Saturday, June 13, 2009

Monolog Peribadi

Tengah2 layan Ice Age kat TV2, iklan sekali sekala tune in Tv3, cerekarama.
Kadang-kadang aku layan Cerekarama jugak pasal banyak cite sedih.
Aku lagi suka cerita sedih dari cerita2 bodoh Razak Maiden tu.

Wah, walaupun aku tengok sikit2 je Tv3 ni, rasa macam best jugak cita ni.
Anak diaaaa, derhaka nya.
Tapi kenapa sampai jadi derhaka tahap mcm ni ek.
Ada sapa2 tengok tak cita ni? Sharing synopsis plis.
Aku rasa, cerita ni macam best, walaupun tengok sikit sangat2.

Tapi, ayah dia punya la penyabar kan?
Anak cakap aku-kau je dia sabar dan tahankan aje.
Dalam konteks Islam, memang sapa2 anak derhaka tak bau syurga.
Tapi dalam situasi macam cita ni, katakanla anak dia derhaka macam lahanat,
tapi ayahnya masih sabar dan macam tak ambik hati pun.
(sebenarnya aku tau, dia sedih kan?)
Camne plak ye utk kes mcm ni? Bau syurga tak?

Kisah ni sempena hari bapa kan?
Aku dengan ayah aku rapat betul.
Kecik2 dulu siap ikut pegi keje.
Kalau tidor, memang kulit kene sentuh dengan ayah.
Kalau tak rasa bersentuh kulit dengan dia, memang aku meraung.

Hobi ayah aku memancing.
Aku selalu ikut dia mancing dulu.
Pergi kat kuala la.
Siap solat atas bot.
Dulu perangai aku pun tak macam budak perempuan.
Kulit pun hitam. Sebab hari2 main panas.
Ikut ayah gi mancing. Seronok gila.

Sekarang dah besar2 pun selalu gurau2 dengan ayah aku.
Rindu gila suasana kat rumah, ada semua adik beradik, mak dan ayah.
Kita tak tau sampai bila ajal kita dan mereka.
Mana la tau kita yang pergi dulu.
Aku menyeru diri sendiri dan kawan2, hargailah keluarga, dan orang2 yang kita sayang.
Aku rasa, aku anak yg baik(kot). Semua cakap mak/ayah aku ikut.
Banyak perkara/keputusan dalam hidup aku, atas pilihan mak+ayah.
Tapi diorang sporting jugak, bukan main belasah je pilih guna konsep veto.

Aku rasa adik aku baca blog aku.
Adik2, jangan derhaka pada umi+baba.
Dengar cakap diorang tau.

Yang sorang tu jangan bila dah balik asyik habiskan bil tepon je.
Nak gayut, guna handphone sendiri.
Topup sendiri. Sila berdikari.
Jangan cilok kredit umi+baba. Jangan guna fixed line. Hehe. Pendek kata, jangan bergayut!
Yang sorang lagi tu jangan asyik nak bad mood je. Muka cantik, dalam kena cantik jugak, baru la laku.
Yang lagi sorang tu, janganla asyik tidur je.
Bangun la bersosial dengan family sekali sekala.
Dah la jarang2 je balik rumah. Spend la quality time dengan family.
Yang sorang si hitam manis tu, jangan asyik nak bershuffle je dalam rumah.
Ade ke asyik shuffle je walaupun dari hall nak pergi dapur? Jalan elok2 ok.
Jangan nak kepit2 shuffle. Buruk.


Ok la, dah malas nak type lagi.
Cerekarama ni belum habis rupanya.
haha, mamat ni mimpi????
choiiii!

2 comments:

  1. waah bekground sluar jeans

    alaaa muni baru je msj tgk x cite ni huhu tp saya suda tertido lorr selepas die kate kat kawan die bapak die sengal~~ huk huk

    mimpi ke? huk huk

    ReplyDelete
  2. dd,
    dia komaaa.ntah sy pun x tgk sgt.youtube ade x nnt, agak2?

    ReplyDelete