Monday, November 3, 2008

@Abby Vs Norman Hakim

Semalam aku tgk recording Melodi kes Norman Hakim & Memey Vs Abby Abadi.Sambil mendapat sokongan padu daripada Reha, Che Mun(bile nak blogging, babe?), Reen dan Lela.Sedih betul dgn statement Abby yang dh tak mampu nak pertahankan rumah tangga diorang.Hari ini, ada follow up.So, kwn2 sekalian, korang pun mesti nak bace kan?Nah aku jmpe compiled punye.So aku tepek kat sini.So, tak payah la aku nak fikir nak update pasal apa.Bape banyak so daaaa.Personally, sebagai wanita yang sensitif(cewah), aku rasa kena kat sape pun, mesti nak mintak cerai punye.Aku tau dlm Islam tak menggalakkan cerai.Tp patutkah diteruskan rumah tangga yang bergolak tak berkesudahan, si suami tak balik berbulan2 dan sang anak diabaikan, siap simpan pompuan lagi tu.Lagi2 si isteri baru je bersalin.Dasar bajingan!!Ha dh klua dah dialog Bwg Putih Bwg Merah ni.

Here goes the story.Tulisan biru tu aku yang tambah sbb aku teremo lak bace mende ni.Biase la, mcm tak kenal, aku kan emo.

Abby Abadi Serang Norman Hakim(Gara-gara dokumen cerai tak lengkap).


Abby dan Norman berbincang di tempat tertutup selama lebih kurang 45 minit - foto UTUSAN .
Yeah, bravo Abby.Serang jangan tak serang.Serangan berani mati kat lokasi shooting Gerak Khas.Abby siap bwk press bagai..


Lebih memburukkan keadaan rumahtangga mereka ialah apabila Norman ditangkap khalwat bersama pelakon baru Memey pada awal Khamis lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar jam 3 pagi.

Norman dan Abby sebelum ini juga pernah bercerai sekitar Mei 2006 tetapi merujuk semula seminggu kemudian. Punca perceraian mereka ketika itu juga adalah disebabkan faktor 'orang ketiga' yang mana penyanyi Farahdhiya dikaitkan di dalam hal tersebut.

Sambil menegaskan dia sudah nekad untuk meletakkan titik noktah terhadap rumahtangganya itu, kata Abby, dia merasakan itu adalah jalan terbaik untuk mereka kerana berpendapat agak sukar untuk dirinya mempertahankan lagi mahligai yang mereka bina itu.

"Sebelum insiden dia ditangkap khalwat lagi, saya sudah terdetik untuk meminta cerai. Tetapi bila keadaan sudah semakin teruk, saya tidak boleh bertahan lagi.

"Selepas kes itu, kami ada berjumpa kerana kata Norman dia inginkan saya berikan kekuatan kepada dirinya untuk hadapi perkara itu.

"Saya akui, memang nampak kekesalan di wajahnya pada waktu itu. Tetapi bila dia keluarkan satu ayat yang berkata tolong selamatkan dia dan 'perempuan' itu, saya rasa cukup terguris.Kalo aku jadik Abby ni mmg dh meroyan dh ni.

"Kalau dia minta saya untuk selamatkan dirinya, saya boleh bantu. Tetapi dia turutkaitkan sekali perempuan itu, ternyata nampak sangat yang mereka memang ada 'sesuatu'.

"Malah, selepas insiden itu barulah saya tahu bahawa perempuan itu sudah lama tinggal di pejabat itu. Itu antara penyebab mengapa saya nekad untuk teruskan tuntutan cerai ini kerana hati saya memang cukup terluka.

"Sejujurnya, saya masih ada perasaan sayang terhadap Norman. Tetapi saya takut perasaan sayang itu akan dikecewakan lagi," kata ibu kepada tiga orang cahayamata, Danish Mohamed Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 2, dan Maria Danisha Hakim, sebulan setengah.

Bercerita lanjut berhubung kes itu, kata Abby apa yang menyedihkannya ialah ada pihak yang menuduh dirinya menjadi dalang kes khalwat itu. Malah, Abby juga tidak mendapat sokongan daripada keluarga mentuanya.

Ditanya adakah dia ada menghubungi Memey setelah berlakunya kes itu, kata Abby:

"Memang ada. Tetapi saya terkejut kerana dia berani menjawab panggilan saya tanpa ada perasaan bersalah. Dalam nada selamba, dia menjawab "benda dah nak jadi, habis nak buat macam mana".(kurang ajar punya pompuan!)


Abby tidak dapat menahan perasaan tidak puas hati berhubung kenyataan dikeluarkan Norman sehingga terpaksa ditenangkan oleh beberapa wartawan

"Kalau sayalah yang berada di tempatnya, saya tidak akan berani untuk jawab panggilan itu sebab pastinya saya akan rasa bersalah. Saya ada terbaca di dalam sebuah online yang dia sanggup berdepan dengan saya untuk selesaikan masalah, tetapi saya tahu itu hanya sekadar skrip.

"Saya sendiri tidak ada masalah untuk berdepan sendiri dengan dia," kata Abby.

'Drama' Norman dan Abby gamatkan pihak media

Ditanya pula bagaimana dia akan menguruskan perceraian tersebut sedangkan pada masa yang sama Norman seolah-olah cuba menjauhkan diri daripadanya, Abby secara ringkas berkata, dia tahu di mana Norman berada ketika itu.

Sambil memberitahu lokasinya adalah di hadapan pasar raya Carrefour, Wangsa Maju kerana Norman terbabit dengan penggambaran drama bersiri Gerak Khas di situ, Abby terus nekad untuk ke lokasi terbabit.

Bersama sekumpulan wartawan, Abby tiba di lokasi itu kira-kira jam 12 tengah hari. Ternyata kemunculan Abby bersama 'rombongan' wartawan ke situ mengejutkan krew produksi dan Norman sendiri.

Norman dan Abby bagaimanapun bersemuka secara aman tetapi aktor itu dilihat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja Abby menyerahkan dokumen yang perlu diisi olehnya berkenaan tuntutan cerai itu.

Pasangan itu kemudian berbincang di tempat tertutup kira-kira 45 minit sebelum Norman dan Abby tampil semula di depan media. Dalam nada tenang, Norman menjelaskan bahawa dirinya memerlukan masa untuk berfikir tentang tuntutan cerai diinginkan Abby.

Norman dengan linangan airmata turut berkata, dia seboleh mungkin masih ingin menyelamatkan perkahwinan mereka.

"Kami masih berdepan dengan jalan buntu. Sekarang ini, ada dua isu sebenarnya. Pertama tentang kes khalwat itu dan saya sudah pun berbincang dengan pihak berkenaan untuk jelaskan benda ini dengan lebih telus. Jika tidak perlu bawa ke mahkamah, lagi baik.

"Yang keduanya ialah tentang masalah rumahtangga kami. Saya memang sedih sangat jika kami terpaksa bercerai. Apapun yang berlaku, saya telah ingatkan kepada Abby supaya anak-anak tidak menjadi mangsa di atas kejahilan kami berdua yang tidak mampu bertoleransi dengan baik," kata Norman.

Dia turut akui, dirinya sudah lama tidak pulang ke rumah selepas insiden terbabit.

Namun, tegasnya, dia terpaksa berbuat demikian untuk mengelakkan pertengkaran dengan Abby.

"Kami tidak boleh berjumpa. Sebagai lelaki, ego saya kadang-kala memang tercabar. Tetapi, saya minta maaf. Saya tidak mahu bercerita lanjut tentang masalah rumahtangga saya ini.

"Bila saya bercakap tentang Memey, dia akan kata saya cuba mempertahankannya. Dia masih naif dalam bidang ini dan dia masih ada ibubapa untuk jaga hati mereka. Saya akui, saya meminta dia supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Saya tidak mahu masyarakat terus meletakkan spekulasi dan tuduh saya bersandiwara.

"Saya berada di dalam industri hiburan dan bisnes saya bukan untuk diri saya seorang. Saya sedar tanggungjawab saya untuk jaga makan minum isteri dan anak-anak," kata Norman lagi.

Ditanya apa hubungan sebenarnya dengan Memey, Norman hanya menjawab:

"Banyak hati yang perlu saya jaga. Abby juga masih isteri saya."

Aktor itu juga turut ditanya sama ada dia tahu di mana Memey berada di ketika ini.

Secara ringkas Norman hanya menjawab:

"Dia di pejabat."

Mengulas pula sama ada dia akan bekerjasama dengan Abby bagi proses perceraian itu, kata Norman:

"Saya boleh bekerjasama dengan dia tapi saya tetap perlukan pihak ketiga (Memey) untuk berdepan dengan perkara ini."

Kenyataan itu bagaimanapun menimbulkan ketidakpuasan hati Abby yang berada di sebelahnya sehingga menimbulkan ketegangan apabila dia turut meminta Norman menjelaskanapa hubungan sebenarnya dengan Memey.

"Kenapa you buat I macam ni? Kenapa you begitu ambil berat tentang orang lain berbanding saya?" - luah Abby yang gagal menahan marah sehingga terpaksa ditenangkan oleh wartawan.

Norman dalam keadaan tenang hanya menjawab "perkara ini tak patut dibincangkan depan orang" dan bagaimanapun ditempelak Abby yang meluahkan perkataan "you tipu!" sehingga Norman terus berlalu dengan menyatakan "saya tak ada apa lagi untuk dikomen."

'Kekecohan' itu turut membuatkan penggambaran pada hari itu terpaksa ditangguhkan.

Saya sudah berbuih mulut bagi nasihat - Datuk Yusof Haslam

Kehadiran Abby dan pihak media di lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas itu ternyata mengejutkan produsernya, Datuk Yusof Haslam yang akhirnya turut turun padang untuk berjumpa sendiri Abby dan Norman di lokasi itu.

"Ini bukan kali pertama perkara ini terjadi kepada mereka. Selaku orang tua, saya memang ambil berat terhadap mereka. Saya sudah berkali-kali menasihati Norman.. dah berbuih mulut saya. Dan semalam saya sendiri ada hubungi Abby dan minta dia bertenang.

"Saya tidak mahu bila timbulnya masalah peribadi, ia akan turut mengkucar-kacirkan produksi," kata Yusof.

Orang kuat Skop Productions itu juga turut menasihati Abby agar memberi ruang kepada Norman selama seminggu untuk menenangkan fikirannya sebelum membuat keputusan tentang perceraian itu.


11 comments:

  1. best kan kalo ade 3rd-wheeler neh sebuk2..hahahaha haih..

    ReplyDelete
  2. kesian tgk apa yang berlaku sebenarnya..

    seboleh2nya kita tak nak lah masjid yang terbina tu runtuh dgn senangnya..

    memang wanita mudah memaafkan..
    tapi untuk melupakan sesuatu yang terjadi??

    kalo sekali mungkin kita akan beri peluang kedua..
    tapi untuk kali kedua???

    ape2pun..
    Allah tu Maha Adil..

    yang salah tetap akan salah..
    cuma Allah je yang tau kebenarannya..

    p/s : mcm artis barat pulak..paparazzi siap..bagus2..industri seni kita dah setaraf dgn antarabangsa..

    erk..??

    ReplyDelete
  3. huhuh..nih yg ssh dpt laki hensem..
    kalo nk aman, better jgn kawen ngan artis aa..hahaha

    ReplyDelete
  4. are-pet,
    ape2 jelah pet.

    lels,
    kesian kan.doakanlah kite tak sebasib dgn abby ni.tp jht ye ko smalam tggu aku menitis2 air mata.haha, aku cekal tau.

    shy,
    tu laaa.ala, abby pun ape kurgnye.takde kurg pun bab paras rupe tu ok je.tadi fakhri dh ngaku dpan reen die sanggup terima abby ngan 3 anak2 skali.reen jwb,"okla tu, anak2 knfem putih."haha.siot je dorg.hi reen...hehehe

    ReplyDelete
  5. haiskkk emo laa sy bile bace2 mende ni

    sampai xterkate nak bg komen ape dah ni

    haih!

    ReplyDelete
  6. mampu doakan yg terbaik utk mereka berdua shj

    ReplyDelete
  7. kesian kesian =(
    harap2 aku tak la macam tuh.. bile dah kawin nanti.. amin!
    ehehehe

    ReplyDelete
  8. ye kwn2 sekalian.doakanla kite tak jadi mcm tu nnt kan?takut tgk dugaan dorg ni.tp smue ni bergantung kpd sikap kite trhdp pasangan jugak.kpd lelaki sekalian, jgnlaa korg abai anak bini tau!

    ReplyDelete
  9. papapon, sy rasa memey itu wanita gatai!! *emo tp bukan sbb dtg bulan*

    ReplyDelete
  10. suria,
    ops sy emo mmg sbb dtg bulan tp kalo kes kecurangan melampau ni kalo tak dtg bulan pun kmpem saye emo jugak.bg saye due2 norman dan memey gatal.tah2 dh nikah kat siam.

    ReplyDelete