Saturday, March 7, 2009

Current Issue: PPSMI

Bukan tambah kontroversi,
tapi,
aku rasa,
Pembelajaran Sains Dan Matematik PATUT diteruskan dalam Bahasa Inggeris.

Pro:
Banyak term2 saintifik dan formula2 Math/Fizik/Kimia/Biologi adalah berasal dari Bahasa Inggeris. Bila ditukar ke BI, budak2 jadi konfius.
Contoh: v=ma.
Velocity = Mass * Acceleration.

Dalam BM,
Halaju = Jisim * Pecutan.

Kalau teruskan dalam BI kan ke senang, budak tau maksud velocity, mass, acceleration, terus boleh ingat formula dengan mudah.
Takkan suka2 hati nak tukar standard formula jadi H=JP???(Halaja=Jisim*Pecutan).

Satu je pro aku nak bagi.

Con:
Budak2 hulu, kampung yang tak fasih BI susah nak menguasai Math & Science related subject. Jadi, kalau dah upper form, kalau budak tu tak pandai BI, automatik susah nak pandai Math, dan subjek2 Sains. Tapi sampai bila nak bagi diorang tak pandai?? Kenapa asyik nak sebut pasal dasar pandang ke timur? Kenapa asyik nak banding dengan Jepun? Alasan, Jepun guna bahasa ibunda tapi maju. Tapi sila ingat, ni dah zaman apa? Kalau Jepun berpuluh2 tahun lepas dah buat cara ni, kita baru nak start ke? Kita dah jauh tertinggal,la.Orang dah maju ke depan lama dah, kita baru nak tiru kaedah lama orang ke? Orang China pun sekarang ni dah mula nak menguasai BI. Masa BM jadi lingua franca dulu, tak nak pulak pertahankan masa tu. Pelik aku.

Aku bukan nak menyebelahi mana2 parti politik. Aku tak rasa ini adalah isu politik. Abaikan fahaman politik. Ni isu pendidikan.

Masa kat U pun, aku lebih selesa belajar dalam medium English, sebab semua senang nak faham.
Kita bukan belajar bahasa semata2, kita belajar subjek2 teknikal yang kebanyakan term2nya adalah derived from English. Kenapa susah2 nak translate??? WTF?? Kan dah ada subjek Komponen Sastera(KOMSAS)? Ape kejadahnya lagi tak memartabatkan bahasa ibunda? Tak cukup lagi ke?Oh ibunda aku kecek Kelate, so aku keno mitok Kementeriye ngaja Sains ngan Math guno Bahaso Kelate la dih??

Masa kat matrikulasi, aku rasa Biology and Chemistry adalah jauh lebih senang kalau nak banding dengan zaman SPM kat sekolah, sebab kat matrik, guna fully English.

Contoh bangang kalau teruskan dalam BM(bukan Sains la, tapi Sains Komputer. Masih Sains kan?):
Compiler=Pengkompil.
Harddisk=Pemacu kekeras. (Kelaka siot)
RAM(Random Access Memory)=Memori Capaian Rawak. (Kalau nak buat akronim, jadi MCR)
Tapi, aku sedih, masa kat U, UPM kena hentam pasal guna BI dalam pengajaran dan pembelajaran. Sapa laaa yang hentam tu.

Untuk mendapatkan sebuah komputer yang laju, kena ada Memori Capaian Rawak sekurang2nya bersaiz 1GB. Ko rasa kalau gi LowYatt, mintak MCR 1GB cina Lowyat gelak guling2 tak? Tak pun dia jawab, 'Sori Bro, CD MCR, lu boleh cari itu kedai CD. Sini talak ada maaa. Sini talak jual itu My Chemical Romance punya CD maa'


Aghhhh tak kisah la, Primary ke, Secondary School ke, Matrik ke, University ke, aku nak semua subjek2 teknikal diajar dalam BI. Lagipun masa exam, student berhak memilih untuk jawab dalam dwi bahasa. Kalau tak faham sangat, student tu sendiri la kena ada insiatif pegi tanya cikgu. Jangan la jadi pemalas, nanti bodoh.

Kalau nak sangat teruskan dalam BM, bila budak2 ni besar, dah nak keje, nanti wajibkan semua syarikat2 conduct interview in BM je, jangan guna English langsung, (macam dalam drama melayu) kata nak kekalkan identiti bangsa kan. Bila budak2 ni tak fasih English, diorang jugak persoalkan jumlah graduan banyak sangat menganggur sebab tak fasih English. Masa ni nak salahkan sapa pulak? I'm sorry.(gaya amir. wekk benci.)



Fakta:
1.Aku, ayah aku, adik aku yang belajar Sains dlm BI dan family menyokong subjek2 tersebut diajar dalam BI.
2. Adik aku yang Form 1 tu, dulu UPSR guna M&S dlm BI, dia kata OK je, lagi senang faham.
3. Adik aku yang Form 4, TAKNAK M&S diajar balik dalam BM.
4. Aku tak berdaftar dalam SPR, jadi aku tak mengundi mana2 parti. Aku dah cakap, ni isu pendidikan, bukan isu parti.
5. Family aku bukan golongan pro kerajaan pusat. Ini SANGAT fakta. Tapi bagi aku bukan 100% dasar kerajaan tak betul. Ada perkara yang kita rasa relevan, jadi tak payah nak bangkang benda yang relevan. Banyak lagi isu lain boleh dibangkitkan contohnya, spot check kedai mamak tu konfem Muslim ke tak ke, petisyen menurunkan kadar interest di bank ke(zaman2 gawat ni kan). Kalau nak kata celaka, aku rasa mulut piah zadora dengan azwan ali lagi la celaka. Kenapa la takde pulak orang report SKMM.



Sekadar pendapat dan pandangan aku.
Sapa nak hentam, hentam sajalah. Ni pendapat aku, dan ditulis di blog milik aku sendiri. Tak kisah la apa pendapat orang, ditekankan sekali lagi, NI PENDAPAT AKU.





Tapi, apa2 hal pun, FRU memang sucks!


p/s: entry ni aku tulis pakai otak dan berdasarkan pemerhatian, survey dan pengalaman diri sendiri.. bukan sukahatitanganmenaip. hehe.

11 comments:

  1. china boleh buat
    iran yang kena sekatan perdagangan tu boleh buat
    german boleh buat
    indonesia boleh buat
    arab boleh buat

    malaysia je takle buat. kena dalam BI ja.

    (ni komen sarkastik aku)

    ReplyDelete
  2. sy pun rase org yg bangkang isu ni mcm org yg x penah rase susahnye bile term tuh di bahasa melayukan dan kite x paham.

    lagi 1, yg byk membangkang isu ni bukan ahli2 akademik sains ngn matematik pun. sile la bagi org yg mmg gune sains dan matematik dlm pembelajaran je bercakap isu ni.

    kepada pengiat bahasa melayu, please think la. kami yg gune sains matematik rase susah sgt kalo pembelajaran dlm bahasa melayu. bahasa melayu tuh x ilang pun sebab ari2 sy cakap melayu pe?

    pelik2. kalo nak politikkan hal akademik nih, sile la g rase belajar dulu. korang x amik master or phd in science, korang x rase ok seksanya aku nak paham jurnal2 omputih ni.. marahnye!!!!!!

    ReplyDelete
  3. aku setuju je blaja dlm english..
    tp utk bebudak di pedalaman yg ssh nk phm ke, kat sini aa tugas cikgu...selang-selikan dgn bhs melayu utk setiap terms2..

    ntah..papepon, aiman xkisah..

    ReplyDelete
  4. mus,
    lagi..lagi..nak lagi bang..hehe
    sarsactic2..tabiiiiiiiiik.

    lina,
    bab2 politik wa talak campur okey. ini personal point of view berkenaan tajuk saja.takde kaitan ngan politik dan parti.
    sebenanye ade je org PR yg sokong tp diorang diam sbb majoriti x sokong. Yang BN pun ade je yg tak sokong PPSMI ni tapi dorg diam pasal diorg golongan minoriti. Aku pu golongan minoriti jugak yang bersuara, hanyalah di blog sendiri.

    PR tu jadik bengang pasal FRU suckssss tu je..negara lain byk je org demonstrasi takdenye nak kene gas2 bagai. kate demokrasi kan.kalau takde org mula mengganas, diorang pun x naik marah punye laa.aku tau ko org BN wahkahkah. jgn gaduh ye nnt.

    p/s: i ade degree je, takde master. auuu.

    shy_wani,
    senang cite wat balik la 2 jnis skolah. 1 skolah bm je, jgn ajar english terus. padan muka kahkah. ade yg sentap tak? 1 skolah english hahaha. mase tu kite tengok skolah mane lagi dpt sambutan, dengan syarat, yuran mesti sama.

    lagipon, kan ke ade je subjek geog, sejarah, pend islam, bm1, bm2, komsas, ape lagii ekk yg gune BM??? tak cukup2 ke lagi nak memartabatkan bangsa? bangsa yang dipuja2, bukan agama! hak tuih.

    anyway aku nak dgr gak pendapat dari cikgu mun yg bakal ngajar math in english ni. comfortable tak?

    ReplyDelete
  5. ppsmi lebih kurang PDMH ;p

    hardware --> barang keras
    software --> barang lembut
    server dan client --> pelayan dan pelanggan
    run koding --> larikan koding

    hehehehehe

    ReplyDelete
  6. dd,
    tu yg jadik kalau budak2 wat direct translation kan?

    anyway,
    hardware - perkakasan.
    software - perisian.

    yuk..kalau ade la org yg gune term mcm ko ckp tu memang bahaya! haha.

    ReplyDelete
  7. uh rupe2nye aku tergolong dalam kategori budak2 tu (T_T)

    wv --> mentri

    ReplyDelete
  8. dd,
    klaka la ko. x kan ko ingat hardware tu barang keras betul2?siyes??

    ReplyDelete
  9. Harddisk=Pemacu kekeras.

    KEkeras.. wakakaka curah minyaak!! lariii!! XP

    ReplyDelete
  10. memang cmtu la wey.ko x tau ke? gi gugel. wakakakkaa.
    aku tau la aku amek IT mase form4 ngan form 5 pastu buku cikgu aku dlm bm. pastu masa form 5 terus drop sbjek tu pasl pening pala nak baca dlm bm. soalan exam pun lam bm. tah pape.

    ReplyDelete
  11. pemacu kekeras atau cakera keras adalah benda yg sama ok, noname!

    ReplyDelete