Friday, March 20, 2009

Mengawal Api Kemarahan

Cobaan...
Hai mambang tanah mambang api mambang air mambang angin.
Mambang berasal dari gunung si mambang.


Agh, ini bukan cobaan, ini betul2 kejadian.

Kejadian yang menguji tahap kesabaran aku dan tahap kesabaran aku semestinya tidak lah tinggi. Tu aku tau.

Jika Reen bengang berurusan dengan Imigresen, aku pulak nak kena berurusan dengan JPJ pasal nak tlg renew road tax adik aku yang dah tamat tempoh lebih setahun. Kalau la adik aku ni tak bersyukur dan mengasihi aku seadanya, aku memang kecik ati. Auu. Aku kaya nanti, aku taknak bagi adik aku duit. Tiba2 je sebut hal kekayaan.

Hari tu aku dan Edy berpenat lelah nak settlekan hal Puspakom. Puspakom pun satu hal, buat kerja, suka hati je nak panggil orang datang lagi lambat daripada aku yang tercongok tengah panas. 30 menet aku tunggu, die boleh panggil makcik yang baru je sampai??? K .i ki, m.a.k mak..kiiii*&**%*&#. Lama pulak tu aku menunggu. Dah la nak layan kerenah pakcik Rela yang perasan bagus, padahal ko kerja jaga lane lori2 yang nak check Puspakom je. Asyik nak terjerit2 atas muka orang. Siap tunjuk2 jari telunjuk atas muka aku. Kurang hajar! Kau ingat aku pekak ke pakcik. Padahal nak bagitau kat mana aku patut tunggu je pun. Cis yang pertama!

Kali kedua aku pergi JPJ, nak tukar nama kenderaan ke atas nama aku. Nak kena cari cop pengesahan dari Pesuruhjaya Sumpah la pulak. Cis yang kedua! Nasib baik tepi2 longkang JPJ tu bersepah2 runner. Aku hulur RM20 kat pakcik tu, setel. Padahal elok2 je kat dinding tu ade poster besar, 'ELAKKAN BERURUSAN DENGAN ULAT.' Peduli apa aku. Berurusan dengan ulat lagi cepat. Tak kisah la setakat bayar RM20. Masa aku lebih berharga. Ulat2 lebih efisyen. Ikhlas dari saya, Latipah.

Menurut website JPJ, dinyatakan bahawa, Bahagian Pelesenan Kenderaan adalah di Aras 2, Blok D4, Parcel D. Sebab JPJ Padang Jawa Shah Alam adalah jauh, maka aku mencari lokasi JPJ yang lebih dekat untuk renew road tax. Ni kes special, aku tak boleh renew kat Pej Pos pasal road tax tamat tempoh lebih setahun. So, aku check website, kat Putrajaya ada JPJ. Trial and error. Lagipun kan dia dah tulis, Bahagian Pelesenan Kenderaan tu kat aras mana. So, aku pun pergi.

Cis ketiga! Sesampainya di sana, parking takde. Aku tanya guard, nak park kat mana, dia kata Kat Kompleks A. Lain kali, pengajaran ye, kalau nak buat bangunan canggih2, cantik2 pun tak guna kalau tak sediakan visitor parking. Kau nak suruh aku bayar pun takpe, aku sanggup bayarla. Lain kali buat sign board besar2 tulis huruf P. Lepas tu tulis la siap2 before sampai Kompleks D tu, cakap la kat situ takde parking, takde la orang susah2 nak kena uturn. Jangan expect semua orang arif sangat selok belok bangunan kamu. Kau ingat aku pemandu pelancong? OK la, aku pun pergi la uturn, cari2 Kompleks A, mane adeeee. Last2 aku yg bijaksana telah ke Kompleks E untuk park. Kompleks E rupa2nya. Wah, guard tersebut tidak pass menyebut a,e,i , o, u barangkali. Aku marah. Tapi tahan jela. Aku tanya guard tu, nak renew road tax semua, boleh ke kat Ibu Pejabat ni. Dia kata boleh3. HUrm, aku harap memang boleh. Aku tidak mengharapkan 'boleh blah.'

Then aku pun tawaf la bangunan kat Kompleks D tu pasal JPJ kat belakang. HUmang aihh. Jauh woi. Dlm 1km gak kot dari kereta ke bangunan tu, perjalanan menggunakan kaki beralas selipar.

Sesampainya di sana, aku terus pegi Information Counter, tanya boleh tak nak renew kat sini. Dia kata boleh, bagi pass kat aku untuk ke 2nd floor. Masuk2 je, makcik JPJ tu cakap, 'Adik, tak boleh renew kat sini. Kite takde sistem. Cis keempat! Sapa la tukang jaga Information Counter yang bodoh piang. Adakah kelulusan beliau adalah PMR? Berapa A kah keputusan PMR beliau?

Maka, berjalan kakilah aku untuk kali kedua ke kereta pula. Takkan nak naik kereta, kan, kereta aku kan aku park. Maka jarak nya adalah dlm 2km kot pegi balik. Baik aku masuk marathon jela mana tau dapat pingat ke. Maka berpeluh2 lah saya dalam kemarahan sambil memakai baju kurung merah mak ngah merah menyala, semerah api kemarahan aku.

So, aku pun rest jap 2 hari. Malas nak berurusan dengan government agency nih.
Hari ni terpaksala aku pergi JPJ Padang Jawa tu. Sampai je giliran aku, urusan tak dapat dibuat pasal agen insurans aku tu pulak tersilap masukkan chasis number. Dengan kemarahan 50% skala api, terpaksa tunggu mamat tu yang lagi 30 minit baru masuk opis tukar details kat system. Tunggu la pulak. Nasib baik Wanita JPJ (ceh wanita pulak) itu baik hati. Dia cakap, aku tak payah ambik number lagi. Datang je terus kat dia lepas ni. Then dah siap tukar details, aku pergi lagi. Kali ni JPJ tak dapat accept kod ape kejadahnya lagi la. Sampai Wanita JPJ tu cakap kat aku, takpela, awak bagi saya pegang geran, awak duduk dan once dh berjaya, saya panggil awak. OK, fine terima kasih Wanita JPJ baik hati.

Tapi agent insurans aku tu la dia tak paham ape kehendak JPJ tu kot smpai dekat 10x aku duk tercongok kat counter yang sama. Aku dah siap pass henpon ni bagi mamat tu cakap dengan 2 orang pegawai JPJ bertugas. Tak paham jugak. Nasib baik Wanita JPJ itu baik hati. Aku dilayan bagai menatang minyak yang penuh. Dia hold giliran orang lain sebab nak settle hal aku. Last2 Wanita berhati mulia tu give up lalu memberi aku satu contoh untuk ditunjuk kepada agent insurans. Aku rasa, orang lain yang tunggu giliran tu ingat aku ni runner jugak kot, pasal selamba badak je pegi kaunter dengan tak ambik numbernya, dekat 10x menyemak kat situ. Aku sangat berterima kasih kat Wanita JPJ di Kaunter 34 JPJ Padang Jawa atas keramahan beliau melayan pelanggan. Then dia cakap, awak settle la dulu dengan agent then datang sini terus jumpa saya, lain kali tak payah ambik number.

Sebenarnya aku sangat bengang dengan agent tersebut sampai tak sanggup menelefon beliau, dikhuatiri terjebak dengan kata2 nista melalui telefon. Jadi En Edy telah berurusan dengan agent tersebut kerana beliau seorang yang soft spoken.

Maka, hari ini, aku dengan sibuknya menguruskan hal tersebut namun pada jam 5.30, tiada hasil setelah hampir 3 jam saya berkampung di JPJ Padang Jawa. Nasib baik tidak membawa tikar, bihun goreng dan sunblock lalu berjemur di luar pagar JPJ sambil berkelah. Lalu saya memandu laju memecut pulang ke rumah di Seri Kembangan. Nasib baik pandai cilok, kalau stuck dalam jam, kemarahan saya pasti bertambah. Minyak pula tinggal 50km perjalanan sahaja. AKu mogok lalu malas berhenti mengisi minyak. Takut terbakar pula petrol station. Aku ni memang la cepat angin, tapi salah aku ke kalau macam2 benda menyakitkan hati berlaku disebabkan kesilapan orang lain, iaitu pihak ketiga atau third party.

Akhir kata, aku tak kira, hari Isnin aku nak road tax tu kat tangan aku, dan agent tersebut perlu menguruskan segala2nya. Aku tak kuasa nak merayap ke Padang Jawa lagi.

Begitulah kisah saya dalam percubaan memperbaharui lesen kenderaan. Tiba2, terasa nama saya dipanggil dan badan saya digoncang2. Rupa-rupanya mak mengejutkan saya untuk menunaikan solat Subuh. Saya bermimpi rupa-rupanya. HAk tuiiihhhhhh. Takde mimpi2. Ini betul2 kejadian!!!!

Yang Meradang,
Latipah.

2 comments:

  1. haiihh.. pening aku bace masalah rumit dgn kerajaan ni.. mluatttt!!

    seb bek misi aku nak buat ic td bejln agak lancar.. walopon tunggu agak lame.. tp still bole consider cpat laa dgn tahap kelajuan org2 tu bekeje..

    ReplyDelete
  2. ReeBeLLe,
    mengikut statistik la kan, majoriti yang berurusan dengan kerajaan, mesti merungut dengan servis diorang, ada jugak yang kena maki. ko rasa ko nak tak tergolong dlm golongan dimaki tu? yakni, bekerja dgn kerajaan. hahaha. selamat menjadi PTD cik reen. haha tiba2 je.

    ReplyDelete