Tuesday, March 17, 2009

Nah, Lihatlah!

Sapa boleh lawan rekod ayah aku? Hahaha.




Aghhhhhhhh ni aku baru bagi satu page. Ade sampai 4 pages semua senarai saman, berjumlah 34 saman!! Sejak 2005.

Yang Plate 611 no 1 tu je adalah kesalahan daripada adik aku dan 611 no 3 adalah aku sendiri. Tapi ktorang akan bayar la. Aku terlupe je.

Ni pasal salah 1 kenderaan ni (9953) sedara aku guna wat bisnes kononnya dgn ayah aku tapi saman bersepah. Inilah nama die sedara sejati. Masa nak guna duit datang sembah ayah aku mintak cash seketul, macam kan bapak aku tu Zeti Akhtar Aziz kekdahnya. Duit untung pun takde nak hulur. Dulu pun die bagi pasal aku pow die 400. Tapi dia pau ayah aku 17ribu buat modal. Sedara aku ni ade ke bangangnya pegi hire orang penipu cum putar alam jadi driver. Duit patut masuk dah banyak dlm acc syarikat tapi si driver tu lesapkan 13ribu. Maka, ayah aku la yang takde duit sekarang ni. Kesian ayah aku. Ni pun dia tak tau die ada jumlah saman panjang berjela camni.

Alkisahnya ayah aku dan sedara aku ni ada surat itam putih. Ikutkan sakit hati aku dan mak aku, nak je kitorag suruh ayah aku pegi saman je sedara aku ni. Bawak pergi court lagi bagus. Tapi ayah aku masih baik hati psal pikir taknak putus saudara. Tapi aku rasa sedara aku ni melampau. Memang la die dengan ayah aku taraf sepupu, tapi, die patut respek ayah aku pasal ayah aku lagi tua dan sanggup bantu dia nak bina bisnes sampai sanggup hulur duit satu ketika dahulu dan kereta pun atas nama ayah aku.

Aku bengang sebenarnya bila ada pihak yang buat mcm ni kat ayah aku walaupun sedara sekalipun. Bila dah bengang, ape lagi, masuk blog la. Jadi point aku update blog. Sebenarnya aku nak check saman atas nama ayah aku masa aku guna kete dulu, sebab aku nak gi bayar. Tapi aku nampak yang ni 30 saman berpunca dari cousin aku yang tak setel2 lagi. Aku dan mak aku akan menghalang ayah aku pegi bayar segala saman tu walaupun tu kete atas nama dia. Sian ayah aku. Kalau tak, mesti die dah banyak duit. Sekarang, ayah aku pun kene keje lagi sebab nak kumpul duit balik. Aghhhhhhhhhh aku benci sedara mara tak guna. Asyik nak tolong orang je ayah aku ni, tapi orang buat taik kat dia. Oh bapaku, boleh tak jangan kesian orang lagi lepas ni?? Sila kesian pada diri sendiri.

Kalau jadi kat korang, korang buat apa?
Ayah aku taknak buat pape sebab die sayang ikatan keluarga.
Tapi aku rasa nak $^%&#&^#$%$^ orang tu.
Sesungguhnya aku sangat sakit hati.
Apa patut ayah aku buat?


p/s: gambar bertunang tunggu jela aku ade masa nak resize file. Sabar. File size besar sangat la. Tak larat aku nak upload satu2.

7 comments:

  1. haishh.. aku igtkan lihatlah gamba tunang ko.. cisss..

    34 samansss?? niceeee

    ReplyDelete
  2. err bicara serius cket.. apa kata ko buang perkataan 'bunu*' tu.. klau masuk court bleh jd bukti sbgi ugutan atau niat buruk ko terhadap sedara ko XP

    .. maka fahamilah ayahmu.. hee.. try la tnjuk saman tu.. mana tau aura sakit hati ko meresap kat ayahmu XP tp mcm x yohohoo XD

    ReplyDelete
  3. noname,
    takkkkkkkkkk...ayah aku baik ati.pegila jumpe die. nescaya die bagi ko duit 17000 rupiah. sebab RM dah tak mampu dah. rupiah atau india rupee ok.

    okeylah bunuh telah bertukar menjadi $^%&#&^#$%$^.

    ReplyDelete
  4. hoo bgus2.. maka biarkanlah ayahmu menjadi org2 yg sentiasa baik hatinye.. maka kamu yg berlawanan hendaklah terus berlawan serta menjadi pertahanan untuk ayahmu agar tidak d manipulasi oleh mana2 pihak yg ingin memanipulasi kebaikan ayahmu baik dari sesiapa pun hatta dari pihak matrikulasi sekalipun.. hee..

    ayahmu dr golongan yg baik2.. jagalah dia.. skrg ni smua jahat2 belako kat dunia ni.. aku pon sm.. ko pon sm.. hahahaha...

    ReplyDelete
  5. pest..camne nk tgk saman2 yg kiter ader? kasik link sket..

    ReplyDelete
  6. link dia mcm kelakar. tapi sebanarnye serius, ni lah link dia:

    http://dmzweb01.rilek.com.my/pdrm/IPC/PDRM_SummonsInq.jsp

    ReplyDelete
  7. eh2 ciklisa suda bertunang rupanya,ketinggalan btol haku,hehe...tahniahhh k!:D

    ReplyDelete