Thursday, April 23, 2009

Smart Tag

Hai kawan-kawan. Hari ini, saya nak bercerita berkenaan dengan Smart Tag. Smart tag adalah satu alat yang digunakan untuk membantu mempercepatkan urusan di plaza tol. Apabila melalui lorong Smart Tag, pastikan anda memang memiliki smart tag jika anda tidak mahu ditertawakan oleh pemandu-pemandu lain kerana, mana ada orang jaga kat situ kalau kau nak bayar tunai. Kalau mereka tak ketawa pun, mereka akan marah anda kerana menyusahkan orang lain.

Saya juga memilik Smart Tag. Sebenarnya bukan milik saya, tetapi milik tunang saya. Biasalah perempuan macam saya ini mempunyai slogan hidup, hartamu hartaku jua. Walaupun bergaduh dengan tunang, tetapi saya tetap menggunakan smart tag beliau. Soal pergaduhan, hanya melibatkan hati dan perasaan, dan tiada kaitan dengan harta benda, ya kawan-kawan.

DEngan menggunakan Smart Tag, urusan di tol menjadi lebih pantas. SAya tidak perlu membuka tingkap untuk menyentuh kad touch and go di alat pengimbas TNG lagi. Senang kan, kawan-kawan.

Walaupun anda mungkin kelihatan bergaya apabila menggunakan lorong Smart Tag, anda perlu berhati-hati kerana kadangkala sistem Smart Tag juga macam sedikit #%%^%#^6752uo2i(encrypted text), kerana saya pernah mengalami saat-saat di mana palang tol terjatuh kembali ke atas cermin kereta saya walaupun peranti Smart Tag telah dikesan dan baki Touch n Go saya sudah ditolak. Kau memang sial, palang tol. Dah la masa tu kereta tu aku baru je beli sebulan. Sedih. Nangis sangat2. Nasib baik tiada apa2 yang tidak diingini berlaku, contohnya seperti cermin hadapan pecah.

Saya telah mendapat satu ajaran sesat dan tips mencuri dari seorang kenalan kepada tunang saya. Kawan beliau suka sangat mengikut rapat kereta di hadapan di lorong tol Smart Tag. Tapi saya dan tunang tidak pernah mengikut ajaran ini kerana kami rasa berdosa. Jika anda mengikut rapat kereta hadapan di lorong Smart Tag, ketahuilah bahawa anda sebenarnya sempat untuk melepasi palang tol tanpa perlu membayar tol, dengan syarat, jarak kenderaan anda dengan kereta hadapan adalah sangat2 rapat. Natijahnya(cewah), siren di lorong tol akan berbunyi dan kemungkinan nombor pendaftaran kenderaan anda akan dicatatkan. Kalau berani, buatlah, tapi berdosa tau! Apa yang saya tahu, kawan beliau memang tidak pernah membayar tol. Tetapi perlakuan ini adalah berteraskan slogan, 'Berani buat, berani tanggung.'


Ini adalah Smart Tag tunang saya. Gambarajah ini tidak jelas kerana komposisi cahaya yang masuk sewaktu gambar ini diambil adalah sangat tinggi. Lagipun, ini bukan blog fotografi, jadi, saya tak kisah. Sebenarnya tak perlu letak gambar pun takpe sebab semua orang dah tahu smart tag tu macam mana. Tapi takpelah nak letak jugak.




Walaupun kelihatan bergaya bila guna lorong Smart Tag, tetapi pastikan bateri Smart Tag anda dalam keadaan baik..

kerana..........









aku malu sebab tetibe Smart Tag tu abis bateri masa aku betul2 kat lorong Smart Tag, tengah nak cepat2 pergi ke suatu tempat..

daaaaaaaaaaaaamnnn!

Maka terpaksa on lampu hazard dan undur. Tapi tak perasan sebenarnye aku boleh je tak payah undur sebab ada scanner touch n go kat situ. Touch je la.
2 kali malu.


Lalu memandu laju ke destinasi, takut orang nampak..

damn!

12 comments:

  1. wakakakakakaka!! gelak guling guling! lagi lawak dari kesah dd salah masuk lorong dan kesah offisemate dd yg salah masuk lorong jugak


    :'D

    adoiii punye la aku tunggu ape motif entry ko ni.. hahaha

    ReplyDelete
  2. itu lah natijah nye x check bateri betul2..hehe. lame x bace blog ko

    ReplyDelete
  3. muni,
    mungkin kelaka bagi kau, tapi bagi aku, aku rasa sedih dan hiba. sampai ati ko muni hahaha.

    unicorn,
    yela..sape la aku ni. x payah la bace blog aku, ko kan model XXX. kan main posing ye ko...

    ReplyDelete
  4. bukan cmtu laa...kan XXX dh block blog ni. so, xsempat nak belek2 page lain. manede aku jd model..org lain tu. ko slh org ni

    ReplyDelete
  5. unicorn,
    hahahaha aku dh tengok gmbr dari reen ok! jangan tipu.

    ReplyDelete
  6. "Saya telah mendapat satu ajaran sesat dan tips mencuri dari seorang kenalan kepada tunang saya. Kawan beliau suka sangat mengikut rapat kereta di hadapan di lorong tol Smart Tag."

    Tahun lepas boleh buat menda ni kat LDP .. senang2 je lepas .. pertengahan 2008 .. LDP nye toll upgrade. Dan aku tak jumpa orang berani ikut rapat belakang aku dah .. hahaha ..

    ReplyDelete
  7. jat,
    last year pun brader tu buat lagi la...kire kebal gak la die.

    ReplyDelete
  8. arghhh pecutt lajuu20000x tahap xpandang kanan kiri belakang depan!! sungguhhhh maluuu awwwwwww

    -mangsa penah masuk salah lorong touch n go-

    kuri, musti org ingat ko syok perasan sendiri ade smart tag, tp sebenanye xdek ;p hik hik sori bg statement kejam =n

    ReplyDelete
  9. dd dudu,
    x ah..dh kluakan smart tag tu kat tingkap nak tunjuk kat minah jaga tol lepas hon2 mcm maraaaah ah konon...saje je nak bgtau ade smart tag sebenanye, pastu tunjuk2 palang konon palang yg salah. pdhal smart tag takde bateri hahahahha.
    mantap tak lakonan?

    ReplyDelete
  10. aku pnah kena sebijik mcm ko..
    gile neves..xhingat leh touch je kad tuh..

    ps*MORAL
    JGN BELAGAK KALO ADA SMART TAG!!!
    pesanan utk diri sendiri n sesapa terasa!suke x????????kejinya MORAL nih..

    langsung kat Dublin..no touch n go..no smart tag..NO CAR!!!

    ReplyDelete
  11. cikaida,
    motif? ko nak bgtau sumorg ko skang belajar kat dublin ye a.k.a oversea jadi nak berlagak ye sebab aku ade kat malaysia je, keje bosan pulak tu, pastu aku ade degree je tak sambung2 master, lagikan pulak nak buat PHD mcm ko.. hahhaa, skang aku kejam tak?? suke taaaaak? suke taaaaak? ahahhaha sori. kahkah.

    ReplyDelete