Sunday, May 31, 2009

Jai Ho

Aku suka lagu baru PCD nih. Layan. Tapi x jumpe la VC yang official ade muke minah2 PCD nih.




movie slumdog millionaire ni pun best dan bagus gile dan geli tekak yang amat. walaupun nak termuntah2 aku tengok tapi salute 5 bintang aku bagi cite nih. bila la malaysia nak ada movie bagus camni. asyik2 movie mamak maiden yg tah pape tu.

Dilemma

Ni la orang cakap, takde keje cari keje.
memang aku cari keje pun.
pastu main belasah je kan.
mak aku la suka sangat suruh aku apply UMK tu.
di kelate deh. jauh weh ambo keno kelik kelate nih.
pastu skang aku dh dpt interview, ke test. ntah.
kat sane la..3hb. jauh wey nak balik.
3hb pagi buto. dh tu aku nak bertolak bape hb?

dh la aku plan nk blk kg 3hb, kan skang dh kene cepatkan jadik awal.
harus ke aku pegi.
kalau pegi tetibe dapat pastu ngade tolak.
ke better aku kol orang sane siap2 cakap taknak.
kalau dapat,
kebaikan: bangga.
keburukan:
  1. maybe kene black list ke x kat gomen?
  2. mencaras peluang orang lain yang lebih mahukan tempat di sana.
  3. kalau dapat, aku lebih rasa susah nak wat keputusan. taknak la pergi dan ikut ape yang aku taknak.
ke, pergi je pastu kalau test, jawab macam kan aku seekor lembu iaitu buat semua salah.
kalau interview, aku pegi dan jawab macam kan aku ni orang bisu.

actually aku bukan nak sangat, tapi aku isi borang pasal nak jaga hati mak aku.
aritu aku dh slowtalk dah ngan mak aku, takmo duk sana lagi wat masa skarang.
kalau dia nak aku masuk gomen gak, aku akan cuba tapi di sini, bukan di sana.
sebab, aku nak kawin dh taun depan. laki aku tu die banyak bisnes kat sini.
cmne nih?
nk balik gak kampung, tapi tunggu ktorang dah tua bangka.
interview gomen kat putrajaya pun aku dpt gak 24 hb nanti.
aku lebih ke arah 24hb tu la kalau nak sangat masuk gomen kan.
walaupun aku x minat nak masuk gomen.
tsk tsk.
oh ibu,
aku dalam dilema.

aku nak keje swasta sebenanye. atau suri rumah. boleh?

Friday, May 29, 2009

Aku meroyan?

Sekadar mengomel.
Akhil Hayy tu ustaz ke? Sape bagi dia title ustaz? Berceramah asyik menyanyi je,tuka lirik, relaku rempit lah..macam2. Kalau ustaz sebenar, takde masa bagai la nak hafal2 melody lagu. Hafal Quran lagi bagus.

Dah la tak balik jenguk anak bini 3 bulan. Dah benci sgt kat bini kau tu, kau balik la jenguk anak2. Kuang haja la jantan camni. Ape nak jadi la so called ustaz n pmpuan konon nak berdakwah, si wahida ni nak rampas laki org. Benci betul aku perampas2 nih. Si Wahida ni harap je bertudung berjubah, kan main mekap mcm tepung gomak.

Mintak jauh la benda2 camni berlaku kat diri sendiri dan saudara.
Harap berlakulah keadilan di pihak isteri si akhil baligh tu dan anak2.

Thursday, May 28, 2009

surat untuk yang terasa.

aku sakit hati sebenarnya dengan seseorang.
sampai tahap aku rasa aku nak cari lawyer pegi saman je orang itu.
tapi aku tak nak cerita apa, siapa, pasal apa, bagaimana.
tiada WH question di sini.
kalau sapa2 terasa dan terbaca, cepat2 datang mintak maaf.
tak kisah la bila dia baca.
hari ini, esok lusa, bulan depan, tahun depan,
datang dan minta maaf.
sebab memang tiada kemaafan untuk orang itu,
selagi dia tak minta maaf.
kalau takde nombor aku untuk sms/call,
sila email ke pestisid di yahoo.
anytime. apology accepted. asalkan ada perkataan maaf je. enough said.
orang tu bukan eddy.
kalau dia buat salah dengan aku pun,
paling kejam hukuman pun kawin esok.
orang tu juga bukan kawan terdekat aku.
cuma kenalan, yang tidak rapat.
tapi mulutnya sungguh longkang.
azwan ali pun kalah.
tak padan dengan umur.
aku doakan, what goes around, comes around.
apa yang aku type ini,
bukan ikut jari aku menaip.
tapi datang dari hati.
hati yang sakit.

ingat, datang dan minta maaf.
aku tunngu, walaupun aku dah nak mati sekalipun.
walau dah berpuluh tahun sekalipun.
sekali kau berdosa pada manusia,
hanya keampunan orang itu yang membolehkan kau aman.
jika kau berdosa pada yang atas,
Dia akan mengampunkan sekiranya kau bertaubat.

aku adalah manusia,
jadi kau fikir sendiri.


kalau tak,

see u, padang mahsyar ok.


i'm serious. jangan buat gurau k.sekali sekala aku serius camni. ape salahnye.

google la google..sile2

sapa bangang sangat ni google mende nih?

alif daniel (projek dalam kete kancil) awek cun

masuk blog aku lagi.

Tuesday, May 26, 2009

virus 0 byte on c drive menyerang lagi

walaupun sama dengan status facebook, tapi aku tetap nak tepek sini. sapa baca dan pandai sila jawab. kot2 ayam bace ke, jwb k. awek ko tak marah nye kot..

gurus, answer this. aku dh tau ape puncanya drive c aku jadi 0. sebab nye, oracle installation. aku tak tau ape kejadah dah jadi kat oracle tuh, bile aku format, ok je laptop. then bile aku install oracle, 3x experienced dh ni, after 30 min cmtu drive c beransur2 menjadi kecik. ape kejadahnya semua ini. any DBA? plis solvekan. tp mcm tak logic je dlm installer itu ade virus. bukankah intaller itu filenya adalah .exe?


ni hah aku dh jumpe file kat mane yg besar gabak tuh. aku x tau pasal DBA role nih. so kalau install oracle betul ke mmg akan wujud folder ora92???
pastu kenapa dlm log ni besar gile? smpai size 29GB++?????
sapa tau tulungggla jawab.
aku merayu nih.



klik untuk besarkan.

apsal ni jadi cmnih????
aku dh tension.

Monday, May 25, 2009

Camni la

Ah tension betul.

Time2 aku kesuntukan masa, time ni lah virus berbondong2 nak masuk laptop.
Time ni la virus dajal yang jadikan drive C aku 0 byte.
Time camnilah modem aku buat hal.
Time camnilah aku kena reformat laptop.
Camnilah camnilah.. Hidup kita camnilah. EH iklan coke kejap.

Huh aku baru siap format laptop.
Maka kena install balik segala mak datuk driver, oracle, sap.
Time camni ah aku baru teringat aku tertinggal notes tadi kat opis.

Time2 camni aku memang nak menjerit je.
AGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!

Sunday, May 24, 2009

List minggu depan untuk panduan hidup sendiri.

3.51 a.m takleh tido lagi.
tension gile pejam2 celik balik.
pejam lagi, celik lagi.
haih.

jadual kehidupan minggu ini.
25 may isnin study cisco/juniper simulation kalau rajin.
26 may selasa 3pm interview PJ. aku taknak pun keje sini. tapi pegi je pasal bosan x tau nak watpe.
27 may rabu interview sunway. aku tak mintak pun. diorang jumpe resume ni. aku nak keje sini kalau boleh. fuh fuh.
28 may kalau pakcik dtg sini pegi jumpe dia.


sila jgn lupe fotostat ic, payslip, gambar passport,sijil.

jangan lupe lisa. jangan lupa. jangan lupa. jangan lupa.

Saturday, May 23, 2009

Grrrrr.

Takyah terkejut. Memang blog aku ni. Tuka jadi colourful dah pasal terlampau bosan dengan hidup sendiri.

Hitam itu kelam, walaupun aku suka hitam2 nih. Kelam pun kelam lah. Tapi hari ini nak colorful. Esok lusa belum tahu.


Apsal huh korang ni kalau aku buat kalerful2 sket ckp tak rock la, tak ganas la, gurlish la. Aku ni penyanyi nasyid tau, bukan rock2. Aku jantina perempuan tau, bukan jantina lelaki atau not sure.

Friday, May 22, 2009

Agaknya emak siapa lah.

Tengah2 tension aku pun bukak la histats, tengok keyword orang type, then landing lah ke blog aku. Macam2 diorang ni type. Ini jelah yang menarik minat aku, pasal malas nak crop2 lagi. Ade la dalam 65 semuanya.


kalau tak nampak, click la untuk besarkan.

Yang paling menarik perhatian aku, 'emak sudi main ngan cikgu zamri.'
Agak2 mak sapa lah ye, dan Cikgu Zamri mana lah yang main dengan mak sapa nih.
Aku nak gelak ade, nak cakap loser pun ade. Aku simpati pada anak emak yang sudi main dengan Cikgu Zamri ni. Cikgu, awak memang tak beretika. Main dengan mak budak? Hahaha.
Ade jugak kes macam ni kat Malaysia. Konfem Cikgu Zamri atau mak budak tu ade upload kat internet ni, tu pasal wujudnya keyword ni kat google. Hoih mak whoeverlah, dan cikgu zamri, harap korang cepat2 lah bertaubat ok.
Macam mana lah boleh landing kat blog ni akhirnya. Tapi, search tu landed kat page ini..

http://pestisid.blogspot.com/2008_08_01_archive.html

Dalam link tu takde pun ok kisah2 porno ni. Geli weh geli. Kena laknat blog aku nanti.


Pastu ade jugak kes kesian, keyword:
1. Klinik Gigi Sharifah.
2. Klinik Gigi Sharifah Aminah.
3. Meninggal sebab sakit gigi.
Aku andaikan insan ini telah sakit gigi secara melampau, lalu beliau takut mati sebab sakit gigi. Anyway, kelakar ok. Kelakar! Kesian beliau. Ade ke kes betul2 mati sebab sakit gigi, dan adakah orang tu menerima rawatan di Klinik Gigi Sharifah Aminah? Pasal google search ni dalam masa yang agak rapat la. Kesian nye dia. Harap2 dia hidup lagi.


Pastu ade satu keyword tu,
'Kat mana free sap training 2009.'
ok la in case of dia type lagi, then jumpa blog ni. Aku tolong jawabkan lah, memandangkan aku bosan dan tension ni. Jawapannya anda boleh contact MDEC. Pasal dulu saya dapat training yang sepatutnya cost around 12K ni for free je. Tapi tak tahu la sekarang ada lagi atau tidak. Mula2 kena jawab exam dulu, exam tu berkaitan logic dan iq. sapa pandai je boleh lepas hahahah. Perasan ok. Yang pasti, MDEC ada buat training free untuk Oracle, tapi benda ni for post graduate kot. And once in a lifetime. Barangsiapa pernah dapat free training for MDEC, maka beliau tidak berpeluang lagi untuk mengikuti training2 lain anjuran MDEC. Ini maklumat yang saya dapat daripada kakitangan K-Worker MDEC kat booth diorang masa Karier Fair hari tu. Kalau sesiapa nak join free training in UNIX, sila lah google keyword 'K-Pintar'. Maka anda akan menemui hasilnya.
Harap sesiapa yang google keyword ni dapat jawapannya.



Berkenaan dengan keyword
'Flextronics Shah Alam bungkus'
Saya dapat maklumat daripada tunang saya yang merupakan bekas staff FSA, FSA ada bagi VSS slowly dan secara berperingkat2, dan dengar khabar sekarang memang dah bungkus ye. Tapi saya rasa FSA ade dua, 1 bukit jelutong dan 1 lagi kat mana tah. Salah satu je kot yang bungkus. Untuk keterangan lanjut, lebih baik anda cari FSA call centre lagi senang kan.

Keyword 'gusti lengan selangor.'
sori ye, saya tak tua pun ada game ni on state level. Hahaha. kempunan lah sapa nak tau tu, masuk blog aku.

Untuk keyword
'Artis cucuk botox', 'zahid rafik botox,' 'umie aida botox,' azean irdawaty cucuk,' rohana jalil', 'suami rosnah mat aris','fauziah ghous e seluar ketat',
anda sekalian bolehlah melayari laman web cari.com.my atau ohbulan.com atau pun mediamalaya.com dan pergi ke bahagian gossip artis tempatan. di sana anda boleh mendapatkan pelbagai info gossip. Jika reading access anda tinggi, anda boleh membaca gossip2 yang lebih hangat lagi. Mendaftarlah. Haha. Aku tolong promo secara tiba2.



Punyela takde keje kan, aku? Siap buat sesi soal jawab bersama insan2 yang jumpa blog aku menggunakan keyword2 pilihan mereka seperti di atas.

Sekian, dan aku yakin mereka akan kembali ke blog ini sekiranya mereka terus menggunakan keyword seperti di atas di google. Selagi aku tak disable google search. Macam nak disable je. Hurm.

Akhir kata, emak siapa sudi main dengan cikgu zamri?? Hahah. konfem jumpe blog aku lagi kalau si loser ni type keyword ni lagi.

Babai.

May 22

Assalamualaikum semua..

Mekasih la sape2 bagi feedback pasal kes curi tu. Takpe, mungkin tu bukan rezeki kami. Mana tau someday dpt sesuatu yg lebih bernilai drp itu. Dan yg penting perkara tu tak membuatkan aku dan edy bergaduh2 pun. Dugaan bertunang camni ke ek?
Hehehe.


Sekarang hari2 orang call aku for interview. Tiba2 laku plak resume aku. Tapi ade je yg call tapi benda tu takde berkait dengan skills aku, tapi as long as dorang nak provide training, hurm aku cube jela kan. Pening pala x tau nak study ape for interview. Ntah dpt ntah tak, yg penting aku nak blah dari XXX. Selagi x dpt keje or aku menolak interview, selagi tu la aku duk situ. Been there for nothing. kosong.

Tadi ade orang call n tanye kenapa nak blah dari XXX, die ckp XXX is a strong cmpany. If you were in my shoes, then u'll know lah bro. Tak tau aku nak jawab ape dengan soalan camni. Makanya jawapan playsafe, career enhancement. Tanak ah memburuk2kan XXX tuh kan. Tak baik. Mungkin nasib aku sorang je kot buruk kat XXX tu, nasib org lain ok kot.

Ada yang nak offer for senior position. tapi aku cakap aku nak junior je. hahaha. kebodohan di situ. ini nama die, lack of self esteem ye kawan2. macam tak layak lagi kot jadi senior. aku takut orang akan expect sesuatu yang melebihi keupayaan aku. baik aku start balik dari awal. and i dont care.

Next year my plan is to further study(kot). Aku mcm nak amek MBA la. Pasal kalau nak teruskan in IT, aku rasa Master in Cs tak penting sgt, it's better for me to look for professional certificates kot. Lagi berbaloi. Aku rasa la. Sekarang aku pening pk ape hala tuju hidup aku nih. Haih. Istikharah istikharah.

Ade jugak orang call nak dptkan interview utk aku tapi aku tolak pasal position tu jadik developer lagi. I hate codings. Aku benci sungguh3 buat coding. Aku nak keje pakai tenaga je, taknak pakai otak sangat dah nanti dah kawin aku jadi mereng, stress keje and terbawak2 ke rumah. Boleh aku terpikir macam ni? Minah yang call tu ceramah2 aku lagi, u have the skills, why don't u just go deeper into this industry, at the end of the day, u can demand for higher salary and being a consultan blabala. amboi minah cina ni, mcm dah kenal aku setahun. AKu ade sap consultant cert la weh. aku je tak masuk2 line tuh. hidup aku, aku tau la ape aku suka, ape aku tak suka. aku tidak happy pada situasi sekarang ok!

minggu depan sangat crucial kot. banyak interview, ntah2 satu pon x dapat hahaha. aku kan mmg suka pikir2 negatif camni. memang aku memilih kerja pon, pasal aku taknak benda sama berulang. keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. then kelua mulut rimau, terkial2 mencari haluan hidup. mase tu umur aku dah berapa laaa.

eddy, saya berharap pada awak. kalau jadi segala plan kite tu, then i'll think of working for u je then i know u'll develop sumthing for me. entahla. aku benci jadi kuli batak orang. aku tak suke hidup dlm comfort zone. aku memang pmpuan pelik skit. ade org syg gile dgn kareer, tapi aku tengok org tu just follow the flow, naik pangkat slow2..takde ape pon yg leh dibanggakan. mcm cousin aku, ade IR, tapi hidup die mengikut skema je, last2 jadik GM,dah memang itu sepatutnye die dapat pada usia die, tu pun setelah berpuluh tahun. bagi aku sebenanye die ade potensi utk pergi lebih jauh. entahlah, mungkin aku sorang je kot tak normal, cara berfikir aku aneh sikit dari orang lain. bukan aku tidak bersyukur, tapi salah ke aku fikir sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri. ye aku dah tua. fikir macam orang tua.

Tuesday, May 19, 2009

Curahan perasaan..takyah bace ah korang!

Kenapa lah sejak akhir2 ni macam2 la yang berlaku kat aku dan orang2 sekeliling. Sapa dh bace post sebelum ni tau la, 3 handphone kitorang kena curi.

Alkisahnya aku nak mintak edy pegi cancel celcom broadband aku tu, tapi edy macam nak guna jap, so guna jela sekali dengan handphone aku tu, pasal modem yang ada, aku guna. so, guna jela modem handphone tu.laju jugak. memang aku dah tak guna pun handphone tu. tapi tetap sayang laaa. handphone tu ganas, buat baling anjing, anjing kejar balik hahaha. Gelak tapi berduka.

Kebetulan ada la kenal2 dengan ustaz dan orang2 alim. So, calling2 la. Tak tau la nak percaya ke tak, mungkin dorang ni ade instinct ke ape. Tapi semuanya kuasa Allah kan. 3 orang ustaz cakap handphone tu dah takde dah, dah dijual. Salah sorang tu cakap, yang ada maybe simkad kat semak belakang rumah dia.

Malam tadi, edy dah tak sedap hati. dia macam asyik duk pandang2 je belakang rumah kat pokok pisang. tapi macam takde pape. pastu siap bukak cd al quran lagi sepanjang tidur. tak sangke rupe2nye pencuri bodoh tu sanggup lagi nak mencuri walaupun adanya alunan ayat2 suci tu. memang #%$^%&^%@7436#% betul lah!

Dah la semalam aku ni gaduh2 manja ngan dia. Dia dah sms kul 2+ a.m cakap gudnite semua. Tapi pukul 5+ baru aku baca sms tu dan aku tak reply pun. Ego kan. Ambik kau. Kejadian curi ni berlaku, aku rasa dalam pukul 5+. Kalaulah aku reply sms tu, maybe edy akan sedar dan ambik handphone die letak sebelah bantal. tapi sebab aku tak reply, tak berlaku la perkara tu. Aku rasa regret. Tak pun kalau aku reply, dan masa tu pencuri tu tengah beroperasi, maybe handphone tu bunyi, then dia terkejut. So tak sempat curi. Mcm tu la teori aku.

Nak cakap ape lagi, 3 bijik handphone dh selamat kat pencuri bodoh tu. Nasib baik duit tak kena pow. Ada la dekat 1000 gak duit dalam bilik masa tu, dengan kamera dia lagi. Kalau kena curi? Memang putih mata la.


Aku ni dah syak bukan2 la, syak budak rumah dia la..Tapi, diorang dah kenal lama. Dia yakin bukan diorang yang buat. Pukul 5.45, alarm kawan dia yang tidur kat luar bunyi. Masa ni la kot pencuri tu keluar. Kalau tak, aku rasa dia naik tingkat atas samun laptop yang banyak bijik kat atas tu, handphones, psp segala. Aku andaikan nasib kawan2 edy yang duk atas tu baik la, diorang tak kena. Kawan dia yang tidur luar tu perasan dia hilang RM80 pun masa dia nak gi isi minyak gi keje. Pukul 6 tu dia bangun, nampak pintu dapur terbukak. Dia ingat ada la sape2 terbangun awal dan rajin nak membasuh baju kat belakang tu. Bila dia tau edy kena samun baru dia sedar rupanya pintu tu terbukak pasal pencuri masuk.

Memang agak pro pencuri tu. Bukak pintu dengan selamba. Silap la pintu dapur umah dia takde grill. tapi dah lock dan pakai selak dah. 2 kali lock la kiranya, pon boleh bolos. Malam tadi pulak si edy ni rajin pulak gi bukak lampu dapur sebelah bilik dia tu. kalau la lampu tutup, susah la sikit pencuri nak beroperasi..

Tapi syukur la at least edy takde la kene pukul ke, belasah ke masa tengah tidur tu. Kalau tak, aku 2x meroyan la kan. AKu lak yang sedih lebih2 padahal dalam henpon edy tu lagi banyak info bisnes dia la, macam2. Dia sengih2 je. Pelik aku. Handphone aku plak ade gambar2 aku la. Malas nak transfer sangat. Gamba bertunang pun byk gak dalam tu. Tak sure la aku dh transfer semua ke belum. Aku pelik apsal si edy ni macam takde la risau sangat, pastu sengih2 lak. haih. Ke depan aku je?

Aku harap apa yang berlaku ni ujian untuk kitorang. Pasni aku taknak dah la sombong2 merajuk manja yang bodoh tu. Harap2 pasni ade la kitorang dimurahkan rezeki ke. Allah itu Maha Adil..Setiap dugaan ada hikmahnye kan. Pikir positif. Malas nak marah2. Bukan boleh dapat balik pon. Tapi rasa tension je. Gambar aku banyak dalam henpon tuuuuuuuuuuuuuuu. :( dah la si edy ni before tido main2kan gambar paspot aku, gi set background handphone tu gambar pasport aku mintak keje. lawak keji. mesti pencuri tu gelak..mane ade org letak gambar passport wallpaper..wuwuwuwuww..

p/s: kalau aku set code utk henpon tu, then pencuri tu takleh nak watpe kan? pasal kalau die nak reset pon kene ade pin henpon. padan muka.

Monday, May 18, 2009

Doa...




marilah kita berdoa dan berusaha mencari..

Kami dicuri...

Korang, aku nak tanya ni. kot2 sapa tau. Aku memerlukan bantuan. Ada tak sapa2 kenal mana2 ustaz ke, yang boleh tolong kita dapatkan barang yang dicuri.

Henpon tunang aku, 3 bijik kene curi. Err, actually salah 1 tu, henpon aku la, yg diguna buat modem broadband. Nokia E63, dengan 2 bijik sony ericsson. Yang pelik, ade lagi handphone2 lain atas meja dia, tp yang elok je kena curi. Yang rosak tak kena curi. Wallet dan duit pun ada, tak kena curi. Satu je handphone yang berfungsi selamat , handphone yang company dia bagi.

Mak aku plak siap pesan lagi, jgn la marah2 edy, kesian dia. Mesti tengah stress. Tidak, ibuku. Anakanda tidak marah, cuma risau je pikir siapa lah yang dengki sangat dengan dia. Edy ni tiap2 handphone dia guna ada untuk fungsi2 tertentu. Si pencuri ni pulak macam tau2 je fungsi2 henpon tuh, dan pandai pilih, handphone yang ofis bagi dan keje ofis tak curi pulak. Yang handphone untuk bisnes dan privacy kena curi.

Sapa la yang nak buat dajal ni. Dah la dalam nokia tu penuh dengan info2 pasal new business die setup, contact number segala. Aku plak yang rasa tension. Oh, dugaan apakah?


Mak nak gi nangis jap noks, henpon mak pun termasuk sekali. Tula, henpon aku tu aku tak guna, jadinye aku gi bagi edy guna pasal nak berbroadband kan. TUnang mithali katanya. Jadinya, hilang lah jugak. Pasni tobat pakat pakai streamyx je, modem ADSL takde kot org curi.

:(

tolong ye kawan2, sapa2 kenal ustaz tu. terlalu berharga info2 dalam henpon tuh. Num kad kredit pun aku save dalam tu. Entah2 siap dengan num pin. Kesimpulan, jangan letak info2 penting n covidential kat handphone. Kita tak tau siapa di sekeliling kita yang kita boleh percaya dan tak boleh percaya. Aku dah malas nak percaya orang sangat dah. Sabar ye syg, nanti kita gi beli henpon baru. Tapi saya tak mampu nak ganti balik la info2 dlm tuh. :(

Saturday, May 16, 2009

Kecuaian Membawa...

Dulu punye la aku ni duk check bila la lesen nak expired. Tengok2 belum.. tengok2 belum..

Tiba2...

Time tak check, mati pulak kau lesen. Aku pun tak ingat tarikhnye. Tadi ade isi borang, katenye nak no siri lesen, jadi bile tengok, agak terbeliak lah mak,nyahhhh.. Dah tamat tempoh katenye. eh2 terpondan plak.

Aku ni duk hu ha hu ha pegi ke sana ke mari, merempit sana, merempit sini, rupe2nya lesen dh tamat. Ok la tahun ni at least tamat tak sampai sebulan dah sedar,kan. 2 taun lepas dah tamat 3 bulan baru sedar tau..

Tamatnye 29/04. Dalam tempoh tu aku balik kg, memandangkan edy dan adik aku kemengantukan, tidur ala2 koma, jadiknye tinggallah aku sorg2 diri memandu laju di malam hari kerana nafsu nak balik kampung kan. Orang suruh tunggu esok pagi, tetap tak nak. Ego gitu. Lagipun sukeee sangat drive malam2 dpt potong2 lori, sejuk plak tu. Aku la yang gatal kan, nak bertolak 3 pagi. Time2 gini banyak laah road block nye, lagi2 time lori duk lalu lalang kan. 4 road block semua tahan aku, tp syukurlah tak mintak lesen. Kalau mintak? Ya ampun. Melayang2 wang tunai. Paling2 dorang tu mintak duit kopi. Cari makan malam2 kan. Kalau aku bagi duit kopi, dosa kering la ye. Dosa merasuah. Masuk neraka free. Jangan buat ye adik2.


Esok adalah Ahad. Pejabat pos adalah tutup. Jadi? Nak memandu, tiba2 rasa cuak. Kalau tak tau lesen expired, tak kisah pon agaknye, kan?

Thursday, May 14, 2009

:'(

Aku dah agak dah orang yang meminjam duit aku tu mesti wat dek je bile tiba tarikh die janji. Dah 2 hari berlalu, takde nak sms ke ape ke kat aku. Ok la pengajaran kat aku pasni tak payah nak percaya orang. Aku rasa sakit ati betul la pasal dia tak amanah. Lain kali jangan janji apa2. Kalau die tak janji, aku takde la nak bising pun. Ni janji lak tu. Siap bagitau tarikh bila nak bayar.

Aritu ingat tak nak pakai duit tu lagi. Tapi bulan ni aku rasa memerlukan la pulak duit tu pasal bulan 6 ni bersusun2 orang kawin. 8 undangan kot aku dpt. Kalau ade duit tu leh beli hadiah kawin kawan2 kan. Malas la nak guna duit simpanan. Watpe nak gune, dah name pun duit simpanan. Simpan la. Huk. Saya tidak suka macam ini. Duit ade, tapi ade dgn orang. Bulan 6 ni besday edy ngan adik bongsu aku lagi. Mestila aku nak bagi adiah kat dorang kan. Haih la. Mcm mane la aku nak cakap kat org tu, aku nak duit aku balik. Aku bukan mintak duit dia, aku nak duit aku je. Takkan la sebab die aku pulak nak kene berhutang sebab pakai duit plastik. Benci.

Bulan 6 ni nak balik kg lagi. Duit lagi. Haih. Apsal dalam dunia ni semua bende pun nak pakai duit. Apsal dalam dunia ni pasal duit, orang suka menipu dan tidak amanah. Apsalllllllllll??????? Dah la aku tengah PMS ni. Ha kan dah marah2.

Wednesday, May 13, 2009

13May

Apabila berjanji, haruslah dipegang pada janji.
Supaya aku tidak lagi hilang kepercayaan.

Tuesday, May 12, 2009

Panas panas panas

Panas la sekarang. Aku dh la miskin takde aircond. Dah la aku ni hari2 masalah insomnia. Tadi elok2 je aku dapat tidur dengan awal, pukul 8 ok, alih2 kul 11 bangun duk depan kipas. bodo la.

Dah la aku ni tengah sakit langganan bulanan. Elok2 je tido terbangun pasal panas sangat. Dah panas tu kena la mandi. Dah mandi tu dah tak boleh nak tido dh la. Sekarang apa cite ni ngan period pain nye, ngan sakit kepala, sakit pinggang segala, ngan panas lagi, takleh tido lagi! agh tension aku!

Ok tak kalau aku minum ubat batuk ke, ubat selsema ke, semata2 nak tido? Dulu aku buat je keje ni tapi dikhutbah pulak..Insaf la kejap.

Aku nak balik kampung la, kat sana musim hujan. Hehe. Alasan.

Sunday, May 10, 2009

Erm

Hai lah. lately mcm2 bende berlaku kat family aku nih. Mcm2 penyakit. Latest adik aku ade buat minor surgery. Tapi kesan surgery tu aku x tau la alergik ubat ke, anestetik ke, ape2 la masa surgery tu menyebabkan mata dia dua2 belah bengkak, pdhal surgery bukan kat mate.

Normal ke wey? Mana2 doktor or doktor wannabe bace nih komen2 la skit. Doc ckp die alergik ngan gas amende tah kat surgery room tu. Jadi pape aku saman doc tu. kesian gile ok aku tgk mata de skrg. Bengkak mcm x leh bukak dh. Dah takde rupe die dah. Adik aku yg bwh die lak kol nangis2 risau, aku plak rase berserabut. Waggggggggggggggggggghh!

Saturday, May 9, 2009

Happy Mother's Day, Umi....







It takes a lot to know what is love
It's not the big thing but the little things
That can mean enough
A lot of players to get me through
There is never a day that passes by
I don't think of you
You were always there for me
Pushing me and guiding me
Always to succeed


You showed me
When i was young just how to grow
You showed me everything that i should know
You showed me just how to walk without your hands
'Cause mom you always were the perfect fan


God has been so good
With blessing me with the family
Who did all they could
And I've had many years of Grace
And it flatters me when i see a smile on your face
I wanna thank you for what you've done
In hopes I can give back to you
And be the perfect son


You showed me
When i was young just how to grow
You showed me everything that i should know
You showed me just how to walk without your hands
'Cause mom you always were the perfect fan


You showed me how to love
You showed me how to care
And showed me that you would always be there
I wanna thank you for the time
And i'm proud to say you're mine


You showed me
When i was young just how to grow
You showed me everything that i should know
You showed me just how to walk without your hands
'Cause mom you always were the perfect fan


'Cause Mom you always were, Mom you always were
Mom you always were...the perfect fan


I Love You Mom

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 1)

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 1)

Posted using ShareThis

Friday, May 8, 2009

Menghitung Jumlah Kalori

Bedebah betul.
Aku baru nak memulakan hidup sihat dengan menggoogle:

'jumlah kalori terbakar jogging.'

Konon2 nak estimate la bape banyak kalori terbakar kalau aku jogging utk certain jarak, kan.
Yela, henpon yang boleh calculate kalori bila eksesais tu dah rosak jahanam sebab aku jugak.
So aku pun guna la kaedah tradisional bak mengira menggunakan sempoa jela.

Sekali terjumpa site ini daaa...

http://www.indocina.net/viewtopic.php?f=9&t=22155

Masuk la kalau rajin. Kemalasan nak link direct. Sila copy & paste kalau rajin.
Hampeh betul.

The Biggest Loser???

Ui dah pukul 3:07 saat aku start tulis 'Ui' tadi. Kenyang betul la rasanya, mengantuk pun tidak. Nak buat apa ya? Jogging? Lari setempat?

Hehe entry aku pasal the biggest loser mendapat sambutan di kalangan orang yang tidak gemuk tapi perasan gemuk. Perasan la korang. Lagi2 SweetDrugAddict tu. Ko kecik je. Tak payah diet2 babe.

Aku nak menjadi the biggest loser pasal aku memang naik 5 kilo dari berat asal. Risau aku. Balik kampung, dah la adik2 aku kecik2 kurus kering semua. Korang bayangkanla berat dorang 35-38 kilo je. Manusia ke apa? Umur 20 ngan 21 tahun. Patutla aku nampak sangat gajah di kalangan mereka.

Bila agaknya aku nak betul2 azam nih nak menjadi manusia yang disiplin menjaga diet dan pemakanan. Ini tak, lapa tengah2 malam bute aku start kete pegi drive thru. Macam mana tak naik badan? Lapa lagi aku gi makan mi sedap pulak. Memang makan je keje nya. Pastu lagi satu tido. Inilah hasilnya, anak gajah in the making.

Pasal pertandingan tu. Sukahatiakubuatrules:
1.Perempuan perasan gemuk.
2.Timbang berat asal, pastu hujung minggu timbang berat lagi sekali. Kira berapa kilo turun. Nak bagi nampak macam banyak, kire la paun.
3.Eksesais korang buat sendiri. Gym langsung aku tak sediakan. Hahaha. Aku sediakan trek jogging kat Cyberjaya Community Club. Amacam, best? Tak pun trek jogging UPM.
4.Sesiapa yang mengambil Herbalife tidak dibenarkan bertanding.
5.Pakai krim pati halia takpe.
6.Hadiah untuk pemenang adalah - Hadiah kegembiraan setelah mendapat berat badan yang diidamkan.


Kesianlah pada orang2 yang percaya aku nak organize pertandingan ni. Aku pun tak terjaga berat aku sendiri, ada hati nak organize orang punye pulak? Saje je tu entry sebelum ni semata2 propaganda aku je nak tau sape yang perasan gemuk ahhaha.

Ok kawan2 jom kita amalkan gaya hidup sihat. Kalau taknak kurus pun takpe, bersenam adalah bagus untuk kesihatan. Kot2 la korang nampak muda dari usia kan. Sekian. Tata.

Wednesday, May 6, 2009

Kehidupan........

Ish kenapa ye...

Manusia bila ada masalah, nak pinjam duit, datang pada kita dengan kata2 yang manis dan janji2 yang manis.

Tapi bila bab bayar, diam seribu bahasa.

Kita yang bagi pinjam pulak rasa malu nak mintak, padahal duit sendiri. Padahal kita sendiri dah takde duit.

Sekarang aku dah faham perasaan ayah aku bila betapa susahnya dia nak dapatkan balik duit dia yang kawan2 pinjam. :(


Soalan,
Patut ke bagi pinjam duit kat orang?
Kejam ke kalau tak nak bagi orang pinjam duit lagi?
Adakah aku bodoh sebab terlalu percaya kat orang? Tapi kalau tak bagi pinjam, kesian.
Kenapa wujudnya manusia yang macam ni?


Tension lah aku. Dulu masa budak2 tak payah aku nak pikir benda2 macam ni.

Tuesday, May 5, 2009

TBL

Saya rasa macam nak menganjurkan pertandingan the biggest loser. ada sapa2 mau join?

Monday, May 4, 2009

Soalan

Nak tanya ni, kereta aku kan, CC 1.4, isi minyak penuh RM80, muatan 3 orang kelajuan 130KM, bawak balik kampung dari KL-Kelantan, dgn jalan jam, berbukit bukau dan berselekoh2, leh jalan dlm 610KM utk RM80 tu. adakah menjimatkan minyak atau biase2 je. Maklumlah jalan jauh, kete cc kecik lak tu. Cmne ek?

Fantastico

Sapa2 yang pernah install wordpress kat cpanel pakai fantastico sila bagitau aku. Pelik la asyik fail je. Ni Edy marah aku nanti kang, assign keje tak siap2. Apsal ngan directory aku nih hah? Nak install semua benda kate directory problem. Mende ni kena letak kat public_html kan kan kan??

Anyone please help. Dah la aku dh takde access streamyx yang laju. Nak masuk cpanel pun merangkak2 pakai broadband nih. Sux u broadband!

Sunday, May 3, 2009

Hurm.

Tetibe kan, aku ade facebook account. aku sebenanye dh nekad takmo layan friendster, facebook, myspace. tapi pikir2 balik aku nak kawin kang senang sket nak buat guestlist kahkah. jadinya aku telah menarik balik kata2 tidak mungkin akan berfacebook. ala siti nurhaliza pun cakap takmo bertanding AJL lagi tapi dia masuk balik je aku tengok. Same je aku ngan siti nurhaliza hahaha. Makcik aku pun ade facebook, mane boleh aku takde...



p/s: tahniah toms. me loike. ko menang akhirnya walaupun aku tak undi satu sen pun.