Tuesday, June 23, 2009

Berfikir Sejenak Sambil Berjiwang

1) Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu dihati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2) Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3) Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamunapa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4) Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5) Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6) Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7) Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8) Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9) Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagukegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, keranadia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10) Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11) Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saatharinya tiba dia akan mengirimkan SMS'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12) Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13) Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14) Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15) Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

20) Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21) Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22)Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23) Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.



Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas

kepada kamu? Jika

ada,jangan pernah mensia-siakan orang tersebut...

kamu akan menyesal

melakukannya!

Nota buku lali: kalau korang dah ada laki, bini, tunang, awek, pakwe, ada pulak orang pscho duk tunggu-tunggu tak payah la layan beb! Cari nahas.

13 comments:

  1. thanks lisa..terigt kenangan2 lame gitu bace entry ni.:P

    ReplyDelete
  2. hid,
    hikhik. skang duk jauh pun leh la baca balik kuikui.suweet je kan.

    ReplyDelete
  3. 1.klau lam hati dia ada 2?
    2.patutlah dia berkenan..
    3.klau yg lain nampak lebih hebat?
    4.klau dia xnak kita tahu pepon.siap tipu lg?
    5.klo msg kita pon dia rimas?
    6.anniversary pon x ingat?
    7.klo dia asyik suh lupakan kenangan lama?
    8.klau dan segala-gala klau yg lain?

    satyam suckss!!

    ReplyDelete
  4. anon,
    aku rasa aku tau ko ni sape. ko ni insan frust bercinte tu kan? kalau ko jmpe jee org cmtu ko tggl jela. watpe laaaah nak layan org yg bodoh2kan ko.gi la cari org yg betul2 ikhlas nak kat kite...jgn buang masa nak layan kerenah org yg tak tau menghargai..memang buang masa. dr ko setia dgn org cmtu baik laaa ko gi cari yg lagi bagus yang
    .........
    TIDAK ADA CIRI2 KO BAGI TU.
    sori la kalau laser.

    anyway, satyam tu ape ek?

    ReplyDelete
  5. wahhh, ko ke yg reka ni???memang sweet la kalo ade camni

    ReplyDelete
  6. rose,
    lupe nk tmbh. errr ekceli tunang aku ngorat aku dulu cmni la. malu nyeee aku.

    ReplyDelete
  7. rose,
    eh heloooo dapat dr chain mail je hokey tapi dh maksud mendalam dan suweet jadi aku tepek sini.
    sebenanye aku korek email aku anta edy dulu ceh ceh hehehhehe.

    ReplyDelete
  8. hehe..kenal ke..
    camne leh kenal ek?
    satyam ialah company yg duitnye byk kt kertas tp xde kt bank.

    ReplyDelete
  9. haahhaha...conpem ko dpt kerja lisa

    ReplyDelete
  10. aku dpt kerja ape ek?
    aku dh accept kat PJ.tunggu nak amek offer letter. lagipun gosip liar kat india ckp EA malaysia lingkup dan nak tutup terus. pe jadah aku nak setia? dh lama dh pon aku nk blah.

    ReplyDelete
  11. me_known,
    anyway motif ko masuk entry ni tp kait2 ngan satyam? ni entry percintaan ok. sapa ada masalah cinta or nak meluahkan syg kt pasangan memasing je komen sini.

    ReplyDelete
  12. dh ko tanya. jawab jelah..
    aniway, this the last time u see me here..
    thanks for advise..
    bye

    ReplyDelete
  13. me_known_bye,
    amboi..merajuk ke. hahha. aku tak kenal ko sape pun sbenanye. saja serkap jarang.
    bye2. have a good life!

    ReplyDelete