Sunday, March 8, 2009

Salam...



Adik2, kakak2, abang2, jangan dilupa'in yukkk tarikh kelahiran Rasulullah ni.
Aku rasa zaman sekarang ramai je yang tak tau.
Apa nak jadi?

Nah aku bagitau kat sapa2 yang dah lupa pasal Rasul junjungan kita ni. Korang, jangan la terpedaya sangat dengan pujuk rayu dunia, last2 kita kena hisab jugak nanti. Masa kat sana la baru nak mengaku ummat Muhammad. Zaman hidup tak ingat Rasul. Aku bukan orang alim pun, tapi atas bantuan wikipedia.org, aku share la dengan korang bagi ingatan pada kawan2 dan diri sendiri. Ni mesti ada yang tak nak baca ni. Haaa haaa..ngelat..

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.



sekian,

سوكهاتيتاڠنمناءيڤ
sukahatitanganmenaip

3 comments:

  1. aku pegi keja harini.

    tp x bermaksud aku x ingat maulidurrasul kan?

    (^^,)v

    ReplyDelete
  2. selamat menyambut maulidur rasul..

    aku di negara kapir..so..keje gak..

    ReplyDelete
  3. PDMH,
    herm..keje kmpeni kapir cmtu la.
    bagus2.nnt waktu rehat pegi berarak kat dataran hehe.

    shy_wani,
    selamattt..
    alaa..mcm la kmpeni kite lain2 kan..kapir jugak kekdahnya noks..
    cume kite berbeda negara jek..
    sabar ye.

    ReplyDelete