Monday, March 16, 2009

Takde Gambar Jugak Hahahhaa

Baru dapat mengadap computer. Fuh, agak busy la. Thanks kepada kawan2 yang wish congrats for my wedding, eh eh silap, engagement. Hehehe.

Aku nak mintak maaf pada sesiapa yang aku tak sempat bagitau pasal majlis ni. Asalnya memang nak buat secara tertutup dan panggil family terdekat je. Nanti nikah aku jemput ye..

Overall, majlis berjalan lancar. Cuma mak aku macam kalut2 sikit pasal die tak penah handle kan majlis2 mcm ni untuk anak sendiri. Hehe. Takpe2, first time. Hihih. Pastu majlis aku tu ala2 sukahatikitorang je..Memang aku ni mendapat penyakit family aku sendiri ni, suka2 wat ikut cara sendiri dan tak de la nak ikut2 adat sangat. Bukan aku mati nak kambus sekali ngan adat pun. Hehe. Maafkanlah kami pasal tu.

Disebabkan Edy pun datang sekali siap ngan baju melayu sedondon dgn aku, nak sarung2 cincin jugak, nasib baik die tak pakai sampin kan, kalau tak, baik akad nikah jela terus. Family and tetamu pun duk ngusik2 suruh gi panggil tok kadi jela, pasal dah gaya menikah kekdahnya. Takpela, mak aku nak bagi gak cincin kat dia. Rezeki dia la tu kan.

Nak kene upload gambar kat sini ke? Aku bagi sikit2 sudahla ek. Kepada rakan2 XXX, nak tengok lebih, bleh la mintak access ke file sharing aku. Dah letak kat sharing dah pun.

Sorila kalau hantaran tu nampak macam kelakar ke, ape ke.. Pasal aku gubah sendiri tau. Mak aku busy uruskan hal rumah, adik2 aku plak nak gi sapu rumput yg baru lepas potong la, kemas rumah la. Macam2 la. Lagipun majlis aku biase2 je, tak koser la kan nak upah2 orang. Membazir u. Hantaran belah laki pun, sila kasik tabik spring kat tunang i, pasal die pun gubah sendiri, dibantu mak dia. Auuu, tak sangka i. Rajin laki aku ni hehehehee.

Bila dah bertunang, orang mesti sibuk2 kan, tanya bila nak kawin. So, aku nak bagitau la semua orang, kitorang memang tak bincang pasal tarikh pun, pasal hantaran pun tak bincang, pasal benda2 tu biarla atas budi bicara aku dan Edy sendiri. Malas la nak bagitau orang awal2. Biar bende dah dekat dan jadi baru kitorang hebohkan. Pasal tarikh, memang takde, expected pun tak tau bila, tapi Edy cakap, paling awal, bulan 8 2009, tu pun kalau kitorang ada duit. Serius ni, kitorg tak berduit pasal kitorang kan miskin, keje makan gaji je pun. Hukhuk. Sedihnya. Korang taknak menumpang sedih? Lagipun aku berazam taknak mengharap duit family, lebih baik kami cuba simpan sendiri, barula menghargai perkahwinan. Ececececeh. So, kalau dah menjelang 08 2009 tu, takde jemputan, korang diam2 sudah la. Tu tanda ktorang tak cukup duit lagi. AKu kan orang miskin. Huhuuuu. Sedih lagi. Sedih Sedih :( Eh eh over pulak. I'm Sorryyyy..!

Aku juga nak ucapkan tahniah kat Shy on majlis pertunangan dia sehari selepas aku. Kitorang ni duk berbalas2 sms tanye neves ke tak. Memula aku tak rasa apa2 pun, pasal jemput family2 je kan. Tapi bila rombongan datang, pastu aku pun keluar2 nak sarung cincin, ceh, semua mata pandang2, serius berpeluh aku, neves gile! Aghhhhhh tensen siot. Dah la ramai jugak rombongan diorang datang, ada gak la dalam 30 orang. Mak neves, noks!


Fakta majlis:
  • 7 dulang berbalas 7 jugak. Nah, ini tidak mengikut adat.
  • Hantaran belah perempuan bertema gold, lelaki maroon+pink.
  • Sepatutnya belah aku theme adalah gold or coklat. Tapi pasal makcik and pakcik aku ramai sangat, so tak ikut theme tetibe.
  • Tukang jahit aku adalah bodoh gila, aku rasa nak sumpah makcik ni pasal die jahit baju aku lebar gila, then aku kene pegi kat tukang jahit lain untuk alter. Dia kata nak design kain aku bentuk duyung tapi jadik macam nangka. Ngok la kau, makcik. Dah la mintak upah mahal. Jahit buruk pulak tu. Nasib baik ada orang alter.
  • Berat badan aku menjelang majlis adalah naik 2 kilo. Jadi aku rasa tension je.
  • Tukang mekap aku adalah adik ipar tukang jahit. Sambil2 mekap aku mengadu pasal kakak ipar die merosakkan kain aku. Terus akak tu tetibe tak ngaku tu kakak ipar dia.
  • Tarikh nikah tak ditetapkan lagi, jumlah hantaran juga tidak dibincangkan. Itu adalah perbincangan tertutup antara aku dan dia.
  • Tarikh bertunang aku sama dengan Adlin Aman Ramli. Hahaha. 14/03/2009. 143=I love You. Hehehehe. :)
  • Datuk aku tiba2 enterprem suruh kawin bulan 6 ni. Gilo apo? 3x payslip je tu. Tapi kami ingkar. Haha.
  • Mini pelamin and tirai2 semua takde. Pakai langsir rumah sudah. Sep bajet. Aku miskin. Nikah nanti tobat kena tuka langsir baru, nanti orang notice mak aku tak tuka langsir hahahhaa.
  • Ada orang tu, dia tengok gambar majlis aku, tiba2 berkenan kat adik aku pulak. Sapa ek??? Hahahaa. Ko serius ke weh? Kalau serius aku match kan.
Sori aaa aku ingat nak letak gambar kat sini. Tiba2 aku malas. Aku sakit perut ni, ada angin pulak. Lain kali jela. Heheheeeee.
Bye.

9 comments:

  1. weh letakk arr

    saje jekk tauuu

    menci noks!

    ReplyDelete
  2. aku kenal sape org yg dimaksudkan kt point last tu.eheheh...

    congrats lisa!!!
    nk tgk gmb jugak~
    ;)

    ReplyDelete
  3. dd dudu,
    wah, nyah. kau melampau nyah!

    sitizero,
    hahaa. takkan la dah kecoh kot?? orang tu mengkecohkan diri ke?
    thanks tot! weh aku ore kelate,ajak aku gi majlis ko nanti. hehe.

    ReplyDelete
  4. weh..

    letak le gambar..

    cait betol le ko nih..

    haishhh..~

    ReplyDelete
  5. congratz weih..
    sile letak gmbr..
    jgn main2...kang aku tempek gmbr mms ko arituh kat blog aku kang...

    aku pon neves gak arituh..tetiber senyum smbil menggigil time sarung cincin..haha

    p/s: papepon, lega sume berjalan lancar..skang tggl nk kumpul duit utk kawen plak..eceh!

    ReplyDelete
  6. ala korg ni sabar la..gmbr besar la.aku nak resize dulu. aku busy la. aku kan tunang org. haha,takde kaitan.

    ReplyDelete