Tuesday, December 16, 2008

Boleh Percaya Ke Tak? 2

Kali ini, kisah guard pulak sebab org ada komen pasal guard. Korang rase, guard boleh dipercayai tak?

Sejak aku dengar 2 kes uncle Anand(yeke name die camni) yang kene pow oleh 2 orang guard ofis ni jugak, aku dah hilang kepercayaan kat diorang. Tambah-tambah kes sorg guard tu yang rupa-rupanya layan ganja dan tetiap 2 minggu kena report kat balai, aku lagi-lagi tak percaye dah kat guard, dan ade jugak yg baru keluar jail rupanya.

Mcm mana company MNC yang established camni boleh ambik tender dr orang yang sediakan guard bahaya camni?Tak faham aku. Tak buat background check dulu ke?

Dan persoalannya, bukan company aku keje ni je yg tersilap ambik guard, Management Body apartment aku ni pun sama.

Hari tu, aku isi minyak kat Caltex. Tiba-tiba datang sorang mamat keje kat sini tegur aku, tanye aku duk blok mane?Rupanya dia ckp, dia kenal aku dan selalu nampak kete aku kluar masuk apartment area coz die dulu jaga kat Guard House tu.OK, fine.Tapi dia ckp, dah lama dah dia berhenti.Keje Caltex lagi bagus dia kata.

Then aku tanya, kenapa berhenti?Dia ckp,tak tahan, bos dia jahat. Tipu gaji dia.(Ni kirenye bos company yg provide guard la,bos dia ni).Terfikir gak aku, kalo bos kepada guard pun dah jahat, no wonder la anak buah pun sama.

Aku korek lagi ngan mamat Caltex tu, 'guard-guard kat situ jahat tak?'Pastu dia ckp, jahat.You kena hati-hati.Dulu kes pecah kereta tu diorang la yang buat.Kalo tak silap aku, 6 bijik kete kena pecah. Dan kes-kes curi kasut pun diorang la punya kerja. Patut la, aku tengok,walaupun kete nak masuk punyela susah. Nak bersticker la, visitor pun susah nak masuk.Tapi kes pecah kete ade jugak.Ooo rupa-rupanya diorang punya keje.Tak heran la.Kalau mcm ni, hire 100 guard pun, tapi duk asyik pecah kete orang je, nak secure ape nye??Lagi banyak crime ade.

Pastu brader tu suruh aku hati-hati dgn sorang guard yg dye rambut die.Die ckp, yang tu la yg paling jahat.Pastu aku tanya, mana pergi lagi sorang uncle guard chinese tu?Dia kata, dah quit jugak sbb tak tahan dgn bos dan guard-guard lain.

Aku pun tak tau nak percaya ke tak.Tapi mmg aku ade dgr cerita yang kereta kena pecah tu pun memang kerja guard-guard tu la.Aku gak pernah dengar aduan orang-orang kat sini ckp, mlm2 diorang ni selalu mabuk.

AKu tak berani nak kata ya, diorang jahat sebab aku tak nampak sendiri dan aku cuma dengar org cerita je. Cuma, aku nasihatkan, berhati-hatilah korang ye, especially yang duk resident area aku ni.Lagipon if korang duk situ korang faham kan guard-guard ni terdiri daripada sape, aku rase if diorang tengah mabuk tu, ape-ape pun boleh jadi.

Cuma, setakat kes pecah kete tu, dah takde dah case terbaru. Tak pun aku sorang je yang tak tau.Ape-ape hal, berhati-hati dengan sesuatu yang mencurigakan.Babai.

2 comments: