Friday, August 28, 2009

Opss i did it again

Eh eh tadi aku dah resign. Sepatutnye notice 1 week. Tapi semalam awal2 aku amek unpaid leave utk 4 hari next week. Lagipon next week keje 4 hari je kan.

So sbb semua task aku dh setelkan semalam, director bg aku 24hrs notice je. Die pon paham, msti aku nak cpat2 pasal awal2 pon dh apply leave kan. Hohoho anyway thanks memahami.

Salary pon masuk arini, full payment. Termasuk 29-31. Aku baik ati gi tanye org finance sy kene pulangkan ke, utk 29-31 hb tu? Lagipon aku pun licik gak, tggu dorg announce salary is in by now, baru aku g tender resignation. Hasilnya, dpt full salary. And aku x payah pulangkan. Thanks to sykt PQ.

Nak blk kg ni. Gigih aku lipat kain. Aritu semua kain aku hang je pasal x smpt lipat. Sekali balik keje, runtuh almari aku. Bukan nye wardrobe biase2, siap berkayu bagai, tanggal tempat sngkut baju tu. So supaya x runtuh, terpaksee la aku lipat Huhhuhu.

Ok, japg nk blah. Barn buddy aku tak tanam pape, nnt kene curi :P %$^%&@&*@, umah aku lak streamyx xde skang, kabel kene curi. DAMN TM, pemalas nak dtg ganti kabel. Dh sbulan mak aku kmplen. Takpe, esok/lusa paksa en edy gi marah staff TM. Pemalas pemalas.

OK la, can't wait for 29th Sept. Keje baru Yeahhh.

Happy 52nd Birthday to my BABA.29-08. I LOVE U. MMMMUAHHHHHHHHHHHHS.

Tuesday, August 25, 2009

Jangan Marah

Alamak matila i uols..
Agak2 ada orang marah pastu tak jadi ajak kawin tak?
Ah, tak kira mati tak mati nak taruk gak. Orang lain dah buat lama dah, aku baru nak test. Hehehehehe. Alllllllllllllllllllaaaaaaaaaaa matilaa matilaaaaaaa kalau ada orang sentap.




Kalau buat rambut camni zaman sekarang agak2 kena gelak tak uols? Ni la boifren baru i. Ada ekor2 rambu2 gitu. Hahahah.



Sori tersilap placing bentuk muka jadi senget sket. Harap ampun. Jangan ceraikan i!


Afro?






Alamak, ada iras ex mufti pulak.


vs






Ya ampuuuun. Very the beverly hills..



Lagiiii...Apsal eh bila dah letak kat template ni jadi tembam plak..




huhhuahahhahaa.



Ni sempat ke ni bang nak gi saloon, nak blow2 curl segala ni.





Kalau berani mengadap En Zulkifli pakai camni silakan..






Ayuuuuuuuuuuuuuuuuuuh mari kita lari sebelum ada orang kejar. Sori pada si mangsa. I stress tadi jalan LDP suddenly polis tak bagi lalu bawah jambatan. Sudahnya sampai ke Subang hah kena pusing.

Friday, August 21, 2009

y=mx + c. takde kaitan pun dengan entry.





Salam. Selamat berpuasa. Baru je balik rumah. So tidak berterawikh di masjid. Maka terawikhla sorang2 di rumah.

Bosan, mengantuk, tiada idea mahu buat apa. So, update some random pictures.


Syed's wedding. Sorry dah lama sangat2 baru update. Aku kan malas sangat nak upload gambar. Tapi kenapa saya kelihatan tidaklah terlalu gemuk di dalam gambar ini dan berkulit cerah setaraf dengan si lelaki sedangkan sebenarnya saya lebih gelap drp beliau. T_T. Dan bilakah lelaki kurus berbaju petak itu nak jadi gemuk sedikit kemudian menjadi si suami kepada si baju merah-putih. I wish next year boleh berpuasa bersama2 sebagai husband and wife. Hik Hik, ataupun sebagai pasangan pekerja swasta-kerajaan. LOL.



Model XXX kantoi menonton movie di office. Postur duduk beliau kelihatan sungguh excited dengan jalan cerita. Sila lihat bagaimana tangan beliau diletakkan di atas meja. Hahaha sorry Reen. Aku mmg rindu ko as deskmate aku. Hehehe.



Tengok hah budak ni. Entah mana la curi deodorant tu. Siap bawak pergi Terengganu. Aku tak paham betul budak kecik yg nakal nih. Stress aku nak jaga dia. Tapi bijak....



I love her. Anis Batrisya, 2 tahun. Tapi mulut macam dah 6 tahun. She called herself as Anis Tabisya. Pelat. Nama glamour: Bella Bella. Tak suka ckp phone dengan aku, tapi suka cakap dengan abg edy. sikit2 abg edy. haiyo. gatal la u, kecik2 dh pandai. Panggil abang plak tu.



Hey bro, 143!



Me, 1 week old.















Eh eh tiba2 rasa stress di malam hari.. Sebab duk godek2 gambar lama. Then dengan jelas nampak dulu aku kecik je. 40kg-42kg. Now????Oh tidaaaaaaaaaaaaaaaak. Tiba2 stress. Jadi, daku akan memanfaatkan bulan Ramadhan ini. Semangat2, jangan melantak ketika berbuka, makan sekadar perlu. Ingat, berat asal anda cuma 42Kg!

Oh sedih memikirkan banyak sangat2 baju lama dah tak muat. Baiklah, mula menguruskan dan mengecilkan apa yg patut.

Pergi bertenang jap.
Bye.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa.

Untuk sesiapa yg balik kerja lambat ke. Kot2 tak sempat jemaah kat masjid, surau..Ramai je yg tak tau. Apa salahnya share.

Sharing is caring.

p/s: kwn2, selamat menunaikan ibadah puasa. AKu mohon maaf andai ada melakukan silap dan mengguris perasaan kwn2. Selamat beramal.

Soalan; saya ada dua soalan;
1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).

Wallahu a’lam.

kredit: http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/cara-solat-terawih-sendirian.html

Wednesday, August 19, 2009

Pengkid

Korang pernah tak tengok pengkid/tomboy terlampau. Ada 1 couple sama block dengan rumah aku ni, aku syak dorg ni songsang. Pengkid+perempuan. Yang pengkid tu, gaya memang jantan. Body athletics walaupun size kecik je.

Petang2 suka jogging, bagi badan mcm jantan agaknye. Pastu tang te**k tu, dia lilit2 kasi leper. Ish. sanggup ke? Kalau time2 period tak sakit ke bang(kak?). Aritu aku dengar cashier kedai makan panggil dia 'bang'. hahaha. Kalau aku jadi cashier tu, aku panggil kak je, nak tengok reaction dia macam mana.

Pernah je aku nampak diorang berkasih sayang, usap-usapan di kedai makan. Yeks. Gelimat mat mat maaaaat..(sapa tau video gelimat hehehe?). Tapi agak kelaka la pengkid ni. Diorang punye jantan style melebih-lebih. Duduk kalau boleh nak kangkang 180 degrees. Lelaki tulen yg dah lahir dengan tuuut pun tak macam tu.

Haih, kenapa la semakin banyak umat songsang kat muka bumi ni?

Entahla, aku pun tak tau nak update pasal apa. Aku cerita pasal pengkid ni sebab hari tu aku nampak pengkid duk terkangkang2 melampau kat kedai makan. Ramai je lelaki sejati duk usha dia bagi dia malu kot tapi dia buat tak tau je. Yang laki betul takde pon nak kangkang2 maut, aku tengok.

Nah masa untuk melihat gambar rajah. Hehehe.

Amy AF3. Aku pun tak tau la kenapa dia nak jadi pengkid.








Ni plak bukan pengkid, tapi mak hayam. Hehehe. Motip berhandbag LV bagai, uols????? Pastu kaki bengkok2????

MJ



Takut tak? Jahat betul, mat salleh nak buat ni as topeng halloween. Keji, ok!
Aku ingatkan MJ dah kebumi, rupanya tunggu 2908 ni, besday dia baru nak kebumi.
Azab la jenazah tu kan?

p/s: besday MJ exactly sama macam ayah aku. :)

Tuesday, August 18, 2009

Jijik

Eeee..hari ini kan, pagi2 dh tengok anjing mati tepi jalan. Awal bulan hari tu dah ada sekor mati.
Takde sape nak alih. Malas nak samak agaknye. Saaaampai la anjing tu dh reput2. Eeeee geli je.

Malam td plak ade bende aku terpijak kat Kesas highway. Mcm sumthing yg mati tepi jalan kot. Tp bile ingat2
balik, mcm tangan org pun ade. Mungkin seekor burung kot.

Aku nak tgk anjing yg mati td tu, sampai bila ada kat situ. Entah2 takde siapa yg nak alihkan lagi. Pastu lori penyek2, terburai isi perut. Pastu ujan. Pastu darah mengalir2. Eeee jijik. jijik.
Last2 mereput cmtu je.
Kesian kat anjing. Masa hidup dihina2, mati pun lebih hina. Alahai, PBT ni memang tak buat kerja. To be exact, PBT Puchong or Kinrara. Hari2 buat ape, lah korang ye?

Lagi satu perkara jijik aku nampak pagi tadi ada sorang laki, punyela pengotor. Lipat2 duit RM10 yg dia nak guna buat bayar tol tu, korek gigi. Yakkks. Memang la jijik. Tapi aku pandang je dia, sampai dia perasan aku pandang pastu stop. Hampir semua gigi depan tu dia korek2. Yaks. Jijik Jiijiiiiiiik. Dan2 sampai tol, bukak balik duit Rm10 tu, hulur kat minah tol tu. Geli siot...Pengotor. Tak tau ke duit tu dah bertukar2 tangan. Entah siapa yang pegang duit tu sebelum tu.Entah2 siapa la jual babi ke apa, orang beli babi ngan dia, dia bg change duit RM10 tu. Last2 jantan pengotor tu guna buat korek gigi dia. Hishhh.
Kotor!!!!

Moral, jangan cium2 duit korang dlm wallet tu. Geli. Lainla duit tu semua baru print je masa korang ambik kat ATM machine. Macam mana la H1N1 tak merebak2 kalau rakyat kotor camni.

Nah, ambik gambar gigi sket.


tahniah. gembira atasa kesedihan org lain. well done.

Monday, August 17, 2009

15 Malaysia.

Antara karya terakhir arwah yasmin ahmad.
Kalau iklan ni keluar kat sidebar aku ni, under advertlets tu, klik la utk watch.
Menarik. Tuan Guru Nik Aziz pun ada sama.

Teaser,
1-potong saga.

tapi this one is from ho yuhang. yang yasmin ahmad belum uploaded. And yg ada TG Nik Aziz directed by Amir Muhammad.

Yang potong saga ni, si nameewee yg negarakuku tu berlakon. ada 15 stories smua skali in 15Malaysia ni if tak silap.

Sunday, August 16, 2009

Kaunter pertanyaan

Oh tidak.
Sangat ngeri ok malam tadi aku mimpi kena H1N1.
Tapi mimpi tu pakai topeng jela.
Takde plak merasa sakitnya mcm mana.

Mimpi ngeri kedua- aku kena posting PTM kat Sabah. Gilo. Hampir pitam aku di dalam tidur. Abis kalau pitam dalam tidur, kira tidur jelah kan. Hehehe. Takde effect :P

Aku nak tanya pada yang tahu. Ni berkenaan kerja gov la ye.
  1. Sistem pencen ni macam mana? Ada potong2 gaji ke?
  2. Government ni, ada potong EPF gak ke? Aku memang naive pasal benda2 mcm ni sebab tak terlintas di fikiran aku bakal jadi staff gov.
  3. Kalau ada potong EPF, potong dari basic or dari basic+allowance, which is, formula=epf(basic+allowance)??
  4. Sekarang ni 1st salary utk new gov staff masih macam dulu ke, which is dpt lewat 3 bulan.
Bila la aku nak dapat surat panggil masuk gov ni. AKu nak tender resignation and bagi notice nih.

Sekian.

Saturday, August 15, 2009

Now 11.34 am bosan tak tau nak buat apa.

Sapa2 tau ade kerja part time tak, or work from home?
Aku dah takde angin/minat nak pergi peje PJ tu.
Ingat nak resign je cepat2.
Tapi tak nak la duk saje2.
Nak buat sesuatu di rumah or kampung,
as long as ada internet connection.
Nak blk kg, puasa kat kg.
Best.

Sexphone????

Amacam ade beran?



ala korang jangan salah faham. tajuk je panas. takde masa aku nak bersexphone segala. hahaha.

5 juta rakyat Malaysia akan dijangkiti H1N1

BUKIT MERTAJAM 15 Ogos — Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus selesema babi atau influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.

“Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini.

- BERNAMA


Respon aku:

1.abis cmne nak elak? kalau dh kene, memang kene jugak, kalau dh buat prevention mcm2 pun, tak bleh elak. anggap jelah takdir. wah, mcm give up je aku kan?

2.topeng jual kat farmasi tu tebal sangat ke?

3. mcm mane tak kena H1N1 kalau kejap2 ade ape2 nak berhimpun, nak berdemonstrasi.

4.pasar malam berlambak lagi orang pergi. tak pakai topeng pun.

5.aku doakan aku, family dan kawan2 tak kena H1N1 ni. tapi adik aku berisiko pasal kat hostel dia ada org kene H1N1 tapi yg dikuarantin, floor bebudak yg kena tu je. motif?

6. sila tutup sekolah ye.

7. lagi bagus, 'sila tutup pejabat.' wakakakka.

Friday, August 7, 2009

Seyuman Ragamu.

Alhamdulillah akhirnya ada sesuatu yang menggembirakan buat umi saya. Aku buat sesuatu niat kerana Allah dan kedua kerana permintaan seorang ibu. Sejak kecik aku memang tak pandai bantah cakap umi. Aku tak pandai nak tipu umi walau sepatah. Pernah la buat dulu masa kecik2 tapi tak sampai beberapa jam Allah dah balas siap2. Ade2 je bende tak kena akan berlaku.

Sejak kecik kan, dari memula masuk sains p puteh tu, pun atas keputusan umi. Bila nak masuk matrik, umi suruh apply KMPP letak paling atas. AKu buat dan dapat apa yang umi hajatkan. Then masa isi UPU pun memang ikut pilihan umi jugak. Pastu dapat apa yg umi nak tu. Janganla kata umi saya buat keputusan 100% untuk masa depan saya, tapi atas perbincangan bersama. Tapi kadang2 apa yang tak suka pun aku ikutkan je, sebab rasanya restu seorang ibu tu adalah segala2nya.

Dulu kan kat sekolah, setiap hari aku call umi. Paling2 public phone rosak pun, dah elok terus queue untuk call. Sehari tak tanya khabar umi memang tak boleh. Pstu kalau petang Sabtu, lepas outing kalau umi dengan baba anta pergi sekolah, pukul 6.40 mcm tu aku akan call tanya dah sampai rumah ke belum? sebab dalam kepala otak aku kan, memang selalu macam risau2 ape2 terjadi kat parent dalam perjalanan pulang. EKsiden etc etc. Kadang2 terfikir macam2 bende tak elok, contohnye macam masa family tengah tidor, rumah tetibe terbakar ke. Pastu dah takde harapan nak jumpe family. :( :( ENtah, suke tau pikir pelik2. Aku ni saiko secara tersembunyi kah? Pelik2 je aku ni kan.

Masuk matrik pun sama. Hari2 kol. DUlu prepaid mahal. Beli number dah RM129. Topup minimum masa tu RM60. RM60 tu tak sampai seminggu sebab suka call parent kan nak tanye khabar. Masa kat U pun mcm tu jugak. Kdg2 orang pelik ape2 nak buat pun aku bgtau umi. Nak gi petronas isi minyak kereta pun sms umi. Huhu.

Skrg sebab dah besar, pastu adik2 pun dah besar. So aku takde la nak manje2 sangat dah. Bagi peluang adik2 plak. Tapi still smpai skrg hari2 pun memang slalu call umi. Tak pun kalau terlupa call, malam2 umi akan call ckp, 'tak call pun hari ni.' :) :) Bagus kan sorg ibu. Ada anak 5 tapi sorg pun dia tak lupakan. Anak2 yg 5 ni ntah dpat ntah tidak untk ingat seorang ibu. Harap2 smue dapat ingat. :) :)

So now 1 keputusan yang buat umi happy dh aku capai. Esok plak terpaksa buat sesuatu untuk baba. Malas sebenanye, tapi takpela. Mungkin restu ibu bapa akan jadi sesuatu yang dapat bantu kejayaan anak.

Sapa sangka aku dulu tak suka apa yang aku dapat hari ni, tapi akhirnya aku happy pulak. Maybe doa ibu untuk bersihkan balik minda aku untuk suka benda tu.Baiklah, terima kasih umi dan baba. Luv u all.

p/s: ok tak kalau resign dah balik kampung semata2 untuk berpuasa bersama keluarga? heheeeeeeee.

Thursday, August 6, 2009

Aghhhhhhhhhhhhhhh Tensen

Haiyo stress betul aku duk apartment ni. Malam2 orang nak rehat nak tido. Ade jugak la hamba Allah tak reti2 nak turun check kereta die ke yg duk bunyi dari tadi tu.

Alarm kelisa tu bunyi dah 3 jam dah aku rasa. Siap lampu hazard pun dah tak mampu nak nyala dah. Mengganggu betul laaaa..Choyyy!

Aku yang nak demam ni pun sanggup turun bawah tadi check kot2 la kete aku yang bunyi kan. Kesian kat org lain, mengganggu. Kemarin kete tu dah bunyi dengan teruk gak aku rasa, sampai masa aku balik keje kul 7+ tu, tinggal lampu die je kelip2, bunyi dah hilang, tak cukup battery power dah agaknye. Lampu tu liplap2 nyala sampai pagi esoknye, pukul 7.30 aku nak gi keje. 12 jam lebih kete tu bunyi sampai hilang bunyi, hanya lampu je mampu menyala.

Abis tu tuan die takkan la tak tau kete die la yang problem tu. Ni malam ni bunyi lagi, dah berjam dah. Kali ni tinggal bunyi je yg ada. Lampu dah tak mampu menyala. Bising bising bisingggg!! Stress aku. Aku nak tidoooooo aku demam!!

Sumpah la aku tak mau beli apartment. Ade je nanti org saiko tak paham bahasa ni kete bunyi pun takde inisiatif nak turun check kete die ke bunyi.

gdebckfmereyhwdmehmdcddcmdchfvgdhfcw dnyewduehfdmcsdlcsdcjs. spam spam spam hahaha.


  • Srooot sroooot bunyi selsema. Saje je buat pre-launch. Hahah selsema sebenar belum datang tapi kepala sangat sakit dan terbersin2 serta badan rasa lemah. Adakah nak demam? H1N1? Taknak H1N1 nak B1N1 edy je kui2.

  • Tak taulah nak update pasal ape. Lagipun kalau tak update pun tak de siapa kisah.

  • Mcm mana nak study ni, exam semakin hampir. Badan terasa lemah sekali. Otak jua sudah lama lemah. Oh lemah lemah~.

  • Adakah perlu mendapatkan senaskhah dik cerdas untuk menambah kegembiraan di hati? Duit juga semakin habis. Baru awal bulan. Haiyo mcm mana ni.

p/s: thanks ya pada beberapa org yg follow blog ni walaupun secara senyap dan saya tak kenal. saya takde chatbox untuk berhubung dengan anda. Saya buang chatbox sebab kalau tak orang asyik masuk nak jual shawl je :P sebenarnya saya tulis blog time stress atau sakit hati je or untuk lepas geram tapi tiba2 ade pulak yg ikut mungkin sebab saya sndiri kot ngada2 pergi letak follower widget :P siapa tak suke baca saya marah2 sila jgn baca untuk hari2 mendatang ye.



budak ni macam peribadi shin chan yang sebenar. pandangan sisi pun mcm sama.
ops sori gambar seksi.

Tuesday, August 4, 2009

123456789

Pada 7 Ogos 2009

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Tunjukkan kepada rakan-rakan yang anda memberitahu mereka bahawa
.

Pada jam 12:34 minit dan 56 saat 7hb Ogos tahun ini, masa dan tarikh adalah

12:34:56 07/08/09

Perkara ini tak akan berlaku lagi??!!!!

Betul tak!

Tak akan berlaku lagi...




Monday, August 3, 2009

Amaran keras

Beware of backstabbers.




I hate them.

But I don't give a damn.


Please..please...and please..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

GET A LIFE!!!!



p/s: sorry gambar seksi.