Tuesday, June 16, 2009

MIRC dan AKU dan SMSPP

Ish, aku baru je nak bukak twitter account. Damn la nick pestisid dah ada orang ambik. T_T. Jadi aku terpaksa guna nick elie_elies iaiatu nick glamour yang Kuiz Facebook bagi aku. Tsk. Glamour keeee??? Aku nak letak twitter ni kat sini.

Nick tu aku guna sejak zaman2 kegemilangan MIRC.
Dulu aku SOP(malas nak explain) kat channel #SMSPP. Channel chat budak2 skolah aku. Dekat webnet.Kira berkuasa nak kick org flood, buat hal, gaduh2, dan ada kuasa nak assign orang jadi AOP. Dabik2 dada skit :) SMSPP stands for Sek Men Sains Pasir Puteh. Sekarang lebih dikenali as SCIPP. (Sciend P Puteh.) Konon glemer la camtu? Hihi.

Ramai je orang tak tau pasal sekolah aku ni walaupun sekolah ni SBP pasal sekolah tu kat ceruk benua. Amboi sedap mengata. Tapi ramai budak2 lelaki SBP tahu kewujudan sekolah ni pasal sekolah ni sekolah perempuan je. Ramai yang nak mengorat esp kalau ada event2 SBP zon timur ke, memang agak laku budak2 skul aku. Hehe. Terdesak jugak budak2 sekolah aku ni. Ketandusan lelaki. Bila ada je orang laki masuk melawat ke, memang semua buntang mata. Assistan Trainer Taek Wan Do yang bernama Ali, pun pernah jadi bahan skodeng padahal mamat tu langsung tidak kachak, bermata sepet dan kurus kering. Kesian. Paling menjadi mangsa adalah cikgu2 kacak yang budak2 ni buat sumber inspirasi. Oh kesian. Desperado la korang.

Budak2 KL kalau dapat offer datang sini ramai jugak blah lepas semingu/sebulan sebab tak tahan, dari freehair semua wajib pakai tudung dan tiba2 bertukar status alim pasal surau(musalla) sangat2 diimarahkan, hatta solat subuh wajib di surau, kalau tak solat kat surau, kena saman kat prefect.T_T. Subuh, maghrib dan Isyak wajib di surau da setiap malam Jumaat ada bacaan Yasin dan ada usrah. Fewit. Aku alim dulu. ???. Wek.
Tapi dalam banyak2 hari aku ponteng Subuh surau, 1 hari je aku pernah terkantoi masa checking. Tapi aku bagi alasan aku sakit so takleh pergi. Hikhik. Aku sebenarnya banyak buat benda2 melanggar peraturan tapi aku selalu buat muka baik, so aku terlepas. Dorm aku sebenarnya jadi Surau no 2 untuk orang2 yang ponteng subuh kat surau. Kawan2 aku ramai transit kat sini pasal ketua dorm dorang marah kalau tak pergi surau. Aku tak pernah dapat ketua dorm yang skema sebab kitorang memang TAK NAK lantik orang2 yang skema jadi ketua. Nanti kitorang kene skema jugak. Huhuhu. Tapi tak pernah kena ambush. Prefect, anda kalah! A1-3 members lebih handal.

Disipilin jugak sangat2 terkawal. Paling sedih, tak pakai pin kat tudung kene saman. T_T. Sapa tak pakai pin kira takde disiplin, boleh tak???? Kak Izyan, jawab nih!!! Tapi ok sebab boleh pakai tudung cotton dalam kelas dan paling ok boleh tidur berjemaah dalam kelas sebab cikgu dah tak tau nak buat macam mana nak halang orang kuat tidur. :) Kemenangan. Student 1 Cikgu 0.

Aku tak tau apa sudah jadi dengan MIRC sekarang. Secara jujur, kat MIRC la aku kenal budak2 sekolah aku. Contoh, Kak Izyan, Sarah, Fatin Nabila, Iznee. Masa kat sekolah, kami tak bertegur. Bila masing2 online time cuti, bila bukak sekolah, masing2 terserempak baru mula tegur2. Duduk hostel, student ramai. Tapi sepatutnya bukannya susah pun nak say HI. Junior tak suka tegur senior pasal junior rasa senior berlagak. Senior pun kadang2 tak suka junior tegur pasal dioang rasa budak2 ni attention seeker(ni aku yang rasa. bongok aku pikir macam ni). Aku pulak dah la pioneer. Masuk sekolah tu tahun 1998 masa mula2 sekolah tu bukak. student cuma ada 200+ je tak silap, termasuk form 4. Kitorang ni batch paling bangga kot pasal dah la manusia first jejak kaki kat situ pastu stay sampai 5 tahun. Hoih aku bangga, kembang2 hidung sekarang jugak.

Nombor pendaftaran sekolah aku 0002. Yes, respek plis. 0001 taken by Farrah Hana Zamri pasal aku kelas A untuk Form 1 dan nama aku nama kedua dalam senarai kelas. Rugi mak aku tak letak nama aku Farlisa. Hahaha. Kalau tak, aku dapat no pendaftaran 0001. T_T.

Kat #SMSPP ni jugak sebenarnya tak ramai sangat budak2 sekolah aku yang join. Lagi ramai budak2 sekolah luar yang masuk nak cari aweks. Ade jugak yang menjadi kat cenel ni. Aku tak la. Kalau lepak kat #SBP, lagi ramai. So maybe susah nak tumpu perhatian kot. Hehe.

Selain 2 channel ni, lagi 1 channel aku lepak adalah #mamak. Kat sini kenapa ramai pondan haaa??? Selalu je aku terchat ngan pondan. Tapi aku layan jela nak tau apa aktiviti dorang tapi kadang2 aku pakai anonymous nick dan berlakon jadi pondan jugak untuk merasa sisi pondan. Ape ni???? Tapi kalau menyamar jadi lelaki, last2 kene ngorat dengan pondan ajak cikcur. Oh Tidak!!!!

Terima kasih pada founder channel sekolah aku iaitu C^Rock^Mustaqim sebab kalau takde channel tu, mungkin aku tak dapat kenal Kak Izyan and all dengan baik. Lepas channel tu expired for few months tak aktif, `Zar[f] yang bukak balik. Thanks to all. Aku agak rindu zaman IRC ni. Sekarang ni takde dah fenomena IRC nih kan? Tapi sekarang budak2 baru skolah tu mcm agak kurang respek pada senior and alumni. Entah kenapa.

Masa Form 1(kot), ada 1 lab kat sekolah aku. Kat situ dibuat kelas komputer. Company luar yang handle, tapi hari minggu company tu buat lab tu jadi CC. Kat sini la kitorang habiskan masa. Pasal duduk Sekolah Menengah Seksaan Penjara Pudu (SMSPP) tu memang bosan kan. Ape barang baru form 1 dah nak study untuk PMR? Biar betul. Haa, kat sini la semua orang layan IRC. Patut la meriah, kan? Apa jadi, la kat lab tu sekarang?

Ok la, sori sebab tulisan aku ni campur2. Kejap lompat tajuk tu, kejap lompat tajuk ni. Aku sebenarnya rindu la kat sekolah lama. Best tau skolah situ. Adik2 yang tak abis sekolah tu, jangan banyak komplen. Saya nasihatkan buat jahat banyak2 supaya dapat banyak memori. Ruginya menjadi budak skema sebab memori mereka hanyalah bangun pagi, breakfast, rollcall, kelas, rehat, prep petang, surau, prep malam, dan berulang selama 5 tahun. Bosan wey!

5 comments:

  1. mirc tuh memang femes la zaman2 skolah menengah duluh

    betul cakap ko, kalo skema sangat, nanti da xde kenangan2 yg klaka kaannn, heheee

    ReplyDelete
  2. haa....bab pakai pin tu pun akak tak setuju sebenarnye. Siap argue dgn puan syam. Sudahnya kalah jugak. Dia nak jugak ade rule pakai pin tu.

    sudahnya...setiap pagi pas rollcall n masuk class...akak cabut gak pin tuudng tuh! wakakakak...

    ReplyDelete
  3. channel mamak?
    alamak, tah2 kite 2 pernah berchatting dulu, pu~

    ReplyDelete
  4. time skola asrama aku pon xphm smpi skang nape ade byk sgt pantang larang yg ridiculous..cam pakai pin tuh..

    tp aku bersyukur aku termasuk dlm golongan student yg xskema n suke saje2 nk langgar rules...

    ReplyDelete
  5. rose,
    aku tak skema tp aku buat2 muke skema so aku tak kene saman. just penah kene jemur tgh panas je sbb ponteng subuh jemaah, pernah kene denda round skolah sbb tak bangun riadhah pagi n duk mencangkung sbb tak pegi riadhah petang.

    kak izyan,
    tak silap dulu2 stiap tudung skolah saya ada letak spare 2 pin tudung. just pakai masa checking je. kalau akak nak tau, pas checking smue bebudak ni bukak petikot,anak tudung, stokin, jarum.hihi.

    dd dudu,
    iols guna nick nih pest|s|d. penah jmpe ke?

    shy,
    hehee. bagus. jgn skema sgt nnt bosan. takde life. get a life la. tp life yg colourful, bukan plain. hehehe.

    ReplyDelete