Monday, April 20, 2009

Bila?

Aku sebenarnye dah tak sanggup nak habiskan duit XXX.
Sebabnye, diorang takde project. Tetapi membayar gaji. Gaji aku takpela, bukan banyak pun. Gaji Manager2 tu ko ingat seribu dua je ke, haruslah 10k ke atas ok. KO nampak je Mahmud tu bawak kereta kancil yang tak basuh dekat 3 tahun dah, tapi duit dia tu berkepuk2. Nak makan Bak Kut Teh 50x sehari pun rilek je dia keluar duit.

Ada Project Manager, tapi aku tak tau ape diorang buat, projek
tak masuk-masuk pun.
Ape sebenarnye diorang plan dan nak bila wujudnya department aku ni.
Nak tunggu sampai kepala otak aku beku ke baru nak ade projek. Then
masa tu sila la salahkan aku kalau tak perform.

Tiba2 pulak bukak sub department. DUlu anak buah ade 3. PM ade 2.
So, aku rasa agak best la pasal, kalau ade projek, konfem semua dapat. Tapi skarang anak buah tinggal 2. Sorang sudah blah. PM 2 orang jugak nak blah. Jadi kami berdua sebagai anak buah, nak report pada sapa? Orang kat negara lagi 1 tu ke? Kirim salam!

Situasi sekarang ni dah desperado gila babi dah. Orang lain(kat company lain), banyak sangat keje, nak cuti pun susah, sampai dah rasa macam nak berhenti keje. AKu pulak tertekan pasal projek tak masuk, kerja takde, rasa macam taknak pergi keje jugak dan nak berhenti keje. Dah tu, what do u expect? Orang pergi keje, sebab ade keje kan? Dah takde keje, nak pegi keje buat ape?

Korang mesti tanya kenapa tak cari kerja lain? Aku cari la hoi. Kau ingat sekarang senang ke nak dapat kerja? Dah la nak compete dengan manusia2 yang kena VSS, terminated, career enhancement blablablalaba, sape lah aku ni. Memang la kalau tengok resume agak berderet la skills aku, tapi skills, training, tanpa projek sapa nak pandang? KO ingat stakat buat Time Sheet Management System, Purchase Order System, boleh impress orang ke? Orang lain siap develpo system utk airlines la, banking laaaa. Lagipun now diorang prefer orang yang takde kerja dan fresh grad sebab boleh cut cost. Aku rasa agak tertipu pasal prior joining XXX, aku ada call HR person named CJ atau Cik Jah(yang mana aku rasa minah nih dah benti keje pun. Lame tak nampak ko Achii.). AKu tanya elok2, masuk cmpany ni, apa plan diorng for entry level macam ni kan. Die senang2 je jawab just come and u will know. Babi tak statement beliau? Pastu duk cakap XXX ni banyaaaak department. Tapi sebab aku mendapat pujian melambung2 dari Dean Faculty aku pasal XXX punye testimonial and portfolio, maka aku pun terpengaruh. SOrang je yang agak membangkang aku masuk XXX, which is Eddy. Tapi, oleh sebab aku mengikut suara majoriti, aku pun join. Aku menyesal tak dengar cakap Eddy.

Sebenarnye aku nak join SAP line, pasal aku suke je SAP ni. AKu ade tanye si CJ ni ade SAP department tak. Die kate ade. Tapi bila aku dah join, die cakap, SOrry, we don't accept Freshers for SAP. Babi kau.
Patutnye check la background orang before ko nak place orang kat mana2. Ade je yang dah ade CCNA cert, ko pegi campak kat department yg die kene blaja bende lain tu from the scratch tu kenapa? Ko tak rasa ke ko membazir resources? Kesian Toh Keng. EH kenapa Toh Keng masuk dalam cerita ini padahal die tak mengeluh pun,(entah2 mengeluh tapi dalam Bahasa Cina) hari2 aku tengok die browsing website bahasa cina je haha.Saja je guna mangsa lain selain diri aku sendiri. Haha lagi sekali.

Aku nak je sebnarnya benda ni berakhir. Siapa tak nak dia bodoh. Kalau laki aku banyak duit, aku mesti benti keje. Eh, bila masa bersuami? OK, silap. Kalau la dah kawin nanti laki aku banyak duit, aku nak je benti keje.

Lately aku dapat banyak call from government agency. Jabatan Buruh call tanya aku dah keje belum. Aku jawab dah, terus dia cakap thanks dan end call. What the???????? Belum sempat aku tanya dah endcall. AGak kurang ajar pun ade. Macam kau call kawan kau la, tanya ko dah mandi ke belum. Bila dia jawab dah, ko pun ckp, ok, bye. Tak ke terpinga2 orang tu takde angin takde ribut tiba2 tanya dan babai. Lain kali kalau orang call tanya dah keje belum aku akan jawab panjang2 sikit contohnya, 'Dah keje tapi takde keje, department takde project, company pun sikiiit lagi nak lingkup, jadi saya cari kerja baru.' atau, 'saya mungkin kene buang kerja kerana ekonomi sangat meleset, jadi encik tolonglah bagi saya kerja, jangan endcall dulu.'

MAMPU ada call offer for Programmer position tetapi itu adalah on contract basis dan hanya 6 bulan. Huhu sedih betul. Jadi saya tolak. Sila jangan kata aku memilih kerja kerana kau nak ke gamble hidup dan karier kalau awal2 dia dah bagitau 6 bulan, kontrak. Gilo? Baru masuk kerja dah kene siap2 cari kerja baru. Sama konsep keluar mulut buaya, masuk mulut harimau.

Kementerian Pengajian Tinggi call, untuk update database.
KPT: Cik, saya nak tau, cik dah bekerja ke belum.
AKu(dah bijak sikit tapi sedikit menipu): Dah kerjaa, tapiiiiiii dah lama sangat ni kerja kontrak je(pdahal sebenanye permanent), dah lameee sangat kontrak.
KPT: berapa lama ya?
AKu: dah over 18 months dh, tak tau la bila nak permanent2.
KPT: Ye ke, okey2 kalau ade keje kosong permanent saya akan hubungi. (aku tau, saja ayat manis mulut padahal kau tak kol lepas ni).



Janganlah orang ingat aku ni tak bersyukur sebab terlalu banyak mengeluh. Siapa yang nak sabar 2 tahun macam ni? Dari aku dulu muda dan kurus, kini dah berusia dan gemuk. Kalau setakat 6 bulan, aku masih mampu bersabar. Kalau korang sabar, takde la setiap minggu ade je 4,5 orang yang resign kan? Aku juga berharap untuk melangkah keluar dari XXX, for good.

Aku bersyukur je sebenarnya, kat XXX adalah tempat paling bagus untuk kau ambik segala training. XXX memang 1 company yang sangat bagus kalau bab2 training. Dah tu, nak training sampai bila2 ke?? Tapi tiba2 ada increment. Nak minatk kerja baru pun, experience takde, then dengan resume yang macam ni, bukan senang nak dapat kerja dengan position best dan gaji yang best. Takkan nak downgrade diri sendiri setelah kau hidup dengan cara hidup bergaji sekian-sekian. Sapa nak kerja yang gaji 1800 kalau gaji sekarang dah tinggi. Tinggi ke? :P

Ok la, sebenarnye aku tengah tunggu Netweaver installed kat laptop, lama macam lahanat tunggu step 17 ni. step ni je dah 6 jam lebih aku tunggu. Dah la sebelum ni aku kene format sampai 5 kali pasal unsuccessful. memang syial la die punye sensitif.

Aku tabik sapa2 yang baca ni sampai habis. Aku menulis sebab aku stress. AKu bukan menulis bukan kerna nama. Itu Ramli Sarip ok.Tu je. Tak suruh korang baca. Dah tulis tu, alang2 publish ajelah. Kot2 la ade orang lain senasib dengan aku.


Gadis Hampa,
3.56 AM, 20 April.
Tak tido2 lagi sebab terlebih tido tadi.

10 comments:

  1. haha..
    aku termasuk dlm golongan org yg baca entri ko smpi abih..

    ok..papehal pon, wish ko good luck and all the best...

    jgn putus harapan..(sambil nyanyi lg imran ajmain)....

    chaiyok!!!

    ReplyDelete
  2. shy_wani,
    putus angsa dah aku ni. haha. rin pun x nampak muke arini kat opis hahaha lagi. aku plak kerajinan nak baca SAP kat opis. aku ade interview la. tapi aku mcm rasa x dpt je keje tu. skang aku mengalami dipresi dan lemah self esteem. :( murung.. :( :(
    kalau tak dapat, aku kene menjob hunting lagi. ahhhhhhhhhhhh tension.

    ReplyDelete
  3. aku bace je sampai abes. huhu.

    lisa, belum p inteviu mane leh rase2 xdapat.. yang penting time inteviu kena tunjuk attitude yg bagus.kena confident. xtau pon jwb dgn confident.

    pecaye lah cakap aku.

    caiyok lisa!!!

    ReplyDelete
  4. mun-e,
    baiklah kak muni. ni pun aku sorang2 je kene teview. kuh kuh. risau lah. dah la aku dah 2 taun tinggalkan SAP nih. chaiyok2 blaja balik dari 0 nih. huk huk.

    ReplyDelete
  5. aku pun mangsa yang bace sampai abes ;p
    auchh

    rajinnye jabatan buruh dan KPT kol.. nape saye die x kol wawawawa

    weh lisa bile ko nak updare photolog ko? saya selalu refresh (T_T)

    ReplyDelete
  6. dd dudu,
    hakhak..sebenanye tu saje2 je..mmg taknak update.yuk,kesian ko x tinguk lagi gambar tunang saye. nanti ek.. sy tgh cayuk2 skarang. hiiiiiikk ade jugak yg bace smpai abis.

    ReplyDelete
  7. heheh..akak pun bace sampai abes sb excited nak tahu next story..tp betul ape yg lisa ckp tuh..susah sgt2 nk dpt keje baru sb terlalu ramai competitor..ape2 pun akak doakan lisa akan dpt keje baru yg lg better..InsyaAllah, pray hard! :)

    ReplyDelete
  8. kak yani,
    tu la..akak ngan motorola lg kan? ok x? td sy dh g interview di sykt pqrs. siap kene sindir lagi.

    'bagus sgt ke xxx tu?.'
    'dah kene jual kan..?'

    haha.

    tak tau lah dpt ke x pgrs tu.hopefully, dpt la..

    ReplyDelete
  9. Eh tak..akak dh keje len skang, dah blah dah dr bangunan prima avenue 5 sejak march lalu..

    bagus lah dh gi interview..Lisa, teruskan berusaha :D

    ReplyDelete