Friday, June 12, 2009

Atap Genting Atap Rumbia

Wah, aku baik betul.
Sekarang tengok Semanis Kurma kat TV9.
Cepat, respek.

Tajuknya: Atap Genting Atap Rumbia.
Baru aku tau, rupa2nya pasal jodoh, iaitu antara 2 darjat.
Zaman sekarang ada lagi ke kes macam ni? Atau zaman sekarang memang bermaharajalela(aku taip ni?) isu ni.

Biasa kes yg terjadi, orang kaya kawin miskin. Cantik kawin buruk. Gaji mahal lawan gaji ciput. Kereta kancil lawan BMW (ade kee??).
Biasanya belah perempuan memang agak memadang benda2 ni. Aku rasa la. Tapi mesti bersebab kan? Kalau kau, kau nak anak kau kawin pastu tak cukup makan pasal suami tak mampu bagi makan? Or, kau nak ke anak kau yang perempuan tu, pergi sara suami dia?

Family aku jenis pilih menantu yang berkepala otak geliga dalam kehidupan dan bervisi tinggi dalam hidup. Masa en eddy nak kat aku, mak aku interview dia, 'Kenapa anda memilih keluarga kami?' ceh, aku tipu je. Hehe, terpengaruh dengan soalan interview kerja( 'Why do u choose our company?). Actually masa nak mula-mula berkawan, dia call dan mintak izin dengan mak dan ayah aku. Sebab tu i loike him. Ohh pitam! Antara faktor pemilihan, adalah boleh get along dengan semua family members. Ini adalah penting.

Aku pun tak nak dia balik kampung aku pastu duk sorang2 ceruk dinding pasal malu nak berkawan dengan saudara mara. Tapi sebenarnya dalam kes ini, dia takda masalah langsung dengan family members aku. Aku sebenarnya yang segan dengan family dia. Takpela dah kawin baru belajar HEHEHE. Alhamdulillah beliau menjadi kesayangan family aku. Kembang idung beliau kalau baca. (konfem tak baca la).

Dalam program TV9 ni, kesian kat sorang ofis boy ni(pakcik), cinta beliau tak direstui pihak mentua. Dah tua pun pakcik ni. Takkan sampai sekarang family mentua tak dapat terima ek? Bagi aku, pakcik ni, kalau tau diri dia tak diterima atas faktor kerja, atau kedudukan kewangan, boleh je dia berusaha untuk maju. Kenapa dia tak cuba? Aku sbenarnya kurang gemar dengan laki yang hanya puas hati dengan tahap hidup dia yang macam tu. Cuba la keluar dari comfort zone. Macam tak berusaha pun nak membuktikan sesuatu pada orang yang mengkritik. Huh.

Dah ah. Jangan merepek lagi. Babai.

2 comments:

  1. ko rase pakcik tua tu bace x blog ko?hehehe

    ReplyDelete
  2. kalau baca lagi bagus. bagi dia motivate diri dan berusaha lebih kuat.

    ReplyDelete