Monday, December 29, 2008

Updated- Caj PTPTpu

Terima kasih kepada pegawai PTPTN bertugas yang baca email aku. Baru je aku kutuk dalam entry lepas, mcm bace blog aku plak akak ni. Terus reply. Orang macam ni la selayaknya dapat gaji lebih.Untuk dikongsi bersama kawan-kawan.Petikan email yang PTPTN reply kat aku.


Untuk makluman,

perlaksanaan caj 1% bermula pada 1 Jun 2008 sebagaimana kenyataan akhbar Y.B. Menteri Pengajian Tinggi dalam akhbar-akhbar utama pada 06 OGOS 2008. Pihak pengurusan PTPTN sedang menyediakan kaedah dan peraturan pelaksanaannya dan akan diedarkan untuk makluman dalam tempoh terdekat. Maklumat mengenai perkara ini boleh didapati di laman web www.ptptn.gov.my Kaedah dan peraturan tersebut juga akan dipaparkan di Laman Web PTPTN untuk panduan umum.

Caj 1% melibatkan semua peminjam. Surat perjanjian yang baru akan dihantar kepada peminjam awal Januari 2009, tempoh diberikan selama 30 hari untuk kembalikan kepada PTPTN. selepas pelarasan siap sepenuhnya, kos 1% akan berjalan seperti biasa bagi mereka yang tidak mempunyai tunggakan pinjaman sebelum ini. "Semua permohonan (untuk satu peratus) akan ditapis terlebih dulu dengan melihat kepada jumlah pembayaran mereka.

Mereka yang membayar mengikut kadar ditetapkan, layak menerima pengurangan caj. Bagi yang gagal membayar mengikut jadual, mereka tetap dikenakan caj perkhidmatan lama dan hanya boleh menikmati caj baru selepas selesai membayar tunggakan pinjaman ptptn bagi tahun 2008. pelarasan kos untuk semua peminjam dijangka siap sepenuhya pada Januari 2009.

Sila maklumkan alamat dan no tel terbaru jika ada perubahan.
Harap maklum.

No comments:

Post a Comment