Saturday, January 31, 2009

Aku Lapar.

Caaaaaaaaaak.

Yeah dah sihat. Alhamdulillah.
Cuma ada batuk-batuk kronik, tapi badan dah tak panas. Mintak maaf kat housemate aku kalau diorang tak dapat tidur malam sebab bising aku batuk kuat sangat. Tambah-tambah malam ni budak 2 orang tu tidur kat luar. Bilik aku pulak depan hall je. Sorry.

Sewaktu bersiar-siar di web 8tv tadi, aku layan OIAM3 episode 2. Tiba-tiba rasa macam kenal mamat sengal sorang ni. Geli aku tengok. Dah nak jadi ala adik-adik gitu.

Nah, ex-saujana, yang dulu duk bernasyid dan berdakwah, last-last jadi ala-ala auw dah. Zaman aku sekolah dulu, sekolah aku tu skema tak payah cakap la, bagi orang dengar lagu nasyid je. Aku dengar lagu Saujana ni sebab diorang budak-budak SMAP Kajang (ke SMAP Labu, tak ingat) dan diorang ni pandai-pandai. Aku pun tak tahu apa kaitan budak tu pandai dengan lagu yang dia nyanyi sebagai alasan untuk aku dengar lagu diorang. Anggap jela aku tak matang masa tu. Masa orientasi, lagu 'Keluarga Bahagia' ni kalau pasang mau nya nangis 1 dewan sekolah teringat kat mak bapak kat rumah. Padahal rumah 30 minit je pun dari sekolah. Feeling tak pasal-pasal.

















Geli tak? Nak lagi?

Tak payah la..Geli aku nak tayang banyak-banyak.


Sila jangan suruh aku letak youtube kat sini. Nak tengok, pandai-pandai la bukak sendiri kat website 8tv tu. Tips: Episode 2 Part 2 Minute 4:44. Aku tak ada niat nak bergossip pun, cuma terkejut je tengok orang yang dulu duk bernasyid bagai ni tiba-tiba ala-ala sutun pulak. Yeks!



http://telagabiru.net.my/homepage/images/stories/album/nasyid/TB0051-SAUJANA-RAHSIA.jpg

Ni gambar dulu-dulu before make over gitu.

Thursday, January 29, 2009

Alam Medic

Aku dpt M.C esok. Demam aku, kategori high fever walaupun aku tak high pun makan ubat. Boleh jugak la kalau nak risau kena Chikungunya ke, Selsema Burung ke, Denggi ke. Tapi takde pun bintik-bintik. Cuma kahak adalah berdarah dan suhu, 39.6 degree celcius.


Esok, kalau ada sesuatu yg sangat penting untuk aku ke opis, aku akan pergi, kejap je la sambil menyayang-nayang M.C. Tapi by default, aku cuti.

Sekian, tak payah jeles sebab aku cuti sebab aku sakit. Bukan dapat cuti free pun.

Thanks Dr. Raj Alam Medic, walaupun masa aku masuk consultation room, aku nampak dia tengah loading cerita Tamil kat Youtube.

Wednesday, January 28, 2009

Breacol Tak Guna! Updated

Ah tension gila la aku. Batuk tak tertahan-tahan sampai bengkak dah haaaa tonsil aku ni. Anak tekak aku ni dah terluka lalu terguris akibat geseran udara batuk aku ni. Sakit yang amat.

Tadi kan main aku dh wish gudnite kat pakwe aku pasal nak tido. Kesian Eddy bawak kete sorang-sorang dr kampung tadi. Aku hanya mampu tidur dan komen aircond kereta adalah sangat sejuk. Demam la katakan. Ada la ngada-ngada sedikit di situ. Dah la dia pun dah nak berjangkit demam dengan aku. Kalau la aku sihat, dapat la aku take over stereng kereta tu barang sejam dua. Bukannya dia tak dapat drive sorang, tapi aku rasa kesian pulak, mesti sebenarnya dia ngantuk dan penat. Dah la malam tadi tidur lambat pasal pergi borak dengan pakcik aku. Biasa kalau dia mengantuk, aku tolong la drive kejap sampai dia rasa OK balik. Sorry ye dear sebab dah menjangkitkan demam. Anyway I lap U!

Sampai sekarang aku tak dapat tido pasal batuk yang kronik ni. Dah bape banyak ubat aku telan. Takde kesabaran sungguh. Panadol tak main la, dah immune dah dengan badan aku ni. Takde effect langsung. Last-last bantai ponstant 2 bijik. Ubat sakit tekak dah habis 1 plastik aku kerjakan. Aku dah telan Breacol dengan sukatan yang dicadangkan tapi takde effect langsung. Last2 dari separuh botol, aku telan je semua sampai habis. Aku tak tau la esok apa jadi kat aku.

Kalau la esok aku dah tak bangun2, harap korang ampun dan halalkanlah segala yang aku terpakai, terminum ke terambil hak korang. Worst case scenario la ni, aku mati esok mabuk ubat. Gilo apo? Emo tak pasal-pasal. Tak sempat aku withdraw gaji kat Maybank ni kalau mati esok.

Tapi takpe, aku tau, banyak mana ubat aku telan, badan aku ni dapat je terima. Paling hazab pun aku pening kepala, tidur tak bangun-bangun. Esok aku nak MC la. Serius gua tak larat.
Bye.

UPDATED:

p/S: REHA, mekasih banyak2 sebab tolong aku untuk pindahkan PC aku. Ala, rasa bersalah teramat sangat kat ko ni. Tapi, betul tau aku demam. Dah 4 hari ni. Langsung aku tak reka cerita. Ko pun dah dengar kan betapa hazab nya suara aku pagi tadi. Aku baru bangun ni tau.

Tuesday, January 27, 2009

Panas Panas Masih Lagi Panas

Aku sekarang demam panas. Adakah chikungunya( nak sebut dan eja pun tak pandai).

Aku berjangkit dengan adik bongsu aku lalu aku menyebarkan virus pada baby cousin aku dan mak aku. Edy pun hampir kena demam jugak sebab aku. Aku rasa bersalah terhadap ahli keluarga dan masyarakat.

Esok aku memang ambik cuti tapi aku rasa aku memang tak larat nak pegi kerja lusa. Dah makan ubat pun o.k kejap, kemudian panas balik. Bukan panas biasa tapi memang sangat panas.

Haruskah aku mengambil M.C selama 2 hari? Tapi bukan ke budak-budak building aku kerja kena pindah ke building lain ke? Aghhh, aku kene datang kerja kah????

Kepada officemate yang membaca blog ini, kalau aku tak muncul langsung ke office, aku adalah M.C , ok!

Doakan daku segera sembuh. Tapi jika demam panas ini mampu mengurangkan barang sekilo dua berat badan aku, aku gembira.

Sekian.

Thursday, January 22, 2009

Aku, Menangguh dan Kecuaian

2 sifat buruk tu memang sifat aku. Suka mengangguh-nangguhkan sesuatu dan cuai. Tapi kalau bab belajar masa kat U dulu-dulu, menangguh ke last minute sangat berkesan. Sebab, kalau aku mula belajar dari awal, 1 apa pun aku tak ingat. Tapi kalau last minute, aku dapat pulak ingat apa yang aku belajar. Kiranya, menangguh yang tu, takde kesan buruk pada aku.

Malam tadi baru aku tiba-tiba teringat pasal handphone lama aku. Handphone tu aku guna utk urusan rasmi dulu-dulu dan banking. Akibat kecuaian, aku selalu je lupa mana aku letak handphone tu, kadang-kadang tertinggal kat ofis 2,3 hari, sebab kegunaannya, hanya untuk urusan yang serius je. Takde nye manjang je aku nak berurusan serius2 ni. Malam td aku ternampak handphone tu kat celah-celah bantal, baru aku ingat yang number tu dah lama aku abaikan. Dah la tak top-up, sebab aku ada lagi 1 number yg pakai postpaid, so buat apa la aku rajin-rajin nak topup yang tu. Nak matikan servis, aku sayang number lama tu. Kawan-kawan lama pun banyak ada num aku yang tu.

Alih-alih, aku tengok malam tadi, servis handphone dah tamat. Huhauhauhuuaa cuak saya. Aku call maxis, tapi diorang tak dapat solvekan, so aku kena pergi maxis centre. Nasib baik la, kat Sunway Pyramid ada. Dah la aku benci sungguh dengan SP ni, sebab nak dapat parking punye laaa susah. Terpaksa la aku meredah SP malam-malam. Maxis centre tu pulak penuh dengan manusia.

Nasib baik jugak, num lama aku belum direcycle lagi. Tapi akak customer service tu cakap, tak dapat confirmkan lagi num aku tu dapat reactivate ke tak. Dia kena contact maxis KLCC dulu. Sebab tak semua num prepaid dapat diconvert ke postpaid dan number yang dah tak aktif, kalau belum direcycle, kalau nak aktifkan balik, hanya boleh diaktifkan sebagai postpaid. Aku tak peduli la semua tu. Yang penting aku dapat balik num lama aku. Penatla wooo aku nak tukar semua banking phone num aku. Dah 3 bulan aku guna je number lama tu utk receive TAC je tanpa call out.

Tu la, akibat kecuaian, sifat endah tak endah aku, suka menangguh-nangguh (padahal kalau aku topup RM5 pun num tu masih dpt aktif utk 3 bulan lagi) menyusahkan diri sendiri. Dah la tak pasti lagi boleh dapat ke tak num tu. Ahhhhh aku rasa tension je. Tu la, masa num tu elok-elok depan mata aku, aku buat tak peduli je. Sekarang dah takde, aku sedih-sedih pulak.

Moral: Hargailah apa yang anda sayangi. Jangan biarkan anda kehilangannya, baru rasa menyesal.

Ceh, aku hilang num prepaid mengalahkan hilang laki.

Monday, January 19, 2009

Dot dot dot . . .

Ape da tajuk camtu.
Takde idea sudah, mau update.

Bosan gila la aku kerja sekarang. Sebab, takde kerja la. Ape lagi sebab yang lebih munasabah( adik aku panggil, 'munasarawak'. bengong, ko ingat nama negeri ke?)

Yea, weekend nak balik kampung. Balik tanam jagung. Aku betul-betul nak tanam jagung. Bukan nak berhenti kerja. Jangan salah faham.

Wah, lambatnya aku nak dapat kerja baru. Sapa-sapa nak ambik aku jadik buruh kasar pun takpe, janji gaji bagi aku taraf Exec. Hak hak hak.

Kesiannya kat budak-budak ofis aku yang pegi Career Fair hari tu. Bila orang kat booth tanya, kerja kat mana, asal jawab je nama company, kena gelak. Ooooii korang sampai ati gelakkan kami ya? Pergi gelakkan Mr tainted CEO tu sudah la. Kami tidak bersalah.

Mangsa terkini adalah Cik Reen, tadi beliau ke CIMB nak tukar alamat rumah. Bila bagitau je kerja kat mana, kena gelak lagi. Huahuaa. Ahli-ahli XXX, lain kali, pergi mana-mana, jangan la bwk tag XXX tu. Aku takut korang kena gelak je. Kejam la dunia.

Aku licik sikit, orang tanya kerja kat mana, aku jawab kat block 2310. Haha.

Saturday, January 17, 2009

Entry untuk diri sendiri

Hahahahahahahah.

MUSUH KETAT GUA SUDAH KAWIN..






Aku adalah, Happy Giler.

Thursday, January 15, 2009

POLO Freak

Ngepeng ngepeng.(Iklan Iklan!!)

Kepada sesiapa yang suka sangat dengan brand polo ni, aku ada jual T-Shirt Mercedes Benz, tapi material adalah from POLO.

Price range: RM60 to RM120 depends on design.
Sesiapa berminat bagitau.

ORIGINAL, bukan Siam or Bundle punya ok.

Sample ada dengan saya.

Nak beli kete Merc tak mampu kan, ape kata pakai T-Shirt je.

Sekian, Mekasih.

Lagi-lagi Boikot

Memanjangkan email boikot kepada kawan-kawan:

FYI guys,

McDonald's and Starbucks have today announced that they will be donating all profits from now until Sunday to Israel war. Also, the producers of Adam Sandler's new movie Bed Time Stories will be donating their profits to Israel.

Be informed, and let others know not to contribute and refuse to support these monsters that believe in killing innocent civilians. Boycott McDonald's and Starbucks. Also don't take your kids to see a movie that promotes violence by association.

Together we can make a difference!
Please pass this to as many people as you know.
Thanks......

Tuesday, January 13, 2009

Tsk.

Amaran, entry ini adalah pelat.

Oh tha'at aku nak tidur ni, TV3 ulang tayang WHI tadi.
Artith undangan: Memey.
Patutla Norman Hakim terpikat, Memey ni memang pandai bercakap. Lancar je dan thangat terthuthun walaupun pelat 'S'. Thiap berpepatah lagi.

Thakit hati thaya.

Tv3 ni dah la asyik nak potong je thoalan-thoalan puaka orang.

Kalau tak paham thudah. Tak thuruh baca pun.
Thekian.

Boikot

Memanjangkan pesanan agar memboikot segala-galanya berkaitan Israel.

Aku quote dan copy+paste sahaja apa yang diforward:











Dr. Yusuf al-Qardawi telah menyatakan, "
Satu riyal (ringgit) yang digunakan untuk membeli barangan Amerikan/Israel adalah bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin."




p/s: macam mana nak buat kalau kita kerja dan kerja kita tu memerlukan kita berkhidmat dan berhubung dgn Israel? Hukumnya apa ya?

Kerajaan Langit

Aku sebagai salah seorang yang tidak tahu apa nasib dan kerjaya aku, dengan rasa rendah diri nak cakap terima kasih kat Kerajaan India nun kerana telah menyelamatkan XXX dengan mengambil alih BOD. Aku secara peribadi mahukan Sivaji Da Boss mengemudi. Bolehla Sivaji Foundation tu selamatkan kami. Haha pengaruh TV.

Wah, dah jadi macam MAS ye, sikiiit lagi nak bankrap, gomen masuk campur. Sekarang dah ok. Patutla MAS masih setia bersama XXX, diorang pernah merasa peritnya hampir musnah dulu. Sarcastic ke? Tak la.

p/s: lepas ni, kalau orang kampung tanya aku kerja apa, aku nak jawab kerja Kerajaaan.(kerajaan sana nun). Title enrty ini adalah saja-saja sebab tiba-tiba teringat Ayah Pin kat mana ye sekarang. Kerajaan dia pun dah musnah. Tinggal replika cerek je.

Monday, January 12, 2009

Inilah titlenya.

Aku adalah:

Tak kerja hari ni sebab ada penyakit langganan bulanan yang agak kritikal pada bulan ini.
Macam mana nak hentikan langganan penyakit itu?

Aku juga berhajat tidak mahu keluar rumah dan memandu sehingga pukul 8 malam. Sebab? Takde sebab. Saja-saja berhajat yang tak masuk akal. Perut adalah lapar tapi takde ape kat dapur. Jadi aku order piza. Bagus jugak pizza online ni. Agak cepat servisnya. Tapi servis je cepat, pizza belum sampai. Aku lapar.

Sunday, January 11, 2009

Semangat

Bosan la.

Terima kasih kepada kawan-kawan dan saudara-mara yang memberi kata-kata semangat buat saya.

Ada tak kawan-kawan yang ingin menambah lagi semangat dan kekuatan diri saya.
Mudah saja caranya.

Iaitu dengan mendownload Siri Chuck sehingga episod terkini dan juga Gossip Girl serta Desperate Housewives.


Sesiapa juga boleh bermurah hati membeli beberapa siri Komik Dik Cerdak keluaran lama.

Mudah, bukan?
He He.

Ok bye.

Friday, January 9, 2009

Tolong! Tolong!

I am looking for an ABAP job. For those who knows any vacancies regarding ABAP, do let me know. I only NEED SAP. Seriously and desperately.

Your cooperation is very much appreciated.

Thanks a lot, FRIENDS.



p/s: Lina, thanks for the info. I'll try. Sorry for not replying the YM message. Jiwa kacau.

Thursday, January 8, 2009

Mat Bond

Amaran kepada sesiapa yang tidak suka membaca sesuatu yang penuh dengan amarah, tekanan dan rungutan, sila tinggalkan entry ini segera.

Peningnya kepala aku. Start dari lepas maghrib aku dah tidur, sampai la ke pukul 12+. Aku pun lupa pukul berapa aku bangun. Yang pasti perut aku lapar gila. Nasib baik la Kembangan Paradise buka lagi, tapau jela.

Sekarang aku dah tak mengantuk walaupun dah pekena Milo. Biasanya, aku alergik sikit dengan Milo. Minum Milo je, terus mengantuk. Ni maybe sebab dah banyak tido tadi, so aku dah tak mampu dah nak menutup mata. Padahal bukan ke aku ni memang kuat tido ke? Dah tido banyak mana pun aku tetap boleh tidur lena lagi lepas tu.

Esok dah Jumaat rupanya. Nampak gaya weekend ni, Career Fair penuh dengan manusia dari XXX. Petang semalam ada meeting ye dengan Management? Ha ha aku dah lesap dah. Tak kuasa aku nak terperuk kat XXX tu sambil menatap komputer yang di blok segala benda. Nak bukak news pun tak dapat. Kalau Founder pun jahat macam lahanat, tak payah la nak harap anak buah nak jadi baik, projek pun takda. Kau ingat aku maksum? Semua pakat rebel. Sekarang bukan Reen sorang je rebel2 nih. Semua orang dah ambik identiti Reen. Sorry Reen.

Kepada Reha, aku baru je baca SMS kau. Tapi aku malas nak reply coz aku rasa maybe kau dah tido. Jadi aku jawab di blog saja(macam la kau baca blog masa tidur). Esok InsyaAllah kita akan jumpa di ofis. Tapi agak susah untuk berjanji. Aku try la ok.


Soalan untuk diri sendiri dan kawan-kawan senasib :
Adakah kita patut bertenang(seperti kata orang-orang atasan seperti KVS, tidak panik langsung,buat tak tahu saja atau terus berkerja di syarikat ini sambil hujung bulan menangis risau gaji masuk ke tak masuk, dan percaya bahawa, tiada apa-apa yang berubah di Syarikat melainkan pengurusan dan Board of Director sahaja?:
(soalan lebih relevan untuk orang yang sudah berumahtangga yang perlu menanggung isi rumah atau lebih memberi efek dan konflik sekiranya suami dan isteri kedua-duanya bekerja di XXX).

Senarai yang menambah ketidakpercayaan aku terhadap XXX:
1. Pengasasnya terkantoi menipu.
2. Syarikat mungkin disaman atau lihat sini
3. Saham telah jatuh lebih 70%+
4. Pengurusan yang kucar-kacir.
5. Syarikat yang tidak tersenarai dalam senarai bank bila bank nak check CTOS(susah nak mampus nak buat financing kat bank. kalau nak beli rumah agaknya rumah panjang di Sarawak saja senang nak lulus ataupun rumah untuk ayam iaitu reban). Bank Rakyat adalah lebih kejam dan sarcastic lalu berkata, 'Maaf, XXX takde duit nak operate di Malaysia.' Aku rasa terguris.

Itu sahaja yang aku nak senaraikan walaupun senarainya masih panjang.

Aku sebenarnya tertekan apabila teringat kata-kata mak aku: 'Kenapa tak minat nak masuk government atau kwsp atau tnb? Kan lebih terjamin, zaman ekonomi tengah teruk ni. Faedah pun banyak' - masa aku mula-mula grad sebab masa ni banyak peluang dibuka. masa ni aku sangat lah bodoh sebab aku rasa keje gomen untuk orang tua. untuk orang muda, adalah tidak cool untuk keje gomen. bodoh.

Aku juga agak tertekan bila teringat kata-kata Eddy masa mula-mula nak masuk XXX -: kenapa tak cuba dulu Syarikat2 MNC lain esp dari US/ UK? Kenapa nak cuba Indian company? Saya dah pernah ada sejarah deal dengan orang-orang dari India ni dan memang susah berurusan dengan diorang. Awak masuk XXX sebab ramai kawan-kawan kat situ ek?
(Lagipun masa tu pintu kerjaya aku terbuka luas dengan salah sebuah Syarikat SAP yang besar. Dah halfway pergi interview pun, siap malam tu aku dah habis study balik 2 bijik buku tebal. Akhirnya aku tak teruskan. Itulah kebodohan kedua aku. Anyway thanks Sally temankan I pergi interview tu walaupun hampir tersesat ke MidValley.)


Aku juga tertekan sebab aku percaya ini: Prof Dr. Abdul Azim Ab Ghani iaitu Dekan Fakulti aku masa di Universiti menyarankan aku masuk XXX sebab dia kata dia tengok company ni bagus. Leading IT company. Aku tak tau apa jampi XXX dan kroni dah bagi kat Dean aku sorang ni sampai dia duk pujuk aku dan kawan-kawan untuk join. Memang pandai XXX, kau mempergunakan pensyarah-pensyarah kami untuk menarik fresh graduate masuk syarikat kamu.

Inilah harga yang harus dibayar oleh pekerja swasta seperti saya.(ayat standard macam artis bila kantoi, tapi aku tak kantoi, Founder keji tu yang kantoi). Mungkin masa tu aku sangat teruja mendapat kerja walapun tak silap aku, aku belum lagi membentangkan Final Year Project dan project aku pun baru 30% siap, sambil tak bersedia datang interview sebab tak berminat dan bangun lambat dan tidak dilupakan, aku memakai selipar saja sewaktu interview. Sudahlah interview pertama, terus dapat dengan gaji yg agak lumayan ketika itu sambil ditokok tambah oleh janji-janji manis dan fakta-fakta betapa gahnya XXX ni. Padahal aku tak pernah kenal pun syarikat ni, nak sebut pun terkial-kial.


Aku dah berasa lega. Nasib baik ada blog. Diingatkan, blog ini adalah tempat aku melepaskan kemarahan, tempat merungut dan melempiaskan kesedihan aku. Siapa yang rajin bukak blog ni mesti tau, aku memang suka memaki-maki apa sahaja yang aku tak puas hati. Aku memang jarang bercerita tentang kisah peribadi, apa aku buat setiap hari, kat mana aku pergi berjalan-jalan dan camwhore2 lalu menepek gambar di blog walaupun ada kamera besar gabak tu. Gambar berhari raya pun aku tak letak, inikan pula gambar Botol Air Coke yang aku beli. Lagipun bukan itu tujuan aku berblogging.

Ya, memang banyak cara nak lepaskan tekanan, aku ada juga buat cara lain contohnya seperti tidur, berdoa dan tidur balik, tapi ini adalah salah satu daripada caranya. Aku tak menasihatkan orang menjadi followerku tapi kalau nak jugak, terpulang. Terima kasih kepada 18 orang followerku. Aku malas nak privatekan sebab lain kali kalau nak baca balik, tak payah susah-susah aku nak login dan aku juga tak perlu memasukkan senarai-senarai orang yang dibenarkan untuk membaca. Leceh.

Banyak pulak 'XXX' dalam entry ni. Nasib baik disable google, kalau tak, orang cari bahan porno, masuk, jumpa blog ni sebab penuh dengan XXX. Tak sangka ya, aku saja je nak reka XXX ni tapi ramai dah budak-budak ofis yang jadi blogger pun mengikut sama, guna XXX. Korang cari la nama yang semenggah sikit, tiru aku yang separuh mereng dah ni kenapa.

Akhir kata. Think like a CEO. Kalau CEO ada buat fraud, 'Think to Fraud.' Boleh ke?


p/s: Tajuk Mat Bond tu adalah cerita di channel 122 yang aku tengah tengok sekarang. Sekian Wassalam.

Wednesday, January 7, 2009

Jom Cuak

New York/New Delhi, Jan 7 (PTI) New York Stock Exchange today halted trading in Satyam Computer at its bourses in the US as well as Amsterdam in Europe, after founder and Chairman Ramalinga Raju disclosed financial bungling at the Indian IT major.
"Yes, the stock is halted in New York and Amsterdam," a spokesperson for NYSE Euronext told PTI in an emailed reply on queries whether trading were being halted in Satyam shares.

In pre-market trade in the US, Satyam stock plunged by over 90 per cent to 0.85 dollars after Raju disclosed what has emerged as the biggest ever corporate fraud in India.

Shares of Satyam on Indian bourses plunged by close to 98 per cent today, wiping off about Rs 10,000 crore (more than two billion dollars) from its market valuation.

Incidentally, two of Satyam's Indian rivals Infosys and Wipro that are also listed in the US, were trading with significant gains at the American bourses.

NYSE-listed Wipro was trading with a gain of about 1.7 per cent, while Nasdaq-listed Infosys was up about 1.8 per cent.

However, most of the other US-listed Indian companies, such as ICICI Bank, HDFC Bank, Sterlite, Patni Computer, Rediff, Genpact, WNS, EXL Service, MTNL, Tata Motors and Dr Reddy's, were trading in the red at the US bourses.

ICICI Bank was down over 13 per cent, while HDFC Bank plunged by over 10 per cent. Besides, Sterlite was down over 9 per cent, Genpact and Dr Reddy's were down over 7 per cent, MTNL by over 6 per cent, Tata Motors by close to 5 per cent and WNS by over two per cent. PTI

Hitam Itu Macho

Dah. Tak payah terkejut sebab blog aku tiba-tiba hitam legam. Hitam itu Perilly's. Aku tukar layout sempena resignation of Founder XXX. Berkabung. Lagipun aku nampak kelam sikit laluan kerjaya aku. Gelap, malap dan kelam. Persetankan design dan layout yang tak cantik. Aku memberontak. Tetibe.

Sakit jiwa ke apa? Sudah, aku nak pergi berdoa.

XXX memang $%#%#%^

Perasaan tidak senang dan memberontak aku terhadap XXX adalah berasas. Ok la kali ni aku malas nak berXXX lagi. Satyam sudah. Tapi aku rasa benci nak sebut nama penuh sebab dah terbiasa dengan XXX. Teruskan saja dengan XXX. Aku lebih suka dengan XXX.

Dapatkanlah berita terhangat ini di blog Suami Puan Ana ni. Tadi aku dah forward mail aku dapat pasal ni kat sesiapa yang patut. Nampaknya, aksi saja-saja-cari-kerja-baru kali ni, bertukar menjadi MISI MENCARI KERJA YANG SERIUS. Sudah tiba masa aku meninggalkan XXX dengan hati yang girang. Tapi aku tak dapat apa-apa offer lagi kerana belum serius mencari kerja.

Usia aku 23. Jun 2009 aku naik 24. Aku rasa tidak terlambat sangat sekiranya aku mencari kerja baru sebagai Fresh Graduate. Kenapa?Sebab aku nak masuk SAP. Sejak aku masuk XXX, aku asyik dicampak-campak ke sub department lalu aku join banyak training tentang Oracle tetapi tiada 1 pun projek diberikan. Akhirnya aku dicampak ke kancah lebih sedih yakni di bawah En Mahmud yang sangat gelemer di blog ini iaitu sub department JDE. JDE bukanlah tidak bagus tetapi aku sangat tidak suka/rasa nak menangis/rasa hiba/tidak minat untuk meneruskan karier di bidang ini. JDE ni sangat bosan.

Aku tahu, aku cuma ada 5 minggu saja experience dengan SAP tu pun sebab MDEC baik hati bagi training. Kalau tak, mmg aku cuma pernah jadi end user saja sewaktu training di TNB. Walaupun cuma 5 minggu saja, tapi aku ada Sijil. Orang lain nak dapat Sijil, bayar berbelas-belas ribu tapi aku dapat free. Haruskah aku sia-siakan? Masa mula-mula masuk XXX, aku ingat boleh masuk ape-ape department sesuai dengan skill tapi HR bongkak tu ckp, NO FRESH GRADS FOR SAP! Babi. Kan dah mencarut.

Setelah dicampak-campak, akhirnya aku tidak happy berada di JDE. Untuk makluman, 99% fresh grad dicampak-campak ke mane-mane jabatan je. Pengurusan yang sgt fail! Apa guna 16 kali update resume kalau hasilnya mcm sampah.

Kawan-kawan, kalau ada kerja kosong di bidang SAP, sila bagitahu saya. Saya dengan serius ingin memulakan kerjaya di bidang ini. Aku nampak market untuk SAP sangat luas. Dah ada sijil. Belajar je balik apa aku dah lupa. Jika aku start sebagai fresh grad, aku perlu suffer dlm 1 tahun sebab tangga gaji mestila tak masyuk sangat kan, fresh grad katakan. Lagipun, di kalangan Fresh Grad yang lain, dari segi skill dan sijil, pastilah aku menang. Setahun suffer utk SAP takde apa sangat nak dibandingkan dengan setahun aku suffer di XXX. Ada lagi tak orang terseksa selain aku?

Akhir kata, walaupun tak baik aku benci XXX, tapi itulah hakikat. Tiada siapa mampu bertahan dengan kecelaruan pengurusan XXX ni. Kak Yani Motorola, selamat merasa penyeksaan ini bersama-sama.


p/s: resign dan mencari kerja baru atau menjadi isteri orang lalu disara oleh suami?what say u Mr Eddy?

Tuesday, January 6, 2009

Sedih. Marah.

Pagi ni aku baca berita Pasal Israel-Palestin. Sedih betul tengok gambar orang-orang tak bersalah jadi mangsa. InsyaAllah syahid.

Pagi tadi sempat tengok berita TV3, pasal bayi baru lahir yang diletak dalam incubator tapi memperjudikan nyawa dengan bekalan generator sahaja sebab bekalan elektrik dah diputuskan 2-3 hari lepas.Apa jadi agaknya kat bayi-bayi yang baru je nak lihat dunia kalau bekalan dari generator pun habis? Agaknya,mereka diberi peluang dilahirkan sementara untuk merasa seksa seketika, mati syahid, kemudian ditempatkan di syurga kelak.

Sedih. Sedih. Marilah sama-sama kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kita sesama Islam.


Petikan Utusan Online:

Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sifatkan keadaan di Gaza sangat-sangat berbahaya dan meruncing.

Semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak.

Rejim Zionis tidak akan mengadakan gencatan senjata selagi Hamas tidak ‘berundur’ dan berhenti melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel.


Kredit: Utusan Online


Monday, January 5, 2009

Tercabar

Balik keje semalam, aku terkejut tengok parking lot kat Century Square full sampai ke padang bola nun. Aneh sungguh.Biase tak sampai separuh pun parking bay tu diorang guna.

Baru aku teringat Cyberjaya dah start clamping and towing kete orang parking tepi jalan. Dulu dapat surat cinta je drp MP Sepang. Skang ni kete siap kena towing and clamp. So sekarang, diorang dah betul2 memanfaatkan park and ride tu. Huhuh, jadi kami yang based in Century Square ni dh insecure dah kot2 pasni susah dapat parking. Tercabar gile beb.