Sunday, June 14, 2009

Pengemis. WAJIB BACA!

Tadi makan2 dengan Edy kat Shah Alam. Sekali datang budak mintak derma.
Dari sekolah tahfiz katanya.
Derma, tapi dah siap2 resit situ tulis RM10.
Konsep derma apa ni, siap dah tentukan berapa. Kalau dia tak chop RM10 siap2 kat situ, entah2 edy baik ati gi bagi lebih.
Ini, buat aku hangin ada la.
Kalau derma, ikut la berapa orang tu ikhlas nak bagi, tak perlu nak beresit2 bagai.
Dah nama derma. Antara si penderma dengan Allah, kalau dia ikhlas.
Ini, macam nak paksa2 pulak.

Tunang aku ni dia jenis teliti sikit. APa2, suka selidik2 dulu.
Aku naik kesian sebenarnya kat budak tu sebab muka sedih je.
Abis tu, expect muka riang ria ke nak mintak sedekah.

Masa kene saiko ngan Edy, budak tu dah cuak.
Edy tanya, sapa hantar awak datang sini.
Tunjuk kat saya.
Pstu budak tu cakap la nama ustaz dia.
Edy pun mintak nombor telefon.
Budak tu mcm dah nak nangis dah aku rasa.
Selidik2, siap mintak nama ustaz, nama rumah amal tu, alamat, pastu ade lagi 2 nombor fon kot. Nombor IC budak tu pun ade sekali dia ambik.
Aku lak ckp kat budak tu, si Edy ni wartawan. (perlu ke?)
Aku rasa budak tu kalau boleh pecut, dia dah pecut lari dah.

Pastu Edy pun terangkan kat budak tu, dia cakap dia tak tuduh budak tu scam.
Just nak selidik je dulu. Kalau betul takpe, pasal sekarang banyak sangat sindiket.
Pastu die hulur duit, then cakap kat budak tu, awak tak payah la buat resit kat saya.
Saya tak nak.

Aku pun tak puas ati dengan kes2 mintak sedekah ni. Kalau la betul sekalipun dia dari Pusat Kebajikan/Rumah AMal/ Tahfiz, tapi tugas mintak sedekah ni bukan tugas budak2 tu. Diorang sepatutnya diberi perlindungan. Bukannya datang mintak sedekah ke hulu ke hilir. Bayangkan, budak tadi tu dari Port Dickson ke, Seremban kalau tak silap.
Jauh gile kan, datang Shah ALam semata2 mntak sedekah. Tak ke nampak sangat, ada org behind bnde2 ni. Iaitu org yang bertugas mengangkut dan hantar budak2 nih.Habis tu,apa pulak tugas pengetua, cikgu2, warden tahfiz tu kalau macam ni susah budak2 ni nak cari duit. Bagi aku, kalau tak cukup duit, pihak yg jaga tahfiz tu la kena usaha, contohnya pengetua tu, pergi la Pusat Zakat, BaitulMal ke, badan2 korporat, Yayasan Al Bukhari ke. Sebab, aku konfem kalau pengetua2 ni betul2 buat kerja, buat proposal, konfem ramai yang nak membantu dan menderma. Tapi ikut saluran yang betul lah! Bukan suruh budak2 yg konon student tahfiz tu ke hulu je hilir mintak sedekah. Dalam Islam pun tak ajar org mintak sedekah nih. Lagi mencemarkan nama Tahfiz ada la bila buat sindiket2 mintak sedekah ni.

Hari tu pun ada sekali aku nampak mamat ni buta(tak sure ye ke tak) dengan sorang perempuan datang mintak sedekah kat meja ktorg. Aku ikhlas, aku bagi la sikit sebab takut betul2 buta. Sekali lepas makan, aku nampak dua ekor lahanat ni jalan elok2 je gelak2. Tadi sikit punye sedih mintak sedekah ngan aku.

Kes ketiga pulak melibatkan aku, Edy dan Osman Kering(OK) pelakon komedi tu. Dia ni duk usung kotak DERMA GHAZA. Tapi aku ada baca kat mana tah, cakap OK ni scam. Yela, kalau nak derma Ghaza, boleh je sumbangkan direct ke NST, or Mercy Malaysia kan? Ni ape kes mintak derma. DIa ni aktif kat AMpang. Tapi hari tu aku jmpa dia kat Shah Alam.Yang ni aku sebenarnya nak memulakan langkah investigate, tapi tak sempat sebab Edy dah hulur duit pastu si OK ni dah blah dah pegi meja sebelah. NAsib baik orang meja sebelah jadi tukang investigate.


Shah Alam ni memang penuh dengan sindiket mintak sedekah. AKu siap pernah nampak 2 orang budak perempuan Bangladesh kot, entah la asal mana, tak sure, selamba je gi masuk rumah orang mintak sedekah.
Takde salam takde apa. Kurang ajar betul.
Kes ke 4, kawan Edy pernah ikut budak kecik mintak sedekah. Dia ikut je sampai budak tu pergi ke seorang amoi cina, gelang sekerat lengan. PAstu budak tu bagi duit kat amoi cina cilake tu.

See, kita je baik hati kesian diorang. ADa jugak yang bagi sebab malu takut orang meja sebelah pandang slack pasal kedekut nak derma. Dulu aku malu gak bila Edy penah selidik budak2 mintak sedekah ni, pasal aku rasa mcm orang sebelah2 pandang2 je. SKrg aku respek sebab dia tak malu nak buat macam tu.

Aku just nak bagitau, jangan kita mudah tertipu dengan sindiket2 ni. Tengok jela cite Slumdog Millionaire tu. Budak2 tu susah2 cari duit mintak sedekah, di sebaliknya ada manusia rakus. Aku takut kita bagi duit free kat manusia2 tak guna di belakang budak2 tu je.

Ok, untuk edisi lebih 'wartawan' sila terjah sini. Anyway thanks to ondscene sebab isu ni dia kupas betul2.

Aku dah naik menyampah gi lepak kedai makan. Boleh kata setiap 10 minit ade je yang datang mintak sedekah.

AKu dan Edy dah buat dah. Korang bila lagi? Tak sampai hati? Tapi rela ke duit korang masuk poket sindiket. Konsep kitorang, kitorang akan menderma kalau pergi masjid atau surau. Dulu aku pernah tengok Edy buat tak tau orang datang mintak derma. MAsa tu aku bodoh, aku ingat dia kejam. Satu hari, aku ternampak dia masukkan duit kat tabung surau, masa tu dia tengah ada financial problem yg agak teruk gak lah,tapi boleh pulak dia hulur. Benda tu buat aku terfikir, kenapa budak yang mintak derma, dia buat dont know je. Rupa2nya, inilah alasan dia. SCAM!

Korang jangan lupa baca ni tau, penting!
http://ondscene.my/2009/01/11/wajib-baca-jangan-bodohkan-diri-anda-dengan-taktik-pengemis-jalanan/

7 comments:

  1. huhuh...jahat kan sindiket2 nih..amik kesempatan atas org2 yg lembut ati cam aku nih..huhuh

    ReplyDelete
  2. btol².
    sgt setuju. dulu kn dh kuar skali paper, pengemis ni, if check, lg kaya dr org m'sia.
    dieorg guna taktik budak la skrg.
    if btol nk kutip derma, mintak saluran ygbtol la kn.
    ni x, antar budak, dari jauh.
    xkn xpk, minyak lg, confirm duit sedekah tu, boleh biaya minyak semata. haih`

    ReplyDelete
  3. hoo.. aku pon slalu musykil je ngan org2 mintak sedekah.. mmg rase tak ikhlas je kalo bg.. paling aku tak puas ati bile ade org yg tukang bawak org bute ke kurang upaye ke.. apsal org tu tak keje ke utk tampung org bute tu.. apsal sanggup plak bwk org bute mintak sedekah? wohh da lame terbuku kat ati aku nih.. huhu

    tp kadang2 aku ikhlas kan ati utk bg gak.. btol2 pasrah laa.. dia nak tipu.. itu dia punye dose..

    kalo sindiket tu kan.. kalo kite tak bg.. nnt budak2 tu kene sekse.. potong kaki ke.. korek mate ke.. cemane?

    ReplyDelete
  4. shy,
    memang jahat gila. ada jugak manusia jenis macam ni kan? aku lebih rela kalau dia keje perompak dari dia mempergunakan budak2 tak berdosa tu setiap hari. at least dia dosa sorang2 kalau dia merompak.

    fatin nabila.
    kalau tak silap, ada sorang pengemis kat jusco wangsa maju, dia sebenanye siap balik mengemis naik gen 2 ok!

    reebelle,
    pasal seksa2 budak2 tu aku pikir jugak. tp macam tak dapat nak buat ape2 la kan selagi pihak berkuasa tak buat kerja. org biasa macam aku ni pon sanggup skodeng sindiket ni. pihak2 berkuasa ni buat apa?

    ReplyDelete
  5. ada link entry ni kt my blog, hehe.` :). hope u don't mind kak liesa...`

    ReplyDelete
  6. fatin,
    its ok..link la..

    ReplyDelete
  7. Lisa, betul tuh..Osman Kering tuh mmg ade mintak derma..hari tuh dia ada duk bawak tabung ghaza/palestin ke ape ntah masa akak tengah makan kat taman melati..tuh scam ke? tertipu le akak..isk3...

    ReplyDelete