Sunday, June 28, 2009

Saya bayi tapi kacak. Jangan jeles, orang dewasa!



Amacam orang dewasa, jeles tak dengan ketampanan saya?
Saya sungguh tampan, berkulit gebu kalah mak hayam gebuz azwan ali, dan saya juga gagah!
Hidung saya mancung dan berambut spike.
Anda begini kah semasa kecik wahai orang dewasa yang berambut spike?

Heheh. Ini Putera Sulung Ja and Shah, kawan UPM aku. Err, actually senior. Ja adalah geng dd dudu. Mak budak ni seorang yang best dan suka buat ayat macam cari pasal dengan junior macam aku. Tapi i loike..

Congratulations Ja and Shah. Dd ajak aku gi majlis cukur jambul budak ni nanti, tapi aku cakap tu pun kalau Ja ajak. Heheh.

Tapi aku nak jumpa budak ni secara life kalau boleh dan nak mintak autograph. Harap Ja dah ajar dia macam mana nak sign autograf.

Adam, anda memang kacak lah, pergh! Kalau saya seorang bayi berusia 3 hari, pasti saya jatuh cinta dengan Adam nih. Hehehe.

Gambar dicilok dari blog dd dudu.

MJ and vitiligo.




tengok ni k. jangan pitnah2 dia. kesian die.

Friday, June 26, 2009

Khas Buat Nor Syazwani Zulkifli

Shy, ni haaa iklan bio aura yang aku kata kelaka tu.



Tengok ah sendiri. Kelaka kan? Aku takde kaitan dengan promosi bio aura. Just nak bagi Shai tengok je.

Tiga-tiga kayu je belakon iklan.

Tuesday, June 23, 2009

Interview F41. Pengalaman Saya.

Update cepat2 sebab nak tido pasni. Malam tadi takleh tido. Bukan sebab study tapi sebab waktu tido aku memang lewat pon.

Interview tadi, overall aku rasa bergantung pada nasib calon dapat room mana. Aku dapat room M, ok! Best interviewer aku tak sarcastic sangat macam yang Reen dapat. Lagipun aku sejak2 keje XXX ni memang pandai putar belit. Segala2nya aku putar putar putar sampai dia puas hati then scipp ke soalan lain. Ini penting ye supaya kita tak nampak blank dan nervous. Kalau dah terkandas mana-mana tu akan menyebabkan kita nervous untuk soalan seterusnya. Yang penting ko cakap dan belasah je. Kalau rasa tak tahu jawapan, ko cakap la role ko tak buat benda tu so, ko tahu basic je. Walaupun cakap basic je tapi ko kena la hurai mcm ko ni bijak. Walaupun bijak menggoreng je.

Aku dpt interviewer yang masuk2 terus ask in English. Nasib baik jugak, sebab aku tak pernah jawab interview dalam BM sebelum ni, pasal kerja banyak guna English term, so kalau nak translate SDLC jadi Fasa Pembangunan Sistem tu aku mestilah cuak, lagi2 kalau nak convert networking menjadi jaringan atau database menjadi pangkalan data. CHOYYYYY!!!!!

Mula-mula introduce yourself. Soalan typical nih. Aku cerita la pung pang pung pang bagi nampak terer sket la. Last2 masuk bab company aku kena gelak sebab XXX memang terkenal pasal kes fraud. AKu pun konon2 buat muka sesal dan kesal memikirkan nasib 50 ribu(ye kot) employee XXX yang tak terjamin akibat tindakan durjana Founder bodoh tu. Pastu aku pun masukkan la term2 ethics dalam IT tambah minyak tanda protes terhadap founder yang takde INTEGRITI. wah, integriti gitew!!Sekali dengan auditor PWH tu aku gi blame skali. Dorang angguk2 la sebab setuju, dorang cakap computer doesn't cheat, human cheats. Aku angguk2. Introduction ni penting sebab ia akan mencipta mood untuk kita tenang menghadapi soalan2 seterusnya. Calm.

Pakcik cina yang interview aku tu speaking banyak, sorang akak melayu tu ckp melayu tapi aku dah mintak izin kalau English in full English, kalau dia tanya dalam BM, aku mintak izin jawab campur2 English sebab aku memang takde idea nak translate jawapan yang guna English term ke dalam BM macam Star topology tu takkan nak letak topologi bintang. Macam lucu.

Technically, aku dapat soalan:
1.SDLC

2.Macam mana nak setup 1 ofis kosong. Ni aku bengang nih sebab sebenanye die nak jawapan dalam networking track tapi soalan dia general. Agak choyyy di sini. So aku cerita satu2 dari sebijik PC menjadi network sampai complete satu bangunan. PAstu die asyik tanya then then then, sampai dia puas hati complete sistem tu leh jalan, ade security and all. RJ45 pun aku sebut padahal aku pun tak sure la RJ45 tu utk kabel ape. Belasah. Blabla. Ni soalan bonus aku rasa sebab leh lengah2kan masa interview. Dah la aku bukan budak network. Tapi aku belasah je. Betul tak betul terpulang kat dia.

3. LAN WAN. Then aku plak cabul mulut tersebut MAN, yang metro tu. Pastu dia tanya mana lagi besar MAN ke WAN. Yang ni aku x ingat sebab last aku hafal masa aku form 4 kelas IT exam akhir tahun. Aku ngaku kalah je ngan die pasal ni. Tapi LAN and WAN aku describe elok2 la..

4.E-Government. Apa ada dalam tu. Kenapa memudahkan kita. Ada borang tak kat situ. Beri contoh.

5.Soalan kebodohan di pihak dia ni aku rasa, dia tanya aku pasal teknikal, ape aku tau. Aku jawab la technical skills aku ade. tapi dia cakap, dia nak teknikal. Sebenarnya dia tak faham term teknikal bagi seorang developer kot. Aku rasa dia ingat teknikal ni cuma format2 komputer, pasang2 kabel, network, keje2 yang berpeluh2 tu padahal buat database, oracle, Microsoft tu technical skills la kak....Bengang je aku yg ni. Nasib baik aku cepat2 teringat yang dia staff government. So, mebi betul la kot dia ingat keje2 networking, install2, repair2 je technical. Hurmph....

6.Soalan general, aktif in sports tak, kelab, result kat U. aku konon2 cakap aku pandai kot. Dah tu takkan aku nak pegi cakap kat dia, Sir, I am very stupid. Kau gila? Bila dia tanya pasal pencapaian blabla aku rasa time ni kita kena bangga diri. Sebab ni je time kita nak impress dia.

7. Kelebihan diri ko. AKu dah senarai 5,6 kelebihan. Dia nak lagi. Last2 aku cakap tu aku dapat pikir wat masa skrg..Dah blank. Tapi setiap 1 tu elaborate la panjang2.

8.Kenapa nak keje gomen. Boleh tak aku jawab camni? Sebab saya rasa saya layak. Hehe takde lah. Ni korang goreng la sendiri ye. mane la aku tau kenapa korang nak keje gomen. AKu sebab mak aku berharap sangat. AKu ikutkan je. Tak kisah janji duit masuk, aku berlaki, laki aku bagi nafkah kat aku nanti.

9. Tugas2 PTM.

Lagi, aku dah tak ingat. Basically cara aku menjawab dan bersoal jawab dengan diorang kene nampak mcm kita tahu walaupun tak tahu, kena yakin, English plak kene la fluent sket walaupun mu ore kelate, mu jange la kecek Englihhh bunyi kelate weh. Kalau nak menipu pun agak2 la, jangan ko tipu terus sebut and tembak term gempak tapi bile die tanya deeper terus ko tak tau nak jawab pape. Camtu la.

Session aku lama jugak, aku rasa dekat 30 minit tak pun lebih. tapi bilik M tu aku perasan memang 20-30 minit sorang. Sebab aku tengok bilik lain standard dalam 18-20 minit je. Maybe interviewer bilik M memang mesra. Mesraaaa~~~

Choy sangat2 hokey sebab aku tertinggal handbag dalam bilik tu. Dah next candidate masuk, aku terpaksa sengih2 kerang busuk gi ambik handbag aku. Interviewer tu gelak je pastu org2 duk tunggu kat lua bilik tu lagi laa duk gelak kat aku. Ini tidak bagus. Telah mereveal sifat cuai aku.

Ini plak soalan kawan2 aku dapat tadi.
1. IMAP and POP3. Bezakan.
2.SOHO
3.Data Center.
4.Camne nak setup server. Kat mana? kalau bangunan tinggi, nak letak server atas ke bawah ke tengah ke. Tengah kalu, kenapa? Atas kalu, kenapa? Bawah kalu? kalau banjir? Yang ni sumpah aku pon x tau. Yang aku tau kena tempat sejuk sebab takmo overheating. Latitud, tinggi, koordinat, aku tak tau hokey. Jangan tanya mak, ok nyah!
5.1 Malaysia. KOnsep.
6. Kenapa mualaf kalau nak convert agama asal or org Islam nak convert tak boleh? Padahal konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan. Kalau dahulukan rakyat, apsal lak bile nak tuka agama, tak bagi? kate dahulukan rakyat? haaaa, korang..jawab2.
7.Normalization.

NI edy penah dapat soalan ni.
-SIFAT2 NABI. alim sungguh soalan si edy ni dapat.

kadang2 ade yg tanya rukun iman, rukun islam. tidak dilupakan rukun negara.

Itu jela yang saya dapat ingat.
Aku tak mengharap pun untuk dapat. Dah panggil interview aku pergi, dapat tak dapat belakang kira. Janji aku buat mak aku senyum sebab dengar cakap dia suruh pergi. Walaupun aku dah accept dah kerja baru 1st July ni. Kalau tak dapat anggap la takde rezeki. Rezeki kita masing2 Allah dah tetapkan. Kadang2 apa yang kita suka kita tak dapat, dan yang kita tak suka, kita dapat. Anggap jela tu ketentuan Ilahi. Semua terjadi ade sebab, akibat dan hikmahnya.

Lagipun tadi kawan aku cakap, calon interview ada la dalam 10 ribu lebih. Kekosongan 200 je, pastu calon simpanan sedia ada dah 300. So, aku tergolong ke dalam yang bertuah tu? Sebab tu la, taknak berharap. :) :) :)

Good luck pada rakan2 yang belum interview. Yakin pada diri sendiri. Yeah.

FUH, aku respek sapa baca sampai abis entry ni. Babai.

Berfikir Sejenak Sambil Berjiwang

1) Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu dihati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2) Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3) Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamunapa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4) Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5) Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6) Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7) Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8) Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9) Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagukegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, keranadia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10) Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11) Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saatharinya tiba dia akan mengirimkan SMS'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12) Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13) Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14) Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15) Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

20) Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21) Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22)Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23) Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.



Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas

kepada kamu? Jika

ada,jangan pernah mensia-siakan orang tersebut...

kamu akan menyesal

melakukannya!

Nota buku lali: kalau korang dah ada laki, bini, tunang, awek, pakwe, ada pulak orang pscho duk tunggu-tunggu tak payah la layan beb! Cari nahas.

Monday, June 22, 2009

Unit Trust

Aku nak tanya, ada tak sesiapa yang bagi nombor aku kat Unit Trust Agent.

SORRY, I'M NOT INTERESTED. Tapi perempuan cina ni bebal tak faham bahasa nak jumpa aku jugak. Siapa tau macam mana nak screen number orang, bagi pengguna Sony Ericsson? Aku tak jumpa option tu.

Bukan aku takde awareness, cuma aku tak suka orang call dan paksa-paksa. Aku tau banyak benefit benda-benda berkaitan saving, takaful, Unit Trust ni cuma jangan memaksa, aku jadi sakit hati.
Kalau aku nak, aku sendiri AKAN CARI.

Lain kali kalau ada diorang mintak refer number kawan-kawan tolong bagi number ni 012 6056785 or 012 9222519. Nombor ni dah arwah dah pun. Sekian.

Nota buku lali kiri: Man dah tak call aku dah pasal dia ingat number tu number lelaki pasal masa dia menggatal call and sms, aku suruh eddy call balik dan mengaku number dia. Gunakan kaedah ini. It works.

Nota buku lali kanan: Kalau nak ambik Unit Trust or Prudential blabla aku rasa hubby Hid buat ni kan, so better aku cari agent di kalangan kawan-kawan dan saudara-mara je.

Tentang Kerja. Pertukaran?

3.44 pm tadi aku call SW and accept the offer. Yuhu. July, i'll no longer be in cyberg. Damn it, will miss the clear traffic.

Tapi aku memang merancang meninggalkan XXX secepat mungkin. SW kalau boleh nak aku masuk cepat-cepat tapi aku nak keluar XXX hujung bulan sebab, well u know la satu company tu berbelit-belit kan, nanti tak pasal-pasal ada problem pulak ujung-ujung.

Tapi yang tak best of course la kan jalan jam tu aku kena hadapi, sebab yang ni kat PJ. Tol pulak RM1.60 x 2 setiap hari. OK la pasal aku tak payah fikir soal makan minum sebab SW menanggung makan pagi dan tengah hari. Tunjuk pass kat cafe, yea, makan free. Tapi makanan foodcourt jela kan. Dah tu aku budget nak dapat starbucks or old town ke? Tau la bawak tu ada starbucks.

Company ni Sdn Bhd je, tapi oleh sebab aku dah ada nightmare di syarikat Limited yang suka putar alam tu yang berannual leave 10 hari je tu, kali ni lebih baik berada di syarikat kecik je dulu. Janji dia nak bagi aku bonus 1-5 months wakakakak lepas tu makan free, fix allowance dan free season pass parking.

Tapi apa-apa hal, terima kasih banyak-banyak kepada XXX. Banyak jugak aku belajar dari training yang diorang conduct. XXX adalah the best training company kot, aku rasa. Tapi lepas training tu, kau bersedia la diputar alam kat diorang. Department aku je kot malang tak berbau. Boss sendiri pun aku tak nampak batang hidung dah. Medical pun memang best, XXX cover sampai 100K USD, boleh buat spek free, dental pun cover asing, sekali siap maternity. Rugi je aku tak beranak tahun ni. Apa-apa hal, aku tetap bersyukur dan berterima kasih pada XXX sebab dah banyak bagi aku peluang explore training dan juga bagi aku peluang untuk aku lebih mengenali satu syarikat tu. Lain kali, aku akan lebih berhati-hati dengan orang bermulut manis. Siapa cakap manis ni, biasanya habuk pun tarak.

Kepada kawan-kawan, terima kasih sebab sudi menerima aku sebagai sahabat di XXX. :) Tsk. Tersedih pulak tiba-tiba. Shy, sorry ye tak sempat tunggu ko balik august ni yek? Tapi ko pergi Singapore pun tak tunggu aku wakakaka. Kepada Reen, aku try tarik ko, kalau ko minat. Hehehe.

OK aku kena bercaiyuk untuk interview gomen pulak. Takpe, bukan aku tamak sebab dah dapat betis nak peha. Ko rasa dari segi gaji, gomen tu diandaikan sebagai peha ke betis?Haha. Banyak kelebihan gomen which is senang nak buat loan, medical, pencen, tapi kalau aku kerja di private sector betul2, gaji ok, bonus banyak, epf banyak,buat apa nak buat loan? Baik aku bisnes sendiri dan kumpul duit sendiri. Harap hutang bank buat apa. Lagi bagi kaya diorang dengan interest. Lagipun tak sure kan gomen tu dapat permanent ke kontrak. Aku keje private pun, permanent, ape? Hihih. Aku berharap, aku tak masuk mulut buaya lepas keluar mulut harimau. SW, here i come. XXX, gudbye. So long. :)

Eh tapi aku belum resign la. Ambik 24hours notice jela. Dan tidak dilupakan untuk encash annual leave. walaupun, 3 hari je? :( sob sob.

Sunday, June 21, 2009

Wimax

Saya rasa sesiapa yang nak ambil Wimax dan berasa was-was, saya nak bagi anda 1 screenshot speedtest Wimax di Seksyen 19, Shah Alam.

Pakej diambil.
Harga: RM99
Download : 1.2Mbps
Upload: 500Kbps

Free modem dengan syarat RM90 sebulan kontrak selama 24 bulan.
Free wireless router. Boleh share guna ramai-ramai.
Of course la dynamic IP. So boleh la nak torrent. Cuma bandwith dikawal bila dah mencapai penggunaan maksimum which is 20GB.

Kalau ambil pakej RM49 (minimum), dapat modem sahaja, takde wireless router.
So, siapa nak guna ramai-ramai, sharing is caring, dipersilakan ambil pakej RM99.




Speedtest Seksyen 19, Shah Alam.


Ada sesiapa sakit hati tak?

Tukar Lagi?

Sori pada sesiapa yang baca blog ni. Kali ni dah 456 kali dah tukar layout. Sori ye, sebab recent layout tu tiba-tiba loading macam siput yang ada gout lepas tu saya rasa macam layout tu lebar sangat, dah lah saya dah bosan dah dengan layout jeans tu. Lepas ni harap tak tukar dah. Saya dah lama cari layout yang clean dan berwarna biru, jadi sekarang saya dah jumpa.

Sori again. Lagipun saya bosan ni. Tengah tunggu sesuatu untuk disiapkan, so tukar jela layout.
Harap dah kahwin nanti saya tak suka hati je tukar suami. Saya sayang awk, Edy. Awk sorang je. :) :)

Nota buku lali: saya memang malas nak study untuk interview nanti sebab saya rasa malas dah nak cari kerja. :)

Saturday, June 20, 2009

Broadband VS Wimax

Berkira-kira untuk shift from Umobile ke Wimax.

Ni speedtest umobile:


Ni plak speedtest Wimax aku curi edy punye jap. Test. Sebenarnye ikutkan rumah aku ni satu2nya tempat kat Equine ni yang takde coverage Wimax(ikut website P1 la). Tapi dapat camni jugak walaupun not in coverage. Agak2 kalau ade coverage nanti camne ek? Hihihih.




Tapi banyak benda gak aku nak pikir ni. Wimax RM99 monthly, speed 1.2Mbps.
Kalau umobile ni, RM68 je, speed 3.6Mbps, tapi faham-fahamlah Berukband kan..TT


Tapi dua2 speedtest ni timing lain. Baru je aku test wimax sekali dengan wireless, belum sempat nak letak password, pasal baru godek2 setting, tiba2 aku rasa macam ade je orang curi line aku.

Yang sedih, upload speed tu memang sedih la, ok! Ke sebab rumah aku ni tingkat 11? Aku lepak Warung Pak Maidin dengan umobile ni aku dapat 2.+Mbps jugak malam2-malam. Alright la tu kan?

Friday, June 19, 2009

Contoh soalan interview F41

awal2 lagi aku nak letak kredit ke blog ni:
http://www.mohdhafez.net/contoh-soalan-temuduga-ptm-f41/

Contoh-contoh soalan interview F41 menurut penulis blog ini.

Contoh Soalan Umum:
1. Apakah nama sistem pentadbiran Malaysia?
2. Apakah komponen yang terdapat di dalam Sistem Parlimen?
3. Siapakah ketua negara? Siapa ketua kerajaan?
4. Ceritakan pengalaman kerja sebelum ini.
5. Please introduce yourself?
6. Apakah maksud Integriti dan Akauntabiliti?
7. Apa yang anda faham mengenai Cyber Law Act?
8. Jelaskan mengenai MSC.
9. Apa itu e-Government? Berikan contoh.
10. What would you do to improve government services?
11. Apakah peranan IT dalam bidang pertanian? (Mungkin akan tanya dalam bidang lain e.g: perikanan)
12. Berikan alasan kenapa anda ingin berkhidmat dengan kerajaan.
13. Apakah cabaran dan tindakan yg diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan penggunaan ICT di seluruh negara?
14. Can you please hightlight the best point about you and convince us why we shuld take you?
15. Sanggupkah anda ditempatkan di tempat-tempat terpencil seperti di Bario (tempat Nuri terhempas)?
16. Berikan kesan sekiranya sesebuah projek gagal disiapkan dalam masa yg ditentukan?
17. Jelaskan tentang Perolehan komputer, Pembelian komputer, dan Spesifikasinya.
18. Ceritakan mengenai K-Economy.

Contoh Soalan Khusus:
1. Apa yang anda tahu mengenai Wireless LAN?
2. Apakah perbezaan Backbone dan Star Topology?
3. Bagaimana hendak setup wireless LAN di sesebuah pejabat?
4. Apakah tugas seorang PTM
5. Apakah jenis-jenis network topology?
6. Berikan 2 contoh network topology dan nyatakan perbezaannya.
7. Apakah pangkalan data apa yang baik?
8. Terangkan maksud “normalization”.
9. Nyatakan peringkat-peringkat normalization.
10. Apakah fasa pembangunan sistem
11. Apakah perkakasan untuk ke internet di dalam sesebuah pejabat dan nyatakan fungsi-fungsinya.
12. Apabila sistem telah dibangunkan, apakah perkara yang penting bagi memastikan sistem berjaya.
13. Jelaskan tentang black box dan white box,
14. Berikan contoh-contoh format image. (Mungkin akan tanya format lain e.g: movie, music, office etc).
15. Bezakan format-format image.
16. Apakah perbezaan Prisma dan LCD?
17. Nyatakan perbezaan antara MIS dan EIS.
18. Nyatakan jenis-jenis Modem
19. Apakah yang faham mengenai LAN dan WAN?
20. Apa itu PCMCIA?
21. Apakah perbezaan antara IMAP dan POP3?
22. Adakah anda pernah mengoperasikan server? nyatakan platformnya?
23. Adakah bahasa pengaturcaraan yang anda tahu?
24. Terangkan perbezaan antara website dan portal.
25. Terangkan apa itu wireless dan jenis-jenisnya.
26. Mengapa siaran astro tidak jelas sewaktu hujan tetapi siaran tv lain seperti tv1, tv2, dan tv3 yang menggunakan analog jelas.
27. Apa itu SDLC dan berikan contoh-contohnya.
28. Apakah Virus yang terkini?





p/s: aku rasa soalan dia memang basic. siapa memang dah kerja patut boleh jawab soalan2 ni. kalau aku, mungkin kelemahan pada part general question/ pasal berkaitan kerajaan/dasar2/perlembagaan/mcm mana nak luluskan akta/undang2. Benda2 macam tu mungkin aku lemah. Apa lagi kawan2. lets lah kita study sikit2. Mana2 yang menjadi harapan mak ayah tu, dipersilakan. Nasib baik mak aku dah merestui untuk aku terus di private sector. yea.

pps: Soalan yang Shu housemate aku dapat.
1. Maksud integriti.
yang lain, aku tak ingat. Shu kalau baca blog aku tolong tambah kat komen.

updated:
Shu cakap, maria dapat soalan networking. So sila study networking sikit ye. LAN, WAN, routing, topology la kot. Hosting ke, sikit2.

Mungkin membantu anda:
http://www.parlimen.gov.my/pengenalan-lblakng.htm

F41

Bila google soalan interview F41, tiba2 rasa cuak pulak pasal ada jugak soalan pasal dasar2 kerajaan, parlimen la blabla yang aku rasa aku tak tau.

Cuak2. Jadi kena study nih. Tak nak ah aku nampak macam bodoh je. Jom2 study. Takpa, mari mencari kerja baru. Yahu.

Tuesday, June 16, 2009

MIRC dan AKU dan SMSPP

Ish, aku baru je nak bukak twitter account. Damn la nick pestisid dah ada orang ambik. T_T. Jadi aku terpaksa guna nick elie_elies iaiatu nick glamour yang Kuiz Facebook bagi aku. Tsk. Glamour keeee??? Aku nak letak twitter ni kat sini.

Nick tu aku guna sejak zaman2 kegemilangan MIRC.
Dulu aku SOP(malas nak explain) kat channel #SMSPP. Channel chat budak2 skolah aku. Dekat webnet.Kira berkuasa nak kick org flood, buat hal, gaduh2, dan ada kuasa nak assign orang jadi AOP. Dabik2 dada skit :) SMSPP stands for Sek Men Sains Pasir Puteh. Sekarang lebih dikenali as SCIPP. (Sciend P Puteh.) Konon glemer la camtu? Hihi.

Ramai je orang tak tau pasal sekolah aku ni walaupun sekolah ni SBP pasal sekolah tu kat ceruk benua. Amboi sedap mengata. Tapi ramai budak2 lelaki SBP tahu kewujudan sekolah ni pasal sekolah ni sekolah perempuan je. Ramai yang nak mengorat esp kalau ada event2 SBP zon timur ke, memang agak laku budak2 skul aku. Hehe. Terdesak jugak budak2 sekolah aku ni. Ketandusan lelaki. Bila ada je orang laki masuk melawat ke, memang semua buntang mata. Assistan Trainer Taek Wan Do yang bernama Ali, pun pernah jadi bahan skodeng padahal mamat tu langsung tidak kachak, bermata sepet dan kurus kering. Kesian. Paling menjadi mangsa adalah cikgu2 kacak yang budak2 ni buat sumber inspirasi. Oh kesian. Desperado la korang.

Budak2 KL kalau dapat offer datang sini ramai jugak blah lepas semingu/sebulan sebab tak tahan, dari freehair semua wajib pakai tudung dan tiba2 bertukar status alim pasal surau(musalla) sangat2 diimarahkan, hatta solat subuh wajib di surau, kalau tak solat kat surau, kena saman kat prefect.T_T. Subuh, maghrib dan Isyak wajib di surau da setiap malam Jumaat ada bacaan Yasin dan ada usrah. Fewit. Aku alim dulu. ???. Wek.
Tapi dalam banyak2 hari aku ponteng Subuh surau, 1 hari je aku pernah terkantoi masa checking. Tapi aku bagi alasan aku sakit so takleh pergi. Hikhik. Aku sebenarnya banyak buat benda2 melanggar peraturan tapi aku selalu buat muka baik, so aku terlepas. Dorm aku sebenarnya jadi Surau no 2 untuk orang2 yang ponteng subuh kat surau. Kawan2 aku ramai transit kat sini pasal ketua dorm dorang marah kalau tak pergi surau. Aku tak pernah dapat ketua dorm yang skema sebab kitorang memang TAK NAK lantik orang2 yang skema jadi ketua. Nanti kitorang kene skema jugak. Huhuhu. Tapi tak pernah kena ambush. Prefect, anda kalah! A1-3 members lebih handal.

Disipilin jugak sangat2 terkawal. Paling sedih, tak pakai pin kat tudung kene saman. T_T. Sapa tak pakai pin kira takde disiplin, boleh tak???? Kak Izyan, jawab nih!!! Tapi ok sebab boleh pakai tudung cotton dalam kelas dan paling ok boleh tidur berjemaah dalam kelas sebab cikgu dah tak tau nak buat macam mana nak halang orang kuat tidur. :) Kemenangan. Student 1 Cikgu 0.

Aku tak tau apa sudah jadi dengan MIRC sekarang. Secara jujur, kat MIRC la aku kenal budak2 sekolah aku. Contoh, Kak Izyan, Sarah, Fatin Nabila, Iznee. Masa kat sekolah, kami tak bertegur. Bila masing2 online time cuti, bila bukak sekolah, masing2 terserempak baru mula tegur2. Duduk hostel, student ramai. Tapi sepatutnya bukannya susah pun nak say HI. Junior tak suka tegur senior pasal junior rasa senior berlagak. Senior pun kadang2 tak suka junior tegur pasal dioang rasa budak2 ni attention seeker(ni aku yang rasa. bongok aku pikir macam ni). Aku pulak dah la pioneer. Masuk sekolah tu tahun 1998 masa mula2 sekolah tu bukak. student cuma ada 200+ je tak silap, termasuk form 4. Kitorang ni batch paling bangga kot pasal dah la manusia first jejak kaki kat situ pastu stay sampai 5 tahun. Hoih aku bangga, kembang2 hidung sekarang jugak.

Nombor pendaftaran sekolah aku 0002. Yes, respek plis. 0001 taken by Farrah Hana Zamri pasal aku kelas A untuk Form 1 dan nama aku nama kedua dalam senarai kelas. Rugi mak aku tak letak nama aku Farlisa. Hahaha. Kalau tak, aku dapat no pendaftaran 0001. T_T.

Kat #SMSPP ni jugak sebenarnya tak ramai sangat budak2 sekolah aku yang join. Lagi ramai budak2 sekolah luar yang masuk nak cari aweks. Ade jugak yang menjadi kat cenel ni. Aku tak la. Kalau lepak kat #SBP, lagi ramai. So maybe susah nak tumpu perhatian kot. Hehe.

Selain 2 channel ni, lagi 1 channel aku lepak adalah #mamak. Kat sini kenapa ramai pondan haaa??? Selalu je aku terchat ngan pondan. Tapi aku layan jela nak tau apa aktiviti dorang tapi kadang2 aku pakai anonymous nick dan berlakon jadi pondan jugak untuk merasa sisi pondan. Ape ni???? Tapi kalau menyamar jadi lelaki, last2 kene ngorat dengan pondan ajak cikcur. Oh Tidak!!!!

Terima kasih pada founder channel sekolah aku iaitu C^Rock^Mustaqim sebab kalau takde channel tu, mungkin aku tak dapat kenal Kak Izyan and all dengan baik. Lepas channel tu expired for few months tak aktif, `Zar[f] yang bukak balik. Thanks to all. Aku agak rindu zaman IRC ni. Sekarang ni takde dah fenomena IRC nih kan? Tapi sekarang budak2 baru skolah tu mcm agak kurang respek pada senior and alumni. Entah kenapa.

Masa Form 1(kot), ada 1 lab kat sekolah aku. Kat situ dibuat kelas komputer. Company luar yang handle, tapi hari minggu company tu buat lab tu jadi CC. Kat sini la kitorang habiskan masa. Pasal duduk Sekolah Menengah Seksaan Penjara Pudu (SMSPP) tu memang bosan kan. Ape barang baru form 1 dah nak study untuk PMR? Biar betul. Haa, kat sini la semua orang layan IRC. Patut la meriah, kan? Apa jadi, la kat lab tu sekarang?

Ok la, sori sebab tulisan aku ni campur2. Kejap lompat tajuk tu, kejap lompat tajuk ni. Aku sebenarnya rindu la kat sekolah lama. Best tau skolah situ. Adik2 yang tak abis sekolah tu, jangan banyak komplen. Saya nasihatkan buat jahat banyak2 supaya dapat banyak memori. Ruginya menjadi budak skema sebab memori mereka hanyalah bangun pagi, breakfast, rollcall, kelas, rehat, prep petang, surau, prep malam, dan berulang selama 5 tahun. Bosan wey!

Halo

Best ah. suka



suka dia lg dr beyonce. oh kejam aku.

Monday, June 15, 2009

Keruntuhan...

Sebelum ni tengok dalam TV/paper takde la perasaan takut sangat.
Jiwa perkasa. Hehe.

Tadi alang2 lalu, aku pun snap.
Takut ok. Dahsyat.








Aku tak sempat snap ala2 wartawan, pasal kat situ polis duk jaga.

Sebab bukan orang PJ, aku tak tau la pulak bangunan ni sebenarnya sebelah digital mall je.
Huh.
Tepi bangunan tu ada apartment, digitall mall. Belakang bangunan tu, tak sampai 50 meter, ada rumah teres.
Kalau aku jadi orang situ, aku cuak terus lari pecut masa kejadian. Takut wo, kot2 bangunan tu runtuh style2 hempap bangunan sebelah2 ke.

Kelas kan, Malaysia. Takde raksasa dan ultraman pun bangunan boleh runtuh. Kalau kat Jepun takde la aku kisah sangat pasal ada menda ni.



masa kecik2 mak aku suka belikan buku mewarna ultraman. penat aku warna. dah habis ultraman ace, mak aku beli buku ultraman dyna pulak. dulu aku hafal keturunan ultraman dengan nama setiap satu, sekarang dah lupa.


yarghhh!

Sunday, June 14, 2009

Pengemis. WAJIB BACA!

Tadi makan2 dengan Edy kat Shah Alam. Sekali datang budak mintak derma.
Dari sekolah tahfiz katanya.
Derma, tapi dah siap2 resit situ tulis RM10.
Konsep derma apa ni, siap dah tentukan berapa. Kalau dia tak chop RM10 siap2 kat situ, entah2 edy baik ati gi bagi lebih.
Ini, buat aku hangin ada la.
Kalau derma, ikut la berapa orang tu ikhlas nak bagi, tak perlu nak beresit2 bagai.
Dah nama derma. Antara si penderma dengan Allah, kalau dia ikhlas.
Ini, macam nak paksa2 pulak.

Tunang aku ni dia jenis teliti sikit. APa2, suka selidik2 dulu.
Aku naik kesian sebenarnya kat budak tu sebab muka sedih je.
Abis tu, expect muka riang ria ke nak mintak sedekah.

Masa kene saiko ngan Edy, budak tu dah cuak.
Edy tanya, sapa hantar awak datang sini.
Tunjuk kat saya.
Pstu budak tu cakap la nama ustaz dia.
Edy pun mintak nombor telefon.
Budak tu mcm dah nak nangis dah aku rasa.
Selidik2, siap mintak nama ustaz, nama rumah amal tu, alamat, pastu ade lagi 2 nombor fon kot. Nombor IC budak tu pun ade sekali dia ambik.
Aku lak ckp kat budak tu, si Edy ni wartawan. (perlu ke?)
Aku rasa budak tu kalau boleh pecut, dia dah pecut lari dah.

Pastu Edy pun terangkan kat budak tu, dia cakap dia tak tuduh budak tu scam.
Just nak selidik je dulu. Kalau betul takpe, pasal sekarang banyak sangat sindiket.
Pastu die hulur duit, then cakap kat budak tu, awak tak payah la buat resit kat saya.
Saya tak nak.

Aku pun tak puas ati dengan kes2 mintak sedekah ni. Kalau la betul sekalipun dia dari Pusat Kebajikan/Rumah AMal/ Tahfiz, tapi tugas mintak sedekah ni bukan tugas budak2 tu. Diorang sepatutnya diberi perlindungan. Bukannya datang mintak sedekah ke hulu ke hilir. Bayangkan, budak tadi tu dari Port Dickson ke, Seremban kalau tak silap.
Jauh gile kan, datang Shah ALam semata2 mntak sedekah. Tak ke nampak sangat, ada org behind bnde2 ni. Iaitu org yang bertugas mengangkut dan hantar budak2 nih.Habis tu,apa pulak tugas pengetua, cikgu2, warden tahfiz tu kalau macam ni susah budak2 ni nak cari duit. Bagi aku, kalau tak cukup duit, pihak yg jaga tahfiz tu la kena usaha, contohnya pengetua tu, pergi la Pusat Zakat, BaitulMal ke, badan2 korporat, Yayasan Al Bukhari ke. Sebab, aku konfem kalau pengetua2 ni betul2 buat kerja, buat proposal, konfem ramai yang nak membantu dan menderma. Tapi ikut saluran yang betul lah! Bukan suruh budak2 yg konon student tahfiz tu ke hulu je hilir mintak sedekah. Dalam Islam pun tak ajar org mintak sedekah nih. Lagi mencemarkan nama Tahfiz ada la bila buat sindiket2 mintak sedekah ni.

Hari tu pun ada sekali aku nampak mamat ni buta(tak sure ye ke tak) dengan sorang perempuan datang mintak sedekah kat meja ktorg. Aku ikhlas, aku bagi la sikit sebab takut betul2 buta. Sekali lepas makan, aku nampak dua ekor lahanat ni jalan elok2 je gelak2. Tadi sikit punye sedih mintak sedekah ngan aku.

Kes ketiga pulak melibatkan aku, Edy dan Osman Kering(OK) pelakon komedi tu. Dia ni duk usung kotak DERMA GHAZA. Tapi aku ada baca kat mana tah, cakap OK ni scam. Yela, kalau nak derma Ghaza, boleh je sumbangkan direct ke NST, or Mercy Malaysia kan? Ni ape kes mintak derma. DIa ni aktif kat AMpang. Tapi hari tu aku jmpa dia kat Shah Alam.Yang ni aku sebenarnya nak memulakan langkah investigate, tapi tak sempat sebab Edy dah hulur duit pastu si OK ni dah blah dah pegi meja sebelah. NAsib baik orang meja sebelah jadi tukang investigate.


Shah Alam ni memang penuh dengan sindiket mintak sedekah. AKu siap pernah nampak 2 orang budak perempuan Bangladesh kot, entah la asal mana, tak sure, selamba je gi masuk rumah orang mintak sedekah.
Takde salam takde apa. Kurang ajar betul.
Kes ke 4, kawan Edy pernah ikut budak kecik mintak sedekah. Dia ikut je sampai budak tu pergi ke seorang amoi cina, gelang sekerat lengan. PAstu budak tu bagi duit kat amoi cina cilake tu.

See, kita je baik hati kesian diorang. ADa jugak yang bagi sebab malu takut orang meja sebelah pandang slack pasal kedekut nak derma. Dulu aku malu gak bila Edy penah selidik budak2 mintak sedekah ni, pasal aku rasa mcm orang sebelah2 pandang2 je. SKrg aku respek sebab dia tak malu nak buat macam tu.

Aku just nak bagitau, jangan kita mudah tertipu dengan sindiket2 ni. Tengok jela cite Slumdog Millionaire tu. Budak2 tu susah2 cari duit mintak sedekah, di sebaliknya ada manusia rakus. Aku takut kita bagi duit free kat manusia2 tak guna di belakang budak2 tu je.

Ok, untuk edisi lebih 'wartawan' sila terjah sini. Anyway thanks to ondscene sebab isu ni dia kupas betul2.

Aku dah naik menyampah gi lepak kedai makan. Boleh kata setiap 10 minit ade je yang datang mintak sedekah.

AKu dan Edy dah buat dah. Korang bila lagi? Tak sampai hati? Tapi rela ke duit korang masuk poket sindiket. Konsep kitorang, kitorang akan menderma kalau pergi masjid atau surau. Dulu aku pernah tengok Edy buat tak tau orang datang mintak derma. MAsa tu aku bodoh, aku ingat dia kejam. Satu hari, aku ternampak dia masukkan duit kat tabung surau, masa tu dia tengah ada financial problem yg agak teruk gak lah,tapi boleh pulak dia hulur. Benda tu buat aku terfikir, kenapa budak yang mintak derma, dia buat dont know je. Rupa2nya, inilah alasan dia. SCAM!

Korang jangan lupa baca ni tau, penting!
http://ondscene.my/2009/01/11/wajib-baca-jangan-bodohkan-diri-anda-dengan-taktik-pengemis-jalanan/

Petisyen


Petisyen untuk rosecloset, nak baju camni..
ade tak?
kalau ade mak nak, ye noks.

Saturday, June 13, 2009

Monolog Peribadi

Tengah2 layan Ice Age kat TV2, iklan sekali sekala tune in Tv3, cerekarama.
Kadang-kadang aku layan Cerekarama jugak pasal banyak cite sedih.
Aku lagi suka cerita sedih dari cerita2 bodoh Razak Maiden tu.

Wah, walaupun aku tengok sikit2 je Tv3 ni, rasa macam best jugak cita ni.
Anak diaaaa, derhaka nya.
Tapi kenapa sampai jadi derhaka tahap mcm ni ek.
Ada sapa2 tengok tak cita ni? Sharing synopsis plis.
Aku rasa, cerita ni macam best, walaupun tengok sikit sangat2.

Tapi, ayah dia punya la penyabar kan?
Anak cakap aku-kau je dia sabar dan tahankan aje.
Dalam konteks Islam, memang sapa2 anak derhaka tak bau syurga.
Tapi dalam situasi macam cita ni, katakanla anak dia derhaka macam lahanat,
tapi ayahnya masih sabar dan macam tak ambik hati pun.
(sebenarnya aku tau, dia sedih kan?)
Camne plak ye utk kes mcm ni? Bau syurga tak?

Kisah ni sempena hari bapa kan?
Aku dengan ayah aku rapat betul.
Kecik2 dulu siap ikut pegi keje.
Kalau tidor, memang kulit kene sentuh dengan ayah.
Kalau tak rasa bersentuh kulit dengan dia, memang aku meraung.

Hobi ayah aku memancing.
Aku selalu ikut dia mancing dulu.
Pergi kat kuala la.
Siap solat atas bot.
Dulu perangai aku pun tak macam budak perempuan.
Kulit pun hitam. Sebab hari2 main panas.
Ikut ayah gi mancing. Seronok gila.

Sekarang dah besar2 pun selalu gurau2 dengan ayah aku.
Rindu gila suasana kat rumah, ada semua adik beradik, mak dan ayah.
Kita tak tau sampai bila ajal kita dan mereka.
Mana la tau kita yang pergi dulu.
Aku menyeru diri sendiri dan kawan2, hargailah keluarga, dan orang2 yang kita sayang.
Aku rasa, aku anak yg baik(kot). Semua cakap mak/ayah aku ikut.
Banyak perkara/keputusan dalam hidup aku, atas pilihan mak+ayah.
Tapi diorang sporting jugak, bukan main belasah je pilih guna konsep veto.

Aku rasa adik aku baca blog aku.
Adik2, jangan derhaka pada umi+baba.
Dengar cakap diorang tau.

Yang sorang tu jangan bila dah balik asyik habiskan bil tepon je.
Nak gayut, guna handphone sendiri.
Topup sendiri. Sila berdikari.
Jangan cilok kredit umi+baba. Jangan guna fixed line. Hehe. Pendek kata, jangan bergayut!
Yang sorang lagi tu jangan asyik nak bad mood je. Muka cantik, dalam kena cantik jugak, baru la laku.
Yang lagi sorang tu, janganla asyik tidur je.
Bangun la bersosial dengan family sekali sekala.
Dah la jarang2 je balik rumah. Spend la quality time dengan family.
Yang sorang si hitam manis tu, jangan asyik nak bershuffle je dalam rumah.
Ade ke asyik shuffle je walaupun dari hall nak pergi dapur? Jalan elok2 ok.
Jangan nak kepit2 shuffle. Buruk.


Ok la, dah malas nak type lagi.
Cerekarama ni belum habis rupanya.
haha, mamat ni mimpi????
choiiii!

Friday, June 12, 2009

QWERTYUIOP

Sorilah tukar layout lagi.
Tak pasti apa aku nak dalam hidup.
Jadi, aku pun tukar layout.
OK tak alasan?

OK lah, aku nak pergi baca gossip pulak.
Ada sapa2 nak request gossip apa tak untuk ditepek di sini?
Hehe. Sangat JAHAT. Malam Jumaat bergossip.

Atap Genting Atap Rumbia

Wah, aku baik betul.
Sekarang tengok Semanis Kurma kat TV9.
Cepat, respek.

Tajuknya: Atap Genting Atap Rumbia.
Baru aku tau, rupa2nya pasal jodoh, iaitu antara 2 darjat.
Zaman sekarang ada lagi ke kes macam ni? Atau zaman sekarang memang bermaharajalela(aku taip ni?) isu ni.

Biasa kes yg terjadi, orang kaya kawin miskin. Cantik kawin buruk. Gaji mahal lawan gaji ciput. Kereta kancil lawan BMW (ade kee??).
Biasanya belah perempuan memang agak memadang benda2 ni. Aku rasa la. Tapi mesti bersebab kan? Kalau kau, kau nak anak kau kawin pastu tak cukup makan pasal suami tak mampu bagi makan? Or, kau nak ke anak kau yang perempuan tu, pergi sara suami dia?

Family aku jenis pilih menantu yang berkepala otak geliga dalam kehidupan dan bervisi tinggi dalam hidup. Masa en eddy nak kat aku, mak aku interview dia, 'Kenapa anda memilih keluarga kami?' ceh, aku tipu je. Hehe, terpengaruh dengan soalan interview kerja( 'Why do u choose our company?). Actually masa nak mula-mula berkawan, dia call dan mintak izin dengan mak dan ayah aku. Sebab tu i loike him. Ohh pitam! Antara faktor pemilihan, adalah boleh get along dengan semua family members. Ini adalah penting.

Aku pun tak nak dia balik kampung aku pastu duk sorang2 ceruk dinding pasal malu nak berkawan dengan saudara mara. Tapi sebenarnya dalam kes ini, dia takda masalah langsung dengan family members aku. Aku sebenarnya yang segan dengan family dia. Takpela dah kawin baru belajar HEHEHE. Alhamdulillah beliau menjadi kesayangan family aku. Kembang idung beliau kalau baca. (konfem tak baca la).

Dalam program TV9 ni, kesian kat sorang ofis boy ni(pakcik), cinta beliau tak direstui pihak mentua. Dah tua pun pakcik ni. Takkan sampai sekarang family mentua tak dapat terima ek? Bagi aku, pakcik ni, kalau tau diri dia tak diterima atas faktor kerja, atau kedudukan kewangan, boleh je dia berusaha untuk maju. Kenapa dia tak cuba? Aku sbenarnya kurang gemar dengan laki yang hanya puas hati dengan tahap hidup dia yang macam tu. Cuba la keluar dari comfort zone. Macam tak berusaha pun nak membuktikan sesuatu pada orang yang mengkritik. Huh.

Dah ah. Jangan merepek lagi. Babai.

Toing

Malas betul aku nak update blog ni.
Macam2 la aku pikir sekarang.
Sapa tau tu, tau la.
Sapa tak tau, entahla, malas nak cakap la.


Wah, esok ada majlis kawin kawan aku.
Nasib baik edy ingatkan.
Aku sendiri terlupa. Mekasih en eddy.
Tapi, hadiah tak beli lagi.
Yang kawin ni org kaya, susah betul nak cari hadiah orang kaya ni.
Kadang2 kalau pikir beli biasa2 je, entah2 orang tu gi bagi2 kat anak beranak je.
Jahat otak aku.
Ape ye nak beli, hadiah kawin ni.
Ramai sangat orang kawin.
Apasal laa korang semua kawin serentak.
Ada je yg aku tak sempat pergi.
Sorry pada yang tak sempat.

Majlis Fazira aritu aku pergi. Merah mak ngah kau!
Kesiah dia, masa outdoor photoshoot, adik dia duk ngacau.
Aku rasa hampir setiap gambar ada adik dia.
Budak tu siap guling2 golek2 lagi. Masuk celah pengantin.
Haha.
Kalau aku, memang tang tu aku jerit.
Walaupun aku pengantin.
Memang dasar perempuan takde kesabaran. Hehe.
Sabar ye Gra.

Sekarang aku nak siapkan shopping cart.
Malas layan blogspot sangat.
Blogspot sumpah tak best. Huahahuaha.

Ok babai.

Wednesday, June 3, 2009

Warehouse Sales List. Sila la ye..

Senarai sales untuk yang berduit dan yang bernafsu:
Memang kalau tengok bape banyak off tu, mencanak2 nafsu membeli-belah ye..


Hush Puppies Apparel Annual Warehouse Sale
From Friday, 29th May 2009 - Sunday, 7th Jun 2009
Catch the Hush Puppies Apparel Annual Warehouse Sale at Shoe Connection Sdn Bhd,
No 15, Jalan 1/13,
Bandar Kinrara Puchong,
Selangor

from 10am till 7pm.
No. 13, Jalan BK 1/13, Bandar Kinrara
Puchong, Selangor 47100
03-8075-8899


------------------------------
Pay Less Books Warehouse Sale
From Friday, 5th Jun 2009 - Sunday, 7th Jun 2009


Catch the Pay Less Book Warehouse Sales at Ampang Point,
Concourse Area from 10.00am till 9.30pm.

Visit website for more details.

http://www.paylessbooks.com.my/events_4.html

Website:
http://www.paylessbooks.com.my
Call 03-8068 2170 for enquiries.


---------------------

KIKO Warehouse Clearance
From Monday, 1st Jun 2009 - Sunday, 7th Jun 2009

Check out the KIKO Warehouse Clearance at KIKO Garments Sdn Bhd, No 1 Jalan Industri PBP 13, Taman Industri Pusat Bandar Puchong, Selangor from 9.30am till 5.30pm.

Prices start from RM4 onwards.

Products available:
- Kids wear from 1 to 14 years old
- Kids shoes from 4 to 12 years old

Call 03-8068 8888 for more details.


---------------------------------------

Fragrance Warehouse Clearance
From Friday, 12th Jun 2009 - Saturday, 13th Jun 2009

Check out the Fragrance Warehouse Clearance at 3K Sports Complex & Inn, Jalan SS13/1, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, Selangor from 10am till 6pm.

Enjoy discounts up to 80%.

Participating brands:
- Anna Sui
- Dunhill
- Escada
- Hugo Boss
- Lacoste
- Montblanc
- Dolce & Gabbana

Handbags, pouches and helmets are not allowed in the sale area. Credit cards are accepted for minimum payments of RM150 in a single receipt. Goods sold are not returnable and/or exchangeable.

---------------------------------------------

Harvey Norman Warehouse Sale
From Friday, 5th Jun 2009 - Sunday, 7th Jun 2009



Check out the Harvey Norman Warehouse Sale at Elitetrax Marketing Sdn Bhd, Lot 38276, LION Industrial Park, Jalan SU8, Phase 2, Off Persiaran Tengku Ampuan, Shah Alam, Selangor from 10am till 6pm.

Enjoy discounts up to 80%.

Participating products:
- Electrical
- IT
- Furniture
- Bedding

Visit website for more details.

Call 03-5191 5212 for enquiries.

Monday, June 1, 2009

Susan boyle best ke?



Ramai suke Susan Boyle ni kan. First time dengar die nyanyi memang la best. Tapi sekali je dengar aku rasa best. Dengar lagi, dah jadi average and typical. Bosan. Lame. Orang bengang dia tak menang BGT. AKu tak kisah pun.

Memang la suara dia bagus, tapi bagi aku, membosankan..Mungkin sebab dia takde rupa, bila dia ada suara macam tu orang terus, WOW!. padahal die biase2 je. Pendapat aku. Jangan sentap. He he.

p/s: aku tak minat dia. aku minat KRU zaman2 dulu lagi. haha.