Tuesday, April 28, 2009

Ahkak Ziana Jeng Junior

Hahaha ni baru terbaek wok. Ahkak Ziana Jeng Junior. Didi dan muni, korang kena tengok nih sampai abis. Orang lain nak tengok pun, silekan, tapi ni aku tuju kat muni and dd dudu.

Yeah..





Eh, aku bukan Aril FC, cume dlm byk2 budak af tu, aku suke die je pasal die mulut puaka. me loike.


Credit youtube: apekwhuut

Monday, April 27, 2009

Mic oh Mic

Ade sesuatu nak tanye ni.
Kalau MP3 player kereta tu kan, kalau die tulis situ ade 'mic' dan ade lubang nak cucuk mic, mic jenis mcm mane ek kene gune? takkan la mic yang gedabak mcm mic biase tu? Any idea?

Ni nak balik kg 1 mei nanti nih. Aku dah standby and download segala minus one yang ada standby nak karok. Ngantok woih kalau kau travel tanpa menyanyi. AKu rasa dalam sejarah travel, aku ni duk nyanyi 3/4 daripada tempoh perjalanan.

Kali ni teknik menggunakan minus one plak. cume mic takde nih. Nak kene cari tapi tak tau mic type ape. Aku nye MP3 player, masa beli memang die bagi yang tu dah, Panasonic punye. Sapa2 pakai player yang sama plis share ok. Wah smangat karok dalam kete tetibe. Banyak minus one aku download wok! Terbaek wok!

Ke solution terbaik wok aku kena gi tunjuk player tu kat kedai aksesori kete pastu tanya?



p/s:
1.kenapa dah pukul 4.59 aku tak dapat tido lagi?
2. G-ra, kad kawin ko cun weh. Sangat selamba. Me loike. Aku nak tiru buat sukahatipunyedesign lah nanti. takmo ikut theme org biase2 ade reben2, bunge2, kale pink wohoooo.

:(

oh please...........



chuck..


i'll be waiting for u..


season 3..



tapi dengar2, it will be cancelled. huhu. sedih. :( nangis sangat2.

Sunday, April 26, 2009

Say It Right.




Enjoy the video.
Video lame ni, tapi aku suka sangat2. Dia berdiri je kat situ, tapi movement tip top. Showmanship best gilers. Aku rasa budak2 AF patut didedahkan dengan showmanship macam ni. Bukan nye masuk kelas drama la ape lah pastu hasil nye??...malas nak ckp ape lah.


Harap abang toms nyanyi lagu ni la nanti on finale. hahahahahhha. kenapa sindrom abang toms belum hilang ni. geli la.


I love nelly furtado. yeah. tak tau kenape, suke die. walaupun org lain x suke, suke ati aku lah!

Saturday, April 25, 2009

Hidung, kereta dan jari telunjuk.

Korang rasa apa kaitan hidung, kereta dan jari telunjuk? Macam takde kan..
Tapi sebenarnya ada, dan jijik.



Muntah kejap. Kuhkuh.





Ok, sambung.




Aku tak tau lah kebetulan ke, atau memang nasib aku malang lalu sedikit jijik bila tiap kali aku kat Traffict Light, atau trafik jam, bila pandang kereta sebelah, mesti nampak pemandunya yang berbangsa ca ya nun alif tengah korek hidung dengan bersemangat sekali. Tu belum masuk bila aku pandang cermin depan, kiri atau kanan lagi. Memang akan adeee je pemandu dari kaum tersebut tengah syok korek hidung. Buruk la weh.

Walaupun kau memandu BMW 5 series sekalipun, ketahuilah, memang dah jatuh saham dan tak bergaya langsung dah kau dengan BMW kau tu kalau jari duk sibuk gali lombong. BURUK, BURUK!!!!!
Eeee geli la.


Ada jugak satu kes, tak silap kejadian di sebuah kedai handphone dekat2 Jalan TAR kot. Tak ingat la. Mamat ni tengah jaga kedai fon dia, pastu sambil2 tu buat la aktiviti tersebut. Aku pun perhati la dia nak tenyeh kat mana pastu, last2 aku nampak die tenyeh kat dinding kedai. Uwek. Geli. AKu simpati kat pelanggan kedai beliau yang datang lepas tu.

Tapi kaum tu jela aku nampak pun. Ade yang tengah syok dengan awek kat sebelah, sambil2 tunggu traffik jam, korek2 dulu hidung. Buruk benar, ok! Tak tau la kenapa asyik aku je yang ternampak. Korang tak pernah nampak ke? Ke mengikut kaum diorang, kalau korek idung dalam kereta tu, ada ong??? Hahaha.


Yang aku tau, Reen dulu selalu nampak ade sorang senior department ktorg pun ade pe'el yang sama. Memang semangat mengorek2 di pejabat mamat tu. Elok2 aku respek dia, terus aku rasa beliau macam busuk je. Dah la setiap kali Reen pandang dia, dia tengah buat aktiviti tu. Setiap kali, ok. Bukan sekali-sekala. Kadang-kadang bila nampak, Reen panggil aku suruh pandang sama. Haha, keji kau, nak bagi aku rasa loya2 tekak jugak ke? Sapa mengandung, sori ye kalau termuntah baca entry ni. Adat lah tu, ibu mengandung. ~


ENtahlah kenapa aku buat entry kotor ni. Saja je nak survey, adakah aku dan Reen ni normal, atau nasib kami sedikit malang. Anda bagaimana? Pernah mengalami?

Thursday, April 23, 2009

Smart Tag

Hai kawan-kawan. Hari ini, saya nak bercerita berkenaan dengan Smart Tag. Smart tag adalah satu alat yang digunakan untuk membantu mempercepatkan urusan di plaza tol. Apabila melalui lorong Smart Tag, pastikan anda memang memiliki smart tag jika anda tidak mahu ditertawakan oleh pemandu-pemandu lain kerana, mana ada orang jaga kat situ kalau kau nak bayar tunai. Kalau mereka tak ketawa pun, mereka akan marah anda kerana menyusahkan orang lain.

Saya juga memilik Smart Tag. Sebenarnya bukan milik saya, tetapi milik tunang saya. Biasalah perempuan macam saya ini mempunyai slogan hidup, hartamu hartaku jua. Walaupun bergaduh dengan tunang, tetapi saya tetap menggunakan smart tag beliau. Soal pergaduhan, hanya melibatkan hati dan perasaan, dan tiada kaitan dengan harta benda, ya kawan-kawan.

DEngan menggunakan Smart Tag, urusan di tol menjadi lebih pantas. SAya tidak perlu membuka tingkap untuk menyentuh kad touch and go di alat pengimbas TNG lagi. Senang kan, kawan-kawan.

Walaupun anda mungkin kelihatan bergaya apabila menggunakan lorong Smart Tag, anda perlu berhati-hati kerana kadangkala sistem Smart Tag juga macam sedikit #%%^%#^6752uo2i(encrypted text), kerana saya pernah mengalami saat-saat di mana palang tol terjatuh kembali ke atas cermin kereta saya walaupun peranti Smart Tag telah dikesan dan baki Touch n Go saya sudah ditolak. Kau memang sial, palang tol. Dah la masa tu kereta tu aku baru je beli sebulan. Sedih. Nangis sangat2. Nasib baik tiada apa2 yang tidak diingini berlaku, contohnya seperti cermin hadapan pecah.

Saya telah mendapat satu ajaran sesat dan tips mencuri dari seorang kenalan kepada tunang saya. Kawan beliau suka sangat mengikut rapat kereta di hadapan di lorong tol Smart Tag. Tapi saya dan tunang tidak pernah mengikut ajaran ini kerana kami rasa berdosa. Jika anda mengikut rapat kereta hadapan di lorong Smart Tag, ketahuilah bahawa anda sebenarnya sempat untuk melepasi palang tol tanpa perlu membayar tol, dengan syarat, jarak kenderaan anda dengan kereta hadapan adalah sangat2 rapat. Natijahnya(cewah), siren di lorong tol akan berbunyi dan kemungkinan nombor pendaftaran kenderaan anda akan dicatatkan. Kalau berani, buatlah, tapi berdosa tau! Apa yang saya tahu, kawan beliau memang tidak pernah membayar tol. Tetapi perlakuan ini adalah berteraskan slogan, 'Berani buat, berani tanggung.'


Ini adalah Smart Tag tunang saya. Gambarajah ini tidak jelas kerana komposisi cahaya yang masuk sewaktu gambar ini diambil adalah sangat tinggi. Lagipun, ini bukan blog fotografi, jadi, saya tak kisah. Sebenarnya tak perlu letak gambar pun takpe sebab semua orang dah tahu smart tag tu macam mana. Tapi takpelah nak letak jugak.




Walaupun kelihatan bergaya bila guna lorong Smart Tag, tetapi pastikan bateri Smart Tag anda dalam keadaan baik..

kerana..........









aku malu sebab tetibe Smart Tag tu abis bateri masa aku betul2 kat lorong Smart Tag, tengah nak cepat2 pergi ke suatu tempat..

daaaaaaaaaaaaamnnn!

Maka terpaksa on lampu hazard dan undur. Tapi tak perasan sebenarnye aku boleh je tak payah undur sebab ada scanner touch n go kat situ. Touch je la.
2 kali malu.


Lalu memandu laju ke destinasi, takut orang nampak..

damn!

Wednesday, April 22, 2009

Tidak tergoda oleh sales, jadi sila respek.

Tadi gi jenguk2 Metrojaya Sales tu. Kenape ek kali ni tak membara langsung semangat aku nak bershopping. Takde niat pun nak masuk area fragrance and make up tu, maybe sebab Q adalah panjang gila kalah Q orang nak bayar kat cashier. Trafik jam, ok. Biasanya aku akan terus pergi area tu dulu ape2 hal.

Hasilnya adalah kosong iaitu selai duit RM1 pun tak melayang apatah lagi nak swipe kad kredit. Tak payah ngengade ok nak swipe2 lagi, kau pegi buat full settlement outstanding amount dulu.

Kenapa aku rasa sales tu tak menarik? Kenapa? Sebab duit dh nak habis ke? Hahaha tak jugak. Hurm...Insaf kot. Kembali ke ajaran Islam iaitu membazir amalan syaitan. Hah, sapa abis half thousand tu, mengaku cepat! amalan syaitan tu ok. hahahaha.



Okla, tagged by kak zue..
BAik hati pulak nak jawab hehe. Anyway, kak zue, tu memang Lisa ni ke, Lisa lain? Lantak lah kan.

Apakah Nama Blog Anda Sekarang Dan Kenapa Anda Pilih Nama Itu?
Nama blog adalah sukahatitanganmenaip. Sebab apa yang published kat sini semua atas dasar suka-hati-tangan-menaip. Nak kata blog sampah pun boleh la. Tak kisah.

Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
pestisid.blogspot.com
sebab pestisid tu nick aku masa zaman kejahilan IT lagi, kalau tak silap masa form 1 lagi tuh. Then dah rasa malas nak tukar. dulu lagi dasat, nick adalah pestisid_tolol. entah kenapa la dah elok2 waras aku nak jadi tolol. Pastu insaf, buang tolol kat belakang tu. pestisid ni, nick die adelah tidak gurlish. aku sebenarnye tak suke menonjolkan keperempuanan sebab rasa macam senang dibuli. mcm kereta jugak, takde deee nye aku nak letak bunga-bungaan kat kereta aku.

Tapi aku bengang pasal ade member baik aku dari zaman kanak2 ribena ni, seorang lelaki durjana telah mencuri nick ini di friendster. dah la kawin tak ajak aku. baru je nak putus sahabat, tapi tetibe mencuri nickname aku, ahhhhhh aku bengang je sebenanye! siap kau.



Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
kan dah cakap, sukahatitanganmenaip. tak paham2?

Pernah terasa nak hapuskan blog anda?
Pernah.
Sebab tak tau nak update ape.
Sebab rasa macam bodoh gile nyeee nak cite semua bende kat blog.
Lagi satu sebab adik aku kutuk, die cakap tak cool ade blog.
Last2 dia kantoi ngan aku sebab die tulis blog pasal die clash ngan boifren. Malunye awakkkk.

Tapi tak delete2 pun. Saje je propa lebih2.

Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
Pada pendapat saya, beliau mempunyai pendapatan yang lumayan. Hahaha.

hehe, kak zue ni die dulu duk sebelah dorm aku. Pagi2 suke jerit2 panggil kawan baik die kat blok sebelah. sampai suara beliau menjadi serak2 basah, lebih sedap dari Ella ella e eeee..under my umbrella ella ella e eee..

saya juga tahu adiluz itu bermaksud zulida kalau terbalik. hee~


10 Person To Tag:
Smart tag, eh eh takdelah. taknak tag sapa2 pasal rasanya tag ni dah agak basi hehe.

Tuesday, April 21, 2009

Sales Sales Sales $$$$$$$$$ habis duit

Yeah marilah pergi menghabiskan uwang yang sudah mahu kering dan menggesel2 kad kredit di mesin kad kredit.

Eh ni semangat nak bagitahu ade Metrojaya Warehouse clearance ni tapi info tak konfem la pulak. Info2 sales mcm ni memang kehebatan En Eddy. AKu lantik dia jadik P.A, so pape berkaitan sales, die yang kene keep track. Janji dia datang ambik aku, bawak pegi sana. Setel. Ko cakap la sales handphone ke, perfume ke, handbags ke, metrojaya ke, setakat ni, info semua adalah dari beliau. Syukur sungguh aku dpt bakal suami kaki soping jugak ni.


Tempat: tak sure (Stadium Shah Alam kot atau gudang metrojaya shah alam(kot jugak)).
Tarikh: pun tak sure(tp tak silap 22-26 april).

Anyone, with the actual date and venue, sila drop komen ya. AKu tau ramai je yang layan shopping ni padahal duit takde hahaha.

Aku sebenanye takde plan nak beli ape2. Tapi Shu Beras Jasmin cakap die nak gi cari mekap, so aku macam terpengaruh. Tapi mekap yang ado...Revlon and spesies2 camtu jela..kalau ko nak cari bobby brown, mac smue tu kirim salam assalamualaikum jelah. memang takdo yoo.


HAaa comforter murah2. Pinggan mangkuk, perfume smue banyak sales ni. Ni musim orang kawin bulan 5 ngan 6 ni boleh la slow2 gi cari hadiah kawin kawan2. Warehouse clearance pun jadi la, janji aku bagi.


Metrojaya patut bagi komisen sket kat aku nih, promote baik punya.


UPDATE:
tetibe dh publish jmpe ni..so, sila rujuk di sini ye.




tips mengelak kesesakan:
-pergi la waktu keje hahaha. ajar orang ponteng pulak.
-carpool.
-korang pikir sendiri.



to shu:
aku x sure nak gi ke tak dan nak gi bile. depends on edy ni tau. if die pegi, aku ikut. kalau ko nak ikut ktorg, jadik anak angkat ktorang, ok je tapi kene la ikut timing mummy and papa ok. good girl!
tetibe aku dpt anak sorang.

Monday, April 20, 2009

Go Go

Wahhhhh cayuk2.
Kesuntukan masa.
Masa menyuntuk. Eh ape ni??


Go go Go memberi semangat kepada diri sendiri.
Aku je yang paham.
Korang tak paham, ade aku kisah.

Semangat2.
Berusaha, Lisa.

Bila?

Aku sebenarnye dah tak sanggup nak habiskan duit XXX.
Sebabnye, diorang takde project. Tetapi membayar gaji. Gaji aku takpela, bukan banyak pun. Gaji Manager2 tu ko ingat seribu dua je ke, haruslah 10k ke atas ok. KO nampak je Mahmud tu bawak kereta kancil yang tak basuh dekat 3 tahun dah, tapi duit dia tu berkepuk2. Nak makan Bak Kut Teh 50x sehari pun rilek je dia keluar duit.

Ada Project Manager, tapi aku tak tau ape diorang buat, projek
tak masuk-masuk pun.
Ape sebenarnye diorang plan dan nak bila wujudnya department aku ni.
Nak tunggu sampai kepala otak aku beku ke baru nak ade projek. Then
masa tu sila la salahkan aku kalau tak perform.

Tiba2 pulak bukak sub department. DUlu anak buah ade 3. PM ade 2.
So, aku rasa agak best la pasal, kalau ade projek, konfem semua dapat. Tapi skarang anak buah tinggal 2. Sorang sudah blah. PM 2 orang jugak nak blah. Jadi kami berdua sebagai anak buah, nak report pada sapa? Orang kat negara lagi 1 tu ke? Kirim salam!

Situasi sekarang ni dah desperado gila babi dah. Orang lain(kat company lain), banyak sangat keje, nak cuti pun susah, sampai dah rasa macam nak berhenti keje. AKu pulak tertekan pasal projek tak masuk, kerja takde, rasa macam taknak pergi keje jugak dan nak berhenti keje. Dah tu, what do u expect? Orang pergi keje, sebab ade keje kan? Dah takde keje, nak pegi keje buat ape?

Korang mesti tanya kenapa tak cari kerja lain? Aku cari la hoi. Kau ingat sekarang senang ke nak dapat kerja? Dah la nak compete dengan manusia2 yang kena VSS, terminated, career enhancement blablablalaba, sape lah aku ni. Memang la kalau tengok resume agak berderet la skills aku, tapi skills, training, tanpa projek sapa nak pandang? KO ingat stakat buat Time Sheet Management System, Purchase Order System, boleh impress orang ke? Orang lain siap develpo system utk airlines la, banking laaaa. Lagipun now diorang prefer orang yang takde kerja dan fresh grad sebab boleh cut cost. Aku rasa agak tertipu pasal prior joining XXX, aku ada call HR person named CJ atau Cik Jah(yang mana aku rasa minah nih dah benti keje pun. Lame tak nampak ko Achii.). AKu tanya elok2, masuk cmpany ni, apa plan diorng for entry level macam ni kan. Die senang2 je jawab just come and u will know. Babi tak statement beliau? Pastu duk cakap XXX ni banyaaaak department. Tapi sebab aku mendapat pujian melambung2 dari Dean Faculty aku pasal XXX punye testimonial and portfolio, maka aku pun terpengaruh. SOrang je yang agak membangkang aku masuk XXX, which is Eddy. Tapi, oleh sebab aku mengikut suara majoriti, aku pun join. Aku menyesal tak dengar cakap Eddy.

Sebenarnye aku nak join SAP line, pasal aku suke je SAP ni. AKu ade tanye si CJ ni ade SAP department tak. Die kate ade. Tapi bila aku dah join, die cakap, SOrry, we don't accept Freshers for SAP. Babi kau.
Patutnye check la background orang before ko nak place orang kat mana2. Ade je yang dah ade CCNA cert, ko pegi campak kat department yg die kene blaja bende lain tu from the scratch tu kenapa? Ko tak rasa ke ko membazir resources? Kesian Toh Keng. EH kenapa Toh Keng masuk dalam cerita ini padahal die tak mengeluh pun,(entah2 mengeluh tapi dalam Bahasa Cina) hari2 aku tengok die browsing website bahasa cina je haha.Saja je guna mangsa lain selain diri aku sendiri. Haha lagi sekali.

Aku nak je sebnarnya benda ni berakhir. Siapa tak nak dia bodoh. Kalau laki aku banyak duit, aku mesti benti keje. Eh, bila masa bersuami? OK, silap. Kalau la dah kawin nanti laki aku banyak duit, aku nak je benti keje.

Lately aku dapat banyak call from government agency. Jabatan Buruh call tanya aku dah keje belum. Aku jawab dah, terus dia cakap thanks dan end call. What the???????? Belum sempat aku tanya dah endcall. AGak kurang ajar pun ade. Macam kau call kawan kau la, tanya ko dah mandi ke belum. Bila dia jawab dah, ko pun ckp, ok, bye. Tak ke terpinga2 orang tu takde angin takde ribut tiba2 tanya dan babai. Lain kali kalau orang call tanya dah keje belum aku akan jawab panjang2 sikit contohnya, 'Dah keje tapi takde keje, department takde project, company pun sikiiit lagi nak lingkup, jadi saya cari kerja baru.' atau, 'saya mungkin kene buang kerja kerana ekonomi sangat meleset, jadi encik tolonglah bagi saya kerja, jangan endcall dulu.'

MAMPU ada call offer for Programmer position tetapi itu adalah on contract basis dan hanya 6 bulan. Huhu sedih betul. Jadi saya tolak. Sila jangan kata aku memilih kerja kerana kau nak ke gamble hidup dan karier kalau awal2 dia dah bagitau 6 bulan, kontrak. Gilo? Baru masuk kerja dah kene siap2 cari kerja baru. Sama konsep keluar mulut buaya, masuk mulut harimau.

Kementerian Pengajian Tinggi call, untuk update database.
KPT: Cik, saya nak tau, cik dah bekerja ke belum.
AKu(dah bijak sikit tapi sedikit menipu): Dah kerjaa, tapiiiiiii dah lama sangat ni kerja kontrak je(pdahal sebenanye permanent), dah lameee sangat kontrak.
KPT: berapa lama ya?
AKu: dah over 18 months dh, tak tau la bila nak permanent2.
KPT: Ye ke, okey2 kalau ade keje kosong permanent saya akan hubungi. (aku tau, saja ayat manis mulut padahal kau tak kol lepas ni).



Janganlah orang ingat aku ni tak bersyukur sebab terlalu banyak mengeluh. Siapa yang nak sabar 2 tahun macam ni? Dari aku dulu muda dan kurus, kini dah berusia dan gemuk. Kalau setakat 6 bulan, aku masih mampu bersabar. Kalau korang sabar, takde la setiap minggu ade je 4,5 orang yang resign kan? Aku juga berharap untuk melangkah keluar dari XXX, for good.

Aku bersyukur je sebenarnya, kat XXX adalah tempat paling bagus untuk kau ambik segala training. XXX memang 1 company yang sangat bagus kalau bab2 training. Dah tu, nak training sampai bila2 ke?? Tapi tiba2 ada increment. Nak minatk kerja baru pun, experience takde, then dengan resume yang macam ni, bukan senang nak dapat kerja dengan position best dan gaji yang best. Takkan nak downgrade diri sendiri setelah kau hidup dengan cara hidup bergaji sekian-sekian. Sapa nak kerja yang gaji 1800 kalau gaji sekarang dah tinggi. Tinggi ke? :P

Ok la, sebenarnye aku tengah tunggu Netweaver installed kat laptop, lama macam lahanat tunggu step 17 ni. step ni je dah 6 jam lebih aku tunggu. Dah la sebelum ni aku kene format sampai 5 kali pasal unsuccessful. memang syial la die punye sensitif.

Aku tabik sapa2 yang baca ni sampai habis. Aku menulis sebab aku stress. AKu bukan menulis bukan kerna nama. Itu Ramli Sarip ok.Tu je. Tak suruh korang baca. Dah tulis tu, alang2 publish ajelah. Kot2 la ade orang lain senasib dengan aku.


Gadis Hampa,
3.56 AM, 20 April.
Tak tido2 lagi sebab terlebih tido tadi.

Saturday, April 18, 2009

1 kilo bersamaan berapa paun???

Happy birthday kepada emak saya. Rindunye..bile laaa nak balik kg..Semoga dimurahkan rezeki dan sihat2 selalu. Tak dapek nak celebrate pasal tak balik kg. Takpe2 aku dh bagi duit kat adik aku suruh gi beli kek. Ko guna buat topup siap ko, aku tak ngaku adik.


Lame tak update. Malas la. Ni pun tiba2 bukak blogger.com sebab bosan tunggu install Netweaver yang lebih kurang 5-6 jam baru nak setel. Huhu, nangis. Sekarang saya dalam mode rajin membaca buku dan kerisauan sebab aku dah gemuk. Macam mana mau turun berat lama saya sekitar 43-45? berat tersebut adalah perlu sebab nak elak pembaziran seluar2 saiz 26. Huhu sedih aku bukak lemari tapi nak pakai jeans tapi ketat. :( menitis2 air mata. Huk huk. Last2 duk ulang2 je la seluar yang muat.


Salahkan tunangan saya, sebab die tu aku tanye aku gemuk ke tak, asyik cakap dah okey, dah okey, tak payah diet, nanti sekeping tak best. Ape yang tak best? Sila frank ok! Kalau gemuk, katekan gemuk. Tak payah jaga hati. AKu pun satu hal,tak reti2 nak sedar diri ke yang aku dah gemuk. Tak payah ngengada la nak tanya orang, tengok cermin sendiri2 kan dh nampak. Benci la, pasal berat naik sikit2. Memula 500g pastu sekilo pastu 2 kilo..pastu..............? Oh tidak, ni belum kawin. Dah kawin???? Edy ajak kawin awal, tapi aku taknak. Tunggula saya kurus dulu. Huk huk. Sedih. Nanti menitis air mata tengok gambar kawin yang gemuk. Laki aku?? Isi pun takde.



Oh Jumaat lepas tak tengok abang toms perform. Motif tetibe abang toms? Ahak ahak. Tetibe aku tersuke performance Tomok. Terpaksa ngaku. Dulu kan main kutuk ye. Dah tu, die je outstanding di kalangan yg lain..Takpe, Fawaz pun ngaku dah die suke tengok Tomok perform. Hahaha. Jgn marah, Fawaz. Lela pun suke abang toms. Erk, kenapa rasa geli ye, 'abang toms???'.

Thursday, April 9, 2009

Perempuan Gossip.

Aku nak mintak tolong, sapa2 ada Gossip Girl Episode 13 ke atas, korang bawak la hard disk tu, aku nak copy.

Aku tibe2 je tak sempat nak layan GG tu. Pastu dah la tak ingat dari episode mana aku stop. Senang2 aku ambik dari Ep 13 je lah.

Wuwuuuuu..skang aku tension pasal dah abis tengok chuck 19. Bile laaa chuck 20 nak keluar. Best woi cite tu. Tapi aku tunggu masa Sarah tu mengaku die nak kat Chuck. Plis la plis laaa..Semakin complicated cite chuck nih. Sedih aku tgk ep 18 ngan 19 tu. motif aku nak sedih2 cite penyiasatan camni kenapa???


ANyway, lepas fawaz bagitau, baru aku perasan yang LG KS360 tu henpon ala2 Blair Warldorf. Sape2 nak feeling2 Blair tu, pegi la beli. Gossip Girl XOXO.

Sapa dah tengok GG sampai last episod ko jangan gatal nak cite kat aku synopsis. Aku lempang kang!

Wednesday, April 8, 2009

Sapa nak sewa celcom broadband ngn aku,utk 1 bln saja b4 aku terminate, aku bg sewa rm50.sim jela. Bil biasa rm68.aku bg sewa murah pasal x guna.aku guna umobile. Bg sewa sim jela.bye.

Monday, April 6, 2009

Cite Tah Pape

Tak tau la macam mana aku bleh biar TV aku stuck kat TV9 lalu bukak cita Nana Tanjung(kot).
Yang aku nak komen.


KENAPA LA FAUZIAH GHOUS NI MACAM BODOH GILE LAAAAAAAAAAA BELAKON CITE NIH. KENAPA NAK BUAT WATAK ORANG GAJI JE, KENE BODOH GILA. MACAM TERENCAT AKAL.

Ko rasa kelaka sangat ke kalau wat watak orang gaji yang tahap bodoh macam lembu. Bukan aku saje nak mengata, tapi realiti aku tgk dengan mata sendiri kat TV nih. Dari tadi duk bukak cita ni aku tak nampak langsung mana part kelakar tah.

Boleh ke orang yang ala terencat akal ni uruskan rumah tangga, mengemas bagai? Annoying gila watak tuh. Saja je ke nak menjatuhkan martabat orang gaji? Kadang2 ade jugak orang yang hidup susah tapi terpaksa keje jadi orang gaji, tapi perlu ke nak menghina watak2 diorang? Sapa tah la produser ngan pengarah cite sampah macam ni. Apasal tah tetibe aku semangat nih nak bela orang gaji. Takde la, aku cuma menyampah dan rasa macam tahap IQ orang yang buat cite ni memang sangat low la.


Nak buat lawak pun biar la bagi orang gelak. Jangan la buat lawak yang memperbodohkan diri sendiri. Elok2 tak bodoh, tetibe je nampak macam bodoh. Bukan bodoh biasa, tapi siap dungu lagi. Menyampah aku.

Sori just my 2 cents.

Sunday, April 5, 2009

Ini dia


Nah, ini dia LG KS360. Serius aku nak jual.Memang tak guna pun, simpan dalam kotak je. Cuma ade la tak sampai 10 minit call duration tu pun pasal masa tu aku test masukkan simkad, then mak kol. So kena la jawab pasal tak nak derhaka kan.

Sapa berminat sila sms saya ye. Kalau yang takde num tu boleh email ke pestisid@yahoo.com

Spek:
* Full QWERTY keypad.
* Side slide.
* 2 Megapixel camera
* touchscreen for calling
* talk 5.0 hrs
* standby 18.0 days
* Java MIDP 2.0
* MP3 player
* MPEG-4 player
* FM radio
* Photo/video editor
* Built-in hands free
* Voice memo
* Polyphonic (64 channels), MP3 - Ringtones

Aku rasa sapa suka pink mesti suka nih. AKu tak suka pink pun tetibe tersuka. Tapi kenapakah sidebar blog ini sudah pink?

Reason for sell:
1. aku kadang2 drive pun sms, so agak huru hara di situ bila nak bukak2 slide ni pastu qwerty lak.
2. edy belikan aku yang baru. so aku nak jual lah yg ni.


Harga RM590 cash. aku beli RM600, pastu kene caj lak tu kad kredit 3%. Sentap tau.
Sapa2 pandai pujuk, die dibenarkan bayar 2x sekiranya dia mengaku dia kawan aku huahuahuaha. Ye2 bleh dipercayai sbb aku dh pnah jual mp4 player 2x bayar jugak.







haiiiiih dah pukul bape nih takleh tido2. ni sapa la tuan punya keta memekak kat bawah ni, ngan bunyik alarm yg macam2 jenis bertukar ganti. tolong la matured skit,bunyi alarm satu jenis je boleh tak? kalau sejenis at least aku bengang pun boleh je lagi tido. mengganggu tido betul bila berjenis2 bersilih ganti. lama pulak tu. terus tak dpt lelap aku ni. tension!

Soping.

Ishk.. Virus apekah yang telah melanda laptop aku ni sampai dah jadik macam kura2 yang demam panas dan naik bisul di ke empat2 kaki beliau, memang jalan pun gitu2 jela.

Drive C pulak dah jadik 0 bytes. Aku nak uninstall program pun dah tak dapek. Ni mesti virus masuk malam tadi masa aku tertidur dengan khusyuk. TU la, degil. Orang nak bagi Kaspersky free, ko gatal kan nak pakai Avira yang download tu je. Padan muka ko. Muka ko, bukan muka aku. Haha.

Semalam aku pegi soping. Soping ke??? Ye, kaya kan aku? Kaya hutang. Takde lah, semalam and last, hari ni ade Handphone Fair kat SACC Mall Shah Alam. Henpon harga RM80 pun ade, tp stok2 samsung, philips, yang simple2 tu jela. Tak silap aku nokia yang paling cokia ade la RM35. Tiga puluh lima ya. Sesuai untuk orang yang pasang banyak boifren or girlfren kan.
Semalam aku belikan pakcik aku. Dia bayar sendiri la kan, Nokia Express Music 5800 yang full touch screen tu, jangan memain. Pakcik aku ni umor 40 tapi tak kawen2 lagi, tapi awek die umur 23 je. LG KS360 yang kaler pink u ol, untuk aku. Wah! Pink kan. Terasa sangat wanita. Edy plak angkut E63. Pasal yang tu ade word, excel semua kan. So senang la die wat keje. Pastu ade lah 2 ketul SOny E utk adik aku dan mak aku jugak. Sapa2 tengah cari handphone tu, pergila. Diskaun up to 70%. Aku ni duit bukannye ade tapi dah mata dijamu dengan macam2 henpon, tetibe bernafsu pulak nak beli. Padahal dah la LG. AKu pandang slack je brand ni dulu tapi kenapekah aku beli? Rasa macam nak jual balik pun ada. Sapa nak beli bagitau la. Terlalu gurlish la, macam tak sesuai pulak dengan aku.


Nantila laptop aku ok baru upload gambar die camne.


K, babai.

Friday, April 3, 2009

14-03

Tak sangka aku budak kecik rambut belah tengah ni ada hati kat aku...Masa ni entah2 aku baruu je lahir kan...


Sorila kualiti gambar memang dasat kan pasal tah gambar ni penah kene banjir ke air ujan ke ape tah pasal dah pudar2 dah pun..tetibe ade cinonet mende putih atas dahi..tu masalah gambar tu la...bukannye die ade pakai pape mcm india tu kat dahi.








Pada tanggal 14 Mac aritu, ehem2..143 la katekan..i love you gitu..die gi masuk meminang gadis ini...















Gambar lain2 kemudian lah...intenet aku slow la..tunggu aku balik kampung jela pakai stimix laju la sikit..

Thursday, April 2, 2009

Boring itu Bosan

Hai tak tahu la kebosanan hidup tahap berapa dah aku alami ni. Bosan bosan bosan. Dah la tak tau nak update blog pasal apa. Bosan tak tau nak buat apa. Aku nak kawin jadi suri rumah la. Boleh tak?

Tadi aku pegila tapau kat Kembangan Paradise. Tengah menunggu order tu tetibe satu wajah familiar datang duk meja sebelah aku. Oh, Obri AF7 rupanya(kantoi ke, aku tengok AF yang bosan tu,ni?). Mulut aku pulak tetibe je tergerak pegi sebut, 'Eh, Obri.' nasib baik slow. Pastu dah tak sempat nak cover pasal dia dah ternampak mulut aku macam sebut,'Eh, Obri!.' Tepaksa la aku senyum2 pastu cakap 'Hai.'

Dia datang dengan awek dia yang tersebar gambar kat internet tu. Kecik gila la awek die ni, mcm size budak form 3 je aku tengok. Pastu secara in person, aku rasa muka si Obri ni takde la hazab sangat macam kat TV. Aku tengok, dalam TV macam berserabut je muka mamat ni. Pastu Shu Beras Jasmin suruh aku pesan kat Obri,'Hoi, suara kau tak best la.' Kalau Shu tak pesan pun, aku memang nak cakap je. Tapi, aku tak sampai hati la pulak. So, Shu, ko cakap sendiri jela lain kali. Aku taknak spoil mood Obri yang maybe ingat die ade peminat sebab bila masuk kedai makan je, ade awek bertudung cakap, 'Eh, Obri!.'

Ok la tu je update. Tak tau nak update pasal apa.

p/s: aku terpaksa menerima hakikat bahawa Tomok ada talent. Korang sila jangan kutuk aku. Aku cuma sama pendapat je dengan Paul Moss. Sapa lah aku. Kalau tak caya pegi tengok youtube, aku rasa Tomok jauh lebih baik dari budak2 AF tu. Aku vote untuk hentikanlah AF tu sampai anak aku dah dewasa nanti baru bukak balik. Bagi aku yang taraf mak2 ni pulak layan AF macam mak aku sekarang.

Wednesday, April 1, 2009

Jualan Minggu Ini Compaq CQ40-337TU RM1800 firm

SPEK.

* Intel Pentium DUAL CORE T4200
* (2.0Ghz, 1MB L2 Cache, 800MHz FSB)
* Free DOs
* 14.1 WXGA TFT BrightView Display
* 1GB DDR2 SDRAM
* 250GB Hard Disk DriveDVD +/- RW Dual Layer
* Intel Graphics Media Accelerator 4500M
* 3 USB 2.0 Ports
* Card Reader, 56K Modem
* 10/100 Base TX LAN
* HP Premier Altec Lansing Speakers
* WIFI Ready, Built In Webcam

Free Stylish Nylon Carrying Case
1 Year Limited Warranty

p/s: harga kedai range 1899-1999 kalau tak silap aku. ni untuk minggu ni je ni.
aku installkan windows siap. nak XP pon boley.

Bye.