-macam benda yang menghalang kami dari bercerai.

"Saya faham perasaannya. Pada hari itu, bukan sengaja saya ingin pertahankan Memey, tetapi saya mahu semua orang faham, saya ingin jag ahati Abby dan Memey juga kerana saya rasa saya bertanggungjawab atas apa yang terjadi ini. Bukan bermaksud melebihkan mana-mana pihak.

"Saya ingin dia dan saya sendiri sama-sama membaiki kelemahan diri.Saya sedar, saya mungkin bukan suami yang baik dan saya akan berusaha untuk perbaikinya. Saya tidak mahu keadaan bertambah buruk," kataNorman.

Ujarnya lagi, dia memang tidak pulang ke rumah sejak kes khalwat itu untuk mengelak pertengkaran dengan Abby. Namun, jelas Norman, bila keadaan kembali tenang, dia berharap dapat bersemuka dengan Abby secarabaik.

"Ketika ini saya tinggal di rumah saudara-mara.. kadang-kadang diBangsar dan adakalanya di Kuala Lumpur. Buat masa ini, saya mahu keadaan reda dulu dan mungkin selepas itu saya harap kami boleh selesaikan dengan baik.

"Tak guna untuk berdepan sekarang kerana saya yakin pertengkaran pasti akan berlaku," kata Norman.


So, cik Jaszminedeezee, saye sudah tepek ini berita.Ko nk org ramai temankan ko ek sakit ati ngan statement abang polis botak ni kan?Aku dh join dh ni kelab emo ko.Sape lagi nak join?

Bg aku, mmg tak patut si NH ni wat camni kat family die.Kalo alasan die nak jaga ht Memey, apsal mase die wat hal die tak pulak jaga ht anak bini die.Tp dgrnya dorg mmg dah nikah kat Siam.Ikut logik dgn statement2 NH tu, bela sgt si Memey, mcm dh nikah je lagaknye.Ape2 la..later kita tau jugak kebenaran.

Time ni la baru nak sebut hal anak, hal agama.Mase abaikan anak bini, takde pulak ko ingat ye.Oh aku bertambah emo.Baik aku stop sebelum aku jadik hijau.Jaszminedeezee, sile komen.Ayuh!


9 comments:

  1. bagus2...liputan meluas..huhu..aku harap abby dpt sabar dgn dugaan tuh...n aku harap lepas ni kalo org tnye kenal tak NH?aku akan ckp...who the h*ll is that?sorry NH.aku plg benci lelaki yg abaikan ppuan...terutama ISTERI die plak tuh...haih~~~

    ReplyDelete
  2. huhu da taip panjang2 aku padam balik..
    and aku nk ckp 1 je..
    kanibal!! kanibal!! lari!!!

    ReplyDelete
  3. kuang ajar gak memey tu jwb slamber je dkt abby..

    sy de xperience, ada kwn yg kwn ngn laki orang ni.. sj nk tau sbb..`

    nk tau ape sbb dieorang? kbynkkn yg curang, sbb laki ni x 'puas' kot..

    ala, malu i nk sebut, tp, ni fakta la,bkn auta..

    memey tu, prasan bagus la tu..

    silap², dh kawen nnt, anak 1 dh lg teruk dr abby..

    abby bulat² pon chantek..

    haih, sy mmg mrh ngn kes norman ni, tp, mls nk tulis kt blog, if tulis, phm je la, mau kuar ayat xpatot..`

    kalaulah jumpa memey skrg, mau sepak sket² nehs..`

    ReplyDelete
  4. no komen lah..

    tapi memang NH siot..

    tu je..

    p/s : dh tukar jadi hijau jugak..

    ReplyDelete
  5. huh, aku nak join jugak ni, emo emo emo jee aku baca ayat si n.hampeh 2:(

    ReplyDelete
  6. emo je baca blog ko lisa..
    hangin sebadan jap aku..

    aku dah siap sound adi..siap2 perli2 lg..'jgn gtl2..'
    ksian dia..pasal kes nih..laki aku pon jd mangsa keEMOSIan aku..
    ngeh3..

    PMS ek???

    ReplyDelete
  7. kpd semua,
    yeeeeeeeee sungguh emo bace bende ni sbb kite perempuan kan.hanya wanita yg dpt faham.lagi2 sape dh kawin mesti rase takut bnde tu terjadi.yg x kaiwn lagi pun msti takut2 dh nak kawin.cume dinasihatkan supaya kite same2 la menjaga prhubungan dan menjadi insan yg bertanggungjawab.semenjak 2 3 menjak ni jmpe org pun msti cite emo pasal ape yg si NH ni buat kat anak bini die.

    to apet,
    kalo ko rs kanibal, ko bace je tajuk, ko terus klua je dr sini ok.:)

    ReplyDelete
  8. oh, betambah emo baca kenyataan norman dlm bipop berita harian hari ni..

    arghhh`

    ReplyDelete