Friday, February 6, 2009

Anak Betung

Yea, blog ni dah jadi tempat aku mintak tolong pulak. Sebab kepala otak aku dah tak dapat nak generate idea atau tangan aku dah tak pandai nak suka hati tangan menaip lagi dah.

Memerlukan bantuan. Aku tengah cari USB modem tak kisah la Huawei ke, Vodafone ke. Janji unlock. Part computer aku tahu la delaer2 nya, tapi tak jumpa pulak dealer untuk USB modem ni. Disebabkan aku ni golongan marhaen, bergaji skala cukup makan je bila dah habis bayar hutang piutang, jadi tolong jangan bagitau aku yang mahal2. Kalau setakat nak bagitau yang mahal, aku tak de la nak mintak tolong korang. Terima kasih pada yang sudi membantu. Ingat, yang murah saja. Lagi sekali, murah!

OK taK kalAU AKU jadi BENGONG KEJAP Type MACaMMM BLOG MAK HAyamMMMZzz AZWAN ALI diva GEBU DA VAsSSSSSsss (uwekks)..kejaP FONT BESAR, KEJAP FoNT KEcIK. HahahahAHAHAHAA KellLLAs NYAHHH. Hah, sudahlah, penat siot type camni. Macam mana la dia dapat bertahan type gilo camtuh. Macam hape tah. Kahkah, aku takde idea nak merepek apa. tak caya gi tengok. silaserazwanali dot blogspot dot com. Mesti korang migrain lepas baca blog dia.

Apa lagi aku nak cakap ek? Sebenarnya semalam aku baru je tau Isnin ni cuti Thaipusam. Thaipusam pun Thaipusam la, janji cuti. Bosan gila pergi kerja, takde kerja, tibe-tibe ada increment. Apakah? Bukan tak tahu bersyukur, tapi aku rasa, lebih bermakna kalau hujung bulan, withdraw duit gaji ( kalau gaji masuk hujung bulan la), dan duit tu hasil titik peluh aku bekerja keras membuat coding atau pun database back up ke, whateverla (yang dinamakan kerja sejati) daripada situasi aku dapat gaji tapi aku takde kerja pun. WTF. Aku rasa macam loser gila. Sekarang ni memang aku memerah keringat, tapi keringat berjalan kaki sebab parking kereta jauh gila dari office.

Kalau tak silap( tak silap = betul lah kan?), aku ada 2 tag yang tak dilangsaikan lagi, daripada Reen. Aku saja je tak nak buat lagi sebab aku memang takde mood sangat pun nak update blog. Aku nak baca blog orang pun dah malas. Aku pun tak tahu la, apa benda yang aku rajin sangat nak buat.

*****************

Lagi satu, aku ni macam nak melompat-lompat kerja, tapi bila aku bukak je jobstreet ke, aku jadi kaku tak bermaya sebab aku confuse la aku nak join line mana, yang aku betul-betul minat dan nak teruskan dalam kehidupan aku ni sampai akhir hayat. Ayat tak kasi can. Pastu tiba-tiba ada pulak increment. Ni yang goyah pendirian aku. Mengikut teori materialistik kawan-kawan aku, diorang cakap, ' Pape hal, ko tunggu bonus masuk dulu pastu ko blah la.'

Aku ni ada banyak jugak la skills tapi kebanyakan semua dah lupa. Lepas tu, aku nak study balik bagi power pun aku jadi confuse mana nak start dulu. Dalam banyak-banyak, yang aku paling benci adalah JD Edwards. Aku pun tak tahu kenapa. Adakah En Mahmud adalah de facto? Dah la time semangat nak study ke, semangat tu berkobar-kobar tapi 2 hari jela. Then, hilang terus semangat aku. Adakah aku mengalami tekanan perasaan macam Mas AF2 tu? Aku rasa, tidak.
Tetibe gossip jap.

Iklan jap:
Sesiapa nak jadi agent topup, bagitahu aku. Aku dapat bagi price murah. Sebab ni bisnes cousin aku. Dia ada banyak server topup. Memang laju. Aku tengok dia pun dah kaya-raya. Jeles siot. Gaji beliau 70K sebulan. Aku dengki. Busuk ati aku. Haha.

Celcom bagi 5% murah.
Maxis bagi 4.5% murah.
Italk bagi 9% murah.
Cara topup adalah melalui SMS.
Yuran pendaftaran RM30. Kalau pandai bodek, aku bagi murah lagi sikit. Hehe.
Nilai topup yang korang dapat jual, bermula dari RM3 ke angka suka hati korang. Nak RM4 ke, RM6 ke. Lantak korang la. Korang punya bisnes. Aku sikit pun tak kacau berapa banyak korang dapat untung. Tu je. Iklan tamat. Tetttt

Oh baru aku perasan, aku ni suka berbisnes rupa-rupanya. Hemmm.


Berkenaan tajuk:
Cerita Anak Betung tu best jugak. Sheila Rusly ganas betul jadi jahat. Makhluk jadiankah beliau?

Untuk Shy:
Kalau ko on YM cepat2 buzz aku if aku online ok. Aku ada benda nak berdiskusi dengan ko. Tajuknya aku rasa ko dapat agak kot. Tajuk wanita ok.

2 comments:

  1. Lisa..still keje kat 'X' ek? duk building mana skang? wahhh..tensennye keje..rase nak cabut cepat2, tp x dpt offer lg...huhu

    ReplyDelete
  2. to lisa...
    sori lmbt plak baca blog ko..
    mlm nih haku online k...
    aku dh schedule ko dlm scheduler aku..haha..poyo..

    nantikan kemunculanku!!

    ReplyDelete