Tuesday, June 23, 2009

Interview F41. Pengalaman Saya.

Update cepat2 sebab nak tido pasni. Malam tadi takleh tido. Bukan sebab study tapi sebab waktu tido aku memang lewat pon.

Interview tadi, overall aku rasa bergantung pada nasib calon dapat room mana. Aku dapat room M, ok! Best interviewer aku tak sarcastic sangat macam yang Reen dapat. Lagipun aku sejak2 keje XXX ni memang pandai putar belit. Segala2nya aku putar putar putar sampai dia puas hati then scipp ke soalan lain. Ini penting ye supaya kita tak nampak blank dan nervous. Kalau dah terkandas mana-mana tu akan menyebabkan kita nervous untuk soalan seterusnya. Yang penting ko cakap dan belasah je. Kalau rasa tak tahu jawapan, ko cakap la role ko tak buat benda tu so, ko tahu basic je. Walaupun cakap basic je tapi ko kena la hurai mcm ko ni bijak. Walaupun bijak menggoreng je.

Aku dpt interviewer yang masuk2 terus ask in English. Nasib baik jugak, sebab aku tak pernah jawab interview dalam BM sebelum ni, pasal kerja banyak guna English term, so kalau nak translate SDLC jadi Fasa Pembangunan Sistem tu aku mestilah cuak, lagi2 kalau nak convert networking menjadi jaringan atau database menjadi pangkalan data. CHOYYYYY!!!!!

Mula-mula introduce yourself. Soalan typical nih. Aku cerita la pung pang pung pang bagi nampak terer sket la. Last2 masuk bab company aku kena gelak sebab XXX memang terkenal pasal kes fraud. AKu pun konon2 buat muka sesal dan kesal memikirkan nasib 50 ribu(ye kot) employee XXX yang tak terjamin akibat tindakan durjana Founder bodoh tu. Pastu aku pun masukkan la term2 ethics dalam IT tambah minyak tanda protes terhadap founder yang takde INTEGRITI. wah, integriti gitew!!Sekali dengan auditor PWH tu aku gi blame skali. Dorang angguk2 la sebab setuju, dorang cakap computer doesn't cheat, human cheats. Aku angguk2. Introduction ni penting sebab ia akan mencipta mood untuk kita tenang menghadapi soalan2 seterusnya. Calm.

Pakcik cina yang interview aku tu speaking banyak, sorang akak melayu tu ckp melayu tapi aku dah mintak izin kalau English in full English, kalau dia tanya dalam BM, aku mintak izin jawab campur2 English sebab aku memang takde idea nak translate jawapan yang guna English term ke dalam BM macam Star topology tu takkan nak letak topologi bintang. Macam lucu.

Technically, aku dapat soalan:
1.SDLC

2.Macam mana nak setup 1 ofis kosong. Ni aku bengang nih sebab sebenanye die nak jawapan dalam networking track tapi soalan dia general. Agak choyyy di sini. So aku cerita satu2 dari sebijik PC menjadi network sampai complete satu bangunan. PAstu die asyik tanya then then then, sampai dia puas hati complete sistem tu leh jalan, ade security and all. RJ45 pun aku sebut padahal aku pun tak sure la RJ45 tu utk kabel ape. Belasah. Blabla. Ni soalan bonus aku rasa sebab leh lengah2kan masa interview. Dah la aku bukan budak network. Tapi aku belasah je. Betul tak betul terpulang kat dia.

3. LAN WAN. Then aku plak cabul mulut tersebut MAN, yang metro tu. Pastu dia tanya mana lagi besar MAN ke WAN. Yang ni aku x ingat sebab last aku hafal masa aku form 4 kelas IT exam akhir tahun. Aku ngaku kalah je ngan die pasal ni. Tapi LAN and WAN aku describe elok2 la..

4.E-Government. Apa ada dalam tu. Kenapa memudahkan kita. Ada borang tak kat situ. Beri contoh.

5.Soalan kebodohan di pihak dia ni aku rasa, dia tanya aku pasal teknikal, ape aku tau. Aku jawab la technical skills aku ade. tapi dia cakap, dia nak teknikal. Sebenarnya dia tak faham term teknikal bagi seorang developer kot. Aku rasa dia ingat teknikal ni cuma format2 komputer, pasang2 kabel, network, keje2 yang berpeluh2 tu padahal buat database, oracle, Microsoft tu technical skills la kak....Bengang je aku yg ni. Nasib baik aku cepat2 teringat yang dia staff government. So, mebi betul la kot dia ingat keje2 networking, install2, repair2 je technical. Hurmph....

6.Soalan general, aktif in sports tak, kelab, result kat U. aku konon2 cakap aku pandai kot. Dah tu takkan aku nak pegi cakap kat dia, Sir, I am very stupid. Kau gila? Bila dia tanya pasal pencapaian blabla aku rasa time ni kita kena bangga diri. Sebab ni je time kita nak impress dia.

7. Kelebihan diri ko. AKu dah senarai 5,6 kelebihan. Dia nak lagi. Last2 aku cakap tu aku dapat pikir wat masa skrg..Dah blank. Tapi setiap 1 tu elaborate la panjang2.

8.Kenapa nak keje gomen. Boleh tak aku jawab camni? Sebab saya rasa saya layak. Hehe takde lah. Ni korang goreng la sendiri ye. mane la aku tau kenapa korang nak keje gomen. AKu sebab mak aku berharap sangat. AKu ikutkan je. Tak kisah janji duit masuk, aku berlaki, laki aku bagi nafkah kat aku nanti.

9. Tugas2 PTM.

Lagi, aku dah tak ingat. Basically cara aku menjawab dan bersoal jawab dengan diorang kene nampak mcm kita tahu walaupun tak tahu, kena yakin, English plak kene la fluent sket walaupun mu ore kelate, mu jange la kecek Englihhh bunyi kelate weh. Kalau nak menipu pun agak2 la, jangan ko tipu terus sebut and tembak term gempak tapi bile die tanya deeper terus ko tak tau nak jawab pape. Camtu la.

Session aku lama jugak, aku rasa dekat 30 minit tak pun lebih. tapi bilik M tu aku perasan memang 20-30 minit sorang. Sebab aku tengok bilik lain standard dalam 18-20 minit je. Maybe interviewer bilik M memang mesra. Mesraaaa~~~

Choy sangat2 hokey sebab aku tertinggal handbag dalam bilik tu. Dah next candidate masuk, aku terpaksa sengih2 kerang busuk gi ambik handbag aku. Interviewer tu gelak je pastu org2 duk tunggu kat lua bilik tu lagi laa duk gelak kat aku. Ini tidak bagus. Telah mereveal sifat cuai aku.

Ini plak soalan kawan2 aku dapat tadi.
1. IMAP and POP3. Bezakan.
2.SOHO
3.Data Center.
4.Camne nak setup server. Kat mana? kalau bangunan tinggi, nak letak server atas ke bawah ke tengah ke. Tengah kalu, kenapa? Atas kalu, kenapa? Bawah kalu? kalau banjir? Yang ni sumpah aku pon x tau. Yang aku tau kena tempat sejuk sebab takmo overheating. Latitud, tinggi, koordinat, aku tak tau hokey. Jangan tanya mak, ok nyah!
5.1 Malaysia. KOnsep.
6. Kenapa mualaf kalau nak convert agama asal or org Islam nak convert tak boleh? Padahal konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan. Kalau dahulukan rakyat, apsal lak bile nak tuka agama, tak bagi? kate dahulukan rakyat? haaaa, korang..jawab2.
7.Normalization.

NI edy penah dapat soalan ni.
-SIFAT2 NABI. alim sungguh soalan si edy ni dapat.

kadang2 ade yg tanya rukun iman, rukun islam. tidak dilupakan rukun negara.

Itu jela yang saya dapat ingat.
Aku tak mengharap pun untuk dapat. Dah panggil interview aku pergi, dapat tak dapat belakang kira. Janji aku buat mak aku senyum sebab dengar cakap dia suruh pergi. Walaupun aku dah accept dah kerja baru 1st July ni. Kalau tak dapat anggap la takde rezeki. Rezeki kita masing2 Allah dah tetapkan. Kadang2 apa yang kita suka kita tak dapat, dan yang kita tak suka, kita dapat. Anggap jela tu ketentuan Ilahi. Semua terjadi ade sebab, akibat dan hikmahnya.

Lagipun tadi kawan aku cakap, calon interview ada la dalam 10 ribu lebih. Kekosongan 200 je, pastu calon simpanan sedia ada dah 300. So, aku tergolong ke dalam yang bertuah tu? Sebab tu la, taknak berharap. :) :) :)

Good luck pada rakan2 yang belum interview. Yakin pada diri sendiri. Yeah.

FUH, aku respek sapa baca sampai abis entry ni. Babai.

11 comments:

  1. Sila respek aku sbb aku baca smpai abes..kahkahkah..ermmmm kamu sgt bagus mnjawab soalan..aku tahap dah lupa gaban sume2 fakta2 tu....

    owh sejak mengkodingkan diri aku dah lupa ar mende2 lain...sdlc pon berong tak ingat sgt...sbb org lain yg wat sdlc...aku develop saje..uuuuuuuu

    ReplyDelete
  2. ciare,
    respek2.
    bagus ke? hurm cuak sbenanye tp pretend mcm tak. kalau dilayan cuak mmg takde lain la aku pk nak g toilet je. tension ok.

    ReplyDelete
  3. respek kat aku gakk bace sampai abes ;p

    uh respek kat kamu sbb pandai jawab uhuk uhuk

    tp tang henbeg tu, alooorr~~ spoil sudaaa ;p

    ReplyDelete
  4. dd dudu,
    respek2.
    tp kejadian henbeg tu sebenanye comel je pasal dorg gelak2. sblum tu dlm bilik teview dorg memang mesre pun n suke gelak2 jewwwww.
    pandai jawab ke?????? salah tu dik non. iols MAIN JAWAB jahhh.

    ReplyDelete
  5. wah kalo tak study ni bnyk gak xleh jawab. eh lain eh kefahaman psl technical dr sudut dorg. dr sudut kite mmg la rujuk pd java keee php keee kan? kena ingt ni =p

    ReplyDelete
  6. muni,
    khaaaaaaaaan? aku rasa dorg faham teknikal ni mcm kene jadi technichian kot. kene gi ke hulu ke hilir kat server la, angkut pc,pasang itu ini pastu peluh2 cmtu kot. tekejut mak td nyah. tapi buat2 cool. nnt kalau betulkan die takut die termalu laks.penat je mak duk cakap oracle, microsoft, database blabla pastu die duk tanya lagi. i mean, technical. aku pun mcm????ape nihhh???

    ReplyDelete
  7. weh, aku pun bace sampai abes la, hehe, cam susah2 jek soklan, konfem aku xleh nak jawab, hehe

    ReplyDelete
  8. rose,
    ko takleh jawab? bukan ko ke yg sentiasa dpt 4flat dulu tu???

    ReplyDelete
  9. reha, ko tak tau ke? UIA ke??

    siddiq
    tabligh
    amanah
    fatanah

    ok!!

    ReplyDelete