Thursday, July 30, 2009

Entry tiada isi khusus.

Eh sekarang musim demam kan? Edy demam, Shu demam. Aku dikelilingi orang demam pulak. Lunch mate ofis demam. Aku pun hampir2 demam. Jangan H1N1 sudah.

Di kesempatan update blog ni, aku nak ucapkan terima kasssey kat XXX sebab masukkan duit leave encashment aku. Tengah2 kering ni. Ingatkan dapat 200+ je sebab cuti ade 3 hari je. Rupenye dapat dekat2 350 hahaha. So duit tu akan masuk dalam list isi minyak utk bulan August. Yah, aku nak isi minyak kete sampai melimpah2 esok. Eh apsal nak kene melimpah?

Teruk2 XXX dulu, teruk lagi cmpany aku skrg. Mmg last day of the month akan bayar gaji. Bulan ni dah la 31hb. Dalam beg duit aku tadi tinggal rm3 je lepas isi minyak kete yg mcm minum minyak bagai nak gila tu. Malas nak keluarkan duit dah pasal ade lagi la sikit saving tp dalam beg duit lain. Hehehe. Lagipon now aku kan asyik makan free. Parking pun dah dapat pass. So sekarang memang duit aku mengalir dengan lajunye hanya utk minyak kereta tu jela, dengan toll. Minyak RM50 3 hari noks, sedih sangat2 mak! Sapa ada kancil auto atau kelisa auto marilah buat pertukaran dengan kereta saya. Hahaha. Tak pun sapa nak jual Kelisa auto sila la bagitau saya awal. Aku nak mintak ihsan ayah aku belikan Kelisa la, nanti kete aku, bagi adik aku guna. Kancil dulu pun manual jugk. Hadoi. Kalau tak, boleyla aku ambik je balik Kacil tu. Buruk siku pun takpe. Kete skang ni plak besar gedabak, makan minyak bagai nak gila.

Patutnye kat opis tadi ade dinner tp aku malas nak ikut pasal kalau tak,konfem balik lambat gile pastu aku jadi stress lak pasal asyik tengok muke org yg aku tak ngam. So baik aku pergi makan dengan Incik Edy. Lagipun beliau kan demam, so mengade lebih sikit la kan konon demam. hehehe.

Disebabkan rasa nak demam, so, babai. Penutup karangan yang sangat fail.



Tuesday, July 28, 2009

Kisah untuk semua. Harap hentikan spekulasi.

AKu tak minat Yasmin Ahmad pun, cume aku suka karya dia. Kematian dia adalah satu kehilangan. Nanti dah takde dah iklan2 petronas yang best. Rugi betul. Sapa sangka ajal datang macam tu je.

Aku just nak share 1 benda dan aku rasa Kosmo memang tak patut buat macam ni. Tau la nak tarik org untuk beli, tapi patut consider perasaan family Yasmin Ahmad.


Korang tengoklah kat sini ye.
TOLONG KLIK DAN BACA YE, SEBAB ISI PENTING POST NI MEMANG KAT LINK NI.

http://www.fileden.com/files/2006/8/4/154242/KOSMO 20090727 - YA article.pdf

Aku rasa marah sebab headline kosmo ni kurang ajar, dan dalam artikel tak cerita dengan jelas. Ini boleh menimbulkan fitnah.

Untuk semua, ade yg dah tau, ade yg belum. Sebelum ni memang nama dia Zulkifli Ahmad. Tapi bukan dia saja2 nak tukar jantina. Ada kisah di sebaliknya. Apa yang aku dapat tau, arwah adalah khunsa. Dulu memang dia dikenali sebagai lelaki, tapi mungkin sebab datang haid atau setelah sekian lama, Allah beri petunjuk untuk jantina sebenarnya, jadi dia memilih untuk jadi wanita. Sebelum benar2 stick sebagai perempuan, dia dah consult mufti (atau ustaz, not sure), jadi dia memilih untuk jadi wanita. Mungkin sifat, naluri dan ape2 sahaja petunjuk yg buatkan dia yakin utk memilih wanita.

Bukan dia minta untuk dijadikan macam tu. Allah memilih dia sebagai insan yg menerima dugaan macam tu untuk dilalui. Kalau kita pun, mampu ke nak harungi ujian macam ni? Cukup tabah kan, dia ni? Kalau ada yang mempersenda dan cakap dia bapuk, transeksual, pondan, memang kurang ajar betul orang tu. Sebelum menuduh, selidik dulu.

Aku buat post ni atas dasar kemanusiaan. Rasa sedih jugak sebenarnya bila paper create story untuk lariskan jualan, tapi tak bercerita secara telus. Tolongla, nak bagi laris sekalipun, jaga perasaan pihak keluarga arwah. Jika suami dia boleh menerima seadanya dia, kawan2, keluarga boleh menerima, kenapa org luar nak mengutuk kejadian Allah terhadapnya?

Wednesday, July 22, 2009

Malang yang berbau hangit

Hadoi penat nye. Baru sampai rumah. Balik keje 7.45, takde la lewat sangat.


Alkisah, sesampai nye di traffict light sekolah kinrara tu, aku ternampak asap sepoi2 manja. Ingatkan asap tu dari dalam kete pasal aku bukak air cond kuat tak ingat dunia. Konon2 ilusi optik la malam2 bleh nampak asap bile terpancar cahaya. Ceh.

Rupa2nya kereta yang berasap. Ampeh. Nasib agak baik kerana aku tetibe rasa nak tapau nasik budak2 tu jual tepi jalan. Sekali tengok lorr kereta saya kah yang berasap. Eh silap. Kereta emak sayakah yang berasap? Jawapannya ya. Siap mcm ade bunyi lagi wap2 air keluar. Effect tak mau kalah ye.

Aku pun mntk tolong budak2 jual nasik tu tlg tengokkan. Oh, kering sudah. Budak2 tu mcm nak ejek2 aku la konon pakai kete sedap2 air pun x tau isi. Eh helo kanak2, akak ni tau mcm2 pasal kete ok, bukan hanya tau merempit. Rempit bukan sebarang rempit. Akak dah rempit macam2 jenis kereta ok. Eh apsal berakak2 ni. Bajet tua pulak. Air kete tu baru je isi. Tetibe dah nak kering. WTH!

Sekali tengok, wah, radiator hose bocor sudah...So budak tu tlg isi air smpai penuh pastu aku rasa dia gi balut tempat bocor tu skit. Aku tak tengok sbb masa tu aku dh tau, memang puncanye adalah hose yg bocor, so aku bukan bleh buat ape pon, jadinye aku duk busy pilih lauk yg budak2 tu jual.

Dengan penuh risiko drive la gamble gile, mase tu dah pkl 9 kot, aku gi cari bengkel kat equine. Bwk slow gile smpai aku rasa nak tertido je dengan teknik pemanduan sendiri. Nasib baik laa cina2 ni memang gila bisnes, malam2 pun tak tutup bengkel. Terus masuk bengkel, kene pow RM65 tuka hose sekali clip skali labour charge. Huhuh, terpakse pecahkan duit RM50 not baru tu. Haha, jakun kan dpt not 50 yang baru, rasa sayang nak gune, bongok gile. Kire setel jela. AKu malas dah nak bargain sebab aku penat gile babssssssssss. 65 pun 65 la. Sebab memula aku ni dalam minda duk set spare part honda mahal kot. Wah, sekali dah angguk setuju tu baru terpikir ape kejadahnye kaitan brand kereta dengan hose radiator. Janji kete aku setel sudahla. Malas pk la kene pow2 ni. Malam2 memang susah cari bengkel. Alasan bela diri sendiri.

Inilah rutin hidup saya hari ini. Terpaksa pulang lambat sebab setelkan keje yg aku tak suka dan kereta rosak akhirnya. Pagi2 buta tadi pun aku rasa mcm aku ada langgar divider je hahaha. Tadi check nampak mcm ade calar sikit kat bumper. Harap2 tu calar lama. Kalau calar sebab aku sekalipun aku nak mak aku buat pilihan bila aku confess nanti, sayang aku lebih or sayang kereta lebih? Memang malang sungguh hari ini. Ibuku, sekiranya aku diberi wang yang banyak, akan ku belikan Nisan Murano baru buatmu. Baru punye, takmau recond2. Hahah. Beranganlah sampai mati.

Sekian bye.

Sunday, July 19, 2009

Mereng

Akhirnya aku tidak larat lagi akibat sakit kepala yang berdenyut2 tanpa henti, siap dapat hadiah free mata panda lagi hah. Dark circle yg cantik di mata ye kawan2. Dah la puasa nih arini. So terpaksa la aku amek MC(terpakse ke, rela?? :P).

Walau bagaimanapun,
saya terpaksa bekerja dari rumah rasanya, sebab tadi before blah dapat email suruh prepare technical documentation pasal tender. Kimeeeeeeeeek.

Gemuk

Haih.
Aku rasa makin busy keje bukan aku makin kurus.
Makin berisi adelah.

Sebabnye, company baru aku ni pemurah sungguh bab makan2.
Kejap2 pizza. Kejap2 nasi daun pisang, kejap2 buffet hotel.
Hari2 biasa tak yah ckp, mmg makan free je kat kafe bwh opis tu.
Dah la lauk mcm2 nutrisi ade.
Sedap2 semua.
1 pinggan standard makan hari2 price dalam 5-7.
Belum masuk breakfast.
Takkan aku nak tolak rezeki kot kan?

Sapa2 kebulur bleh la mtk keje sini.
Aku syak pasni ade post kosong utk Enterprise Project Management punye field.
Sebab budak baru masuk tu nak resign.
Reason die, jobscope sama dengan cmpany lama.
Dia ingat lain.

Tapi aku x sure la. TUnggu jela.
Kalau aku ade keje lain pun aku nak resign.
Sebab aku takut gemuk wakakakaka.



p/s: ade aa org tu, nak tau pape, bukak blog aku. Gaduh bukan nak pujuk. Bace blog org. pastu tak tinggal jejak. takmo aaah bebaik. datang sini pujuk baru nak ckp/reply sms.

Bye.

Friday, July 17, 2009

There goes my weekend.

Aku memerlukan keseimbangan.
Dulu tak suka sebab takde keje, datang ofis tak tau nak buat apa/
Sekarang bukan merungut, tapi penat sikit.
Sikit je.

Hari ni training sampai 9 malam.
Baru je sampai rumah.

Esok adalah Sabtu.
Aku kena datang training.
7.30 pagi - 5 petang.
Takpe, penat sikit je.

Lusa adalah Ahad.
Aku kena datang training.
7.30 pagi - 6.30 petang.
Takpe, penat sikit je.

Sambung kerja on weekdays.
Takpe2 penat sikit sangat2.

Tadi mamat yang masuk same2 aku 1 julai hari tu ckp,
' Aku rasa aku nak benti keje la.'
Hahahha.


Aku pun nak gelak jugak.
HAHAHAHHHHHHAHAHAHAH (tawa dalam tangisan)

AKu nak tanya pada yang biasa.
Sabtu dan Ahad, tol sunway, LDP, federal highway jam ke x?
bukan ape, aku baru je smpai umah ni.
Nak kena ready pepagi bute esok nak keluar pukul berapa tah, 7.30 dah keje.

Bukan setakat aku yg penat, mat saleh yg ngaja aku tu td nak tertutup2 dah mata dia ngantuk dan penat punya pasal. Menguap pun tah bape puluh kali aku tengok.

Dear Fiance,
I am sorry for ruining our weekend, but u know i love u. :)

OKLAH, chiow.

Thursday, July 16, 2009

This is cool

Status Sekatan Ke Luar Negara

Thanks Faizal Tahir. At least aku ada modal nak update blog.

Faizal Tahir kandas ke APM kerana hutang PTPTN




KUALA LUMPUR - Artis dan komposer terkenal, Faizal Tahir (gambar) gagal menaiki pesawat untuk menghadiri majlis Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 di Jakarta semalam dipercayai akibat tidak menjelaskan hutangnya dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kosmo! difahamkan, Faizal sepatutnya menaiki pesawat bersama beberapa rakan artis seperti Ayu, Dafi dan Aizat pada pukul 3.55 petang menerusi Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang semalam.

Namun, Faizal satu-satunya artis yang gagal melepasi saringan Imigresen kerana PTPTN sebelum ini telah mengenakan perintah sekatan keluar negara kepada hampir 78,000 peminjam yang tidak menjelaskan hutang.

Usaha mendapatkan komen Faizal, lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu bagaimanapun gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan telefon.


-KOSMO.


aku pun byr kadang2. rasa nak byr, bayar, tak cukup duit x byr. abis, nak suruh aku hutang ngan org lain plak ke sebab nak byr utang ni? gali lubang tutup lubang namanya tu.

pasni aku ade duit aku byr cash. hehe.bile la nak ade banyak duit.

nah, link untuk check:

http://eform.ptptn.gov.my:8080/blacklist/login.cfm




Wednesday, July 15, 2009

Random Ke?

Random ok. Snippet la tiru macam Che Det :P Bosan ni tunggu installation. Bos pulak takde yes.

1. Pagi2 aku breakfast, pakai bedak, perfume, lipstick semua dalam kereta. Cool, sebab pandang kereta sebelah pun ramai perempuan buat macam tu.

2. Breakfast kafe kat opis ni macam kenduri open house. Macam2 ada dan aku makan free je sebab company bayar. Just name it, ade makaroni, nasi goreng cina, kampung, biasa, puding roti, puding jagung, kue teow, bihun, mee, bakso, bihun sup, roti canai, nasi lemak, popia kering, popia basah, popia pedas dan macam2 lagi yang tak sempat nak ingat. Saja je ni bagi geng2 XXX jeles hehehe.

3. Aku nak declare war dengan press2 hanjeng(bak kata azwana ali) sebab bila call dorang langsung takde etika menjawab telefon. Jawab telefon dengan rude, menengking dan letak telefon macam tu je. Aku doakan sepanjang bulan ni kau kena marah dengan boss kau atau tape/mp3 player/recorder yang kau record ucapan sapa2 yang kau cover hilang/rosak/ kena curi padan muka kau tak boleh buat berita. Atau aku doakan kalian tak dapat bonus tahun ni atau tak dapat cuti raya, kena on call pada hari raya padan mukaaaaa. Kalau aku tau semua hampeh baik aku call harakah dengan malaysiakini je.

4. Aku belajar cara mencarut dalam bahasa cina yang membawa maksud f*ck you. Yes, awek cina rebel ni baik dengan staff2 baru dan best lah dia walaupun dia rebel. Dan dia juga tak percaya sangat 4 tu tak ong sebab nombor telefon dia ada nombor 4.

5. Aku selalu nampak c*** korek hidung masa tengah drive setiap pagi. Jadi sesiapa yang ada niat nak beli kereta second hand, jika pemilik asal adalah c***, jadi sila basuh dan letak antiseptik di bahagian stereng kereta baru anda.

6. Aku dah hafal kat mana ada polis jaga untuk saman orang yang lalu laluan kecemasan. Jadi aku akan cilok awal2 dan bila hampir dengan polis aku masuk lane cepat2. Terpaksa sebab aku memang dari susur, so memang aku dari lane kecemasan pun.

7. Isnin lepas ada I**** dengan C*** gaduh kat tengah2 jalan time jammed sebab C*** tu drive lori dengan kurang ajar, maybe dia change lane tiba2 lalu terkena sipi2 kereta waja convert lancer si I**** lalu si I**** keluar kereta dan ajak pakcik tua C*** bertumbuk. Kejadian berlaku betul2 di belakang kereta aku.

8. Aku sudah dapat cam kereta2 yang selalu terperangkap sebelum dan selepas tol sunway antaranya adalah honda CRV biru 2nd generation, nissan x-trail kelabu bernombor plate 87, getz silver plate JHK dan beberapa lagi.

9. Masa balik pulak aku dah dapat cam ada satu van securiforce dan ada satu lagi van apa tah akan sentiasa berebut2 lane dengan aku.

10. Maaf lah sebab kate random, tapi basically cerita pasal pergi kerja dan balik kerja :P Nak buat macam mana dah life aku mcm ni je sekarang.

Bye-bye.

Tuesday, July 14, 2009

Bebel untuk yang bebal.

Hari ini adalah super penat.
Keluar rumah 7.15. sampai ofis 8.45.
Damn u sunway toll. Bengong.

Kat susur LDP aku paling benci.
Situ banyak moto nak cilok2.
Hari first side mirror aku kene langgar.
Mamat bangang ni senyum je kat aku.
Geram, sakit ati.
Nasib baik aku behave.
Kalau tak aku naik gila kat situ dah.
Nak je aku keluar maki2.

Hari ni belakang kereta ada sikit calar kene moto lagi.
Ni aku benci org bwk moto nih.
Kojaq.
Dah la langgar org langsung x mintak maaf. Buat bodoh.
Ke kau memang bodoh? Dah la aku pinjam kete mak aku T_____T

Balik umah 10+ lepas singgah rumah nenek kejap.
Balik2 je umah aku black out pasal bilik TNB bawah tu terbakar.
Ape bende tah meletup.
Aku pon hangin je takut takleh nak iron baju.
Bomba datang berlumba2,
Lepas few minutes, ade letrik balik. Bagus.

Skang aku tension pasal dh nak masuk hari ke 4 aku kembung perut.
Haha. Betul la rasa kembung mcm baby tu.
Banyak tul angin. Sangat tension lah.
Ni mesti sebab weekend ari tu balik kg melantak mcm2 buah semua belasah.
Skang aku dah tension badan aku mmg penuh angin.
Tak tau nak buat cmne dah.
Tadi sepanjang hari aku sapu krim halia dengan tepek salonpas sampai 4 keping.

Esok pasti lebih penat.
Training tool lagi.
Dan sangat p*k*mak sbb esok kalau HR busy aku kene call press utk follow up pasal launching new tool with CEO tuh.
Ape punye prosedur tah semua press ni, kamis punye event, lewat malam rabu baru bleh tau result sama ada dorg nak datang ke tak. Habis kalau semua tak dpt datang kebodohan tahap apekah cmpany aku panggil CEO all the way from US utk media conference tu?
Dah la dari JUmaat lepas aku try cntact tapi seko buta pun buat dek. Suruh email n fax, dah buat dua2 tapi tetap ignore. Memang bodoh dan bebal. Stress ah aku. Memang $&^#^^*#& lah korang.

Ok lah done membebel. Bye.

Sunday, July 12, 2009

Stress Level Up

27 hb ni result PTM keluar.
Aku agak berharap untuk dapat.

Sebab..
Aku nak kawin ngan Edy.
Die dh quit jadi kuli orang n start doing bisnes. Jadi manager, tp tetap kuli org ke ah? hahaha. Join ex bos die, org kaya.
Kalau ikutkan effort dan performance semasa dia, aku nampak mcm OK.

sebagai seorang isteri(bakal la kan), aku amek kputusan nak keje gomen je atas sebab, salah sorang kena keje gomen sebab nak bagi secure.
Running business ade ups and downs. Jadi aku agak kerisauan di situ.

Tapi sebenarnye aku bukan la minat sangat keje gomen ni. Sebenarnye aku tak patut pk pun lagi pasal ni sebab BELUM TENTU aku dapat pon PTM tu kan, tapi seandainya dapat...?

AKu jadi sakit jiwa nak pikir sebab director aku sekarang letak trust untuk aku carry new tools yg potential yg agak power la, siap bleh detect terrorist segala. Dia cakap u are 'THE MAIN' yg akan carry tool tu. Uhk, siap nak panggil org Singapore semata2 nak train aku sekor2. Aku risau. Huaaaaaaaaaaaaaaa.....

Stress Stress. Stress level memuncak.

Eddy, nasihatilah aku. mmuah.

Thursday, July 9, 2009

Terdesak.Sila Bantu.

Aku dengan ad-hoc dan terdesaknya memerlukan orang untuk ganti,

sebagai trainer
INTRODUCTION TO OPEN OFFICE

alaaa, lebih kurang je ngan microsoft office tu.

Cuma ni open source. Intro je,
detail orang lain yg akan ajar.

Hari: Ahad
Tarikh: 12 julai
Tempat: Bangunan KEMAS KL.

Orang yang diajar: Staff KEMAS.


Keje senang nih. Plis2 aku terdesak dah ni.

Bayaran RM200 untuk 1 hari.
Aku bayar cash.


Atau tolong sebar2kan pun takpe kot2 sapa nak. Bagitau hari ni. Mekasih.

Wednesday, July 8, 2009

Sedih



Sila la ratapi.
Sedih gile ucapan Paris ni.
Dah la tadi dalam jam duk ulang2 kat radio. Tension je aku bersedih di kala jammed.
Aku nak download ah MJ's memorial nih.


Tips utk download youtube:
tambah '
kiss' je kat depan youtube URL tu then korang boleh download video / boleh tukar format to MP3 sekali.

Contoh:
Link dia: http://www.youtube.com/watch?v=8aGFcQue1Wg
so, korang tuka jadi camni,
http://www.
kissyoutube.com/watch?v=8aGFcQue1Wg



pic anak-anak MJ:






Monday, July 6, 2009

tolong

Director suruh aku ambik Microsoft Certification. Ape2 je, die kata nak bayar. Jadi aku pun yahu dan yea lah. Jadi rakan2, sila beri idea nak suruh aku amik cert ape eh, but microsoft la. tak mau development punye, pening kepala. more on database. mekasih. kalau kawan, tlg la suggest, kalau tak, penat2 je aku buat entry ni. takmo kawan korang kalau x bagi cadangan.

uols, ni aku nak sharing sebab orang muda2 cakap sharing is caring.
nah sila download sampai lebam.

ebookee.com

Sunday, July 5, 2009

Sigh*

For the first time in my LIFE,

I extremely hate MONDAY!!!

hate monday so badly




aghhhhhhhhhhhhhhh!



Saturday, July 4, 2009

Today is Sleepday, bukan saturday.

Huh hari ini aku bangun di 1/3 siang. Penat sepanjang minggu, aku qada rehat ujung minggu. Sekarang sangat2 menghargai weekend. Dulu weekends, weekdays, sama je, takda beza sangat.
Hari ni aku tak pergi mana pun. Si edy pun takda ajak pergi mana, dia tau aku mesti nak tido arini. Ganas oh tido tak ingat.

Esok adalah busy sikit. Keluar dan berbakti pada adik. Haih, penat gak sebenarnya kalau dapat kerja yang banyak kerja. Tapi takpe, bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian.

Hey, korang. Ada hanphone fair kat South City Plaza, korang tak pergi ke? 70% off. Sama la dengan yang kat Shah Alam dulu2 pasal banner dia design sama ja. So aku assume dari organizer yang sama.

Aku nak tengok wayang tapi nak cuba mengelak la pergi tempat ramai2 orang.Musim H1N1 mengganas. Dah la malam2 tekak mcm sakit. Hari ni dah ok, tapi dekat2 tidur nanti mesti datang balik.

Aku tak tau lah nak update apa. Saja2 je type. Huhuh. OK babai.

Friday, July 3, 2009

Kepenatan

Mulai hari ini, font post aku adalah besar sebab aku sakit mata je tengok blog aku sendiri.
Spek aku hilang. Entah la mana pergi. Dalam kereta Edy kot, tapi macam takde je. Duit takda nak buat spek baru. T_T nangis kecil-kecilan.

Fikir sejenak perlu ke tak aku cerita pasal experience kat new company.
Kalau kat XXX hari2 aku sms Reen tanya dah kat opis ke. Maklumlah XXX tu memang choyyy gila pasal kitorg punye department memang takde sapa ambik peduli.
Suka hati je nak pegi bila. Boss aku sendiri pun lama tak nampak kepala dia yang botak tu. Eh sori, EX BOSS.

Ok now aku kerja penat sikit. Bukan penat kerja keras, tapi penat layan trafik jam. Pagi2 dan balik kerja aku ngan Fawaz bertukar2 info trafik. Pasal cmpany Fawaz depan sikit dr company aku. So aku tanya dia la. Penat laah hoih layan jam ni. First day tu, aku balik terus lembik, mandi, makan, tido sampai pagi. Gila ah. Dengan sakit kepala lagi. Yela sebelum ni manja kan duk Cyberg, trafik best gile, jalan 2,3 lane semua kereta laju2. Tol takda. 12 minit dah sampai opis. Tiba2 aku merindui Cyberjaya. Boleh tak kalau tiba2 aku berharap nak dapat F41 tu sebab tak mau kerja PJ. Huhuhu. Selamat berharap lah lisa, iaiatu calon yang entah ke berapa ribu daripada 10ribu tapi nak ambik 200 orang je T___________T nangis sangat2.

Skang aku masuk company baru yang aku dah pilih dah nama samarannya, syarikat PQ. Aku buat Bisnes Intelligence kat sini. Aku sekor2 yang takde BI experience ni kena handle 5 tools yang baru je belajar 1 tool je T__________T Next week director aku suruh pergi present depan dia, pasal aku kena attend client and also bagi training kat client jugak. Nangis lagi. Guling2. Tools yg aku nak kena handle ni yg company memang nak push gila2 skrng. Now 1st client baru, TM R&D. Dah abis dah train sorg staf dorang tadi.

Baru aku tau PQ ni ada jugak 2 branch kat India. Ni dah start gigil nih. Jangan la buat benda macam XXX tu buat. Tak kot, pasal aku tengok staff diorang tak overload, tapi keja la banyak.Esok tak pun next week ada sorg staff kena gi sana utk tools company handle, kesian dia kene manage 176 pc sorang2. Kalau kat XXX, sorang dpt manage 1 pc je aku rasa dah syukur gila al-bab. Takpe, janji best, ada kerja, tak goyang kaki makan gaji butoo.

Banyak benda boleh belajar kat sini. Tools pun bukan calang2. List of client dorang pun macam bersepah2 je aku tengok. Kire pada pandangan luarannya, aku rasa company ni mmg stable dari segi market, and most of them memang government and GLC. Gud.

Aku suka je belajar benda baru, tapi aku tak expect la aku akan kena jadi trainer/demonstrator tools dlm masa yg sangat singkat. Wuwuwuwu nangis sangat2. Aku dah la tak minat ngajar2 nih. Dulu aku penah ngaja, sebab bosan tu yg aku stop. Kalau aku minat, konpem aku sambung blaja pastu terus apply jadi lecturer je.

Tapi kampeni ni baik. Cuma in terms of medical benefits, XXX lah yang terbaik (satu masa dahulu). Aku pun memang tak pernah jumpa company yang support medical sampai 100ribu USD macam XXX(suatu masa dahulu). Sini medical support biasa2 jela. HUrmph. Kalau aku sakit, aku rasa baik aku resign je kot. Better aku ambik medical card kot utk keselamatan sendiri or ambik PA. Cuma yang best, parking aku berbayar, dapat season pass. Haha baru aku tau, tak ramai pun staff situ yg entitled for season pass tu. Hihi. Apasal aku dapat eh? Ade yang siap gi park kawasan perumahan lagi sebab nak jimat. Gila kau, bayar parking RM8 sehari??? Then makan pagi dan tengah hari cmpany bayar. Tadi aku makan sotong goreng tepung berempah, sup sirip ikan yu(ok tipu) ngan sayur, total RM7+ yay tak payah bayar ape2. Hari2 macam tu memang jimat.

Minyak kereta plak takde la terbeban sangat. 3 hari pergi balik baru je 1/3 dari RM50 aku isi hari tu. Makan dah la free. Terima kasih kepada jalan short cut. Tapi walaupun 25km sahaja, 1 jam setengah ok!! nangis lagi. Kaki aku ni, kalau aku ade gout memang sah2 aku benti lorong kecemasan sebab penat la wey asyik minyak-brek-minyak-brek. Dah la makcik2 tak bagi kalau aku nak potong lane. Tak remaja betul makcik2 di LDP dan Federal Highway. Tapi bawak slow. Bila orang nak potong, teruk je tekan minyak pulak laju2. Choy!!

Aku suka masuk line BI nih. Tapi, aku sepi tiada kawan yang gila2 yang ramai2 macam di XXX. Sedih ok? Yang sekaum ngan aku sombong. Feeling senior kot. Hah!!!Yang chinese baik, cool dan pesan kat akak kafe jgn buli aku. Boleh? Director pun baik. Tapi aku harap laa sape2 plis la dapat keje kat situ or 1 building pun takpe. Sila la cari keje area tu sebab aku bosan.

Aku nampak kak saleha bikd XXX kat kafe tapi sbb aku tak penah tegur die and aku rasa die tak kenal aku, so aku tak gi tegur la. Huhu. Rindu XXX's team members. XXX mmg best ok in frenship. Takde tempat bleh celen dah aku rasa. Sape2 ade kat XXX lagi, cherish the frenship. Nanti gi tempat lain korang sorang2. :"( sedih2. kalau ade keje kosong aku nak tarik rin walau ape terjadi. terharu tak terharu taaaaaaaak?

Harap sgt2 by next week aku akan keluar2 pergi jmpe client and tak duk opis sebab bosan dan opis sedikit sepah sebab banyak product nak deliver dorg letak blakang opis dulu. semak gile. arini dah ok sket dah clear.


Fakta yang aku tak akan deny.
1 aku syg kwn2 XXX walaupun aku byk tak puas ati dengan XXX.
2 aku berterima kasih pada XXX sebab dulu medical coverage diorang tiptop. rugi aku tak guna betul2. sangat2 rugi. kalau aku kawin memula masuk mesti taun lepas dah beranak hahaha. leh guna duit XXX sebelum dorg tuka polisi.
3 opis xxx cantik. dalam nye sangat kemas dan elegan, tersusun rapi. pc pun standardised. kat opis baru aku dpt laptop ibm thinkpad, tp smue staf mcm tak standard. ada pakai compaq, crt monitor pun masih wujud dan LCD skrin adalah tak standard dari segi brand. lucu ok. tandas unisex tapi bersih dan wangi. mouse aku pun entah lah brand apa.
4 terkejut tengok training room ada 8-10 pc je. kat xxx 100+ kot.
5 dalam aku duk komplen2 pasal XXX sebenanye aku syg XXX dan aku tak akan resign sekiranya semua pentadbiran asal XXX dibuang dan diganti baru yg lebih efisyen dan bagi aku projek. Tapi tak dapat2 jugak, maka aku terpaksa blah.


TERIMA KASIH, XXX sebab saya diterima di XXX, saya dapat belajar banyak perkara dan erti kehidupan. Dan terima kasih atas facility kamu yang hebat. Ceh dan2 puji.


sekian. sori panjang. sapa suruh bace.

p/s: perlu tak saya buat entry tribute to XXX dan hanya puji-pujian sahaja memandangkan saya memang jarang memuji XXX?





Copy and paste

Harap sesiapa yang belum baca, sila baca ye..Dan mohon la sedikit ihsan.

Salam,

Aku tak tau la camner lagi nak bantu. Aku harap semuar reader dapat pass msg ni pada semua rakan2 anda dan harap dapat membantu walaupun dengan hanya RM10 ..

Seperti mana yang sedia maklum dalam post sebelum ni aku telah menyatakan ketidakpuasaan hati aku. Ye la, kompeni tak cover, sahabat baik aku ni terima dugaan yang besar la. Walaupun aby tu dah semakin stabil. Tapi yang tak stabilnya duit la. Kena hulurkan duit sendiri dulu baru boleh claim. Kalau kompeni kasik cukup allocation takpe. Ni tak cukup. So aku harap semua orang leh hulurkan bantuan walau sebanyak RM10. Faheem memerlukan penggunaan wang simpanan sendiri sebanyak RM50,000 min buat masa ni yang mana kompeni hanya cover RM24,000 ja maksimum..

Apalah sangat RM10. Kalau nak gi KL pun korang bawa RM50 paling kurang kan. Kalau leh kasik lagi banyak lagi bagus. Kan kan kan?

Utk sesiapa yang tak mengikuti perkembangan bayi mereka. Puteri kesayangan mereka menghadapai masalah paru-paru kiri yang tak develop secara normal. Dan perlu di bedah untuk dibuang paru2 kiri takut berlaku infection pada organ yang lain kata pakar. Dan info terbaru, spine/tulang belakang puteri berkenaan juga mempunyai masalah juga perlu dibedah. Mari kita sama2 doakan agar bayi ini dapat berbakti kepada umat bila besar kelak.

Ni gambar puteri kesayangan Wan Zuriati dan Faheem. Alhamdulillah semakin stabil dan sihat.

Banyak lagi gambar baby kat sini

So aku tau semua baru dapat gaji. Aku tak paksa tapi maybank2u senang ja nak transfer. Hehe, Hari ni kita ramai2 bantu Faheem dan Wan Zuriati semoga diringankan beban yang ditanggung.

salurkan sumbangan ikhlas kalian melalui akaun
Maybank (Muhammad Faheem Mohd Ezani, No Akaun: 1622-6329-0179)
atau
Maybank (Wan Zuriati Wan Sulaiman, No Akaun: 1622-6331-4248).

p/s: aku baru dapat tahu yang cost baby di ICU sebanyak RM3000 satu malam. Dah 3 hari dah baby duduk situ. Hari ni juga baby baru membuka matanya. Tak sabar nak jumpa puteri kesayangan Faheem dan Wan Z .. nak dokong :p

Regards,
TeMMon~

Dicilok dari blog aizat.