Saturday, October 11, 2008

doktor imran, sile jwb..

ni artikel aku cilok dr blog org.sbb aku dh x tahan sakit.and entry ni aku hrp sgt doc imran leh jwb secepat mgkin.aku dh mogok tido skang so aku x pg klinik.esok kot aku g sbb dh cuak and sakit lidah aku yg amat sgt.korg paham kan, if kene ulcer cmne?kalo kene kat bibir je dh sakit gile, tu kalo kene sbijik yg kecik.ape la agaknye perasaan aku yg kene 3 ulcer kat lidah.satu kat permukaan, 2 kat tepi.yg besar kat permukaan.mmg sakit.xleh nak ckp dgn betul especially huruf T sbb lidah x dpt nak sentuh lelangit dgn tepat.bile tersentuh, sakit gile.dan jugak, x boleh makan.td pon aku bli mcd porridge tp dpt mkn bape suapan saje.

to tuan doktor, kronologi sakit adelah:
memule aku mkn daging goreng pastu tergigit lidah.time ni aku mmg dh start2 dmam.so dmam bukan dsebabkan ulcer.cume kesan tergigit lidah tu memule die jadik merah then die jadik ulcer yg sgt sakit.and maybe susah nk smbuh coz kebetulan aku tgh dmam n ade sore throat.tp aku risau takut x sembuh2.soalan aku kpd ko, takpe ke aku taruk bonjela ni sbb bese bonjela org mmg taruk kat ulcer, tp ulcer org lain kat bibir, aku je kat lidah.aritu aku mls nak g klinik coz nnt nak kene tggu q dulu n jmpe doc.tu yg aku amek jln mudah bli bonjela ni jek kat farmasi.

lagi soalan, so..apekah teknik pemakanan aku sepatutnye ambik.yg aku tau, kene byk minum air la kan.dan jugak utk URTI tu, kene mkn buah.skang tekak aku dh ok.cume ulcer ni jela azab sgt.utk ulcer ni, apekah do's and dont's..plis ye doctor wannabe..



ape yg menambah cuak di hati aku adelah setelah aku google(biasela aku pape hal, skit2 google..), aku jmpe nih:

Ulser pada lidah bawa bencana dalam hidup

Pengalaman pesakit

BRANDON (bukan nama sebenar) tidak pernah menyangka ulser bersaiz syiling lima sen pada lidahnya sejak dua minggu lalu bakal membawa bencana dalam hidupnya. Sangkaan ulser itu disebabkan cuaca panas dan kurang minum air meleset apabila ia tidak sembuh selepas dua minggu mengambil ubat antibiotik.

Pada Julai 2003, akhirnya Brandon disahkan menghidap barah mulut. Fikirannya berkecamuk dengan pelbagai persoalan. Kenapa dirinya, apa yang sudah dia lakukan sehingga ditimpa penyakit ini? Bagaimana khabar itu akan disampaikan kepada ibu bapanya? Adakah teman wanitanya sedia menerima keadaan dirinya itu atau patutkah dia meninggalkan saja teman wanitanya itu?

Hampir setiap malam Brandon menangis ketakutan. Namun, dia sedar dirinya harus bersiap sedia menerima sebarang keputusan daripada pembedahan itu, ibu bapa mahupun teman wanitanya.

Selepas sebahagian lidahnya yang terkena barah dibuang, Brandon tidak boleh bertutur lagi. Ketika inilah teknologi khidmat pesanan ringkas (SMS) amat dihargainya selain menggunakan pen dan kertas untuk berbicara. Hidup Brandon tidak lagi seperti dulu.

Selepas dua tahun, Brandon sekali lagi dikejutkan dengan satu benjolan pada lehernya. Sah! ia barah yang sudah merebak ke nodus limfa. Brandon dilanda murung bukan kepalang sehingga dia bersumpah jika diberi peluang meneruskan hidup, pastinya dia akan menyumbang sebanyak mungkin kepada masyarakat.

Kesan pembedahan membuang benjolan di lehernya itu membuatkan Brandon tidak dapat mengangkat tangan. Sebelah bahunya senget dan bermasalah memakai baju. Pembedahan itu menyebabkan suaranya menjadi kasar dan lemah.

Kepada pembaca, Brandon berpesan jangan sesekali mengambil ringan penyakit ini!

Sumber: Berita Harian 16.11.2006


artikel kedua:

Cegah barah mulut lebih awal

Oleh Halina Mohd Noor

Mengunyah sirih, merokok dan minuman keras antara penyebab pipi, lidah, gigi alami kanser

TABIAT mengunyah sirih, merokok dan minuman beralkohol bukan saja memudaratkan kesihatan, tetapi paling menakutkan apabila ia mengundang barah pada mulut. Mungkin barah mulut tidak berlaku sekerap barah payu dara mahupun barah lain, tetapi sekali ia menyerang, seluruh kualiti kehidupan turut terjejas.

Lebih membimbangkan, barah mulut yang dulunya hanya dikaitkan dengan golongan berusia kini turut menyerang seawal usia 20-an.

Barah mulut adalah barah paling membimbangkan kerana ia membabitkan bahagian badan yang mempunyai fungsi seperti pernafasan, deria rasa, menelan dan suara. Kadar kematian dikaitkan dengan barah mulut adalah tinggi kerana barah ini biasanya dikesan pada peringkat lewat.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Penyelarasan Kanser Mulut Universiti Malaya (UM-PPPKM), Prof Dr Rosnah Mohd Zain, berkata seperti barah lain yang mengancam nyawa, barah mulut tidak boleh dipandang remeh dan memerlukan rawatan sebaik menunjukkan kelainan pada mulut.

“Ketumbuhan seperti ulser atau radang pada lidah, mahupun kawasan mulut yang tidak sembuh melebihi dua minggu perlu dirujuk kepada pakar seperti doktor gigi. Kebanyakan doktor gigi di negara ini terlatih untuk mengesan barah mulut.

“Bagaimanapun, lebih 60 peratus pesakit hanya mendapatkan rawatan apabila barah berada pada peringkat lewat. Pengesanan pada peringkat satu mempunyai 80 peratus peluang untuk pulih. Biasanya, apabila dikesan lewat, barah mulut sudah menular ke saraf pada leher dan terpaksa menjalani pembedahan membuang kawasan dijangkiti,” katanya.

Barah mulut juga berisiko berulang ke bahagian lain. Walaupun ada kemajuan dalam rawatan barah mulut, malangnya kadar kelangsungan hidup lima tahun pesakit tidak meningkat sejak tiga dekad lalu. Sebanyak 50 peratus pesakit meninggal dalam masa lima tahun selepas diagnosis. Bagi mereka yang masih hidup, kesakitan, kecacatan dan ketidakupayaan fizikal memberikan kesan besar terhadap kehidupan mereka.

Barah mulut adalah barah keenam paling kerap di dunia dengan anggaran 350,000 kes baru setiap tahun. Di Semenanjung Malaysia, 21,464 kes barah didiagnos pada 2003. Perangkaan National Cancer Registry (NCR) menunjukkan barah mulut adalah ketiga paling kerap berlaku ke atas lelaki dan wanita di kalangan etnik India.

Kajian terhadap data daripada pelbagai hospital di Malaysia pada 1994 hingga 1998 menunjukkan kejadian barah mulut adalah paling tinggi di kalangan etnik India, diikuti golongan pribumi Sabah dan Sarawak, Melayu dan Cina. Di Semenanjung, kaum India adalah golongan paling dominan untuk barah mulut di Negeri Sembilan dan Perak. Di Sabah, kaum Kadazan Dusun mencatatkan kes barah mulut tertinggi. Gusi adalah tempat paling kerap berlaku barah mulut di semua negeri. Tetapi di Negeri Sembilan, barah mulut paling kerap berlaku di pipi.

“Di Malaysia tabiat mengunyah sirih didapati menjadi faktor utama barah mulut di kalangan orang India dan pribumi Sabah dan Sarawak. Di kalangan etnik Melayu, didapati bahawa tabiat merokok adalah penyumbang utama, manakala barah lidah lebih tinggi di kalangan etnik Cina yang dikaitkan dengan pengambilan alkohol berlebihan,” katanya.

Keputusan kajian awal daripada Sistem Bank Data dan Tisu Barah Mulut di UM-PPPKM mendapati di antara 84 pesakit, faktor risiko paling biasa diamalkan adalah pengunyahan sirih (54.8 peratus), pengambilan alkohol (33.3 peratus) dan merokok (26.2 peratus). Bagaimanapun, tidak semua yang merokok atau mengunyah sirih mendapat barah kerana serangan barah mulut juga turut dipengaruhi faktor genetik.

INFO: Barah mulut

Apakah barah mulut?

Barah mulut adalah sebarang ketumbuhan tidak normal yang didapati di kawasan mulut. Ia boleh dikesan ketika pemeriksaan mulut di klinik gigi.

Gejala barah mulut

Ulser di dalam mulut yang tidak sembuh selepas tiga minggu.

Tompok putih atau merah pada gusi, lidah dan lain-lain bahagian mulut.

Kesusahan menelan, mengunyah atau bercakap.

Kesusahan menggerakkan rahang atau lidah.

Rasa kebas pada lidah dan kawasan di sekitar mulut.

Terasa seperti ada halangan di kerongkong.

Sakit kerongkong yang berpanjangan untuk lebih daripada 6 minggu terutama bagi perokok melebihi 50 tahun.

Bengkak pada rahang.

Bengkak pada leher.

Sakit telinga kronik.

Pendarahan dan kesakitan.

Kehilangan berat badan.

Sumber: Berita Harian 16.11.2006

so, alang2 ko sndiri kan yg ckp if sakit pape leh tanye ko, so skang aku nk ko jwb cpat2 ni segala persoalan aku.esok mknenye aku kene gi klinik la mtk ubat yg doc bg, bukan memandai2 aku jek nak tenyeh bonjela tul tak?tp wat mase skang aku mmg ade amek antibiotik, tp antibiotik yg doc bg utk dmam aritu laaa..mase aku g jmpe doc aritu, aku x tanye psl ulcer ni sbb time tu lidah aku just ade kesan2 manje kene gigit kat gigi aku sndiri je, lum lagi jadik ulcer.so, im..sile jwb k..mekasih..moge ko cpat2 dpt jadik doktor bertauliah.amin..

11 comments:

  1. bila bercakap hal barah, kena kembali kpd isu risk factors. bkan seme org prone to cancers. unless ur a smoker, drinks a lot, mkn sirih ke or have a family history (parents or relatives) yg ada cancer, likeliness of u getting a cancer is pretty slim.

    ulser lidah mmg sakit, lg sakit drp ulser bibir. been there, walaupun cuma kena skali (dibandingkan dgn ulser bibir). sbb2 mayb kena ulser sama je mcm ulser bibir or even ulcer perut - stress, kurg air atau dah mmg senang kena ulser.

    so cara nk manage ulser nie senang je. sama ada kurgkan stress or minum air byk2 skit. bonjela works even on d tongue, so u'll b fine using it.

    NaSiHaT: bkan seme demam perlu antibiotik. so i wud suggest next time kalo demam2 biasa tu juz mkn panadol, minum air byk, rest well. sbb antibiotik hanya berkesan dgn jangkitan bakteria, walhal selalunya demam biasa adalah jangkitan virus. doctors in Malaysia tend to do this mistake quite a lot. unless ur really sick, or not feeling more more than a week then go see a doctor and get a prescription.

    bab pemakanan tu, xde "pantang" pun sbnanye. tp xde salah nk ikut ckp org2 tua kita - jgn mkn terlampau berminyak/berempah, jgn minum air sejuk etc. utk URTI tu (eg. selsema) vit.C bagus as PREVENTION. buah2an tu sesuai coz ada vit.C helps increase immune system, tp bkan utk menyembuhkan penyakit. kalo sakit2 tekak tu, amalan bagus wud b wif honey. papehal pun, paling penting wud b pemakanan seimbang dan sihat. sbb tu i've lost 7kg and still feel healthy! :D

    so, unless things don't settle after a week or get worse (which by then u shud c a doc) i wud believe there's nothing to worry abt :)

    lastly, it helps to hav gud oral hygiene (maknanye gosok gigi la tu!) kalo nk amal listerine (mouth wash) pun ok gak.

    maka, harapnya penerangan separa-ringkas nie boleh membantu. do take care k ;) get well soon! papehal, update je.

    ReplyDelete
  2. oo mekasih ye doctor im yg dh direveal identity rahsia ko kat blog aku.hehe.eh2 tersilap la.antibiotik tu bkan utk dmam la, doc bg utk sakit tekak aritu.now sore throat sudah tiada, tunggu nak ok ulcer je. :(

    ok segala nasihat ko aku dh ikut dh.kene sabar jela kan tggu ulcer ok.tapi sakit ooo.sblum2 ni aku wat x tau je if ade ulcer kat bibir(sbb panas and kurg air la),tp yg kali ni mmg xleh tahan2 dh.sakit gile.

    owh gosok gigi pastila, listerine juge ade..air juga sudah diminum dgn byk, buah2an juga mkn.btul la kan x pyh mkn pdas2 nnt ulcer lagi sakit lor.

    anyway ko dh lost 7kg?wow!

    to readers, sape nak tanye psl health, leh la tanye doktor nih, aku bg ko keje keras skit im, b4 ko btul2 jadik doc. :)

    ReplyDelete
  3. alamak takutnya bace psl ni..
    dr im, kalo salu rase ngilu kat gusi, kena jumpe dr biase ke dr gigi? hehe.. takut salah tmpt rujukan.

    ReplyDelete
  4. hehe ngilu gigi le plak. tu ada acid erosion la tu. thin teeth enamel. skit lagi leh rongak (gurau je!) tp prob tu kena check ngan dentist. kalo ikut iklan tv, ubat gigi sensodyne bagus utk problem gigi sensitif.

    ReplyDelete
  5. pasal sakit tekak tadi tu...

    kita ada demam, ada sakit tekak. kdg2 mendenye dtg skali. kalo kat sini, they call it a cold. yg demam, selsema, sakit tekak. seme nie usually common symptoms of URTI. again, seme nie usually viral infection bukannya bacterial. again jugak, docs kat Malaysia suka prescribe antibiotic. silap besarla jpe aku nie minta antibiotic kalo dmam lenkali. hehe...

    psl my identity tu, i think psnie nk publickan ajela blog nie. nk berahsia kononnye, org korek jugak. so xpela ;) ur forgiven. hehe...

    ReplyDelete
  6. haha...sorry doc!

    to cik-pestisid...get well soon k.

    ReplyDelete
  7. *apa yang dicari?*,
    hehe..ko yg suruh cr kat kak izyan kan ko sape.so aku msk blog k izyan trus je jmpe :)
    anyway thanks doc..

    kak izyan,
    thanks..me too, hrp diri sndiri cpt smbh.:)

    ReplyDelete
  8. lisa..ciannye ko.. sy rase ko ni tmbh ngn tekanan keje tuh yg jadi x baik2..

    xpenah la kne ulcer kt lidah.. sakitnye... uh uh...

    ko minum air smpai kembung. jgn biar ulcer tuh kering.. kalo kering tuh yg rase sakit sgt2.

    k get well soon

    ReplyDelete
  9. lina,
    laaa..tekanan keje amende nye.tak tertekan langsung.tertekan takde keje ade la.ni sbb tergigit lidah sndiri time menikmati daging goreng.lidah terpele'ot skit pastu tergigit le.sbb bdn panas n cuace x menentu la ni jadik ulcer.lidah sy skang ala2 jalan berturap tar, tetibe ade satu part berlubang pastu org JKR tak dtg repair jln.ha cmtu le lebih kurang.bile nk mkn, mknan ibarat kete yg kene elak kene jln tar yg rosak itu.

    ReplyDelete
  10. oh. gune sensodyne eh. time tu kena ulser n spjg kena ulser tu rase ngilu jek kat gusi.

    dah stat enjin p klinik gg tp sbb smp lambat die dah xnak amek patient dah huhu.so trus beli sensodyne pastu dah x ngilu dah.masih gune smp skg.hehe.bgs la sensodyne.

    so btl la eh kena jmp dentist.risau kalo2 nex time penat2 Q nk jmp skali dentist kate, ini d luar bidang kuasa sy.. huhuhu

    ReplyDelete
  11. glad i can b of any help. cik pestisid, psnie sila refer patients ke shoutbox di blog saya ye. nk jadikan blog saya pula sibuk dan huru-hara dgn kepelbagaian health complaints. hehe...

    ReplyDelete