Friday, March 6, 2009

OIAM vs Raja Lawak

Hari Jumaat, kalau aku tak keluar makan kat kedai biasanya aku tengok OIAM. Tapi hari ni pasal RL dah final, so kena la tengok padahal bukan aku minat pun. Nasib baik best sikit je dari Anugerah Seri Angkasa.

Tapi duk tuka2 channel gak la bila iklan tu. Padahal dua2 tu boleh tengok ulangan. Tak caya, esok konfem Astro dah ulang balik entah berapa kali sehari final RL3 tu. OIAM lak bleh tengok kat internet. Dah la internet semenjak dua menjak ni bengong tak pasal2. Nasib baik aku tak bayar bil. Hehe.

Aku berpuas hati sebab RL, dapat kat Sepah. Wah aku tak tau kenapa orang kata Jihan tu kelakar. Bagi aku dia biase je, cuma pandai bercerita. Aku juga berasa, seorang perempuan kalau buat lawak kat stage sorang2 macam tu, nampak macam entah apa apa dan nampak bodoh. Kalau nak nampak pandai, pergi la kuliah Compiler Design. Ok ok salah topik. Ye, nampak bodoh. Lagi la nampak bodoh si Amir tu. Asyik2 I'm Sorry. Lawak dah la tak menjadi, sape laa undi. Ni mesti rakyat Kelantan ni ngabiskan duit meniaga Pasar Siti Khadijah gi undi Amir. Walaupun aku orang sana, tapi kalau dah buat lawak tahap lowclass macam tu buat apa nak SMS. Kalau hi class pun memang aku tak SMS. Baik aku SMS pakwe aku ke, mak aku ke. Kesian aku dengan budak kecik si Amir ni. Aku rasa, dia ada idea tapi tersekat pasal dia tak fasih bercakap BM dengan betul. Lidah dah tak dapat nak diselamatkan dah. Kasihan. Ish Ish Ish. Tapi lagi bodoh juri2 yang bagi dia masuk RL ni dari awal la kan. Kalau orang kata lawak dia bodoh, orang yang ambik dia masuk tu lagi bodoh la gamaknya. Entahla.

Nasib baik Sepah menang kan. Walaupun diorang ni suka buat lawak lucah, burung la, blabla tapi combination diorang best. Suka gila dengar suara yang si tinggi tu, tiru Ramlee Sarip. Sebijik jadi. Hehe.

Ok, OIAM pulak, aku sangat2 terkejut bila Tomok nyanyi lagu Crazy In Love by Beyonce dengan sangat2 baik dan dapat pujian juri. Tak sangka okey Tomok sengau dah 70% hilang sengau. Macam mana dia buat tu ek? Jadi, marilah kita memberi peluang kepada Tomok. Eh, apakah? Takkan aku minat Tomok? Tak mungkin. Wah kahkah. Tapi aku cakap benda betul je, aku tak minat dia, cuma aku rasa dia dah berusaha keras untuk lari dari kepompong sengau dan buktikan kat Malaysian, dia boleh nyanyi sebenarnya. Saya juga berpuas hati dengan Aweera sebab dia dapat immunity, hahah hampir ter eja umminity. Apekah?

Hehe sebenarnya aku takde idea pun nak update, tapi apply sajalah teori sukahatitanganmenaip, kan dah panjang macam ni aku taip. Hehe.

Plan esok. Aku nekad nak basuh kereta. Dah berapa minggu aku berikrar untuk basuh kereta, tapi tak basuh2. Tadi plan nak singgah cuci kete after balik kerja tapi bila singgah JJ, melayang duit aku RM45. Dah la hari ni aku bawak duit RM50 je. Kat Maybank pulak aku tinggalkan Rm50 je pasal kalau ade lebih, nanti tak pasal2 Maybank tersilap potong lagi untuk Takaful aku. Bulan lepas dah terkena. Kesian abang Baja Hitam aku, dah jadi macam kerbau mandi lumpur dah. Aku dah tak basuh lama gila. Mcm mana nak basuh, asyik hujan je. Ok tak kalau letak sabun liquid atas bumbung kereta, bila hujan, biar dia berbuih2. Haha.

5 comments:

  1. cadangan yg menarik.. pastu buh wiper stu keta wakakaka

    ReplyDelete
  2. betol betol betol sangat teruja n terkezut mase tomok nyanyi lagu beyonce hahahaha

    pheewit

    ReplyDelete
  3. eleee dd bile noname komen cpt2 die nak komen slps noname kan lisa kan?

    wahahaha :p

    aku tauuuu ko mesti dah terpikat ngan mata tomok y die suka jegil2kan bila nyanyi tu.. elelele ngaku je la..

    miahaha

    ReplyDelete
  4. alaa...aku tau ko minta tomok. usah di nafi kan..hehe

    ReplyDelete
  5. noname,
    sangat merepek kuku, letak wiper satu kete.

    dd dudu,
    haaaa haaa ko minat abg toms ek?

    PDMH,
    keee ko yg minat die pastu letakkan sepenuh kesalahan ke baru aku? beban tau tak, beban??

    unicorn,
    tidaaaaaaaaaaaaakkkkkkkk.
    nafi nafi nehi nehii!!

    ReplyDelete