Thursday, April 2, 2009

Boring itu Bosan

Hai tak tahu la kebosanan hidup tahap berapa dah aku alami ni. Bosan bosan bosan. Dah la tak tau nak update blog pasal apa. Bosan tak tau nak buat apa. Aku nak kawin jadi suri rumah la. Boleh tak?

Tadi aku pegila tapau kat Kembangan Paradise. Tengah menunggu order tu tetibe satu wajah familiar datang duk meja sebelah aku. Oh, Obri AF7 rupanya(kantoi ke, aku tengok AF yang bosan tu,ni?). Mulut aku pulak tetibe je tergerak pegi sebut, 'Eh, Obri.' nasib baik slow. Pastu dah tak sempat nak cover pasal dia dah ternampak mulut aku macam sebut,'Eh, Obri!.' Tepaksa la aku senyum2 pastu cakap 'Hai.'

Dia datang dengan awek dia yang tersebar gambar kat internet tu. Kecik gila la awek die ni, mcm size budak form 3 je aku tengok. Pastu secara in person, aku rasa muka si Obri ni takde la hazab sangat macam kat TV. Aku tengok, dalam TV macam berserabut je muka mamat ni. Pastu Shu Beras Jasmin suruh aku pesan kat Obri,'Hoi, suara kau tak best la.' Kalau Shu tak pesan pun, aku memang nak cakap je. Tapi, aku tak sampai hati la pulak. So, Shu, ko cakap sendiri jela lain kali. Aku taknak spoil mood Obri yang maybe ingat die ade peminat sebab bila masuk kedai makan je, ade awek bertudung cakap, 'Eh, Obri!.'

Ok la tu je update. Tak tau nak update pasal apa.

p/s: aku terpaksa menerima hakikat bahawa Tomok ada talent. Korang sila jangan kutuk aku. Aku cuma sama pendapat je dengan Paul Moss. Sapa lah aku. Kalau tak caya pegi tengok youtube, aku rasa Tomok jauh lebih baik dari budak2 AF tu. Aku vote untuk hentikanlah AF tu sampai anak aku dah dewasa nanti baru bukak balik. Bagi aku yang taraf mak2 ni pulak layan AF macam mak aku sekarang.

5 comments:

  1. eh obri!

    hahaha

    memang sore die xsedap pon. bagus lah die terkuar. pasni tolong kuar kan yg plg tinggi dan somi org tu sape tah name die.. seyes xde muka jadi artis. eee.

    ReplyDelete
  2. sidi. kan?? beriye je binik die benti keje konon nak sapot laki jd artis. tp tolongla..telinga aku yg sihat2 ni tetibe rasa nak bernanah dgr mamat tu nyanyi. anyway aku tetido ok tgk konsert arituh.

    ReplyDelete
  3. aku setuju ngan ko pasal tomok 2:D

    ReplyDelete
  4. yeahhhh afundi tomok!! eh silap, vote for tomok!

    lisa jadik gadis bertudung yang say hai kat obri? =n

    eoh obri tu muke cam tupai siket kannn (ini bukan mengutuk tapi memuji, tupai comell peee)

    lisa, ada link ke gamba awek obri x? nak tengokkk

    arghhhh nape muni mention pasal sidi tu :o terus hilang mud pagi aku

    xsukeee ahhhhh, minggu ni tulun keluar ye

    giler kejam statement aku ;p isteri sidi jgn bace comment ni sudaaa

    ReplyDelete
  5. rosealley,
    ros blog ko dah jadi harta pusaka ke? mcm dah banyak labah2 la..aaaaaaa ko minat tomok eyy??hahahaa kantoi2.

    dd,
    a'aaa dakulah gadis bertudung itewww.
    link gambar awek obri ko try search kat cari.com.my part gossip. owh awek die keciiiiiiik.biase2 jek. tp kenapa obri ade kat kedai mkn depan umah ku? adakah tinggal area sini? a'aaa die mcm tupai..erm kasi up skit la...hamster...

    ReplyDelete