Friday, February 13, 2009

Support ke Tak?

Aku nak tanya, kot2 sapa tau.

Compaq Presario V3000 series boleh support RAM up to 4GB tak?
Aku nak mengupgrade laptop ni dan tambah harddisk sekali.
Ni la drawback beli laptop tahun 2007. RAM aku 80GB je. Oh so sedih.

Nak jual dan beli baru adalah sayang.
Sebab ayah aku bagi laptop ni masa laptop lama aku buat hal masa aku tengah bersusah payah nak siapkan Final Year Project dulu.
Tak nak la jual sebab aku sayang dan model ni still boleh install XP tanpa masalah.
Aku tak akan jual walaupun aku beli laptop baru or PC baru yang ada 8GB RAM hatta 1 tera HDD sekalipun.


Kpd kawan-kawan, sapa nak beli RAM tu, sabar dulu dalam sebulan dua coz gang supplier aku bagitau, harga RAM tengah mencanak2 naik ni. Sebab ada banyak kilang tutup. Stok tak banyak. Kat lowyat pun nak kalau korang bargain price memang susah nak dapat murah.
Sabauuuu. Dah turun harga nanti aku bagitau.

pembetulan..
"RAM aku 80GB je. Oh so sedih."
sori..HDD aku 80GB je..bukan RAM. areknee wat malu aku je komen camtu. Aku malu taww!

7 comments:

  1. "RAM aku 80GB je. Oh so sedih."

    perghhhh RAM 80GB tu.. pn dh sedey2? kehh3x...

    ReplyDelete
  2. eh aku ckp ram ek???
    hard disk la..
    malu malu maluuuuu..
    nyorok..

    ReplyDelete
  3. walopon ko da buat pembetulan.. aku pon nak komen gak..

    gileekkk aaa.. RAM ko 80GB.. aku nye 2GB je.. terase begitu kecil..

    ReplyDelete
  4. ReeBeLLe,
    aku isytiharkan perang ke atas kau!

    ReplyDelete
  5. hahaha..ko kena tgk slot ko leh support 1 ram 2GB x?kalo bleh okeyla nk letak 4GB...tp kalo nk letak 80GB ko kena ada40 slot.hahahahahaahahah...aku xnk perang

    ReplyDelete
  6. walopun aku cam lmbt je bace entry ni, tp aku nak gelak gak...hahaha.berjaya menceriakan pagi isnin aku yg muram ini.

    ReplyDelete
  7. kenapaaa laaa aku ade kawan2 macam korang ni. ahhh tensen aku..korang gelak la lagi. gelak gelaaaak. haaa, gelak!!

    ReplyDelete