Tuesday, March 31, 2009

coreftp

Sebagai seorang graduan Kejuruteraan Perisian yang mendapat Ijazah Kepujian yang agak memberangsangkan, saya mengaku bahawa saya sangat jakun lalu tidak pandai menggunakan coreftp untuk mengupload file ke server. Jika pihak fakulti dan dekan tahu akan hal ini, nescaya saya akan didowngradekan ke peringkat ijazah yang lebih rendah tarafnya. Maafkan saya, pensyarah2 sekalian.

Sekiranya ada di antara kalian yang pandai dalam hal ini, mohon ditunjukkan kaedah yang betul kepada saya.

Sekian,
Wassalam.

'Berkhidmat Untuk Diri Sendiri.'

Monday, March 30, 2009

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXXX

Thanks kepada XXX sebab tiba2 baik hati bayar bonus. 30hb pulak tu. Expected dapat salary awal April, pasal dah 2 bulan sebelum ni gaji masuk lambat.
Mekasih ye XXX, i lap u. Puke. Sapa yang company tak bayar bonus tu sila jeles.


Tapi kenapalah bonus masuk sekali dengan salary, potong EPF, socso, tax punye la banyak. Haih. Kenapa tak potong from basic sahaja? Wuwuwuwuuuuuu...

Friday, March 27, 2009

Yahu

Petang tadi, aku rasa macam nak balik kampung je.
Gile ah.
Dah la kampung aku kat Kelantan.
Tup2 aku dah ade kat kg mlm td. Huah.
Semangat ah tetibe pack2 barang, masuk kete. gerak balik kg.
Ye. entry takde motif.
Bye.

Thursday, March 26, 2009

Dah pukul 3.19, tak dapat tidur lagi!

Mr E,
Good looking, eh silap. Good luck.
143!

Tuesday, March 24, 2009

Malas Update

Sapa nak beli laptop bleh tanya aku model and spek, leh guna kredit kad ok!
Bye.

Friday, March 20, 2009

Mengawal Api Kemarahan

Cobaan...
Hai mambang tanah mambang api mambang air mambang angin.
Mambang berasal dari gunung si mambang.


Agh, ini bukan cobaan, ini betul2 kejadian.

Kejadian yang menguji tahap kesabaran aku dan tahap kesabaran aku semestinya tidak lah tinggi. Tu aku tau.

Jika Reen bengang berurusan dengan Imigresen, aku pulak nak kena berurusan dengan JPJ pasal nak tlg renew road tax adik aku yang dah tamat tempoh lebih setahun. Kalau la adik aku ni tak bersyukur dan mengasihi aku seadanya, aku memang kecik ati. Auu. Aku kaya nanti, aku taknak bagi adik aku duit. Tiba2 je sebut hal kekayaan.

Hari tu aku dan Edy berpenat lelah nak settlekan hal Puspakom. Puspakom pun satu hal, buat kerja, suka hati je nak panggil orang datang lagi lambat daripada aku yang tercongok tengah panas. 30 menet aku tunggu, die boleh panggil makcik yang baru je sampai??? K .i ki, m.a.k mak..kiiii*&**%*&#. Lama pulak tu aku menunggu. Dah la nak layan kerenah pakcik Rela yang perasan bagus, padahal ko kerja jaga lane lori2 yang nak check Puspakom je. Asyik nak terjerit2 atas muka orang. Siap tunjuk2 jari telunjuk atas muka aku. Kurang hajar! Kau ingat aku pekak ke pakcik. Padahal nak bagitau kat mana aku patut tunggu je pun. Cis yang pertama!

Kali kedua aku pergi JPJ, nak tukar nama kenderaan ke atas nama aku. Nak kena cari cop pengesahan dari Pesuruhjaya Sumpah la pulak. Cis yang kedua! Nasib baik tepi2 longkang JPJ tu bersepah2 runner. Aku hulur RM20 kat pakcik tu, setel. Padahal elok2 je kat dinding tu ade poster besar, 'ELAKKAN BERURUSAN DENGAN ULAT.' Peduli apa aku. Berurusan dengan ulat lagi cepat. Tak kisah la setakat bayar RM20. Masa aku lebih berharga. Ulat2 lebih efisyen. Ikhlas dari saya, Latipah.

Menurut website JPJ, dinyatakan bahawa, Bahagian Pelesenan Kenderaan adalah di Aras 2, Blok D4, Parcel D. Sebab JPJ Padang Jawa Shah Alam adalah jauh, maka aku mencari lokasi JPJ yang lebih dekat untuk renew road tax. Ni kes special, aku tak boleh renew kat Pej Pos pasal road tax tamat tempoh lebih setahun. So, aku check website, kat Putrajaya ada JPJ. Trial and error. Lagipun kan dia dah tulis, Bahagian Pelesenan Kenderaan tu kat aras mana. So, aku pun pergi.

Cis ketiga! Sesampainya di sana, parking takde. Aku tanya guard, nak park kat mana, dia kata Kat Kompleks A. Lain kali, pengajaran ye, kalau nak buat bangunan canggih2, cantik2 pun tak guna kalau tak sediakan visitor parking. Kau nak suruh aku bayar pun takpe, aku sanggup bayarla. Lain kali buat sign board besar2 tulis huruf P. Lepas tu tulis la siap2 before sampai Kompleks D tu, cakap la kat situ takde parking, takde la orang susah2 nak kena uturn. Jangan expect semua orang arif sangat selok belok bangunan kamu. Kau ingat aku pemandu pelancong? OK la, aku pun pergi la uturn, cari2 Kompleks A, mane adeeee. Last2 aku yg bijaksana telah ke Kompleks E untuk park. Kompleks E rupa2nya. Wah, guard tersebut tidak pass menyebut a,e,i , o, u barangkali. Aku marah. Tapi tahan jela. Aku tanya guard tu, nak renew road tax semua, boleh ke kat Ibu Pejabat ni. Dia kata boleh3. HUrm, aku harap memang boleh. Aku tidak mengharapkan 'boleh blah.'

Then aku pun tawaf la bangunan kat Kompleks D tu pasal JPJ kat belakang. HUmang aihh. Jauh woi. Dlm 1km gak kot dari kereta ke bangunan tu, perjalanan menggunakan kaki beralas selipar.

Sesampainya di sana, aku terus pegi Information Counter, tanya boleh tak nak renew kat sini. Dia kata boleh, bagi pass kat aku untuk ke 2nd floor. Masuk2 je, makcik JPJ tu cakap, 'Adik, tak boleh renew kat sini. Kite takde sistem. Cis keempat! Sapa la tukang jaga Information Counter yang bodoh piang. Adakah kelulusan beliau adalah PMR? Berapa A kah keputusan PMR beliau?

Maka, berjalan kakilah aku untuk kali kedua ke kereta pula. Takkan nak naik kereta, kan, kereta aku kan aku park. Maka jarak nya adalah dlm 2km kot pegi balik. Baik aku masuk marathon jela mana tau dapat pingat ke. Maka berpeluh2 lah saya dalam kemarahan sambil memakai baju kurung merah mak ngah merah menyala, semerah api kemarahan aku.

So, aku pun rest jap 2 hari. Malas nak berurusan dengan government agency nih.
Hari ni terpaksala aku pergi JPJ Padang Jawa tu. Sampai je giliran aku, urusan tak dapat dibuat pasal agen insurans aku tu pulak tersilap masukkan chasis number. Dengan kemarahan 50% skala api, terpaksa tunggu mamat tu yang lagi 30 minit baru masuk opis tukar details kat system. Tunggu la pulak. Nasib baik Wanita JPJ (ceh wanita pulak) itu baik hati. Dia cakap, aku tak payah ambik number lagi. Datang je terus kat dia lepas ni. Then dah siap tukar details, aku pergi lagi. Kali ni JPJ tak dapat accept kod ape kejadahnya lagi la. Sampai Wanita JPJ tu cakap kat aku, takpela, awak bagi saya pegang geran, awak duduk dan once dh berjaya, saya panggil awak. OK, fine terima kasih Wanita JPJ baik hati.

Tapi agent insurans aku tu la dia tak paham ape kehendak JPJ tu kot smpai dekat 10x aku duk tercongok kat counter yang sama. Aku dah siap pass henpon ni bagi mamat tu cakap dengan 2 orang pegawai JPJ bertugas. Tak paham jugak. Nasib baik Wanita JPJ itu baik hati. Aku dilayan bagai menatang minyak yang penuh. Dia hold giliran orang lain sebab nak settle hal aku. Last2 Wanita berhati mulia tu give up lalu memberi aku satu contoh untuk ditunjuk kepada agent insurans. Aku rasa, orang lain yang tunggu giliran tu ingat aku ni runner jugak kot, pasal selamba badak je pegi kaunter dengan tak ambik numbernya, dekat 10x menyemak kat situ. Aku sangat berterima kasih kat Wanita JPJ di Kaunter 34 JPJ Padang Jawa atas keramahan beliau melayan pelanggan. Then dia cakap, awak settle la dulu dengan agent then datang sini terus jumpa saya, lain kali tak payah ambik number.

Sebenarnya aku sangat bengang dengan agent tersebut sampai tak sanggup menelefon beliau, dikhuatiri terjebak dengan kata2 nista melalui telefon. Jadi En Edy telah berurusan dengan agent tersebut kerana beliau seorang yang soft spoken.

Maka, hari ini, aku dengan sibuknya menguruskan hal tersebut namun pada jam 5.30, tiada hasil setelah hampir 3 jam saya berkampung di JPJ Padang Jawa. Nasib baik tidak membawa tikar, bihun goreng dan sunblock lalu berjemur di luar pagar JPJ sambil berkelah. Lalu saya memandu laju memecut pulang ke rumah di Seri Kembangan. Nasib baik pandai cilok, kalau stuck dalam jam, kemarahan saya pasti bertambah. Minyak pula tinggal 50km perjalanan sahaja. AKu mogok lalu malas berhenti mengisi minyak. Takut terbakar pula petrol station. Aku ni memang la cepat angin, tapi salah aku ke kalau macam2 benda menyakitkan hati berlaku disebabkan kesilapan orang lain, iaitu pihak ketiga atau third party.

Akhir kata, aku tak kira, hari Isnin aku nak road tax tu kat tangan aku, dan agent tersebut perlu menguruskan segala2nya. Aku tak kuasa nak merayap ke Padang Jawa lagi.

Begitulah kisah saya dalam percubaan memperbaharui lesen kenderaan. Tiba2, terasa nama saya dipanggil dan badan saya digoncang2. Rupa-rupanya mak mengejutkan saya untuk menunaikan solat Subuh. Saya bermimpi rupa-rupanya. HAk tuiiihhhhhh. Takde mimpi2. Ini betul2 kejadian!!!!

Yang Meradang,
Latipah.

Thursday, March 19, 2009

Dot Blogspot

Bila ek aku nak rajin resize gambar bertunang? Malas!
Sabar jela ek korang. Eleh, macam la orang nak tengok sangat gambar aku.

Hari ni, XXX dah block .blogspot.com. Hari tu block blogger.com. Wah, pandai ye kamu. Tapi kelakar, sebab under reason: anonymizer. Anonymizer?

Maka, sapa2 yg blogger tegar tu, sila la berpindah ke wordpress. Hehe. Aku memang dh ada rumah sana, tapi malas nak peduli.

Aku harap, mulai esok, XXX akan block pekerja2 datang kerja pulak, tapi tak buang pekerja. In other words, jangan datang keje, tapi bagi gaji. Hahahhaa.

Next untuk diblock adalah................


.............




dan next,
  • DELL nak buang 5000 pekerja di Malaysia. Hari tu bukan main konon buat walk in interview nak hire ramai orang. Sekali nak bagi VSS pulak. Bijak2.
  • SONY nak bekukan bayaran gaji dan memotong bonus.

dengar cerita,
  • FLEXTRONICS Shah Alam dah tutup, bungkus, lingkup terus. Nasib baik tunang aku(kekok i nak sebut tau) dah lama tinggalkan Flextronics. Kalau la dia keje situ lagi, mcm mana laa agaknye.

Kawan2, marilah kita bersahabat baik dengan jobstreet.com pula.

Tuesday, March 17, 2009

Nah, Lihatlah!

Sapa boleh lawan rekod ayah aku? Hahaha.




Aghhhhhhhh ni aku baru bagi satu page. Ade sampai 4 pages semua senarai saman, berjumlah 34 saman!! Sejak 2005.

Yang Plate 611 no 1 tu je adalah kesalahan daripada adik aku dan 611 no 3 adalah aku sendiri. Tapi ktorang akan bayar la. Aku terlupe je.

Ni pasal salah 1 kenderaan ni (9953) sedara aku guna wat bisnes kononnya dgn ayah aku tapi saman bersepah. Inilah nama die sedara sejati. Masa nak guna duit datang sembah ayah aku mintak cash seketul, macam kan bapak aku tu Zeti Akhtar Aziz kekdahnya. Duit untung pun takde nak hulur. Dulu pun die bagi pasal aku pow die 400. Tapi dia pau ayah aku 17ribu buat modal. Sedara aku ni ade ke bangangnya pegi hire orang penipu cum putar alam jadi driver. Duit patut masuk dah banyak dlm acc syarikat tapi si driver tu lesapkan 13ribu. Maka, ayah aku la yang takde duit sekarang ni. Kesian ayah aku. Ni pun dia tak tau die ada jumlah saman panjang berjela camni.

Alkisahnya ayah aku dan sedara aku ni ada surat itam putih. Ikutkan sakit hati aku dan mak aku, nak je kitorag suruh ayah aku pegi saman je sedara aku ni. Bawak pergi court lagi bagus. Tapi ayah aku masih baik hati psal pikir taknak putus saudara. Tapi aku rasa sedara aku ni melampau. Memang la die dengan ayah aku taraf sepupu, tapi, die patut respek ayah aku pasal ayah aku lagi tua dan sanggup bantu dia nak bina bisnes sampai sanggup hulur duit satu ketika dahulu dan kereta pun atas nama ayah aku.

Aku bengang sebenarnya bila ada pihak yang buat mcm ni kat ayah aku walaupun sedara sekalipun. Bila dah bengang, ape lagi, masuk blog la. Jadi point aku update blog. Sebenarnya aku nak check saman atas nama ayah aku masa aku guna kete dulu, sebab aku nak gi bayar. Tapi aku nampak yang ni 30 saman berpunca dari cousin aku yang tak setel2 lagi. Aku dan mak aku akan menghalang ayah aku pegi bayar segala saman tu walaupun tu kete atas nama dia. Sian ayah aku. Kalau tak, mesti die dah banyak duit. Sekarang, ayah aku pun kene keje lagi sebab nak kumpul duit balik. Aghhhhhhhhhh aku benci sedara mara tak guna. Asyik nak tolong orang je ayah aku ni, tapi orang buat taik kat dia. Oh bapaku, boleh tak jangan kesian orang lagi lepas ni?? Sila kesian pada diri sendiri.

Kalau jadi kat korang, korang buat apa?
Ayah aku taknak buat pape sebab die sayang ikatan keluarga.
Tapi aku rasa nak $^%&#&^#$%$^ orang tu.
Sesungguhnya aku sangat sakit hati.
Apa patut ayah aku buat?


p/s: gambar bertunang tunggu jela aku ade masa nak resize file. Sabar. File size besar sangat la. Tak larat aku nak upload satu2.

Monday, March 16, 2009

Takde Gambar Jugak Hahahhaa

Baru dapat mengadap computer. Fuh, agak busy la. Thanks kepada kawan2 yang wish congrats for my wedding, eh eh silap, engagement. Hehehe.

Aku nak mintak maaf pada sesiapa yang aku tak sempat bagitau pasal majlis ni. Asalnya memang nak buat secara tertutup dan panggil family terdekat je. Nanti nikah aku jemput ye..

Overall, majlis berjalan lancar. Cuma mak aku macam kalut2 sikit pasal die tak penah handle kan majlis2 mcm ni untuk anak sendiri. Hehe. Takpe2, first time. Hihih. Pastu majlis aku tu ala2 sukahatikitorang je..Memang aku ni mendapat penyakit family aku sendiri ni, suka2 wat ikut cara sendiri dan tak de la nak ikut2 adat sangat. Bukan aku mati nak kambus sekali ngan adat pun. Hehe. Maafkanlah kami pasal tu.

Disebabkan Edy pun datang sekali siap ngan baju melayu sedondon dgn aku, nak sarung2 cincin jugak, nasib baik die tak pakai sampin kan, kalau tak, baik akad nikah jela terus. Family and tetamu pun duk ngusik2 suruh gi panggil tok kadi jela, pasal dah gaya menikah kekdahnya. Takpela, mak aku nak bagi gak cincin kat dia. Rezeki dia la tu kan.

Nak kene upload gambar kat sini ke? Aku bagi sikit2 sudahla ek. Kepada rakan2 XXX, nak tengok lebih, bleh la mintak access ke file sharing aku. Dah letak kat sharing dah pun.

Sorila kalau hantaran tu nampak macam kelakar ke, ape ke.. Pasal aku gubah sendiri tau. Mak aku busy uruskan hal rumah, adik2 aku plak nak gi sapu rumput yg baru lepas potong la, kemas rumah la. Macam2 la. Lagipun majlis aku biase2 je, tak koser la kan nak upah2 orang. Membazir u. Hantaran belah laki pun, sila kasik tabik spring kat tunang i, pasal die pun gubah sendiri, dibantu mak dia. Auuu, tak sangka i. Rajin laki aku ni hehehehee.

Bila dah bertunang, orang mesti sibuk2 kan, tanya bila nak kawin. So, aku nak bagitau la semua orang, kitorang memang tak bincang pasal tarikh pun, pasal hantaran pun tak bincang, pasal benda2 tu biarla atas budi bicara aku dan Edy sendiri. Malas la nak bagitau orang awal2. Biar bende dah dekat dan jadi baru kitorang hebohkan. Pasal tarikh, memang takde, expected pun tak tau bila, tapi Edy cakap, paling awal, bulan 8 2009, tu pun kalau kitorang ada duit. Serius ni, kitorg tak berduit pasal kitorang kan miskin, keje makan gaji je pun. Hukhuk. Sedihnya. Korang taknak menumpang sedih? Lagipun aku berazam taknak mengharap duit family, lebih baik kami cuba simpan sendiri, barula menghargai perkahwinan. Ececececeh. So, kalau dah menjelang 08 2009 tu, takde jemputan, korang diam2 sudah la. Tu tanda ktorang tak cukup duit lagi. AKu kan orang miskin. Huhuuuu. Sedih lagi. Sedih Sedih :( Eh eh over pulak. I'm Sorryyyy..!

Aku juga nak ucapkan tahniah kat Shy on majlis pertunangan dia sehari selepas aku. Kitorang ni duk berbalas2 sms tanye neves ke tak. Memula aku tak rasa apa2 pun, pasal jemput family2 je kan. Tapi bila rombongan datang, pastu aku pun keluar2 nak sarung cincin, ceh, semua mata pandang2, serius berpeluh aku, neves gile! Aghhhhhh tensen siot. Dah la ramai jugak rombongan diorang datang, ada gak la dalam 30 orang. Mak neves, noks!


Fakta majlis:
  • 7 dulang berbalas 7 jugak. Nah, ini tidak mengikut adat.
  • Hantaran belah perempuan bertema gold, lelaki maroon+pink.
  • Sepatutnya belah aku theme adalah gold or coklat. Tapi pasal makcik and pakcik aku ramai sangat, so tak ikut theme tetibe.
  • Tukang jahit aku adalah bodoh gila, aku rasa nak sumpah makcik ni pasal die jahit baju aku lebar gila, then aku kene pegi kat tukang jahit lain untuk alter. Dia kata nak design kain aku bentuk duyung tapi jadik macam nangka. Ngok la kau, makcik. Dah la mintak upah mahal. Jahit buruk pulak tu. Nasib baik ada orang alter.
  • Berat badan aku menjelang majlis adalah naik 2 kilo. Jadi aku rasa tension je.
  • Tukang mekap aku adalah adik ipar tukang jahit. Sambil2 mekap aku mengadu pasal kakak ipar die merosakkan kain aku. Terus akak tu tetibe tak ngaku tu kakak ipar dia.
  • Tarikh nikah tak ditetapkan lagi, jumlah hantaran juga tidak dibincangkan. Itu adalah perbincangan tertutup antara aku dan dia.
  • Tarikh bertunang aku sama dengan Adlin Aman Ramli. Hahaha. 14/03/2009. 143=I love You. Hehehehe. :)
  • Datuk aku tiba2 enterprem suruh kawin bulan 6 ni. Gilo apo? 3x payslip je tu. Tapi kami ingkar. Haha.
  • Mini pelamin and tirai2 semua takde. Pakai langsir rumah sudah. Sep bajet. Aku miskin. Nikah nanti tobat kena tuka langsir baru, nanti orang notice mak aku tak tuka langsir hahahhaa.
  • Ada orang tu, dia tengok gambar majlis aku, tiba2 berkenan kat adik aku pulak. Sapa ek??? Hahahaa. Ko serius ke weh? Kalau serius aku match kan.
Sori aaa aku ingat nak letak gambar kat sini. Tiba2 aku malas. Aku sakit perut ni, ada angin pulak. Lain kali jela. Heheheeeee.
Bye.

Tiada Gambar Tunang di Sini

Wednesday, March 11, 2009

Malu

Malu nak bagitau..tersipu2..lari2 nyorok..

Mengumumkan...deng deng dengg jeng jengg pret pettt pepeppttttettettttttt(bunyi gendang+trompet)..


Petang ni aku balik kampung pasal ada orang nak masuk meminang. Yea! Wah, gatal gedik sungguh anak dara, sungguh gumbira di saat majlis menjelang tiba. Bukan kawin pun, bertunang je pun.

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan tahniah pada Shy yang akan bertunang jugak sehari selepas aku. Kalau Shy pada 15Mac, jadi aku?? Shy sorry teranncounce bagi pihak ko pulak.

Tahniah jugak kepada lagi sorang Awek Cun XXX yang akan bertunang 24 Mac, kan? Sape sape sape??? Cari sendiri. Aku pun tak sure jugak betul ke tarikhnya.

Maaf ye Shy, sebab aku muda setahun dari ko, so aku bertunang awal sehari. Mari sama2 kita doakan baju kita nak pakai tu masih muat disarung, kot2la lemak bertambah ke kan. Auuu.

Ok lah, I nak bersiap2 ni nak balik kampung. Doakan perjalananku selamat. Babai dan selamat bersedih sebab XXX dah blok blogger.com, kan?

Monday, March 9, 2009

Mangkuk Tingkat

ok la UPDATE: nak kata salah aku ke ek, pasal aku gi reply sms tu. bukan ape, sebab aku syak adik aku, pasal selalunye aku la suke2 ngaco adik aku dgn number yang die tak kenal, dengan niat saja je nak ngorat dan kacau adik sendiri. bodoh gile perbuatan aku. so, bila aku ni suka sangat kacau orang, aku assume adik aku nak balas dendam la. aku memang suke gurau2 lahabau camni ngan adik aku.

1.mangkuk miskol.
aku pegi sms tanya 'sapa dan nak apa?' sms

2. mangkuk: saya nak buku yg awak tu bace je.
aku: oo, kalau camtu ko salah number.(mane ade aku bace buku kan?)

3.dia kata mane ade salah num pun. pasal die sebut nama penuh aku. (masa ni aku syak adik aku jela pasal takde clue lain kan melainkan pengacau tau nama penuh aku).
aku kata tak, tu bukan nama aku. nama aku mustapa bin deraman.

mangkuk: die kate name pnuh aku bukan mustapa dan die tak salah num.
aku: buweeeeeeeeeeeeek(aku masih ingat adik aku yg kaco aku)
mangkuk: kelaka la awak ni blablablablabala tak ingat ape sbb dah delete dah.

4. pastu aku dh tak reply dah pasal aku syak bukan adik aku lagi. then mangkuk ayun ni duk sms lagi kate janganla sombong, nak berkawan je blablaaaa. berkawan biar 1000 berkasih biar 1. dah la masa tu kekasih aku yg 1 ade kat sebelah aku je. dah la jalan tengah jam, tak ke sentap nye cik abe aku? takde mase la aku nak layan kawan yg 1000 mcm mangkuk ayun seko ni. sape tak sentap org kaco awek die kan. bodoh la mangkuk ayun ni. tak pasal2 pakwe aku ingat aku ni melayan laa jantan2 tah dari mana ni. padahal siyes aku ingat adik aku wuuu wuuuuuuuuuu wuuuu dan aku cume nak tau sape je dengan niat nak berhati2 pastu.

5. aku dh balik umah. pastu die duk sms knape x reply kot(aku lupe la..pasal dh delete dah sms najis mughallazah mcm mangkuk ni). then die kol. aku gi pick up plak (rasa ingin tau sape die je, salah aku gak gi angkat kenapa. tapi kalau aku x angkat, aku x akan tau yang die pun keje XXX).

die tanye yeke name penuh aku tu. aku ckp, heh, ni bukan tuan punye henpon, ni adik tuan punye henpon. tuan die keluar, tggl henpon ni, bwk henpon lagi satu.
mangkuk: ooo kalau cmtu ade 2 hp la ek. nak num lagi 1.
aku: eh mane bleh suke2 hati nak bg num kat org (gilo apo!
ko ni keje mane?

mangkuk: 1 bangunan dengan Latipah(bukan nama penuh sebenar aku).
aku:(pasal die sebut bangunan, bukan 1 cmpany, aku tanye la tgkat bape. kot2 la org kat Century Square kan.)
mangkuk: alaaa, 1 bangunan tu, 1 je cmpany. (memang konfem XXX).
aku: dah tu ko tgkat bape.
mangkuk: B floor.

Haaaa kauuu! B floor. Jadi, aku mmg 99% syak kalau B floor, memang beberapa makhluk pakai baju biru tu je kan?? masalahnye, mane die dpt num aku ni. pastu tau lak aku duk bawak buku sebijik tu. Reader's Digest je pun. Babi la, org suruh keje, jadik stalker tu kenapa? Ade lagi tak mangse XXX selain aku? Aku dah naik rimas la kalau wujud org2 mcm ni kat tmpt keje.

99% syak makhluk2 berbaju biru hanya kerana 1 clue yakni keje kat B floor. ade lagi 1% syak aku kene letak kat manusia lain yg tah sapa tah.

Nak berkawan konon. Kaedah nak memulekan persahabatan adalah, bagitau name penuh, detail yg cmplete dan bagitau la or mintak maaf la kan, amek num henpon kat mane, etc. ni takde manners langsung. aku benci org mcm ni.

lagi satu, sape lagi satu makhluk bodoh piang yang bagi number henpon aku kat orang tak dikenali ni dan tak mntak izin aku pun?? ko memang %&^&(()@. cepat, step forward dan datang mintak maaf dengan aku! Jika ditakdirkan MANgkuk baca blog aku, aku takde masa nak layan sms ko. Pasni aku takkan reply langsung. Bodoh!


anyway,
sapa nak pinjam buku aku, pinjam la. bukan aku baca pun.
tapi macam ni cara die,

cik latipah, saya (nama). saya dapat number cik dari (nama sapa2). boleh tak saya nak pinjam buku (name buku) awak?

haaaaaa, kalau cara mcm tu mmg aku bagi pinjam.

ni, nak pinjam buku tu reason yg sipi2 je..blahhhhhhh!

Huaghhhhhh!!

tak kesah la MAN BELON ke, MANgkuk ayun ke, MANgkuk tandas ke, MANtoppp ke..
sape si MAN ni????
boleh tak jangan kacau aku kat henpon????
mane tah dpt number aku.
sape yang bagi num aku kat si MAN ni aku memang sumpah 7 keturunan ko tak mampu beli henfon lagi pasni.

bodoh!
malam2 duk SMS org.
aku ni bini orang tau, anak dah 5.
ko berani kacau bini orang?


berkawan biar seribu, berkasih biar 1 kepale otak ko!!!
haktuiih!

aku marah aku marah. jangan kasik aku terbakar lagi.

Sunday, March 8, 2009

Salam...



Adik2, kakak2, abang2, jangan dilupa'in yukkk tarikh kelahiran Rasulullah ni.
Aku rasa zaman sekarang ramai je yang tak tau.
Apa nak jadi?

Nah aku bagitau kat sapa2 yang dah lupa pasal Rasul junjungan kita ni. Korang, jangan la terpedaya sangat dengan pujuk rayu dunia, last2 kita kena hisab jugak nanti. Masa kat sana la baru nak mengaku ummat Muhammad. Zaman hidup tak ingat Rasul. Aku bukan orang alim pun, tapi atas bantuan wikipedia.org, aku share la dengan korang bagi ingatan pada kawan2 dan diri sendiri. Ni mesti ada yang tak nak baca ni. Haaa haaa..ngelat..

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.



sekian,

سوكهاتيتاڠنمناءيڤ
sukahatitanganmenaip

Saturday, March 7, 2009

Current Issue: PPSMI

Bukan tambah kontroversi,
tapi,
aku rasa,
Pembelajaran Sains Dan Matematik PATUT diteruskan dalam Bahasa Inggeris.

Pro:
Banyak term2 saintifik dan formula2 Math/Fizik/Kimia/Biologi adalah berasal dari Bahasa Inggeris. Bila ditukar ke BI, budak2 jadi konfius.
Contoh: v=ma.
Velocity = Mass * Acceleration.

Dalam BM,
Halaju = Jisim * Pecutan.

Kalau teruskan dalam BI kan ke senang, budak tau maksud velocity, mass, acceleration, terus boleh ingat formula dengan mudah.
Takkan suka2 hati nak tukar standard formula jadi H=JP???(Halaja=Jisim*Pecutan).

Satu je pro aku nak bagi.

Con:
Budak2 hulu, kampung yang tak fasih BI susah nak menguasai Math & Science related subject. Jadi, kalau dah upper form, kalau budak tu tak pandai BI, automatik susah nak pandai Math, dan subjek2 Sains. Tapi sampai bila nak bagi diorang tak pandai?? Kenapa asyik nak sebut pasal dasar pandang ke timur? Kenapa asyik nak banding dengan Jepun? Alasan, Jepun guna bahasa ibunda tapi maju. Tapi sila ingat, ni dah zaman apa? Kalau Jepun berpuluh2 tahun lepas dah buat cara ni, kita baru nak start ke? Kita dah jauh tertinggal,la.Orang dah maju ke depan lama dah, kita baru nak tiru kaedah lama orang ke? Orang China pun sekarang ni dah mula nak menguasai BI. Masa BM jadi lingua franca dulu, tak nak pulak pertahankan masa tu. Pelik aku.

Aku bukan nak menyebelahi mana2 parti politik. Aku tak rasa ini adalah isu politik. Abaikan fahaman politik. Ni isu pendidikan.

Masa kat U pun, aku lebih selesa belajar dalam medium English, sebab semua senang nak faham.
Kita bukan belajar bahasa semata2, kita belajar subjek2 teknikal yang kebanyakan term2nya adalah derived from English. Kenapa susah2 nak translate??? WTF?? Kan dah ada subjek Komponen Sastera(KOMSAS)? Ape kejadahnya lagi tak memartabatkan bahasa ibunda? Tak cukup lagi ke?Oh ibunda aku kecek Kelate, so aku keno mitok Kementeriye ngaja Sains ngan Math guno Bahaso Kelate la dih??

Masa kat matrikulasi, aku rasa Biology and Chemistry adalah jauh lebih senang kalau nak banding dengan zaman SPM kat sekolah, sebab kat matrik, guna fully English.

Contoh bangang kalau teruskan dalam BM(bukan Sains la, tapi Sains Komputer. Masih Sains kan?):
Compiler=Pengkompil.
Harddisk=Pemacu kekeras. (Kelaka siot)
RAM(Random Access Memory)=Memori Capaian Rawak. (Kalau nak buat akronim, jadi MCR)
Tapi, aku sedih, masa kat U, UPM kena hentam pasal guna BI dalam pengajaran dan pembelajaran. Sapa laaa yang hentam tu.

Untuk mendapatkan sebuah komputer yang laju, kena ada Memori Capaian Rawak sekurang2nya bersaiz 1GB. Ko rasa kalau gi LowYatt, mintak MCR 1GB cina Lowyat gelak guling2 tak? Tak pun dia jawab, 'Sori Bro, CD MCR, lu boleh cari itu kedai CD. Sini talak ada maaa. Sini talak jual itu My Chemical Romance punya CD maa'


Aghhhh tak kisah la, Primary ke, Secondary School ke, Matrik ke, University ke, aku nak semua subjek2 teknikal diajar dalam BI. Lagipun masa exam, student berhak memilih untuk jawab dalam dwi bahasa. Kalau tak faham sangat, student tu sendiri la kena ada insiatif pegi tanya cikgu. Jangan la jadi pemalas, nanti bodoh.

Kalau nak sangat teruskan dalam BM, bila budak2 ni besar, dah nak keje, nanti wajibkan semua syarikat2 conduct interview in BM je, jangan guna English langsung, (macam dalam drama melayu) kata nak kekalkan identiti bangsa kan. Bila budak2 ni tak fasih English, diorang jugak persoalkan jumlah graduan banyak sangat menganggur sebab tak fasih English. Masa ni nak salahkan sapa pulak? I'm sorry.(gaya amir. wekk benci.)



Fakta:
1.Aku, ayah aku, adik aku yang belajar Sains dlm BI dan family menyokong subjek2 tersebut diajar dalam BI.
2. Adik aku yang Form 1 tu, dulu UPSR guna M&S dlm BI, dia kata OK je, lagi senang faham.
3. Adik aku yang Form 4, TAKNAK M&S diajar balik dalam BM.
4. Aku tak berdaftar dalam SPR, jadi aku tak mengundi mana2 parti. Aku dah cakap, ni isu pendidikan, bukan isu parti.
5. Family aku bukan golongan pro kerajaan pusat. Ini SANGAT fakta. Tapi bagi aku bukan 100% dasar kerajaan tak betul. Ada perkara yang kita rasa relevan, jadi tak payah nak bangkang benda yang relevan. Banyak lagi isu lain boleh dibangkitkan contohnya, spot check kedai mamak tu konfem Muslim ke tak ke, petisyen menurunkan kadar interest di bank ke(zaman2 gawat ni kan). Kalau nak kata celaka, aku rasa mulut piah zadora dengan azwan ali lagi la celaka. Kenapa la takde pulak orang report SKMM.



Sekadar pendapat dan pandangan aku.
Sapa nak hentam, hentam sajalah. Ni pendapat aku, dan ditulis di blog milik aku sendiri. Tak kisah la apa pendapat orang, ditekankan sekali lagi, NI PENDAPAT AKU.





Tapi, apa2 hal pun, FRU memang sucks!


p/s: entry ni aku tulis pakai otak dan berdasarkan pemerhatian, survey dan pengalaman diri sendiri.. bukan sukahatitanganmenaip. hehe.

Virus 360

Latest virus yang aku tahu menyerang kini.
Aku dengan ini mengaku, telah mencilok entry ini dari sini, tetapi dengan niat dikongsi bersama.
http://www.precisesecurity.com/blogs/2008/12/11/antivirus-360/

Antivirus 360 is a fake antivirus programs that misleads computer users to download the said program via the method which was used by scammers. Antivirus 360 usually pop-up warning messages about detected threats on computer and advised them to register the product to be able to remove the threat.

Aliases:
-

Risk Level: Medium

File Size: Varies

Affected System: Windows

Common Symptoms:
1. May redirect internet browser to its websites listed as follows:

  • liveantimalwareproscan.com
  • advancedantivirusproscan.com
  • premiumantiviruspcscan.com
  • lite-anti-virus-scanner.com
  • anti-malware-live-scan.com
  • premium-antivirus-defence.com
  • rapidsoftwareupdates.com
  • internet-antispyware-scan.com
  • secured-antivirus-scanner.com
  • protection-fast-scanner.com
  • onlinesecurity-scanner.com
  • antivirus-powerful-scanner.com
  • antiviruspowerfulscan.com
  • onlinemalwarescanner.com
  • protectionfastscanner.com

2. Presence of files csrssc.exe and winloggn.exe


SOLUTION FROM THE WEBMASTER OF THE WEBSITE:

1. Download Malwarebytes’ Anti-Malware (mbam-setup.exe) and save it on your Desktop.
2. After downloading, double-click on mbam-setup.exe to install the application.
3. Follow the prompts and install as “default” only
4. Before the installation completes, check on the following prompts:
- Update Malwarebytes’ Anti-Malware
- Launch Malwarebytes’ Anti-Malware
5. Click “Finish.” Program will run automatically and you will be prompt to update the program before doing a scan. Please update.
6. Scan your computer thoroughly.
7. When scanning is finished click on the “Show Results”
8. Make sure that all detected threats are marked, click on Remove Selected.
9. Restart your computer.

Note: Some malware may prevent mbam-setup.exe from downloading and running. You can download and rename this program from a different computer before running it on infected system.

100% credit goes to:
http://www.precisesecurity.com/blogs/2008/12/11/antivirus-360/

Stok Laptop

Stok laptop dalam simpanan Incheeykkk Eddy.
Semua adalah baru. Beli la. Beli la. Nanti cepat sket aku kawin bile orang ni banyak side income.
  1. Acer Aspire One A110
    1. Blue RM1149
    2. White RM1149
  2. Aspire One A150-B (White/Pink) RM1499
  3. eMachines Notebook D620-261G16MI RM1499
  4. Aspire 4935-642G25 T6400
    1. With Windows RM2399
    2. Without Windows RM2099
  5. HP Mini-1001TU RM1699
  6. HP Mini-2133 (VC7M10W8N16G) RM1399
  7. HP Mini-2133 (VC7M12W8N16G) RM1499
  8. HP Mini-2133 (VC7M16W8N16G) RM2199
  9. Compaq Presario CQ40-152TU RM1999
Ade lagi stok lain. Aku je tak sempat nak letak and check satu persatu.
Nanti sape2 berminat bleh mintak, then aku hulur2 spec, bukan hulur laptop free, ada faham?
Tak pun, sapa2 nak brand lain bagi model then aku bagitau price.
Spec malas nak letak kat sini. Tapi, pakcik google kan ada, spec aku bagi adalah standard macam pakcik Google bagitau.
Sapa nak roger. Nanti dah jual kat orang lain, abis stok, melepas.
Next time aku letak brand lain pulak.




Colours Of My Life

Eh title aku tu macam tagline blog sape ek?? Hek hek.

Wah rumah aku bertukar menjadi warna-warni. Sapa sakit mata sila pangkah di penjuru tetingkap windows. Ape ke skema nya ayat aku.

Aku bosan ni. Harini hujan lebat so kereta tak cuci2 pun lagi. Sapa nampak kereta aku, sila jangan berasa jijik.

Oleh sebab bosan, maka aku menggodek2 blog lalu menjadikannya berwarna-warni. Lantaklah orang suka ke tak suka. Ini blog, aku yang punya, bukan ahmad albab yang punya!!

Friday, March 6, 2009

OIAM vs Raja Lawak

Hari Jumaat, kalau aku tak keluar makan kat kedai biasanya aku tengok OIAM. Tapi hari ni pasal RL dah final, so kena la tengok padahal bukan aku minat pun. Nasib baik best sikit je dari Anugerah Seri Angkasa.

Tapi duk tuka2 channel gak la bila iklan tu. Padahal dua2 tu boleh tengok ulangan. Tak caya, esok konfem Astro dah ulang balik entah berapa kali sehari final RL3 tu. OIAM lak bleh tengok kat internet. Dah la internet semenjak dua menjak ni bengong tak pasal2. Nasib baik aku tak bayar bil. Hehe.

Aku berpuas hati sebab RL, dapat kat Sepah. Wah aku tak tau kenapa orang kata Jihan tu kelakar. Bagi aku dia biase je, cuma pandai bercerita. Aku juga berasa, seorang perempuan kalau buat lawak kat stage sorang2 macam tu, nampak macam entah apa apa dan nampak bodoh. Kalau nak nampak pandai, pergi la kuliah Compiler Design. Ok ok salah topik. Ye, nampak bodoh. Lagi la nampak bodoh si Amir tu. Asyik2 I'm Sorry. Lawak dah la tak menjadi, sape laa undi. Ni mesti rakyat Kelantan ni ngabiskan duit meniaga Pasar Siti Khadijah gi undi Amir. Walaupun aku orang sana, tapi kalau dah buat lawak tahap lowclass macam tu buat apa nak SMS. Kalau hi class pun memang aku tak SMS. Baik aku SMS pakwe aku ke, mak aku ke. Kesian aku dengan budak kecik si Amir ni. Aku rasa, dia ada idea tapi tersekat pasal dia tak fasih bercakap BM dengan betul. Lidah dah tak dapat nak diselamatkan dah. Kasihan. Ish Ish Ish. Tapi lagi bodoh juri2 yang bagi dia masuk RL ni dari awal la kan. Kalau orang kata lawak dia bodoh, orang yang ambik dia masuk tu lagi bodoh la gamaknya. Entahla.

Nasib baik Sepah menang kan. Walaupun diorang ni suka buat lawak lucah, burung la, blabla tapi combination diorang best. Suka gila dengar suara yang si tinggi tu, tiru Ramlee Sarip. Sebijik jadi. Hehe.

Ok, OIAM pulak, aku sangat2 terkejut bila Tomok nyanyi lagu Crazy In Love by Beyonce dengan sangat2 baik dan dapat pujian juri. Tak sangka okey Tomok sengau dah 70% hilang sengau. Macam mana dia buat tu ek? Jadi, marilah kita memberi peluang kepada Tomok. Eh, apakah? Takkan aku minat Tomok? Tak mungkin. Wah kahkah. Tapi aku cakap benda betul je, aku tak minat dia, cuma aku rasa dia dah berusaha keras untuk lari dari kepompong sengau dan buktikan kat Malaysian, dia boleh nyanyi sebenarnya. Saya juga berpuas hati dengan Aweera sebab dia dapat immunity, hahah hampir ter eja umminity. Apekah?

Hehe sebenarnya aku takde idea pun nak update, tapi apply sajalah teori sukahatitanganmenaip, kan dah panjang macam ni aku taip. Hehe.

Plan esok. Aku nekad nak basuh kereta. Dah berapa minggu aku berikrar untuk basuh kereta, tapi tak basuh2. Tadi plan nak singgah cuci kete after balik kerja tapi bila singgah JJ, melayang duit aku RM45. Dah la hari ni aku bawak duit RM50 je. Kat Maybank pulak aku tinggalkan Rm50 je pasal kalau ade lebih, nanti tak pasal2 Maybank tersilap potong lagi untuk Takaful aku. Bulan lepas dah terkena. Kesian abang Baja Hitam aku, dah jadi macam kerbau mandi lumpur dah. Aku dah tak basuh lama gila. Mcm mana nak basuh, asyik hujan je. Ok tak kalau letak sabun liquid atas bumbung kereta, bila hujan, biar dia berbuih2. Haha.

Thursday, March 5, 2009

Jawab Lah.

Gigi aku sakit. Eddy gelakkan aku sebab aku ada 1 gigi yang tumbuh diluar landasan gusi sebenar yakni terkedalam sikit. Gigi tu menyebabkan ada 1 ruang di antara 3 gigi yang bersebelahan. Tak paham sudah, kau Bedah.

Disebabkan ruang kecil yang muncul tu, selalu je aku dapat sakit gigi dan aku dapat rasakan akar gusi tu dah macam bengkak dan rosak. Tapi aku malas pergi jumpa dentist. Tapi kalau tak jumpa dentist nanti rugi. Bila lagi kan nak ngabiskan duit XXX.

Ada beberapa persoalan untuk aku tanya memandangkan ramai budak XXX baca blog ni, padahal orang pertama aku bagi URL ni, adalah FARIHA dengan pesanan,'Ko jangan la kecoh2 pasal url blog ni ok. Aku taknak budak2 opis tau.' Tapi sekarang almost semua blogger budak opis dah tau. Jadi dari mana mereka mendapat url aku. Fariha, sila jawab.

Lagi satu, aku pun nak menghabiskan duit XXX dengan membuat spek baru. Baru je bulan 12 hari tu aku buat spek baru dengan claim RM470. Kalau aku tau dapat claim RM500+, aku dh claim banyak tu dah. Ciitttt!

Soalan yang aku nak tanya seperti tertera di dalam Perenggan ketiga adalah:
1. Berapakah jumlah yang XXX cover untuk dental procedure? (Maaf, aku memang lupa padahal dah tanya Reen.)
1.1 Apakah jenis2 dental treatment yang applicable untuk claim? Adakah crowning juga dicover? (Maaf, aku tak tahu nak cari kat mana slide Mayfair tu. Jadi, tiada rujukan.)
1.2 Di manakah klinik gigi yang ok yang bermaksud, kaedah rawatan adalah OK yakni tidak menakutkan dan doktor adalah kacak atau cantik atau dalam erti kata lain tidak berupa paras buruk. Ini penting untuk keselesaan pandangan mata. Psycho la sikit.
1.3 Adakah berasa ngilu apabila gigi diservis oleh doktor. Bolehkah saya membawa mp3 player untuk dipakai supaya tidak mendengar bunyi2 alatan aneh yang digunakan oleh doktor gigi.

2.Berapakah jumlah sebenar XXX cover untuk vision. Adakah 150USD.
2.1. Berapa lamakah tempoh untuk claim antara dua claim. Faham tak? Maksud aku, kalau bulan Dec 2008 aku dah claim, berapakah tempoh masa atau eddah(tetibe) untuk aku claim buat kali kedua. Adakah setahun dari tempoh Dec 2008?


Sekian,
Janji aku update.
Ok lah.
Bye.

Wednesday, March 4, 2009

Baruku Tahu

Rupa-rupanya,




Receptionist ofis aku pun..




dapat reserved parking.

Update update

Dah lama x update blog. Ni kira update la.
Haha.
Babai.
Sape nak sumpah aku sumpah la tp dosa tanggung sendiri. Bye.