Thursday, February 12, 2009

Melangsaikan...

Melangsaikan hutang kepada Reen. Kalau tak buat nanti kecik ati. Nanti Reen takmo kawan ngan aku. Pandai-pandai je aku tuduh Reen. Hehe.



Mekasih ek sbb bagi award ni kat aku. Tapi aku menci tengok icon award ni, getiksnyeee pompuan ni. Sangat bukan aku. Direct translation. He he.



Syarat:

Haaiii bg award pun bersyarat. Tak ikhlas betul la orang first yang bagi ni.



1. Copy badge “2008 Cute’s 3logger Award” di atas untuk diletakkan di blog anda.

Nah, hambik kau.








2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.


  • Reen ni, kawan aku kat opis ni. Dia jiran cubicle aku tapi kami jarang bersua muka, mungkin sebab Reen anak orang kaya kot. Ye, takde kaitan.
  • Muka dia kan, macam Norazah Aziz yang berlakon spektra zaman kita muda-muda dulu. Tapi Reen ni lagi sweet dan tak gelap macam Azah Aziz. Ceh. Ni ayat bodek ni. Ko bagi la apa-apa kat aku tanda penghargaan ok.
  • Sampai ke saat ini, aku belum lagi nampak muka Reen. Eh, tiba-tiba Reen masuk. Jadi aku dah nampak dia. Yeaah. Bila aku cakap je, 'Reen, aku tgh cite pasal ko ni.' Reen jawab, 'Mengutuk aku la tu.' Reen tuduh aku kutuk dia. Auwww aku kecik ati. Sob2 lari duk bucu rumah sambil dengar lagu Hatiku Kau Guris Lagi. Errr, macam tak wujud je lagu ni.)
  • Ayah Reen terhilang kunci kereta dia kat Melaka. Pastu dia dan family bawak Naza Ria pergi Melaka nak ambik kete ayah dia. Tapi masa kat stesen minyak mak Reen silap isi diesel kat Naza Ria. Ayah Reen bengang. Akhirnya kakak Reen bawak Kelisa untuk selamatkan semua orang yang tersadai di stesen minyak dan mereka ke Melaka berenam naik Kelisa. (Mestila fakta ni aku curi kat blog dia).Haaa tengok!! Kete kecik gak yang selamatkan kete2 mahal tu kan. Hikhik.


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

  1. Aku suka minum nescafe.
  2. Kesemua 8 jari tangan aku hampir sama size. Anak jari je lain. Sebab tu aku dapat sarung cincin ke kelapan-lapan jari aku termasuk ibu jari. Macam cacat je.
  3. Aku tengah cari kerja baru yang sebenar-benar kerja. Aku tak nak kerja yang takde kerja. Loser.
  4. Aku tak suka drive auto sebab aku suka merempit. Kalau bawak auto, lambat pikap. Penat la nak tekan minyak. Tekan clutch tak penat pulak ek?
  5. Aku dari zaman dulu-dulu lagi susah tidur awal, waktu tidur aku sekitar 1 pagi - 4 pagi.
  6. Aku suka makan pedas. Aku pernah makan sup sayur kat kafe UPM dan brader tu bengang sebab aku mintak pedas banyak kali lalu die memasukkan 23 ketul cili padi dalam sup tu. Ya, aku kira bilangan cili padi tu.
  7. Aku malas memasak. Dah lama aku tak masak. Sekarang aku tak sure aku pandai masak lagi ke tak. Aku harap ya.
  8. Aku rasa gatal getik gedik nak kawin. Suka hati aku la, perasaan aku. Ceh.
  9. Aku guna umobile broadband. Sepatutnya RM58 sebulan tapi dah 4 bulan aku pakai, bil sampai dan aku hanya perlu bayar RM36 ringgit je untuk keempat2 bulan tu. Aku pun tak faham kenapa. Mungkin umobile nak beramal soleh kot derma kat aku. Thanks.
  10. Hobi aku adalah tidur. Kalau dah tidur 8 jam pun, aku boleh lagi sambung sampai jadi 12 jam ke. Tapi ini bahaya, aku boleh jadi bodoh kerana hobi gila ini.

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Award ni dah basi. Sekarang dah 2009. Jadi aku nak tag sorang je.

  • Aku nak tag Azwan Ali. Sebab dia kan dah pandai berblogging. Awwwww . dan Yukks!

Sebelum menamatkan entry, aku ada teka teki tapi aku dah nak bagi jawapan sekali. Ni aku tengok ulangan 'Ally' masa aku tak dapat tidur sampai pukul 4 pagi.

  • Soalan: Dalam lubang hidung ada apa?
  • Jawapan: Ada cap jadi.

Cis, jawapan tersirat. Menciiii! Tapi dia cakap, make sure cap jari tu unique dan identical. Kah Kah. Aku gelak.

4 comments:

  1. apsal aku gune simkad umobile mcm agak mahal? ini tidak adil! demokrasi terpimpin konon..umobile pilih kaseh!

    ReplyDelete
  2. owh.. baru nak terharu dgn point no 2.. tp bile mintak penghargaan.. ermmm.. ermm...

    ReplyDelete
  3. unicorn,
    mana laa aku tau. maybe ms register tu amoi tu duk kalut2 kot. coz aku register masa ada career fair 4 bulan / 5 bulan lpas then amoi tu duk kalut2 cr customer. borang pun aku x isi. die mintak IC aku je. alamat IC aku lak kat kampung. Kat kampung lak xde coverage yuk broadband ni.mebi ni puncanya hehehee.

    ReeBeLLe,
    laa kan kalau kita berterima kasih kat orang mesti kita bagi hadiah penghargaan kan. ahak.

    ReplyDelete
  4. hahaha dlm lubang idung ada cap jaDi XD yohohoo!!

    ReplyDelete