Sunday, November 23, 2008

@Kesatria bajahitamkusayang

Pertamanya, aku memohon maaf kepada anabest dan jatt makbi(:P) kerna enggak dpt hadir di majlis kalian.
Sesungguhnya ketika majlis anabest, aku menghantar adikku pulang ke kampung.

Kemudian adikku yg sengal itu telah memberi direction yg salah ketika parking kereta.Maka kesatria bajahitamku telah terguris di bahagian skirtnya yg labuh itu.Aku sungguh cinta akan kesatria baja hitamku.Maka pada saat itu aku telah menghantar beliau ke bengkel.

Skirt beliau telah terguris.Dicampur pula dengan kesan² percikan batu bata kecil akibat memandu laju.Momentum pertembungan batu² kecil dan skirt kesatria baja hitamku yang tinggi telah menyebabkan beliau menjadi sedikit cacat.

Maka, untuk menghilangkan kesan² percikan batu²an kecil itu, aku telah menspray kan beliau sambil menghilangkan kesan terguris itu di bengkel.Output RM yg telah melayang dari dompet anak mak mertua(pinjam duit beliau dulu kerana daku sungguh miskin) adelah sebanyak RM60.Amacam kwn²?Jeles tak?Murah tu aku spray terus 1 skirt dengan warna mettalic, hanya menelan belanja RM60.Rm30 untuk menghilangkan gurisan perasaan kesatria baja hitam akibat kesengalan adik perempuanku dan lagi Rm30 untuk menutupi cela akibat terkena percikan batu²an kecil.

Penutupnya, aku jua memohon maaf kepada jatt makbi dan anabest kerana pada majlis jatt makbi nanti, aku juga tidak dapat hadir kerana ibu kandungku telah menghantar pasukan adik perempuanku ke KL sempena cuti sekolah.Aku diberi tugas untuk membawa mereka berjalan² dan menikmati hidup yang bebas sebagai anak kota.

Sekian Assalamualaikum.Tak jawab dosa.

No comments:

Post a Comment