Monday, February 9, 2009

Tagged

Aku sebenarnya tak puas hati sebab lina tag aku. Aku ni kan orang yang suka melanggar arahan, so inilah jawapannya tapi directions tidak akan dipatuhi. Harap maklum.

Tag lain yang belum disempurnakan akan disiapkan sedikit demi sedikit. Berilah saya ruang.

Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with sixteen random things, facts, habits or goals about you. at the end choose ten people to be tagged, listing their names and why you chose them. don’t forget to leave them a comment (”you’re it”) and to read your blog. you can’t tag the person who tagged you. since you can’t tag me, let me know when you’ve posted your blog, so I can see your weirdness.

  1. Masa mula-mula keluar perut Puan Wan Rohana (mak aku la ni), aku ni berwarna putih kemerahan. Kemudian warna bertukar malap sedikit. Pastu bila umur 4-5 tahun warna pastel (kahkah), pastu start 6 tahun sampai 11 tahun kulit aku jadi koko. Then naik sekolah menengah bertukar cerah sedikit dari koko tu. Pastu sekarang kadang2 gelap, kadang2 cerah, kadang2 kuning. Adakah aku sesumpah atau kena sumpah?? Eddy cakap aku kuning, pastu kalau nak cari baju, kena colour2 tertentu je baru masuk ngan kaler kulit. Aku tak kisah pun, janji aku pakai baju.
  2. Masa kecik jugak rambut aku kerinting tahap tak dapat diselamatkan la. Tapi kemudian dari kerinting bergulung-gulung tu tetibe terus jadi lurus. Mungkin rambut aku pun kena sumpah. Aku tak paham la. Mungkin rupa paras, rambut dan warna kulit aku masa kecik tengah menyesuaikan diri dengan keadaan orang Asia. Ape jadah nya? Aku tak kisah janji aku tak cacat. Mak ayah aku pun mesti bersyukur sebab dapat anak sempurna fizikalnya, tiada cacat. Cuma aku tak suka bila masa sekolah mak aku potong rambut aku pendek gila mcm jantan macho. Sebab tu masa kecik aku tomboi. Salahkan mak. Kehkeh.
  3. Masa umur 5 tahun aku ada penyakit buah pinggang. Masa tu muka aku dah bengkak. Sebab, aku rasa maybe buah pinggang aku dah tak berfungsi menapis bahan-bahan buangan badan dan air badan aku dah banyak pastu badan dan muka jadi bengkak. Masa tu mak aku kejutkan aku bangun tidur pastu dia terkejut opocot, kenapa anak aku bengkak mukanya. Mak aku ni jenis suka pitam bila panik dan menghadapi situasi macam ni, so dia pitam dulu. Tunggu mak aku sedar dari pitam baru kami ke hospital. Oh ibu~. Tapi ajaib, sebab aku tak pernah pun buat dialisis semua tu, kemudian penyakit tu beransur2 hilang dan sekarang saya sangat sihat sampai badan pun dah macam dipam-pam akibat tidak kurus(gemuk).
  4. Masa sekolah rendah aku rasa aku bijak, sebab aku selalu dapat nombor 1. Hakhak. Masa darjah 1, aku kat dalam kelas paling bodoh iaitu 1 Kuning. Aku diletakkan kat kelas tu sebab mak aku daftar aku lambat. Kelas tu je kosong, dan aku tension berada dalam kelas tu sebab terlalu ramai budak menangis minggu first sekolah dan ada budak yang siap mengamuk nak lari dari kelas pastu cikgu tangkap. Sebab masa tu aku berlagak (pasal tak nangis) so aku rasa budak2 tu leceh.
  5. Aku pernah tumbuk ketua kelas aku darjah 1 sebab dia nak kat aku. Bodoh gila, baru darjah 1 nak kat orang.
  6. Dari kecik sampai sekarang, kalau rasa nak tidur, aku boleh je landing kat mana2 dan tidur dengan nyenyak sekali.
  7. Permainan aku masa kecik adalah mengikut skema dan senarai budak lelaki sebab aku takde member perempuan. Aku berkawan dengan semua cousin aku yang lelaki dan senarai aktiviti kami adalah: bermain bola sepak, layang-layang, main bola kaki tiga, main gasing, video game, sepak takraw.
  8. Aku pernah main mercun masa panas terik. Aku baling mercun tu kat dalam semak yang daunnya dah kering sebab panas. Kemudian aku nampak api tiba-tiba marak dari kawasan aku baling mercun tu. Aku dan semua sepupu aku melarikan diri lalu menyorok dalam reban arnab sambil mengintai bomba datang memadamkan kebakaran. Sampai sekarang tuan tanah terbakar tu tak tahu aku yang memulakan kebakaran. Maafkan saya.
  9. Aku pantang bawak kereta slow sebab aku boleh tersengguk lalu tertidur. Jangan la salahkan aku kalau memandu laju, sebab mata, tangan dan kaki aku lebih alert bila memandu laju berbanding slow.
  10. Aku tau adik aku yang kedua benci/fobia/jeles kat aku sebab dia rasa mak ayah aku pilih kasih padahal ko tu yang psycho. Dia jugak rasa aku asyik nak ambik tau hal dia je. Memang pun. Sebab aku dilantik menjadi CIA agent oleh mak dan ayah aku untuk menyiasat adik aku. Hahahha.
  11. Aku takde akaun Facebook dan aku tak pernah terniat/berminat utk register Faceebook. So jangan sesiapa pun invite aku join Facebook/Hi-5 la atau apa2 je social networking program. Korang ni tau ke tak, Facebook tu, developer dia kaya raya pasal dia jual database tu kat CIA. Semua data korang tu boleh digunapakai untuk penyiasatan dan even seluruh dunia dapat tahu apa korang buat. Hehe. Actually ini bukan punca aku tidak register Facebook, alasan utama adalah aku tak berminat dan malas nak bersocial networking. Cukuplah dengan Friendster yang aku tak pedulikan tu.
  12. Aku kerja tapi takde kerja tapi ada increment.
  13. Aku boleh duduk dan terperap dalam bilik tak keluar2 sehari suntuk sebab aku rasa bilik aku dah ada macam2 kemudahan seperti TV yang besar, room theatre, bekalan movies yang tak habis ditengok di laptop dan internet. Janji ada TV atau laptop, aku dah boleh hidup tanpa merungut.
  14. Aku benci jiran aku sebab masa terserempak dalam lif, dia sindir aku sebab pergi kerja lambat. Dasar teruna tua. Tetiba.
  15. Aku sangat benci pada Maybank. Aku pun tak tau kenapa. Walaupun gaji aku masuk Maybank, tapi aku benci Maybank.
  16. Aku ada banyak gila akaun bank iaitu Maybank, CIMB, Al Rajhi, Eon Bank, Citibank, Bank Rakyat, Affin Bank, Ambank, Bank Islam dan BSN. Tapi aku takde duit. Ironi yang sangat menyakitkan.
Dah la. Dah 16. Penat aku nak type. Nasib baik segala 16 senarai itu adalah berdasarkan sukahatitanganmenaip tapi benar, so tak payah aku berhempas pulas berfikir 'emm emmm ape lagi ek.'

Aku taknak tag sapa2 sebab aku memang suka langgar tag rules. Babai.

No comments:

Post a Comment