Sunday, February 22, 2009

'Tengok, jeling pandang-pandang, jangan sampai landak ditendang.'

'Tengok, jeling pandang-pandang, jangan sampai landak ditendang.'



Itulah ungkapan keramat yang aku tak konfem betul ke tak dalam soalan exam kefahaman BM PTD. Bengong la. Karamsingh kah yang membuat petikan itu? Soalan nya, apakah maksud peribahasa tersebut. Kimama.

Aku sangatlah lemah dan menggeletar kepala lutut untuk menjawab. Nasib baik kubawa bekalan peluru yang banyak. Peluru sesat pun mungkin banyak jugak. Ainor, gua salute sama lu pass exam tu. Lalu aku berkata di dalam hati, 'Aku rasa aku tak pass.'



Soalan general knowledge memanglah tak mungkin aku jawab dengan hebat. Kan Sejarah itu, satu matapelajaran tido-time aku pada suatu masa dahulu. Bukan salah aku, kawan2. Salah cikgu aku sebab dia tak hensem langsung. Kalaulah Cikgu Zamri yang paling hensem yang mengajar aku masa Form 4 tak pindah sekolah, aku sangat yakin untuk mendapat A1 ketika SPM. Malah, mungkin bait-bait sejarah yang beliau ajar masih terngiang2 di telinga ku.



Takpe2 aku bukan minat nak jadi PTD pun. Aku kan pergi sebab mak aku.

Ada orang tanya, ' Yang ko tak minat, ko apply apesal?'.

Aku jawab, ' Dah borang SPA tu mintak banyak2 position tu apahal? Terpaksa la aku isi. Mana la aku nak tau dia pegi panggil exam. PTD tu menatang ape pun aku tak tau sebelum ni. Oh, jawatan kerajaan rupa-rupanya.'





Untuk luahan lebih lanjut, bolehlah klik di sini.





Nasib baik laaa aku kena exam sama tempat dengan Reen. Kalau tak, bosan gila la sorang2 terkedek2. Tapi kami berdua memang menembak2 saja. Soalan Math je kitorang yakin dengan jawapan sebab dah kira2 tettt nampak ade jawapan, kan? Essay tu, hentam sajalah. Nasib baik aku tak apply teknik penulisan macam tulis blog aku yang merepek2 ni.



Apa kami buat masa exam tu? Kami skodeng teknik berfesyen masyarakat. Yang kantoi adalah 2 orang manusia yang pakai baju dari fabrik, corak dan warna yang sama. Yang best, baju tu sama dengan baju Reen cuma colour je lain and nasib baik Reen tak pakai baju tu jugak. Cuma beza, Si A dan Si B telah menterbalikkan fungsi kain. Maknanya, corak utk kain Si B, Si A buat baju dan vice versa.



Then ada la sorang tu lagi kelaka, pakai baju kurung, baju warna putih, kain merah tapi tudung dia hijau. Apakah???



Yang paling tension, jumpe sorang minah ni muka lebih kurang Reha, dengan gaya, bentuk badan dan jugak cara jalan sebijik sama macam Reha. Aku bengang je, sebab rasa die tu Reha, macam nak pegi tegur dan borak2 je ngan minah tu lalu dengan selamba menganggap dia adalah Reha. Tapi, hakikatnya beliau bukan Reha.


Itu sajalah pengalaman bosan saya menghadiri exam PTD. Aku ni tak abis2 pikir, ape jadaaahlaa aku buat kat dewan tu, exam2 bagai. Hurm, ikutkan saja lah permintaan mak.

Thursday, February 19, 2009

Blog dan Korang

Adik aku pernah cakap:
'Eeeeeeee aku tak tau la apsal budak2 Uniten ramai gile buat blog. Tah pape je...Sikit2 nak cite kat blog. Bosan..'

Aku diam je sebab aku pun ade blog.
Nasib baik adik aku tak tau aku ade blog. Kalau tak, mampus aku kene bahan.

Aku blogging sebab aku nak lepaskan kemarahan/apa2 tak puas hati/hilangkan tekanan.
Dulu aku ade blogdrive, tapi dah lupa password. Then friendster blog, tapi dah berhabuk.
Aku sebenarnya lebih selesa menjadi silent reader blog orang, contohnya blog2 kelakar dan salah satu adalah blog Green Apple. Sumpah, memang kelakar dan menghiburkan hari2 aku blog Kak Di sorang ni.
Blog aku sendiri, aku tak buat kelakar pun, takde isi yang ilmiah, takde nak tunjuk2 gambar, sekadar tempat luahan perasaan, kemarahan dan ketidakpuasan hati. Tapi kadang2 post jugak sesuatu yang diluar konteks itu.
Jadi, aku mintak maaf kalau ada entry yang menyinggung mana2 pihak.


Persoalan aku, kenapa ramai sangat orang nak blogging ek sekarang?
Dan, boleh tak korang senaraikan blog2 best supaya aku dapat baca bila bosan. Tak kuasa la nak bloghopping, pastu tengok2 blog tu tak best pun sebenarnya. Huh!


p/s: aku dalam mode bosan-gila-babas-la-baca-buku-malaysia-kita!

Tuesday, February 17, 2009

Benci

Aku tak tau la angin kus kus ape yang datang.
Aku hangin tak pasal2 kalau dengar suara AYU OIAM tuh.
Aku rasa macam nak pecah2 kan TV. Amboi kaya aku.
Aku rasa tertekan siot kalau terdengar suara dia.
Terus tutup TV.
AGHHHHHHHHHHHHHHHHHH!
Aku benci Oprah Malaysia.

Monday, February 16, 2009

Anak Malaysia

Mengumum dan mengisytiharkan..

Aku dan Reen hari ini adalah sangat rajin, maka kamu semua harus kagum.
Kami sedang membaca buku MALAYSIA KITA..
Di muka surat 4 daripada 554.
Sikit je lagi nak habis..550 muka surat je lagi...
Isk..

Sunday, February 15, 2009

Pitidi

Aku sayang mak aku. Mak aku memang suka kalau aku dapat masuk gomen. Demi menyedapkan hati mak aku, aku pun isi la borang SPA. Orang tua, biasa la. Diorang mesti nak suruh anak2 masuk gomen. Aku sebenarnya lebih selesa di private company sebab kalau aku tak suka, ada ape2 issue ke, aku dapat suka-suka je lompat ke company lain. Lagipun gaji pun best sikit. Cume kelebihannya, senang nak buat loan la kan. Tapi takkan la sepanjang hayat aku ni asyik nak buat loan je. Kalau aku kerja private, aku rasa, aku lebih bebas. Nak buat freelance pun takde masalah. Cuma, kena la pandai2 aku nak cari cmpany yang provide remuneration yang best. Lagi satu, terasa diri macam didowngrade je bila masuk gomen kan, pasal gaji tetiba menyusut dengan banyak. (Ceh, macam aku dapat masuk gomen je. Padahal orang baru je panggil exam. Entah2 tak pass).

Jadi, dalam keterpaksaan, aku pun isi la borang tu. Aku tak nak la jadi anak derhaka. Aku ni, dari dulu lagi, mak suruh, aku ikutkan je. Dari zaman kecik2 sampai ke tua aku ni ikut telunjuk mak aku je. Sampai aku pernah warning mak aku, 'Tolong jangan pilihkan menantu sudah. Bab tu, aku cari sendiri.' Mak aku okey je. Hehe. Nasib baik.

Mak aku suruh aku sekolah kat situ, aku masuk. Mak aku suruh aku pilih matrik tu, aku pilih dan aku dapat. Mak aku suruh aku pilih U tu, aku apply dan mak aku jugak sebenarnya suruh aku apply course tu sebab dia kata elok2 je aku grad, masa tu peluang kerja tengah banyak kat bidang tu. Jadi, aku apply. Mak aku suruh aku bertunang ni. Emm emmm..adakah aku akan ikut?

Aku kena ikut telunjuk dan nasihat keluarga sebab aku anak sulung. Jadi, nak tak nak aku kena la buat jugak. Mak dan ayah aku cakap, aku kena jadi contoh adik2. Tapi, aku tengok adik2 aku degil nak mamfus, takde nye nak ikut perangai aku yang ikut je ckp mak aku. Aku ni, nak menipu mak aku, sepatah pun tak pandai. Sebab, kalau aku cuba, memang aku terus kene balasan tang tu jugak. Ade jeee nasib buruk melanda. Tapi aku tengok, adik aku, kalau mak aku tanya apa2, adeee je alasan. Pastu mula nak pusing2 walaupun tak directly menipu. Mak aku pun admit yang aku la anak yang paling patuh dan tak pernah menipu dia. Aku sebak gak masa mak aku puji. Cewah. Ok la ok la. Perenggan ni memang nak bagitau dan puji diri aku sendiri, yang aku lebih baik dari adik2 aku. Harap adik aku tak baca blog ni. Ha ha ha. Kalau baca pun bagus jugak. Sila la patuh pada Umi dan Baba ya, adik2.

Baiklah, sambung pasal SPA. Jap2 SPA tu stands for Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ek? See, tu pun tak confirm. Minggu lepas aku dpt surat suruh attend exam PTD. Aku sebenarnya tak minat bab2 management ni. Tapi sebab kat borang tu banyak yg amat kena choose position, aku pun isi jela mana2 yang kena dengan kelayakan. Terpaksa. Lagipun, kan mak aku suruh apply. Apa2 hal, aku kena gak study sesuatu untuk exam ni. Sebab, aku dengar, ade soalan pengetahuan am kan. Aku memang lemah la bab tu. Boleh tak untuk saya, sediakan semua soalan matematik je? Booo. Kena boo kat kerajaan.

Tujuan entry ini adalah untuk bertanya kawan-kawan yang berpengalaman, apakah contoh2 soalan exam PTD ni? Sumpah aku tak tau. Sebelum ni, orang duk sebut2 PTD pun aku x tau ape kebenda nye. Jadi, untuk tidak menjadi bodoh, aku harus bersedia walaupun sikit2. Lagipun tak salah kan membantu kawan2? Setau aku, Reen dengan Lin pun dapat jugak kan exam ni. Adakah perlu membaca buku? Jika ya, nyatakan jenis buku dan tajuk, di mana untuk mendapatkan buku tersebut dan jika nak pinjamkan sangat2 dialu2kan. Jika ada sumber di internet sila nyatakan URL nya.

Hurm..aku rasa serba salah la. Aku tak minat. Tapi aku perlu menjadi hipokrit semata2 kerana ibu bapa. Takpela, ni kira rezeki la kan. Fikir positif. Dapat ke tak dapat belakang kira. Sekarang aku kena attend exam dulu. Tapi nanti takmo bagitau lulus ke tak, boleh?

Bye.

Botox

Tadi kan mak aku call. Dia baru je siap buat check up untuk adik aku. Adik aku tu memang tak sihat. Dulu dah operate sebab apendix. Then dia ada satu simptom tangan berpeluh-peluh. Ape name tah sakit tu, hyperhidrosis kot. Aku tak sure la nama yang tepat.

Penyakit ni, tangan si mangsa akan sentiasa berpeluh-peluh. Memang la nampak macam biasa je. Tapi, si mangsa akan berasa rendah diri sebab nak salam dengan orang pun segan pasal tangan basah kan. Penyakit ini akan mengakibatkan kemurungan. Contoh adik aku ni, kalau nervous ke ape, memang dia akan berpeluh menitik-nitik kat tangan dia. Aku pun perasan kalau orang datang rumah, dia tak suka nak campur-campur sebab maybe dia malas nak salam kot. Time dia rajin salam tu, mesti kebetulan tangan dia tak basah masa tu. He He.

Pernah je masa dia buat kerja sekolah, sambil pegang pen, habis basah kertas dan buku dia. Sambil buat kerja sekolah, sambil lap tangan. Aku kesian betul kat adik aku. Setau aku, Heliza AF5 tu pun ada sakit ni. Aku rasa la.

Adik aku ni dah menjalani rawatan pakar. Tapi kan, aku rasa kelaka la sebab 1 of the solution adalah kena cucuk BOTOX kat tangan dia. Sekarang dah 15 orang dah mangsa sakit ni yang dirawat Doc ni dan semua cucuk botox. Dah la setiap 3 bulan maybe kena cucuk lagi. Haiyooo. Bergaya ko Nasha(adik aku). Muda-muda dah cucuk botox. Ni nanti ni mesti banyak duit habis kat tangan ko yang cucuk Botox tu. Fewit. Muda-muda dah cucuk botox. Ni kira tak berdosa kan sebab salah 1 kaedah rawatan. Dia bukan nak bagi tangan cun pun. Nak merawat hyperhidrosis tu je.

Aku harap adik aku tak mintak doctor tu gi cucuk botox kat muka, mulut, dahi, hidung dia sudah la. Nanti muka jadi macam ni:


Zahida Rafik. Macam badut kan? Horror gila.


Umie Aida. Ada la iras-iras bapuk.


Christina Aguilera. Kafir. So lantak dia la nak cucuk tang sana cucuk tang sini. Tapi, buruk jugak.


Rosnah Mat Aris. Ni muka berkat ambik air sembahyang.


Rohana Jalil. Macam rimau.

Dan banyak lagi...tapi tak jumpa gambar. Yang aku syak, Azean Irdawaty, Anita Sarawak(ni makan ulam dan berkat air sembahyang dan zikir serta selawat. Puke), Zila Bakarin, Mas AF, Wati Elite.

Muka diorang sepesen kan. Dagu panjang tak pun macam bengkak tang mata. Macam kucing dan rimau pun ade. Especially Azean Irdawaty dalam cerita Waris Jari Hantu. Dah la saka harimau, muka pun macam rimau. Seswai!



Semua gambar dikreditkan ke http://www.sioloon.com. Aku google je artis botox terus masuk blog ni. Terima kasih ya.

Friday, February 13, 2009

Support ke Tak?

Aku nak tanya, kot2 sapa tau.

Compaq Presario V3000 series boleh support RAM up to 4GB tak?
Aku nak mengupgrade laptop ni dan tambah harddisk sekali.
Ni la drawback beli laptop tahun 2007. RAM aku 80GB je. Oh so sedih.

Nak jual dan beli baru adalah sayang.
Sebab ayah aku bagi laptop ni masa laptop lama aku buat hal masa aku tengah bersusah payah nak siapkan Final Year Project dulu.
Tak nak la jual sebab aku sayang dan model ni still boleh install XP tanpa masalah.
Aku tak akan jual walaupun aku beli laptop baru or PC baru yang ada 8GB RAM hatta 1 tera HDD sekalipun.


Kpd kawan-kawan, sapa nak beli RAM tu, sabar dulu dalam sebulan dua coz gang supplier aku bagitau, harga RAM tengah mencanak2 naik ni. Sebab ada banyak kilang tutup. Stok tak banyak. Kat lowyat pun nak kalau korang bargain price memang susah nak dapat murah.
Sabauuuu. Dah turun harga nanti aku bagitau.

pembetulan..
"RAM aku 80GB je. Oh so sedih."
sori..HDD aku 80GB je..bukan RAM. areknee wat malu aku je komen camtu. Aku malu taww!

Valentine's Day.

AMARAN!

Janganlah kawan-kawan sambut Valentine's Day.
Sebab
BERDOSA!!!
OK! Harus diingat. Cewah.


Baik kan aku? tolong bagi amaran kat kawan-kawan.
Cepat, cakap terima kasih.
Bye.


Thursday, February 12, 2009

Melunaskan...

Pada tarikh 14 Disember 2008 aku kena tag kat al-khair tanpa aku sedar. Jadi sebab bosan, hari ni aku jawab walaupun soalan lebih kurang je dengan tag2 sebelum ni. Jadi aku melunaskan hutang tag pada tarikh 13 Februari 2009. Hampir sebulan diperam. Eh silap, hampir 2 bulan.

(a) Citer 10 perkara ttg orang yg tag aku nih
(apasall mintak sampai 10? aku bukan tau banyak pasal dia ni.)

  1. Boifren dd dudu.
  2. Senior aku kat UPM.
  3. Mula-mula tengok muka brader ni kat extra class masa aku Sem 1 kat UPM. Muka belagak tak ingat. Siyes gua benci lu al-khair masa tu. Pastu cakap pun, macam kerek siot. Mengajar kitorg kat depan dengan aksi belagak mcm terer sangat. Padahal memang terer pun. Aku mendengar dia ajar dengan perasaan sakit hati tak pasal2.
  4. Masa Sem 2, awex dia yakni dd dudu tu jadi tutorial instructor aku dan aku tetibe boleh gang dengan awek dia. So dari situ baru aku dah tak benci al-khair.
  5. Dia guna nick 'noname' kat comment box aku.
  6. Kalau apa2 pasal programming atau Joomla blablabla aku akan tanya dia dan dd dudu mestila tak jeles. Lagipun aku professional.
  7. Aku mintak maaf dengan pernyataan ini, tapi aku tak tau kenapa bila aku tengok Shamsul Ghau Ghau si perasan mantop dalam Raja Lawak, aku nampak macam ada persamaan dengan al-khair. Maafkan daku dengan pernyataan ini.
  8. Part time demonstrator subject programming aku dulu. Tapi aku rasa dia sambil ngaja, sambil sms dengan dd dudu. Betul tak?
  9. Dah tua2 baru nak kena chicken pox.
  10. Panggil aku Dik cerdak. Ni aku benci.

(mintak maaf jika mengguris perasaan al-khair dengan pernyataan2 mengarut di atas).



(b)Citer 10 perkara ttg diri aku
Harap maaf, soalan ini di scipp kerana tag sebelum ini telah bertanya soalan sama. Dikhuatiri terlalu banyak mendedahkan fakta empunya blog, jadi soalan ini diabaikan. Hahaha. Yes yes. Tak nak jawab.



(c) Aku kene tag 10 org lain.
Maaf, aku nak hentikan tag di sini. Taknak orang lain jadi mangsa. Hehehe.

Melangsaikan...

Melangsaikan hutang kepada Reen. Kalau tak buat nanti kecik ati. Nanti Reen takmo kawan ngan aku. Pandai-pandai je aku tuduh Reen. Hehe.



Mekasih ek sbb bagi award ni kat aku. Tapi aku menci tengok icon award ni, getiksnyeee pompuan ni. Sangat bukan aku. Direct translation. He he.



Syarat:

Haaiii bg award pun bersyarat. Tak ikhlas betul la orang first yang bagi ni.



1. Copy badge “2008 Cute’s 3logger Award” di atas untuk diletakkan di blog anda.

Nah, hambik kau.








2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.


  • Reen ni, kawan aku kat opis ni. Dia jiran cubicle aku tapi kami jarang bersua muka, mungkin sebab Reen anak orang kaya kot. Ye, takde kaitan.
  • Muka dia kan, macam Norazah Aziz yang berlakon spektra zaman kita muda-muda dulu. Tapi Reen ni lagi sweet dan tak gelap macam Azah Aziz. Ceh. Ni ayat bodek ni. Ko bagi la apa-apa kat aku tanda penghargaan ok.
  • Sampai ke saat ini, aku belum lagi nampak muka Reen. Eh, tiba-tiba Reen masuk. Jadi aku dah nampak dia. Yeaah. Bila aku cakap je, 'Reen, aku tgh cite pasal ko ni.' Reen jawab, 'Mengutuk aku la tu.' Reen tuduh aku kutuk dia. Auwww aku kecik ati. Sob2 lari duk bucu rumah sambil dengar lagu Hatiku Kau Guris Lagi. Errr, macam tak wujud je lagu ni.)
  • Ayah Reen terhilang kunci kereta dia kat Melaka. Pastu dia dan family bawak Naza Ria pergi Melaka nak ambik kete ayah dia. Tapi masa kat stesen minyak mak Reen silap isi diesel kat Naza Ria. Ayah Reen bengang. Akhirnya kakak Reen bawak Kelisa untuk selamatkan semua orang yang tersadai di stesen minyak dan mereka ke Melaka berenam naik Kelisa. (Mestila fakta ni aku curi kat blog dia).Haaa tengok!! Kete kecik gak yang selamatkan kete2 mahal tu kan. Hikhik.


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

  1. Aku suka minum nescafe.
  2. Kesemua 8 jari tangan aku hampir sama size. Anak jari je lain. Sebab tu aku dapat sarung cincin ke kelapan-lapan jari aku termasuk ibu jari. Macam cacat je.
  3. Aku tengah cari kerja baru yang sebenar-benar kerja. Aku tak nak kerja yang takde kerja. Loser.
  4. Aku tak suka drive auto sebab aku suka merempit. Kalau bawak auto, lambat pikap. Penat la nak tekan minyak. Tekan clutch tak penat pulak ek?
  5. Aku dari zaman dulu-dulu lagi susah tidur awal, waktu tidur aku sekitar 1 pagi - 4 pagi.
  6. Aku suka makan pedas. Aku pernah makan sup sayur kat kafe UPM dan brader tu bengang sebab aku mintak pedas banyak kali lalu die memasukkan 23 ketul cili padi dalam sup tu. Ya, aku kira bilangan cili padi tu.
  7. Aku malas memasak. Dah lama aku tak masak. Sekarang aku tak sure aku pandai masak lagi ke tak. Aku harap ya.
  8. Aku rasa gatal getik gedik nak kawin. Suka hati aku la, perasaan aku. Ceh.
  9. Aku guna umobile broadband. Sepatutnya RM58 sebulan tapi dah 4 bulan aku pakai, bil sampai dan aku hanya perlu bayar RM36 ringgit je untuk keempat2 bulan tu. Aku pun tak faham kenapa. Mungkin umobile nak beramal soleh kot derma kat aku. Thanks.
  10. Hobi aku adalah tidur. Kalau dah tidur 8 jam pun, aku boleh lagi sambung sampai jadi 12 jam ke. Tapi ini bahaya, aku boleh jadi bodoh kerana hobi gila ini.

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Award ni dah basi. Sekarang dah 2009. Jadi aku nak tag sorang je.

  • Aku nak tag Azwan Ali. Sebab dia kan dah pandai berblogging. Awwwww . dan Yukks!

Sebelum menamatkan entry, aku ada teka teki tapi aku dah nak bagi jawapan sekali. Ni aku tengok ulangan 'Ally' masa aku tak dapat tidur sampai pukul 4 pagi.

  • Soalan: Dalam lubang hidung ada apa?
  • Jawapan: Ada cap jadi.

Cis, jawapan tersirat. Menciiii! Tapi dia cakap, make sure cap jari tu unique dan identical. Kah Kah. Aku gelak.

Tuesday, February 10, 2009

Telco dan Saya

Rakan-rakan, nombor handphone saya 012 60 5678 5 sudah ditamatkan perkhidmatannya. Mari kita pakat2 misscall number itu supaya pemilik baru nombor itu tension.

Aku dah pergi Maxis nak ambik balik num tu, bila diorang check, number tersebut belum lagi direcycle. Tapi Maxis pun budus mcm Astro jugak, takde respon setelah sebulan. Ayat manis customer service, 'esok saya akan hubungi cik.' padahal nan ado.


jadi, hubungi saya di 019 333 7XXX. Number ini adalah Maxis ye walaupun prefix adalah 019. Jadi, pengguna Maxis jangan takut abis kredit nak contact. Mekasseyyy.

Lagi satu, Digi VS Celcom, mana yang lebih ok. Berkira-kira untuk menukar number lagi 1 kepada Digi pula akibat sakit hati dengan Celcom satu ketika dahulu. Dahla aku dah lama dh terminate Celcom Postpaid dulu, then caj aku lagi. Celcom pun budus jugak. Abis tu aku ni semua budus, sapa yang pandai? Hahaha. Sekarang Digi je belum cari pasal dengan aku. Adakah akan bertukar kepada digi?

Maka aku pun menyampaikan...

Email forwarded from: Nazrah_Aziz

Subject: sangat penting kepada umat islam.jadi, sila baca.

berhati-hati,kalo ada sesapa nk jual perfume and suruh korang hidu bauperfume, tolong jgn hidu..terdapat kes dimana seorg gadis didatangi 2lelaki yg mendakwa melakukan kajian psl myk wangi dan menyuruh gadistersebut menghidunya..sejurus kemudian gadis itu pengsan.sedar2 ia berada didpn sebuah bangunan,dan mendapati dirinya dirogol.barang berharga, wallet,henpon semua dirompak..so beringat2 lah la ni macam2kes jenayah ada......

AWAS! pemberian CD free bertajuk AHMAD'DREAM motifnya memurtadkan melayuislam.watak lakonan oleh org melayu yg berjaya dimurtadkan.Sebarkan kalusayang pada islam!!Aneh ya, ketika seseorang yang kita sayangi memanggil kita,serta-mertakita datang untuk penuhi panggilannya...

Tapi ketika ALLAH memanggil kita (azan), biasanya kita akan malas dengan alasan waktunya masih panjang.Heran ya..bagaimana ketika anda membaca pesanan ini, anda tidak akan mengirim kepada beberapa orang yang ada di dalam messenger anda kerana anda risau apakah mereka akan fikirkan tentang diri anda atas kiriman ini kepada mereka..Heran ya bagaimana kita lebih bimbang akan apa yang orang fikirkantentang kita...daripada apa yang ALLAH fikirkan

p/s: tak payah heran apa2 sebab aku ada blog, so aku paste kat blog. tak boleh mengirim di messenger sebab office block YM. :)

Thaipusam


nama saya lori. ini harta dalam lori, ahmad albab yang punya.



Kot ye pun thaipusam.. erm..



Snap di jalan raya.

Monday, February 9, 2009

Tagged

Aku sebenarnya tak puas hati sebab lina tag aku. Aku ni kan orang yang suka melanggar arahan, so inilah jawapannya tapi directions tidak akan dipatuhi. Harap maklum.

Tag lain yang belum disempurnakan akan disiapkan sedikit demi sedikit. Berilah saya ruang.

Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with sixteen random things, facts, habits or goals about you. at the end choose ten people to be tagged, listing their names and why you chose them. don’t forget to leave them a comment (”you’re it”) and to read your blog. you can’t tag the person who tagged you. since you can’t tag me, let me know when you’ve posted your blog, so I can see your weirdness.

  1. Masa mula-mula keluar perut Puan Wan Rohana (mak aku la ni), aku ni berwarna putih kemerahan. Kemudian warna bertukar malap sedikit. Pastu bila umur 4-5 tahun warna pastel (kahkah), pastu start 6 tahun sampai 11 tahun kulit aku jadi koko. Then naik sekolah menengah bertukar cerah sedikit dari koko tu. Pastu sekarang kadang2 gelap, kadang2 cerah, kadang2 kuning. Adakah aku sesumpah atau kena sumpah?? Eddy cakap aku kuning, pastu kalau nak cari baju, kena colour2 tertentu je baru masuk ngan kaler kulit. Aku tak kisah pun, janji aku pakai baju.
  2. Masa kecik jugak rambut aku kerinting tahap tak dapat diselamatkan la. Tapi kemudian dari kerinting bergulung-gulung tu tetibe terus jadi lurus. Mungkin rambut aku pun kena sumpah. Aku tak paham la. Mungkin rupa paras, rambut dan warna kulit aku masa kecik tengah menyesuaikan diri dengan keadaan orang Asia. Ape jadah nya? Aku tak kisah janji aku tak cacat. Mak ayah aku pun mesti bersyukur sebab dapat anak sempurna fizikalnya, tiada cacat. Cuma aku tak suka bila masa sekolah mak aku potong rambut aku pendek gila mcm jantan macho. Sebab tu masa kecik aku tomboi. Salahkan mak. Kehkeh.
  3. Masa umur 5 tahun aku ada penyakit buah pinggang. Masa tu muka aku dah bengkak. Sebab, aku rasa maybe buah pinggang aku dah tak berfungsi menapis bahan-bahan buangan badan dan air badan aku dah banyak pastu badan dan muka jadi bengkak. Masa tu mak aku kejutkan aku bangun tidur pastu dia terkejut opocot, kenapa anak aku bengkak mukanya. Mak aku ni jenis suka pitam bila panik dan menghadapi situasi macam ni, so dia pitam dulu. Tunggu mak aku sedar dari pitam baru kami ke hospital. Oh ibu~. Tapi ajaib, sebab aku tak pernah pun buat dialisis semua tu, kemudian penyakit tu beransur2 hilang dan sekarang saya sangat sihat sampai badan pun dah macam dipam-pam akibat tidak kurus(gemuk).
  4. Masa sekolah rendah aku rasa aku bijak, sebab aku selalu dapat nombor 1. Hakhak. Masa darjah 1, aku kat dalam kelas paling bodoh iaitu 1 Kuning. Aku diletakkan kat kelas tu sebab mak aku daftar aku lambat. Kelas tu je kosong, dan aku tension berada dalam kelas tu sebab terlalu ramai budak menangis minggu first sekolah dan ada budak yang siap mengamuk nak lari dari kelas pastu cikgu tangkap. Sebab masa tu aku berlagak (pasal tak nangis) so aku rasa budak2 tu leceh.
  5. Aku pernah tumbuk ketua kelas aku darjah 1 sebab dia nak kat aku. Bodoh gila, baru darjah 1 nak kat orang.
  6. Dari kecik sampai sekarang, kalau rasa nak tidur, aku boleh je landing kat mana2 dan tidur dengan nyenyak sekali.
  7. Permainan aku masa kecik adalah mengikut skema dan senarai budak lelaki sebab aku takde member perempuan. Aku berkawan dengan semua cousin aku yang lelaki dan senarai aktiviti kami adalah: bermain bola sepak, layang-layang, main bola kaki tiga, main gasing, video game, sepak takraw.
  8. Aku pernah main mercun masa panas terik. Aku baling mercun tu kat dalam semak yang daunnya dah kering sebab panas. Kemudian aku nampak api tiba-tiba marak dari kawasan aku baling mercun tu. Aku dan semua sepupu aku melarikan diri lalu menyorok dalam reban arnab sambil mengintai bomba datang memadamkan kebakaran. Sampai sekarang tuan tanah terbakar tu tak tahu aku yang memulakan kebakaran. Maafkan saya.
  9. Aku pantang bawak kereta slow sebab aku boleh tersengguk lalu tertidur. Jangan la salahkan aku kalau memandu laju, sebab mata, tangan dan kaki aku lebih alert bila memandu laju berbanding slow.
  10. Aku tau adik aku yang kedua benci/fobia/jeles kat aku sebab dia rasa mak ayah aku pilih kasih padahal ko tu yang psycho. Dia jugak rasa aku asyik nak ambik tau hal dia je. Memang pun. Sebab aku dilantik menjadi CIA agent oleh mak dan ayah aku untuk menyiasat adik aku. Hahahha.
  11. Aku takde akaun Facebook dan aku tak pernah terniat/berminat utk register Faceebook. So jangan sesiapa pun invite aku join Facebook/Hi-5 la atau apa2 je social networking program. Korang ni tau ke tak, Facebook tu, developer dia kaya raya pasal dia jual database tu kat CIA. Semua data korang tu boleh digunapakai untuk penyiasatan dan even seluruh dunia dapat tahu apa korang buat. Hehe. Actually ini bukan punca aku tidak register Facebook, alasan utama adalah aku tak berminat dan malas nak bersocial networking. Cukuplah dengan Friendster yang aku tak pedulikan tu.
  12. Aku kerja tapi takde kerja tapi ada increment.
  13. Aku boleh duduk dan terperap dalam bilik tak keluar2 sehari suntuk sebab aku rasa bilik aku dah ada macam2 kemudahan seperti TV yang besar, room theatre, bekalan movies yang tak habis ditengok di laptop dan internet. Janji ada TV atau laptop, aku dah boleh hidup tanpa merungut.
  14. Aku benci jiran aku sebab masa terserempak dalam lif, dia sindir aku sebab pergi kerja lambat. Dasar teruna tua. Tetiba.
  15. Aku sangat benci pada Maybank. Aku pun tak tau kenapa. Walaupun gaji aku masuk Maybank, tapi aku benci Maybank.
  16. Aku ada banyak gila akaun bank iaitu Maybank, CIMB, Al Rajhi, Eon Bank, Citibank, Bank Rakyat, Affin Bank, Ambank, Bank Islam dan BSN. Tapi aku takde duit. Ironi yang sangat menyakitkan.
Dah la. Dah 16. Penat aku nak type. Nasib baik segala 16 senarai itu adalah berdasarkan sukahatitanganmenaip tapi benar, so tak payah aku berhempas pulas berfikir 'emm emmm ape lagi ek.'

Aku taknak tag sapa2 sebab aku memang suka langgar tag rules. Babai.

Saturday, February 7, 2009

Kemarahan Tak Tertahan Lagi.

Aku rasa menyampah, sakit hati, tertipu dengan ASTRO atau lebih afdal, panggil ASTERUK sudah.
Sudahlah orang bayar bulan-bulan, asyik tayang cerita yang sama dan cerita lama. What the fish??
Ni aku tak puas hati ni ape hhhhaaaaaaaal nak tayang cerita SARA yang si Ida Nerina ngan Shamsul Mantop tu berlakon tah berapa ratus kali dah. Siap dengan di sebalik tabir SARA la. Bodoh punya Asteruk. Cita tah zaman bila tah. Hari-hari, aku tengok duk ulang cita sama je. Nasib baik aku tak subscribe movie channel, duk ulang cita sama jugak. Baik download or copy movie dari membe laa lagi puas hati.

Apsal ek Asteruk ni bodoh sangat ha? Kalau aku buang je terus Asteruk ni, bintik2 plak siaran TV. Chilakers lu ASTRO.

Friday, February 6, 2009

Anak Betung

Yea, blog ni dah jadi tempat aku mintak tolong pulak. Sebab kepala otak aku dah tak dapat nak generate idea atau tangan aku dah tak pandai nak suka hati tangan menaip lagi dah.

Memerlukan bantuan. Aku tengah cari USB modem tak kisah la Huawei ke, Vodafone ke. Janji unlock. Part computer aku tahu la delaer2 nya, tapi tak jumpa pulak dealer untuk USB modem ni. Disebabkan aku ni golongan marhaen, bergaji skala cukup makan je bila dah habis bayar hutang piutang, jadi tolong jangan bagitau aku yang mahal2. Kalau setakat nak bagitau yang mahal, aku tak de la nak mintak tolong korang. Terima kasih pada yang sudi membantu. Ingat, yang murah saja. Lagi sekali, murah!

OK taK kalAU AKU jadi BENGONG KEJAP Type MACaMMM BLOG MAK HAyamMMMZzz AZWAN ALI diva GEBU DA VAsSSSSSsss (uwekks)..kejaP FONT BESAR, KEJAP FoNT KEcIK. HahahahAHAHAHAA KellLLAs NYAHHH. Hah, sudahlah, penat siot type camni. Macam mana la dia dapat bertahan type gilo camtuh. Macam hape tah. Kahkah, aku takde idea nak merepek apa. tak caya gi tengok. silaserazwanali dot blogspot dot com. Mesti korang migrain lepas baca blog dia.

Apa lagi aku nak cakap ek? Sebenarnya semalam aku baru je tau Isnin ni cuti Thaipusam. Thaipusam pun Thaipusam la, janji cuti. Bosan gila pergi kerja, takde kerja, tibe-tibe ada increment. Apakah? Bukan tak tahu bersyukur, tapi aku rasa, lebih bermakna kalau hujung bulan, withdraw duit gaji ( kalau gaji masuk hujung bulan la), dan duit tu hasil titik peluh aku bekerja keras membuat coding atau pun database back up ke, whateverla (yang dinamakan kerja sejati) daripada situasi aku dapat gaji tapi aku takde kerja pun. WTF. Aku rasa macam loser gila. Sekarang ni memang aku memerah keringat, tapi keringat berjalan kaki sebab parking kereta jauh gila dari office.

Kalau tak silap( tak silap = betul lah kan?), aku ada 2 tag yang tak dilangsaikan lagi, daripada Reen. Aku saja je tak nak buat lagi sebab aku memang takde mood sangat pun nak update blog. Aku nak baca blog orang pun dah malas. Aku pun tak tahu la, apa benda yang aku rajin sangat nak buat.

*****************

Lagi satu, aku ni macam nak melompat-lompat kerja, tapi bila aku bukak je jobstreet ke, aku jadi kaku tak bermaya sebab aku confuse la aku nak join line mana, yang aku betul-betul minat dan nak teruskan dalam kehidupan aku ni sampai akhir hayat. Ayat tak kasi can. Pastu tiba-tiba ada pulak increment. Ni yang goyah pendirian aku. Mengikut teori materialistik kawan-kawan aku, diorang cakap, ' Pape hal, ko tunggu bonus masuk dulu pastu ko blah la.'

Aku ni ada banyak jugak la skills tapi kebanyakan semua dah lupa. Lepas tu, aku nak study balik bagi power pun aku jadi confuse mana nak start dulu. Dalam banyak-banyak, yang aku paling benci adalah JD Edwards. Aku pun tak tahu kenapa. Adakah En Mahmud adalah de facto? Dah la time semangat nak study ke, semangat tu berkobar-kobar tapi 2 hari jela. Then, hilang terus semangat aku. Adakah aku mengalami tekanan perasaan macam Mas AF2 tu? Aku rasa, tidak.
Tetibe gossip jap.

Iklan jap:
Sesiapa nak jadi agent topup, bagitahu aku. Aku dapat bagi price murah. Sebab ni bisnes cousin aku. Dia ada banyak server topup. Memang laju. Aku tengok dia pun dah kaya-raya. Jeles siot. Gaji beliau 70K sebulan. Aku dengki. Busuk ati aku. Haha.

Celcom bagi 5% murah.
Maxis bagi 4.5% murah.
Italk bagi 9% murah.
Cara topup adalah melalui SMS.
Yuran pendaftaran RM30. Kalau pandai bodek, aku bagi murah lagi sikit. Hehe.
Nilai topup yang korang dapat jual, bermula dari RM3 ke angka suka hati korang. Nak RM4 ke, RM6 ke. Lantak korang la. Korang punya bisnes. Aku sikit pun tak kacau berapa banyak korang dapat untung. Tu je. Iklan tamat. Tetttt

Oh baru aku perasan, aku ni suka berbisnes rupa-rupanya. Hemmm.


Berkenaan tajuk:
Cerita Anak Betung tu best jugak. Sheila Rusly ganas betul jadi jahat. Makhluk jadiankah beliau?

Untuk Shy:
Kalau ko on YM cepat2 buzz aku if aku online ok. Aku ada benda nak berdiskusi dengan ko. Tajuknya aku rasa ko dapat agak kot. Tajuk wanita ok.

Thursday, February 5, 2009

Kejadah Apakah?


























Apa kejadahnya patung ini buat dan berada di dalam kereta aku?
Serius aku rasa lain macam drive kereta malam-malam dengan ada nya objek ini di belakang.
Aku terbayang je die bagi salam la kat aku, tanya aku 'sorang je kak?' dan macam-macam lagi.

Nak keluarkan dan letak dalam rumah lagi la aku tak nak. Ni cousin aku la ni tertinggal dalam kereta aku. Benci!

Tuesday, February 3, 2009

Joomla

Entry mintak tolong.

Sapa terer/ tau pasal Joomla! CMS??

Kalau nak tolong aku, tinggalkan source utk Joomla! tutorial or ape2 je la berkaitan Joomla! kat comment box okeh.

Aku amat2 memerlukannya sekarang.

Mekasihhhhhh!