Thursday, March 5, 2009

Jawab Lah.

Gigi aku sakit. Eddy gelakkan aku sebab aku ada 1 gigi yang tumbuh diluar landasan gusi sebenar yakni terkedalam sikit. Gigi tu menyebabkan ada 1 ruang di antara 3 gigi yang bersebelahan. Tak paham sudah, kau Bedah.

Disebabkan ruang kecil yang muncul tu, selalu je aku dapat sakit gigi dan aku dapat rasakan akar gusi tu dah macam bengkak dan rosak. Tapi aku malas pergi jumpa dentist. Tapi kalau tak jumpa dentist nanti rugi. Bila lagi kan nak ngabiskan duit XXX.

Ada beberapa persoalan untuk aku tanya memandangkan ramai budak XXX baca blog ni, padahal orang pertama aku bagi URL ni, adalah FARIHA dengan pesanan,'Ko jangan la kecoh2 pasal url blog ni ok. Aku taknak budak2 opis tau.' Tapi sekarang almost semua blogger budak opis dah tau. Jadi dari mana mereka mendapat url aku. Fariha, sila jawab.

Lagi satu, aku pun nak menghabiskan duit XXX dengan membuat spek baru. Baru je bulan 12 hari tu aku buat spek baru dengan claim RM470. Kalau aku tau dapat claim RM500+, aku dh claim banyak tu dah. Ciitttt!

Soalan yang aku nak tanya seperti tertera di dalam Perenggan ketiga adalah:
1. Berapakah jumlah yang XXX cover untuk dental procedure? (Maaf, aku memang lupa padahal dah tanya Reen.)
1.1 Apakah jenis2 dental treatment yang applicable untuk claim? Adakah crowning juga dicover? (Maaf, aku tak tahu nak cari kat mana slide Mayfair tu. Jadi, tiada rujukan.)
1.2 Di manakah klinik gigi yang ok yang bermaksud, kaedah rawatan adalah OK yakni tidak menakutkan dan doktor adalah kacak atau cantik atau dalam erti kata lain tidak berupa paras buruk. Ini penting untuk keselesaan pandangan mata. Psycho la sikit.
1.3 Adakah berasa ngilu apabila gigi diservis oleh doktor. Bolehkah saya membawa mp3 player untuk dipakai supaya tidak mendengar bunyi2 alatan aneh yang digunakan oleh doktor gigi.

2.Berapakah jumlah sebenar XXX cover untuk vision. Adakah 150USD.
2.1. Berapa lamakah tempoh untuk claim antara dua claim. Faham tak? Maksud aku, kalau bulan Dec 2008 aku dah claim, berapakah tempoh masa atau eddah(tetibe) untuk aku claim buat kali kedua. Adakah setahun dari tempoh Dec 2008?


Sekian,
Janji aku update.
Ok lah.
Bye.

6 comments:

  1. ngan saper ntah hari tu aku chat, dia kata kawan dioa meninggal sebab sakit gigi je. sakit gigi, koma, terus meninggal.











    salah ke aku komen ni?

    ReplyDelete
  2. ahahaha (gelak untuk comment d ats :'D)

    aku nak jwb soalan no 1.2 utk ko. tahun lepas aku pegi cuci gigi dekat klinik pergigian sharifah aminah di greenwood.

    dua orang doktor yang kacak telah mencuci gigi aku.


    :">


    bila air terpecik ke pipi, mereka mengelap nya untuk aku.

    auwwww :p

    ReplyDelete
  3. hoi.. bazir je kedit aku reply emel ko.. ciss..

    1.USD500.

    2.kat resit tu tulih je laa dental treatment.. bkn mayfair tau pon treatment ape ko buat.. n btw.. aku buat crowning laa aritu..

    3.yg aku gi kat alam permai tu.. ok la kot.. tp tanye aro.. dia da byk gi klinik gigi.. he knows better..

    4.mesti laa ngilu oi.. bole je kot nak bwk mp3.. yg pasti kalo tak tahan sakit.. mintak je dia inject..

    ReplyDelete
  4. green apple,
    kak di, kak di bukan sahaja agak kejam berkata2 di blog sendiri, malahan di luar blog. akak tak salah ckp pape pun, cume saya berasa agak bertaubat. time kasih pasal mengingatkan soal mati. errr, ni kisah benar ke ek?

    PDMH,
    mesti ko nak air tu asyik terpercik2 je kan?

    ReeBelle,
    wah, mekasih. hahaha. tang sakit tu aku tau la. dan kelaka ok rupa dan aksi ko after treatment. mulut ko tu, ko rasa senget benget padahal taaak pun.

    ReplyDelete
  5. aku pun kena buat crowning...and maybe buat kat klinik alam permai, mcm reebelle ckp tu. situ cam ok je klinik die..pastu ade bius cinta lg. tu yg best..aku pun xsuke rase ngilu nih..tp aku hold dlu, sbb aku pun xsure brp lame claim blh dpt..aku da pakat ngn dentist situ, die ok je nak goreng2 tulis kat resit..

    ReplyDelete
  6. aku sebagai AJK Mayfair aka pembantu peribadi (tidak berbayar) Ms.Y ingin menyatakan dental care die cover USD500 annually..
    pastu die akan deduct USD 5 pervisit..

    die actually cover dental care je.. kalo for beauty2 macam whitening, braces tuh.. tidak dikira..
    so silelah gunekan sebaik mungkin.. dan pandai2 lah kalo ko nak ubah resit tuh ke ape.. kekekeke

    aku pun pegi gak kat klinik alam permai yg reen cakap tuh.. scaling je.. pada aku tempat tuh menarik.. cozy.. leh lepak2, tengok tv.. tapi better buat appointment laa.. kalo tak.. lame gak ko kene tunggu.. aku sampai leh tertido lagi kat sofa empuk die tuh.. mwakakaka...

    ngilu tuh biase laa.. aku ngilu sampai 3 hari kot.. rase tak sedap jee gigi.. yang lain2 tuh ok.. doktor gigi tuh pun ok.. sile lah kunjungi klinik gigi alam permai (promote la plak) =D

    ReplyDelete