Thursday, November 13, 2008

@Harga minyak sudah sepatutnya RM1.62

KUALA LUMPUR – Harga minyak dunia yang terus merudum ke paras AS50 (RM175) setong semalam, sewajarnya mendorong penetapan harga baru di bawah RM1.92 sen untuk pasaran tempatan.
Malah, kepada Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Abdul Rahim Anuar, masanya kini sudah sesuai untuk ia diselaraskan kepada RM1.62 seliter.

“Pada saya, harga runcit petrol seharusnya diturunkan kepada RM1.62 seliter, namun apa sahaja harga di bawah RM1.92 sebenarnya sudah pasti menggembirakan rakyat,” ujarnya ketika dihubungi semalam.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad semalam bahawa harga petrol mungkin diturunkan kepada RM2 selain cadangan penetapan paras minimum.

Mengenai cadangan itu, Abdul Rahim lebih selesa membiarkan harga runcit petrol dan diesel ditentukan oleh pasaran tanpa menetapkan paras minimum jika tidak mahu rakyat disekat daripada menikmati keselesaan ketika harga minyak dunia turun.

“Purata rakyat membelanjakan hampir 30 peratus pendapatan untuk membeli minyak dan jika kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol di bawah paras RM2, pendapatan boleh guna mereka akan meningkat,’’ jelasnya.

p/s:kalau turun betul kan bagus.jimat sket.so minyak kete aku nnt kalo fulltank, 45literX1.62=RM72.90.wahhh banyak beza tu ngan hari tuh.blk kg jauh2 pun takde la terasa sgt.bila nak turun betul2 ni...

3 comments:

  1. ahhh kerajaan bohong je..xleh turun mendadak la..
    ckp je memang boleh..
    bagi la bukti kenapa xleh turunkan below than rm2 tuh..

    ReplyDelete
  2. huhu beshnya
    cpt la turunnnn

    skg keta aku full tank = RM100 (T_T)

    ReplyDelete
  3. Skrg kete aku fulltank 120 ok!aku yg x brape mewah ni dh lame x isi full.plg byk pun aku isi 100.tp dah myk full tu,jauh lak langkah aku..ceh..ek tp kan mggu ni aku guna waja,isi rm25 je aku g keje ckp smggu.tp dr smlm aku test tgk myk dh merah tp aku bwk gak kete.hasilnya aku bjaya pg blk keje dgn meter myk dh blink2 dgn speed 110.hehee..bgs2..

    ReplyDelete