Tuesday, December 30, 2008

Anak Derhaka

Hai kawan-kawan. Selamat Tahun Baru 1430H.Aiiyaa aku terlewat wish. Juga Selamat Tahun Baru 2009M diucapkan. Azam aku adalah nak cari kerja yang ada kerja, boleh? Hahahaha. Dan nak jadi orang kaya tanpa bantuan ahli keluarga yakni berusaha sendiri. 

Disebabkan takde modal nak berblog, jadi aku share movie pendek kisah Anak Derhaka ni kat korang semua. Sila la tengok kerana ia adalah kelakar. Dah banyak kali aku tengok tapi tetap rasa lawak.



Monday, December 29, 2008

Updated- Caj PTPTpu

Terima kasih kepada pegawai PTPTN bertugas yang baca email aku. Baru je aku kutuk dalam entry lepas, mcm bace blog aku plak akak ni. Terus reply. Orang macam ni la selayaknya dapat gaji lebih.Untuk dikongsi bersama kawan-kawan.Petikan email yang PTPTN reply kat aku.


Untuk makluman,

perlaksanaan caj 1% bermula pada 1 Jun 2008 sebagaimana kenyataan akhbar Y.B. Menteri Pengajian Tinggi dalam akhbar-akhbar utama pada 06 OGOS 2008. Pihak pengurusan PTPTN sedang menyediakan kaedah dan peraturan pelaksanaannya dan akan diedarkan untuk makluman dalam tempoh terdekat. Maklumat mengenai perkara ini boleh didapati di laman web www.ptptn.gov.my Kaedah dan peraturan tersebut juga akan dipaparkan di Laman Web PTPTN untuk panduan umum.

Caj 1% melibatkan semua peminjam. Surat perjanjian yang baru akan dihantar kepada peminjam awal Januari 2009, tempoh diberikan selama 30 hari untuk kembalikan kepada PTPTN. selepas pelarasan siap sepenuhnya, kos 1% akan berjalan seperti biasa bagi mereka yang tidak mempunyai tunggakan pinjaman sebelum ini. "Semua permohonan (untuk satu peratus) akan ditapis terlebih dulu dengan melihat kepada jumlah pembayaran mereka.

Mereka yang membayar mengikut kadar ditetapkan, layak menerima pengurangan caj. Bagi yang gagal membayar mengikut jadual, mereka tetap dikenakan caj perkhidmatan lama dan hanya boleh menikmati caj baru selepas selesai membayar tunggakan pinjaman ptptn bagi tahun 2008. pelarasan kos untuk semua peminjam dijangka siap sepenuhya pada Januari 2009.

Sila maklumkan alamat dan no tel terbaru jika ada perubahan.
Harap maklum.

Caj PTPTpu

Aku nak tanya satu persoalan tentang caj PTPTN.Setelah membaca blog Maria, aku teringat dah beberapa bulan aku buat dek je ngan caj PTPTN a.k.a tak bayar. Tahniah la coz ko berjaya dptkan pengecualian caj PTPTN. Aku tak dpt nak buat pengecualian sbb, pasal Subject Kenegaraan Malaysia aku dpt B-, so aku takde harapan la nak dpt 1st Class Upper.Benci!Skit je lagi..Duh!

Sebelum ni mmg aku byr caj PTPTN tu sehingga aku terlupa ref number aku. Then aku try call PTPTN tapi haram takde sapa jwb. Bz sangat la ye??? Aku pun tulis surat cinta kat PTPTN tu, mintak ref num aku. Sangatlah busy ye officer beliau. Maybe mail aku tu dia tak bukak pun (tapi sungguh aneh laa takkan x bukak email). Tunggu punya tunggu, last2 aku pun tak bayar, pasal if nak bayar kat Maybank2u tu, dia mintak ref number kan. Menda alah ni la yg aku takda ni.

Setelah beberapa bulan,( 1bulan+ kalau tak silap), aku mendapat balasan dari PTPTN , bg aku punya ref number. Efisyen sungguh, 1 email, ambik masa 2 bulan siottttttt untuk dibalas. Adakah ko datang keje hari ini untuk menyiapkan keje ko yang sepatutnya siap 2 bulan lepas??Tahniah la kat korang pasal bile gomen umum gaji naik je, gaji korg naik gak kan, pastu keja tak buat. Kalo ko betul2 takde keje, takpela. Aku yakin korang ni ade keje, pasal email aku tu pun korang tak balas.Tu bukan keje ke?Caj pentadbiran kan main ko caras kat org. Hak tuih.

Aku check penyata online tadi. Ye, caj aku masih lagi pada kadar 3%. Mungkin pegawai2 PTPTN ni banyak sangat kot berkhidmat kat aku sampai caj aku jadik 3%. Caj perkhidmatan la katekan....Kate dah turun jadik 1% kan kan kannnn?


Masalahnye sekarang, caj aku masih 3%, kate dah turun 1%.Ke aku ketinggalan ketapi?Kene buat ape-ape langkah ke utk dpt caj 1% tu?Adekah kena isi borang ape-ape ke?Takde pun surat sampai kat umah aku from PTPTN. Transaction and statement pun aku check online je. Ape ni????Caj orang 3% tapi servis mcm ape tah. Aghhhhhh bengang!

Iklan

Saya menyewa rumah di Taman Equine. Rumah saya sekarang ada 4 org. Bulan 1 nanti ada housemate saya akan keluar. Jadi, saya mencari seorang pengganti.

Sesiapa yang berminat utk menyewa rumah kami, sila hubungi saya dengan meletakkan komen di sini. Rumah saya adalah jenis apartment di tingkat 11. Sekian, terima kasih.

Friday, December 26, 2008

Berkenaan Blog Menghina Islam

Hi kawan-kawan. Harap semua dpt flag blog ni sampai kena tutup. Memang dasar jahiliah. Jahil biase takpe,bleh belajar agama lagi, ni jahil taraf direct leh masuk neraka ni kalau mampus.
Bukak blog ni,   BLOGGER CELAKA .

Untuk rujukan:
http://perisik-rakyat.com/2008/12/perhatian-untuk-semua-bloggers.html
Mungkin dapat membantu.

p/s: aku tak tau la betul ke pemilik blog adalah Adibah Ahmad, atau dia dianiaya. Tapi, sesapa yg create blog tu aku harap kena azab Allah.


Updated:
Kalau sapa-sapa tak sempat tengok blog tu atau ketinggalan ketapi, bleh tgk 


atau


atau


atau



Kredit kepada blog-blog di atas.

Thursday, December 25, 2008

Penuaan kah?

Lately, aku tiba-tiba je suka segala jenis lagu-lagu zaman 80 an dan 90 an yang pure rock kapak punya.

Dulu, aku selalu gelakkan adik aku sebab dia layan lagu-lagu camni la. Sekarang aku rasa macam aku dah terjebak sama.

Apakah ni salah satu proses penuaan, tetibe suka lagu zaman-zaman dulu? Aku dah malas nak dengar radio dah, sikit-sikit iklan. Bosan weh! Baik layan CD je dalam kereta. Tapi CD2 aku semua lagu zaman sekarang. :(

Wednesday, December 24, 2008

Erk..geli..

Aku tak tau kenapa tiba-tiba suara aku bertukar sengau. Last week memang ada tanda-tanda aku nak demam. Tapi demam kura-kura je sebab tiba-tiba tak jadi demam.

Aku tak batuk, tak selsema. Tapi apasal suara aku jadi sengau mcm keluar kat hidung? Asal orang call then dengar suara aku camni, diorang tanya, ' Demam ke?'. Jawab aku, ' Tak, malam tadi baru akil baligh. So hari ni suara jadi lain.' Boleh tak mcm tu?

Sengau takpe tapi apsal aku rasa geli sebab aku terbayang muka ni :

























 
Rasa geli tekak aku, ok!


Kredit: Gambar dari forum gossip cari. Dah ada dah tu watermark kat gambar tu.

Monday, December 22, 2008

Anak Felda 'Contoh'

Jual majlis punya pasal, kawin dpt juta-juta jutaaaaaaaaaa. Kejayaan besar anak felda, moh le bace kawan-kawan KEJAYAAN ANAK FELDA, YEARGH!

Kau Berkuasa, Aku Puaka.

Hari ni patut kene attend meeting. Bile aku dengar je meeting tu dgn Letchumi(bukan nama sebenar), so aku jadik ok-la-aku-malas!Tapi aku tetap berusaha nak pegi. Lagipon hari ni aku lmbt. Maka terjadi la adegan cucuk-mencucuk kereta depan dgn 160km/h. Time-time tu jugak la aku tepek bedak, calit lipstik sket ngan nak pin-pin tudung. All in 1 la kiranya.

So, sempat la perjalanan aku td dlm 7 minit cmtu la dr rumah aku termasuk benti traffic light. Sampai-sampai je depan main ofis, cam biasa la parking confirm takde. So aku try parking kat dlm JPJ tak siap tu. Haram guard JPJ tu gi halau aku. Halau aku takpa. Tapi kat entrance dia tu ada batu-bata yang memang tak nampak dari dlm keta pasal bata tu kan rendah je.Kete aku plak perempuan, dia pakai skirt hitam. Jadi skirt tersebut telah melanggar batu-bata sambil guard tu dan kawan-kawan dia bertepuk-tepuk tangan, bertepuk jangan segan kat aku. Cis korang. Abis koyak rabak skirt kete aku. Aku sedih. Baru je aku spray baru sebab adik aku punya pasal masa kat Kajang itu hari. Hari ni terlanggar lagi. Aku ni payah benar nak eksiden-eksiden ni tapi kalau time aku tengah gabra nak kejar time meeting camni, ngan datang lambat lagi, ngan takde parking, so aku punya suwei sudah mari.Cuma suwei kali ni melibatkan kekasih gelapku la , kesatria baja hitam aku. Malam tadi je baru repair circuit alarm dia pasal kunci jatuh dlm longkang hari tu. Tengah-tengah bwk kete kat highway bleh lak alarm die duk main-main lock, unlock kete, siap nyala-nyala lampu lagi. Seram aku. Mekasih ye kekasih cerahku En Eddy tulun repair.

Aku blah dr JPJ, aku try nak parking kat selekoh opis. Guard XXX lak datang tunjuk kuasa. Halau aku pulak. Pastu dengan brader Ramlee Burger(bukan Ramlee Burger sebenar) bos die tu tunjuk-tunjuk muka berkuasa. Aku plak tunjuk muka puaka.Aku tau la kete ko mahal Ramlee burger, tapi aku tak takut pun( takde kaitan pun ngan kete dia, saje nak ckp kete dia mahal).Brader ni bigboss kpd guard yg opis aku ambik ni kot. Pastu pak gad suruh aku parking kat HP building tak pun ujung jalan yg jauh tu. Banyak hensem lu pakcik, aku dah la lambat, meeting dah start, ko suh aku parking jauh-jauh. Kalau camtu baik aku parking Century Square je, jalan kaki.Dapat ah bakar lemak aku ni. Boleh plak dia sibuk duk bgtau aku details meeting tu ngan sapa, kat mana. Siap bgtau dah start. Dah tau dah start, bagi jela aku park kejap. Last-last aku ckp, 'OK AH PAKCIK.MALAS AH SAYA MEETING.' Terus start enjin, pecut balik opis.

Masuk-masuk je opis, Min ckp,' Wah,Lisa ko lagi selamba, baru dtg je.'. Abeh tu, ko plak tak selamba ke lepak opis tak gi meeting. Sejuk ati aku nampak Fawaz-budak-baik pun tak pergi. Harharharlisa. Rupanya Fawaz baru je cool dr hangen sebab kene tengking kat Brader Ramlee Burger. Kojaq lu pakcik Ramlee, ckp lelok kan boleh, tak payah la ko tengking-tengking orang. Last-last Fawaz tengking dia balik. Aku terkesima macam tak caya. Pape hal, aku tabik ko, Fawaz. Kita cakap lelok, orang tengking. Supaya tak jadi loser, tengking jela balik. Haha. Walaupun nampak kojaq, tapi sapa yang start dulu? Tul tak, Fawaz?

Nasib baik kami scipp meeting. Kalau park tepi jalan td free-free dpt surat cinta PDRM. 300 melayang. Tahniah Nik, sebab terpilih. Hehe.

Sunday, December 21, 2008

21 Disember Yang Mcm $^$%^#

Semalam adalah hari yang paling tak ong, sial dan suwei.

Pagi-pagi buta lagi, aku dengan pakwe aku keluar, bawak adik aku jalan-jalan. Dan-dan pagi-pagi buta tuh dah gaduh dah ngan pakwe aku. Sebab takyah bagitau la, sebab biase je tapi emo nye pasal prang prang prang gaduh depan adik. Aku tak kisah sbb aku dah hidup 19 tahun dah same-same ngan adik aku tu. Pakwe aku kisah kot. Sampai adik aku yang duk dlm kete seat balakang sms ckp, ' Dah la gaduh wey, tak best ah camni.' Ok la fine, pastu slowdown skit. Pastu gi makan, then aku nampak sorang budak umur  1 tahun jatuh terlentang dari kusi meja makan tu. Sakit pala dia tuh. Pastu budak tuh nangis tak hengat. Itu adalah tanda-tanda hari tersebut bakal tak best. Walaupun budak tu yang jatuh, bukan aku, tapi biasanya benda-benda tak best yang aku nampak akan menyebabkan hari aku terseret sama dalam kancah yang langsung tak best.


Then kitorg pegi jalan-jalan kat mines. Yang tak bestnya cuma aku gi tengok cite Histeria.Rajin pulak aku gi layan cite melayu. Sebab ada Liyana Jaymay je aku  tengok ni. Aku suka budak ni berlakon. Festaim suka masa aku layan cita KAMI series tu. Best dia blakon. Tapi yang tak best adalah cite tu la yang tak best. Aku nak tengok hantu, bukan nak tengok menatang macam alien tuh. Makan-makan orang pulak.Aghhhh.Aku nak tengok hantu! Dah la jakun mana tah masuk panggung bising gila. Dah la seat keras. Lagi haru masuk segerombolan ca ya nun alip yang busuk masam mcm tak mandi sekurun.Duduk sebelah pakwe aku. Bau busuk sampai ke aku. Tapi awek die baik punya peluk pakwe.Sama-sama busuk kot.Tu pasal tak kisah.

Pastu, adik aku ajak pegi JomHeboh. Maka, aku pun pegi la. Jalan tak jammed pun, kat dpan area Jomheboh je yg byk kete. Lagi laa suwei, tengah aku duk elok-elok je layan blues kat situ, datang pulak brader Melodi terjah aku. Ape kejadahnya banyak-banyak orang, aku yang kena. Sangat cis, ok! Adik aku elok-elok je sempat ngelat. Baru je aku nak ngelat, kamera dh depan muka, mic depan mulut. Cis Cis Cis! Brader tu tanya aku pasal isu Inul pengsan sbb tak dpt buat konsert kat Malaysia. Aku tak tau isu tu. Aku tak amek tau pasal Inul k!Pastu next, suruh aku jwb pasal Karyawan. Lagiii la aku tak amik tau. Persatuan Penduduk Desaminium pun aku tak tau, ini kan pulak Karyawan. Ape kes?? Last-last, die tanya pasal Fasha Sandha. Minah ni kan byk kes. So die suh aku jwb pasal FS gaduh ngan wartawan. Ape-ape hal, walopon wartawan bukannye betul, aku dengar kes FS maki wartawan tu sbbnye, wartawan tu nak kat die. Tapi aku malas ah nak amek pot yg tu. Yang penting aku harus kutuk FS, sbb memang aku meluat ngan minah ni. Papehal aku takkan sokong die ni walau ape die buat pun.Kacau la minah ni blakon cite Anak Halal, cite tu best, dan-dan masuk scene minah ni jadik hambar cite tuh. Kalo abg melodi tu tanye pasal fazura, aku sokong fazura, aku kutuk wartawan lak.Ha ha Ha!Adik aku ckp, aku ni wat malu keluarga ja terlibat ngan melodi tu.Cittt!Seb baik aku layan forum gossip, ade la idea nak ckp.Huahua.

Pastu aku gi loyat cari barang. Kat loyat takde benda suwei berlaku. Tapi benda nyampah ade la. Mase tunggu pakwe aku beli barang, ada la geng mamat mlayu bisnes kat loyat duk fewit2 kat ktorg dari tingkat bawah wing sebelah. Malu ok, jerit2 nak berkenalan, dah la jarak jauh beb. 1 wing leh dengar. Pastu membe2 die kot cabar suh dtg dkt ktorg.Datang la sekor mamat selenga ckp, 'awak...kawan saya ikhlas nak berkawan dengan awak..'.cett.seb baik encik edy dtg time tu.hehe.sebenanye aku tau mamat tu ngorat adik aku pasal die cun aaa dari geng2 gadis melayu tv9 tuh.aku pon nak kenakan adik aku skali time tuh tp adik aku layan sms lak.bosan la minah nih.

Balik je dari loyat, aku balik umah. Ni la kejadian suwei top 2. Ya, segugus kunci rumah aku hilang. Tak tau kat mana. Jatuh dlm lubang jamban petronas kah, jatuh kat panggung kah, jatuh di loyat kah, di kembangan paradise kah, di puchong kah, atau di jom heboh. maka, aku patah balik kat petronas bukit jalil, cari dlm surau, cari kat toliet.konpem tadak.pegi kembangan paradise, pun tadak..aku takde idea kat mana menda tu jatuh. Last-last, guna jela spare key umah, dan bukak pintu bilik pakai kad. Dah la aku pegang main key. Tak main aaa duplicate2.Skang dah hilang. Arini aku kene contact owner umah. Benci laa. Benci benci.

Pas amek barang kat umah, aku nak gi anta adik aku umah makcik. Cari kunci nye pasal, smpai bwk ke pukul 11+.So pukul 11.45 br smpai Kajang, umah makcik aku. Pakcik aku ni plak duk perli-perli la anak dara balik lambat. Bukan daku sengaja pakcik, kunci aku hilang pahammmmm???? Ni adalah suwei no 1.Ya, setelah park kete baik punya, maka, segugus kunci kete jatuh dalam longkang depan umah makcik aku, longkang yang besar dan dalam. Kunci skali ngan alarm plak tuh. b**i!Longkang yg air takat lutut, maka kunci terendam penuh. Tang ni aku dah gabra.Sebab kete aku tak smpat lock,kunci dh arwah. Pakcik aku pun dtg la nak tnjuk hero sinsing2 kain pelekat sambil berleter kat aku, ni laaa tanda-tanda tak elok anak dara balik lambat(kunci umah aku hilang paham????tu pasal aku smpai lambat), bukak penutup longkang(seb baik x lock) ambik la kunci kete aku.seb baik bukan musim banjir.dibuatnya air laju, mmg dh tah kemana kunci kete aku.dh selamat tu aku try test alarm smue, ok function. tapi LED die blinking. Masuk air la tu. Aku lock manual jela, pasal aku takut esok pagi tetibe alarm rosak. Mintak pinjam hair dryer makcik aku. Ces, rosak pulak. AKu mati akal nak wat cmne bg kering. Sebelum tido dapat idea mak aku ckp, kalau jam masuk air, ko pegi letak jam dlm beras. So aku agak2 bende ni leh apply kat pape jela brg masuk air.so aku letak la kunci tu dlm beras.bangun je pg td, tgk alarm LED tak blinking dah.pastu test2 yahooo ok, leh  gune lagi.so kwn2, beli la Hyundai sbb alarm die bagus.haha.Pg td aku bangun, harap2 hari ni tak suwei dah.

Friday, December 19, 2008

I like to move it move it.

Ke hadapan Minin,

Ini bukan surat cinta. Sekadar memberitahu ko, sekiranya ko baca blog aku. Aku akan pindah ke workplace ko berkuatkuasa minggu depan. Sebab orang-orang SAP akan pindah ke sini dan kami dikehendaki utk duduk 1 kelompok je nak bezakan EA dan SAP. Jadi, tempat ko adalah paling strategik, tidak terlalu sejuk dan sangat tersembunyi. I looooike. Aku dah book tempat ko.

Maka, silalah jangan remote pc ko lagi. Aku akan disable remote hahahhaha.

Ko akan dapat pc ko balik sekiranya aku resign.hahahhahaha.

Sekian.

Yang Benar,
Pestisid.

Thursday, December 18, 2008

Today Is My Last Day

Hai kawan-kawan. Aku dah bosan keje kat XXX ni.
So today is my last day...









working for XXX







FOR THIS WEEK.







wakakka tak lawak tak lawak. Hakikatnya aku takde idea nak update blog.

Wednesday, December 17, 2008

Antivirus 2009

Awas ye kawan-kawan dengan Antivirus 2009. Mende alah ni sebenarya virus yang akan create 1 fake antivirus detection, kadang-kadang dia akan create 1 fake firewall/system message/spyware/malware detection dan akan prompt user untuk click kat antivirus palsu tu pastu paham-paham jela, akan masuk dlm windows system korang dan akhirnya mengkucar-kacirkan system.

Pape hal, pegi la baca dan download dulu antivirus 2009 removal tool ni. Pandai-pandai la korang baca sendiri. Sekian pesanan khidmat masyarakat.Babai.

p/s:benci aku mahmud ni asyik guna phone office je duk calling sana-sini.nasib baik dah guna ip phone, dah la curi tablephone aku.tak pasal-pasal aku takde extension num dah.nak beli rumah ke, nak sewa rumah ke, nak bagi orang sewa rumah dia tah, asyik ckp phone je.dah la cakap kuat plak tu macam gagang telepon tu duk sebatu jauhnya.pastu duk pandang slack je kat orang.ko tu yg 10 ribu kali slack aku nak pandang sampai juling bijik mata.

Tuesday, December 16, 2008

Ya, Boleh Dipercayai.

Kawan-kawan, anda boleh mempercayai Kak Anum.Sebab beliau dah bayar balik duit kawan-aku-yg-baik-hati. Mekasih Kak Anum.

Boleh Percaya Ke Tak? 2

Kali ini, kisah guard pulak sebab org ada komen pasal guard. Korang rase, guard boleh dipercayai tak?

Sejak aku dengar 2 kes uncle Anand(yeke name die camni) yang kene pow oleh 2 orang guard ofis ni jugak, aku dah hilang kepercayaan kat diorang. Tambah-tambah kes sorg guard tu yang rupa-rupanya layan ganja dan tetiap 2 minggu kena report kat balai, aku lagi-lagi tak percaye dah kat guard, dan ade jugak yg baru keluar jail rupanya.

Mcm mana company MNC yang established camni boleh ambik tender dr orang yang sediakan guard bahaya camni?Tak faham aku. Tak buat background check dulu ke?

Dan persoalannya, bukan company aku keje ni je yg tersilap ambik guard, Management Body apartment aku ni pun sama.

Hari tu, aku isi minyak kat Caltex. Tiba-tiba datang sorang mamat keje kat sini tegur aku, tanye aku duk blok mane?Rupanya dia ckp, dia kenal aku dan selalu nampak kete aku kluar masuk apartment area coz die dulu jaga kat Guard House tu.OK, fine.Tapi dia ckp, dah lama dah dia berhenti.Keje Caltex lagi bagus dia kata.

Then aku tanya, kenapa berhenti?Dia ckp,tak tahan, bos dia jahat. Tipu gaji dia.(Ni kirenye bos company yg provide guard la,bos dia ni).Terfikir gak aku, kalo bos kepada guard pun dah jahat, no wonder la anak buah pun sama.

Aku korek lagi ngan mamat Caltex tu, 'guard-guard kat situ jahat tak?'Pastu dia ckp, jahat.You kena hati-hati.Dulu kes pecah kereta tu diorang la yang buat.Kalo tak silap aku, 6 bijik kete kena pecah. Dan kes-kes curi kasut pun diorang la punya kerja. Patut la, aku tengok,walaupun kete nak masuk punyela susah. Nak bersticker la, visitor pun susah nak masuk.Tapi kes pecah kete ade jugak.Ooo rupa-rupanya diorang punya keje.Tak heran la.Kalau mcm ni, hire 100 guard pun, tapi duk asyik pecah kete orang je, nak secure ape nye??Lagi banyak crime ade.

Pastu brader tu suruh aku hati-hati dgn sorang guard yg dye rambut die.Die ckp, yang tu la yg paling jahat.Pastu aku tanya, mana pergi lagi sorang uncle guard chinese tu?Dia kata, dah quit jugak sbb tak tahan dgn bos dan guard-guard lain.

Aku pun tak tau nak percaya ke tak.Tapi mmg aku ade dgr cerita yang kereta kena pecah tu pun memang kerja guard-guard tu la.Aku gak pernah dengar aduan orang-orang kat sini ckp, mlm2 diorang ni selalu mabuk.

AKu tak berani nak kata ya, diorang jahat sebab aku tak nampak sendiri dan aku cuma dengar org cerita je. Cuma, aku nasihatkan, berhati-hatilah korang ye, especially yang duk resident area aku ni.Lagipon if korang duk situ korang faham kan guard-guard ni terdiri daripada sape, aku rase if diorang tengah mabuk tu, ape-ape pun boleh jadi.

Cuma, setakat kes pecah kete tu, dah takde dah case terbaru. Tak pun aku sorang je yang tak tau.Ape-ape hal, berhati-hati dengan sesuatu yang mencurigakan.Babai.

Monday, December 15, 2008

Boleh Pecaye Ke Tak?

Erm tadi akak cleaner ofis aku, yg agak glam la di kalangan cleaner. Dtg kat aku, mintak tlg nak pinjam duit RM50.Mmg aku tanak bagi pon. Sbb, duit aku sndiri hampir habis walopon dlm purse aku mmg la ade lagi not 50.Tapi, katekan die menipu, maka, aku akan burn 50 engget cmtu je.Lagipon aku ni susah skit nak bg org pinjam duit pasal sejarah family aku sangat banyak terhadap penghutang-penghutang. Smpai tahap yg berhutang ngan ayah aku 50k pun x bayar2.Tak pasal2 ayah aku sndiri tak cukup makan,nak tolong org punye psl.Sedare sndiri pun pnah tipu bapak aku.Tu tak masuk lagi cine main balak yg ajak ayh aku rolling modal balak die.balak pale otak ko.Bayar bapak aku skarang jugak!

Berbalik pada kisah akak cleaner.So bg menyelamatkan diri dan bersandiwara, aku pun panggil kawan-aku-yg-baik-hati(tanak gitau name, tapi ko tau la ko sape kan hahahah).Tak sangke akak cleaner tu mengalih pandangan terus ke kwn aku dan tanye ade x duit 50, nak pinjam buat yuran anak kat Indon.Esok anak pekse. Cek die tak dpt dicashkan lagi. Esok petang die datang byr. Mata die mcm dh nak berair aku tengok.Mmg aku pandang terus ke ank mate akak cleaner tu.Tapi siyes, mcm muke tgh susah(or maybe susah nak create ayat nak menipu, sape tau?)Baik ati la kwn aku ni, die bg akak tu pinjam. Aku mcm dilema gak td nak bg ke tanak. Tapi mmg tanak la sbenanye, coz aku dh bgtau, dan dlm entry sblum ni ade gak ckp, duit aku hampir habis.Ni pun mak aku ade sapot skit nih.Kalo aku bersusah-susah kerana org, nnt bile aku susah, takde org nak tolong. Seb baik nnt ade org offer nak support aku ujung bulan ni.Kalo tak, kete aku kenyang, perut aku lapar.Dah la aku demam ni, nak gi klinik pun tak mampu.sedih tak korang, dgn kesusahan aku?ade sape2 nak derma tak?hantar ke akaun MBB aku ek. :P

Jadi kawan2, marilah kite berdoa agar kawan-aku-yg-baik-hati tu tak kene tipu kat kak anum(eh tetibe tulis name sebenar akak cleaner) haha.Kalo ko tak byr, siap ko Kak Anum. Kami akan report kat Big Boss.Aku bleh jadik saksi.Semoga beliau betul2 dalam kesusahan dan betul2 nak pakai duit dan betul2 akan byr balik petang esok. Amin.

p/s: aku rase bersalah kat kawan-aku-yg-baik-hati, sbb aku panggil die, dan die baik hati, die bg kak anum duit itu.huhu.

p/s2:eh aku harap die betul2 tgh susah tu bukan berharap dtg bala pade die tau,aku hrp, die pinjam duit tu mmg betul la die dlm kesusahan,maksudnye die bukan meminjam utk menipu ok.lagipon td bebudak ofis dh open table bincang takut2 kwn aku kene tipu sbb kat ofis aku ni dh byk kali kes scam especially dr guard2 yg pow duit org.aku tak tau cmne drug addict dan org br lepas kluar jail bleh lepas jadik guard.

Lagi moto hidup aku, merangkap persoalan hidup: Time orang susah, orang mintak tolong kita, time kite susah ade ke org nak tolong?

Bosan

Rasa tak best la.Sebab:

1. Aku dah rase perit tekak. Sakit tekak.Batuk. Badan dah panas skit.Tak suka la. Dah 2 kali ni aku demam dalam tempoh 2 bulan.Last month dah demam.Bulan ni demam lagi.Aku tak langgan pun sakit ni. Kenapa datang?

2. Sebab green apple nak close blog dia. Ah, hilangla pengubat bosan aku. Please la jgn tutup. Ramai orang tak setuju tau. Better Kak Di buat poll before close.Tgk feedback pembaca dulu.Ok tak?Tetibe je ramai peminat green apple sentap bile kak di nak ttp blog.

3. Sebab aku bosan la. Aku tak tau nak buat apa. Rasanya aku kena brush up balik segala mak nenek ilmu aku sebelum aku jadik bodoh piang. Planning utk menjadi pandai balik adalah dengan belajar balik SAP, Oracle dan JDE.Cewah, ni plan ke berangan? Berangan la kot.

Sekarang aku tengah nak install balik driver laptop aku ni. Baru je siap format balik. Susah-susah je aku format pakai SP1 yg tak best langsung tu semata-mata masalah compatibility netwweaver dgn SP version lain. Padahal aku tak try pun lagi install kat SP3, pepandai aku ckp tak bleh. Lgpon maybe coz aku ade bace installation requirement die ckp kene SP1. So aku follow jelah.Padahal aku tak terfikir pun yang mase release netweaver tu, SP3 tak wujud lagi.Adekah? Takpe, kalo bangang pun, aku yg bangang.

Okla, aku baru je jumpe 1 lagi blog yg sangat sarcastic.Aku suka. Blog ni Saniboey nye. Tak silap aku, die bekas wartawan. Ayat mmg power dan mencarut-carut. Tapi aku tak kisah. Banyak issue yg dia keluarkan. Link: akubimbo.blogspot.com

p/s: Anyway sesape syg sgt kat blog memasing, back up la blog korang. Aku bace kat forum, banyak dh blog2 best diremove tanpa sebab oleh blogger.com yg sengal. Aku harap daily blog yg aku follow dan blog-blog best, tak diremove sesuke hati.

IKLAN IKLAN IKLAN

Sape2 ade kwn2,adik, kakak, abang, diri sendiri,nenek ke, atuk ke, jiran ke, ketua kampung ke nak beli desktop buleh gitau aku sbb ade stok byk.

Ade spek AMD dan jugak Intel.

Nah hambik spek nye adelah.Teng terennnng:
  • AMD Athlon X2Dual4800+ 2.5Ghz processor.
  • Motherboard Asus M2N-VM DVI
  • RAM: 2Gb Kingston DDR2 800Mhz
  • Hard drive: Seagate 320GB Sata 16M
  • Samsung DVDRW 20x12x20/D-RAM
  • Monitor: LCD Samsung 17"

Software and OS:
WinXP SP2,
Adobe Reader/Pro
Nero 7.9 Full version
Avira
Office Pro2003/2007

RM 1380 jerrrr pun.Bape la sangat kan.


Nih pulak spek utk Intel:


  • Processor Intel DualCore E2500 2.5Ghz
  • Motherboard Asus P5GC-MX/A 1333FSB
  • RAM 2GB Kingston DDR2 800Mhz Seagate 320GB Sata 16M
  • Samsung DVDRW 20x12x20/D-RAM
  • Monitor Samsung LCD 17"
Software same cam kat atas gak:
WinXP SP2
Adobe Reader/ProNero 7.9 Full -version
Avira Anivirus
Office Pro2003/2007(suke ati korang lah.silie pilih)
RM 1450 jeeer.bape la sangat jugak kan?

Sape nak Core 2 Duo nnt tanye la aku update price.sape tanak LCD pun takpe.Kite tolak price nnt.

Area Shah Alam/PJ/Subang/Cyberjaya/Putrajaya/Serdang/Seri Kembanga free delivery.


Nah ni gambar bagi menambahkan nafsu membeli belah.

Sunday, December 14, 2008

Sape² Yang Suka Clubbing

Al kisah..aiyyyibbb..

Aku ade sorg makcik yang sangat lah kelaka, jenis ckp meleleh², kalau leleh tomok tu, kene tinggal 10 tiang, menang makcik aku, clumsy dan kadang² tak sedar ape berlaku di sekeliling tp die sgt baik hati.Aku tak tau cmne nak describe kelucuan dan sifat² die yg aku x pnah jmpe kat mane² orang sekalipun.

Baik hati sgt die ni.Kalo sampai umah die, hatta ckp nak singgah 5 minit pun bertukar 5 jam oleh sbb skill beliau yg pandai melengah² dan meleleh²kan masa.Smalam adik aku sakit perut.Singgah umah die jap nak anta barang, tapi kitorg kene tahan 2 jam sbb die pegi masak dulu pastu pakse adik aku abiskan smue sayur, roti dan telur dadar sepinggan sbb die ckp nak kasik perut padat coz nak kene mkn ubat.aduihh.kalo aku kene gi umah die, aku mmg sangat³ la tensen.sbb aku kene hadapi deraan psikologi oleh sifat² meleleh beliau.takde la pulak pelakon ke, artis ke yg sesuai utk dikategorikan mcm makcik aku ni.kalo aku bwk korg jmpe die, tobat korg tanak dh jmpe aku rase, melainkan sape nak mkn free.tapi die mmg very³ baik hati tau.

tu mukaddimah je.skang ni persoalan yang aku nak utarakan.sape tau spendrups tu ape?smalam aku nampak ade dlm peti ais umah makcik aku.botol amat meragukan.aku google, jwpn die adelah adik bradik la dgn beer.tapi aku tanye yus lelaki budak ofisku, die kate, die pnah nmpak botol cmtu kat ikea.die kate yg tu non alcoholic.tapi aku try cium, masam yg amat.aku takut sbenanye cousin aku yg minum bende² x patut.pastu die gi pesan kat makcik aku ke, ckp jgn minum coz tak sesuai utk org tua ke.maklumla, cousin aku ni baik, tapi beliau juga adalah ahli muzik, maka tak boleh kawin dgn sabariah.sbb sabariah kene kawin dgn majistret.ape aku merepek.lgpon cousin aku pmpuan.sblum ni pun cousin aku lg sorg pnah skodeng gak peti ais umah makcik aku, die nampak ade 1 botol mcm wine gitu, ke beer tah.aku x tau sbb aku bukan kaki botol.botol itu warnanya hijau dan panjang mcm dalam tv tu.tapi cousin aku belek², die kate, ade tulis kat situ non-alcoholic.ntahla, aku x paham.tapi amat meragukan la.lagipon makcik clumsy aku ni ade sejarah pernah tersilap beli todi kat anak die mase gi shopping brg dapur.tertukar dgn air gas.ape la makcik aku ni.pelik sampai ke tahap tu.tapi beliau menunaikan solat 5 waktu cume aneh sedikit je sifat beliau.

ok la, entry ini sekadar aku nak tau je, spendrups yg botol mcm botol coke,kat dpan ade gambar santa claus dan ade tulis since 1901 tu adekah beliau adalah arak atau air biase je tapi poyo nak berlagak cam arak.maklumla aku ni org kg,aku minum air suam je.spendrups² ni aku tak tau la.jwb ye sape tau tuh.

sekali lagi ditegaskan, makcik aku tak minum arak, beliau adalah clumsy, kelakar, dan sangat baik hati.maybe beliau tak tau yg dlm peti ais tu adelah arak, bukan sbb beliau bodoh, beliau pandai.., tapiiii sifat dan sikap beliau yg aneh tu.

Saturday, December 13, 2008

Tag tag tag! Takde keje lain??

Aku kene tag oleh Shy sengal. Ko memang, ade je tag, mmg ko akan tag aku.nyampah mak, noks..

Mukaddimah jap.Tapi...soalan2 bab wanita/lelaki idaman.Aku rase x sesuai ah aku nak mengidam2 lagi sbb mane aku nak cmpak incik edy tu.aku bersyukur dh dapat pakwe aku ni.ermmm,yanggg u syukur tak dpt i??auuuuu..gewwdix u..lgpon mak aku pun dh pakse2 ni aku bertunang la, kawin la.haiiiii mcm kan tua sgt dah saye ni.nak banding bab2 prangai mmg bf aku jauh lagi baik la dr aku ni.banyak lagi sebenanye sifat2 mahmudah die yg takde pd aku.tapi maybe dah ditakdirkan melengkapi satu sama lain..
fewit..


7 Wanita atau Lelaki yang kene jawab tag ni(harap maaf, ni soalan last, tapi aku drag naik atas.takut dorg ngelat.)
1.cookie suria junior skul aku.
2.dd dudu si pemilik kelisa yg salah masuk lane touch n go kat tol.
3.rose tunang izwan.
4.kak izyan skulmet saye.
5.reen yang slalu tuka shift ngan aku.
6.en mahmud kalo die ade blog.
7.che mun.harap ko buat la.blog ko dulu2 tu aku tau masih wujud.sile la blogging balik.

7 Ciri Wanita atau Lelaki Idaman Anda
1.tak tinggal solat.bangun pagi utk solat subuh dan kejutkan aku yg susah bgn pagi.

2.lelaki yg kurus dan berkulit cerah tapi tidak lah putih melepak..aku tak kisah la org ckp laki kurus dan pucat mcm mayat idup ke, isap dadah ke.yg pntg aku tau die bukan mayat dan die tak isap dadah.sbb aku rase org gemuk nampak selebet.aku  gemuk takpe.kulit cerah plak utk memudahkan mencari pakaian utk dipadankan dengan beliau.tapi aku rase pakwe aku ni bukan stok2 cerah tp putih melampau.aku pulak yg terasa rendah diri.kuhkuh.

3.tak isap rokok.syukur bf aku dh lame quit smoking walopon dalam kehidupan yg lampau die seorang perokok tegar.kepada smoker sekalian, drp korg smoking, baik korg bakar je duit tu selai2.tengok korg nangis tak.

4.seorang lelaki yg memandu kereta dgn laju hahhahaa sbb aku kan minah rempit.maka, aku tak suke org yg mengkritik pemanduan aku yg laju sbb aku tau, aku mmg berhati2.pakwe aku best, sbb aku bwk 150 kat kwsn bukit2, selekoh2 mase balik kg pun die  x bising.die dah tau dh aku drive camne.moto hidup kami, biar laju, asal berhati2.sbbnya ktorg ni if drive slow2 lebih berpotensi nak eksiden sbb ngantuk gitu.

5.lelaki yg pandai masak.sbb aku ni masuk dapur bermusim.time rajin tu rajin bebenor, time malas tu mmg makan kat kdai jela.seb baik lagi..bf aku pndai masak.yeay!

6.boleh ngam ngan family aku.kalo bleh aku nak laki yg tak rapat sgt ngan family dorg sndiri sbb aku nak sapu bersih mase balik raye ke, cuti ke ape ke mmg duk umah mak ayah aku je.haha.aku dh nampak dah tu 90% kejayaan sbb aku rase bf aku x rapat sgt ngan family die.heheeeeeeeee.keji keji.lagipon die dh ngam2 gak ngan bapak aku.yg ni melampau skit,siap jadik feveret nenek aku lagik.haih.

7.seorang yang bervisi, business-minded dan sentiasa nak menjana wang.ceaaaaaaaa.bahagia perlu.duit pun perlu beb.aku bukan materialistik cume tanak hidup susah je.meh bgtau aku, ade sape2 rase nak hidup susah?aku tak rase ade yg nak hidup susah kan??aku mmg x kisah if lelaki itu datang dr keluarga yg susah or whatever la,asalkan die rajin keje, sntiasa ade visi nak menjadi seorang yg berjaya.mak aku pun ckp cmtu kat aku.kire aku dgr ckp mak la ni.



7 Wanita/Lelaki yang tak pernah anda minati sepanjang hidup
1.ada bulu dada.gelimatttt aku.
2.itam legam.
3.bau busuk mcm K*********.lu pikir la sndiri sapekah.
4.kedekut.
5.lg pendek dr aku.well, aku ni bape cm la sgt.kalo laki tu lg pendek, aku tak tau la nak ckp ape.
6.kurang ajar ngan mak bapak aku.
7.mengasari wanita.contohnya mcm syamsul anak usop haslam tu.dah la tumbuk awek, poyo lak tu.lu ni mcm bagus je.


7 Perasaan anda sekiranya keluar dengan orang yang minati
banyak soal lak.happy la.tapi depends la.kalo klua pastu gaduh, perasaan bertukar menjadi marah la pulak.malas la nak layan soalan cmni.

7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda
mane leh bgtau korang.

7 barangan/sesuatu istimewa yang akan anda hadiahkan kepada si dia
tak nak gtau korang jugak bagi mengelak entry ini menjadi terlalu panjang.

7 Tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda..
memori daun pisang.
senggol-senggolan cubit-cubitan.
asyik..asyik..
yang sedang-sedang saja.
semua lagu dangdut.bleh feeling2 gelek maut skit.





penutup.mcm biase la, harap maaf sbb aku memang suka melanggar peraturan tag.ade de je soalan aku x jwb dgn mengikut kehendak soalan.alaaaaaaaah korang, mcm la mase skolah dulu kalo exam jwb soalan btul2.msti ade yg scipp2 ni.hehehe :P

Thursday, December 11, 2008

Hiatus

Aku masih dalam mode malas nak mengupdate blog.Takpe, aku tak update pun, tak effect sape-sape.Cuma iklan-iklan aku kat tepi ni yang affected lah kot.

Aku masih bercuti.Takde beza pun kalo aku cuti/tak cuti.Sbb kalau aku keje pun, aku takde keje kot.Ade la kot bezanya, yakni AL aku dh di minus 3. Siot!

Aku cuti lama sbb aku saje je nak habiskan beras kat rumah ayah aku.Lagipun beras kat KL tak best.Alasan semata-mata.
Haha, kalau duk kg, mkn minum aku konfem free pastu ayah aku rajin tong-tong minyak kete aku.Tak full pun, hampir-hampir full.Kire orait la kan.Bapak aku tak kisah, aku lagi tak kisah.Tak malu langsung.Buat ape nak malu, die jugak yg menderma sperm dulu sampai terhasilnya aku.He He.Tettt.

Eh eh tetibe aku mcm nampak Rajinikhan kat tv.Ayah aku tgk cite tamil plak mlm2.Emm ayah aku ni mmg, die suke style Sivaji tu cam aku gak.Maka, aku nak pergi tengok tv dulu.Lagipon adik aku nak gune internet utk meneruskan misi beliau menjadi playgirl alam siber.Tak guna betul adik aku ni.Esok aku pasti SMS pakwe beliau utk menghuru-harakan percintaan mereka.Aku benci org tak jujur, termasuk adik aku sekali.

Thursday, December 4, 2008

Horoskop

Sekadar berkongsi dan dijadikan iktibar.Takde la blog aku ni mcm tak gune sgt.He he..

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau
di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka
percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan
tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu
berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca
ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya
tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula
ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah,
menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi
wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa
dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan
perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum
Islam," katanya. Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat
Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang
kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya,
maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan
termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi
Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9
yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. Program yang
mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari
perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana
Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka
membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada
suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya
terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang
melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang
diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap
hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan
hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak
memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS
horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan
untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah,
kenapa kita hendak tahu ramalan.

"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja
dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang
dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek
psikologi.

"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu
benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan
mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.

Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan
tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka
yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata, Allah
sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah
murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu
kerana mendahului takdir Allah. Katanya, apa yang dikhuatiri ialah
disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi
itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah
mereka.

"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang
ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa
izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai
yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum
boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara
suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri
yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan
berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang
lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang
taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga
golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal
barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di
langit. Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta
Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika
diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta
terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu
berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai
Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu
berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap.
Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali
sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh
lahir berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20
Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama
Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi
bangsa kuno ketika kecil.

"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan
bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun
banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung
sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau
lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak
perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan
membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana
boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. ..

Money No Enough

Aku rase duit aku hampir habis.Maka terpakse gune duit saving.Aku tak suke situasi ni.Aku benci.

Wednesday, December 3, 2008

HP 540 RM2499



  • Intel Core 2 Duo Processor T5470 (1.6Ghz/800Mhz FSB 2MB L2 Cache)

  • 14.1” TFT WXGA BrightViewDisplay

  • 1GB DDR2 L2 667MHz SDRAM

  • 160GB Hard Disk Drive

  • DVD+/-RW SuperMulti DL Drive

  • 56K Modem 10/100Base-T Network

  • Intel Pro/Wireless 3945ABG

  • 1 year limited warranty.

  • Free Original Windows Vista and also free downgrade to Windows XP.

Price: RM2499


Tuesday, December 2, 2008

MC

Aduh.Aku rase tekak aku dah mula rasa perit.Badan aku dah mula suam².Tak panas lagi.Kepala dah sakit.
Maknanye.....aku demam.Esok kalo panas aku nak mc.yeay!

Serba Salah(Maksudnya takde yang BETUL ek?)

Ni kisah nak balik kampung raye haji ni.Kat Kelantan mmgla meriah(org ckp).Tapi dulu² time belajar aku mmg tak kisah sgt kalo tak balik.Sbb kalo aku balik pun, aku duk rumah je time Raye Aji ni.Aku pun x nampak realiti orang KL slalu ckp, Raya Haji kat Kelantan meriah.Sbb aku tak rase camtu pun kat umah aku.Meriah ke?Tertanya² aku pada diri sendiri.Takpe, nnt petang nnt aku tanye pendapat adik aku pulak.

Tapi disebabkan aku dh bosan dgn hidup aku kat sini dgn rutin datang-keje-takde-keje.Sungguh bosan, ok.Maka aku telah mengambil bbrp hari annual leave (yg mmg dh sikit nak mampus ahhhhh kedekut XXX ni).Yea, korang takkan nampak muke aku yg mcm loser-di-waktu-kerja ni selama 9 hari.

Cuti kali ni,num henpon aku tetibe menjadi glemer di kalangan ahli keluargaku, selain kenalan² Mr Krishnamurti seperti dalam entry sebelum ini.Sebab glemer tetibe, mak bapak cousin² aku ni yakni mak cik dan pakcik aku ni nak tumpangkan anak² diorang(anak² ok, bukan anak.plural gitu) blk kampung.Amboi ingat aku bwk Van ke ape?Dah la trip cuti kali ni aku nak bawak balik kete aku je, kecik la sikit nak banding kete anak mak mentua saya,ngan PC set segala, plus sorang adik kandung sendiri.Nsb baik adik aku kat Uniten lagi sorang tak jadi balik.Ni nak kene plus 2 cousins lagi.Aih..Overload kete aku ni, nnt minyak musti kering dengan pantas.Pening pala aku nak jaga hati family sndiri.Seb baik la tetibe pakcik aku kensel nak tumpangkan 2 org anak die.Sbb pakcik aku ni genius.Dia tau tak muat dah.

Huuu huuuuu tadi plak dpt call dr sorang makcik yg lain.Nak tumpangkan anak die jugak.Aih, alasan sbb takde tiket dh pastu anak die nangis² nak balik gak.Pastu die cite kat aku die sedih dgr anak sedih pastu die pun smpai tak dpt tido mlm td pikir psl anak die.Ntah² anak dia tido nyenyak sambil bermimpi indah.Yang ni lagi dasat siap bwk skali atuk aku masuk campur dlm urusan ni.Pastu aku yang baik ati ni walopon banyak mengeluh(mengeluh bersebab, bukan aku tak ikhlas tp kete aku overload) pun ok laaa jom la jom la balik same².Walopon aku kene delay nak balik kampung sehari sbb aku kene tunggu budak ni habis exam dulu wuwuwuuww.Ni aku nyampah ni.Plan aku yg dh sebulan di ruin dlm mase seminit je oleh campurtangan datuk aku.Kalo tak, aku blk awal sehari.Aghhhhhhh!

Sesungguhnya aku kalo boleh takmo la travel siang² sbb panas.Aku slalu travel mlm sbb mlm² snang nak tau ade kete kat depan ke tak, especially kat dlm hutan dan kwsn berbukit sbb bleh refer kpd cahaya kete dr arah lagi 1.dah la siang² banyak speed trap.

Biase aku tak kisah nak tumpangkan sape².Adik aku slalu bwk jentera die time balik kg.Kwn² die slalu tumpang kete aku.Tapi, diorang bgtau aku awal².Ini tak, dh tggal esok lusa baru nak bgtau.Dah la aku ade byk brg nak kene angkut.Aku nak angkut pc la, monitor la, brg adik aku la, laptop la, ngan penumpang 4 orang la.Aku dh dpt rase kesardinan kereta aku kali ini walaupun takde kaitan dgn roti sardin aku makan tadi.

Dah la kete aku tu bonet die kicik saje.Letak 1 je beg penyingkiran Akademi Fantasia tu dh setel dah, mmg x leh muat dh bonet beliau.Aku taknak bwk balik kete encik edy kali ni.dah lame kete aku tak balik kg.Huuuuuuuuuuuuuuuuuuu.Aku tertekan dgn dilema kepentingan peribadi, menjaga hati family dan jugak campur tangan atuk aku.Sape la agaknye pegi beli henpon kat atuk aku ni.Pandai pulak die save num aku.Nnt balik kg aku nak edit phonebook atuk aku, aku nak tuka 1 angke hp num aku yg die save.Yes!Aku nekad.

Monday, December 1, 2008

Sakit Hatiku Pada Krishnamurti

Mr Krishnamurti!Aku tak kenal ko.Tapi kenapa la ko tersilap bagi num henpon ko gune number aku?Kot ye pun, takkan la num sendiri bleh silap?Slalu je org kol aku nk ckp ngan ko.Cis!Cis!Cis!!!!Aku dh gune num ni lebih setahun ok Krishnamurti...Benci Benci Benci!