Sunday, February 15, 2009

Pitidi

Aku sayang mak aku. Mak aku memang suka kalau aku dapat masuk gomen. Demi menyedapkan hati mak aku, aku pun isi la borang SPA. Orang tua, biasa la. Diorang mesti nak suruh anak2 masuk gomen. Aku sebenarnya lebih selesa di private company sebab kalau aku tak suka, ada ape2 issue ke, aku dapat suka-suka je lompat ke company lain. Lagipun gaji pun best sikit. Cume kelebihannya, senang nak buat loan la kan. Tapi takkan la sepanjang hayat aku ni asyik nak buat loan je. Kalau aku kerja private, aku rasa, aku lebih bebas. Nak buat freelance pun takde masalah. Cuma, kena la pandai2 aku nak cari cmpany yang provide remuneration yang best. Lagi satu, terasa diri macam didowngrade je bila masuk gomen kan, pasal gaji tetiba menyusut dengan banyak. (Ceh, macam aku dapat masuk gomen je. Padahal orang baru je panggil exam. Entah2 tak pass).

Jadi, dalam keterpaksaan, aku pun isi la borang tu. Aku tak nak la jadi anak derhaka. Aku ni, dari dulu lagi, mak suruh, aku ikutkan je. Dari zaman kecik2 sampai ke tua aku ni ikut telunjuk mak aku je. Sampai aku pernah warning mak aku, 'Tolong jangan pilihkan menantu sudah. Bab tu, aku cari sendiri.' Mak aku okey je. Hehe. Nasib baik.

Mak aku suruh aku sekolah kat situ, aku masuk. Mak aku suruh aku pilih matrik tu, aku pilih dan aku dapat. Mak aku suruh aku pilih U tu, aku apply dan mak aku jugak sebenarnya suruh aku apply course tu sebab dia kata elok2 je aku grad, masa tu peluang kerja tengah banyak kat bidang tu. Jadi, aku apply. Mak aku suruh aku bertunang ni. Emm emmm..adakah aku akan ikut?

Aku kena ikut telunjuk dan nasihat keluarga sebab aku anak sulung. Jadi, nak tak nak aku kena la buat jugak. Mak dan ayah aku cakap, aku kena jadi contoh adik2. Tapi, aku tengok adik2 aku degil nak mamfus, takde nye nak ikut perangai aku yang ikut je ckp mak aku. Aku ni, nak menipu mak aku, sepatah pun tak pandai. Sebab, kalau aku cuba, memang aku terus kene balasan tang tu jugak. Ade jeee nasib buruk melanda. Tapi aku tengok, adik aku, kalau mak aku tanya apa2, adeee je alasan. Pastu mula nak pusing2 walaupun tak directly menipu. Mak aku pun admit yang aku la anak yang paling patuh dan tak pernah menipu dia. Aku sebak gak masa mak aku puji. Cewah. Ok la ok la. Perenggan ni memang nak bagitau dan puji diri aku sendiri, yang aku lebih baik dari adik2 aku. Harap adik aku tak baca blog ni. Ha ha ha. Kalau baca pun bagus jugak. Sila la patuh pada Umi dan Baba ya, adik2.

Baiklah, sambung pasal SPA. Jap2 SPA tu stands for Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ek? See, tu pun tak confirm. Minggu lepas aku dpt surat suruh attend exam PTD. Aku sebenarnya tak minat bab2 management ni. Tapi sebab kat borang tu banyak yg amat kena choose position, aku pun isi jela mana2 yang kena dengan kelayakan. Terpaksa. Lagipun, kan mak aku suruh apply. Apa2 hal, aku kena gak study sesuatu untuk exam ni. Sebab, aku dengar, ade soalan pengetahuan am kan. Aku memang lemah la bab tu. Boleh tak untuk saya, sediakan semua soalan matematik je? Booo. Kena boo kat kerajaan.

Tujuan entry ini adalah untuk bertanya kawan-kawan yang berpengalaman, apakah contoh2 soalan exam PTD ni? Sumpah aku tak tau. Sebelum ni, orang duk sebut2 PTD pun aku x tau ape kebenda nye. Jadi, untuk tidak menjadi bodoh, aku harus bersedia walaupun sikit2. Lagipun tak salah kan membantu kawan2? Setau aku, Reen dengan Lin pun dapat jugak kan exam ni. Adakah perlu membaca buku? Jika ya, nyatakan jenis buku dan tajuk, di mana untuk mendapatkan buku tersebut dan jika nak pinjamkan sangat2 dialu2kan. Jika ada sumber di internet sila nyatakan URL nya.

Hurm..aku rasa serba salah la. Aku tak minat. Tapi aku perlu menjadi hipokrit semata2 kerana ibu bapa. Takpela, ni kira rezeki la kan. Fikir positif. Dapat ke tak dapat belakang kira. Sekarang aku kena attend exam dulu. Tapi nanti takmo bagitau lulus ke tak, boleh?

Bye.

11 comments:

  1. kesah ko ni sama mcm aku. cumenya aku masih berdegil dan smp skg xpenah apply SPA.

    aku cume penah apply PTM kat UPM jek baru2 ni. tu pon psl rase tingin tibe2 nak keja dlm suasana y ramai org muda spy nak rase muda sntiasa. kehkeh.

    ReplyDelete
  2. mmg kdg2 tindakan parent tu mcm mengontrol kita...tp pecayelah, xde parent yg nak tgk anak dorg suffer. walopun kdg2 kita rasa kita dah besar pjg, dh blh decide life sndri, tp bg dorg kita still lg anak2 kecil.dan sampai bila2 pun kita akan jd anak2 kecil mereka..lagipun ni je lah masa yg ada utk kite berbakti kat dorg.tiap hari, masa kita ngn dorg makin pendek,kan?eh, cam pjg lak komen aku kali ni..i'm sorry!hehe

    ReplyDelete
  3. amik je exam tuh dulu..mane tau kalo tuh mmg btol2 rejeki ko...
    aku nk isi borang SPA tuh xpenah nk abih..sbbnye byk sgt nk kene isi n aku ilang sijil spm..hahaha..

    eh..psl tunang tuh, ko xmo ker? ahaks..(*aku tau ko mesti tgh sengih gedik skang kan??*)

    ReplyDelete
  4. huhu.. aku pon buat utk mak aku gak... kwn aku suh baca buku malaysia kita.. tebal nak mati buku itu... ngantuk weh baca buku tuh...

    ReplyDelete
  5. shy_wani,
    oh pasal tunang tu..aku ikut ko la..kalo ko tunang aku pun tunang gak, boleh?tarikhnya, aku mestilah awal sehari. ceeh.

    ReplyDelete
  6. pandangdenganmatahati,
    patuhlah pada ibu bapa. janji ko apply. then ko kantoikanlah mana2 phase supaya x dpt.mase tu mak ko mesti pasrah.

    unicorn,
    aku 100% setuju dengan ko. mak bapak nak yg terbaik je utk anak2.diorang lebih dulu mkn garam. sebab tu walaupun tak suka, kita kene pertimbangkan permintaan mereka.takpe2..ko boleh komen panjang2 lagi.nak lukis kartun kat comment box aku pun boleh, dipersilakan. aku cabar tengok ko dpt buat tak.heheeh.

    shy_wani,
    ermm aku nak kene amek la ni. tapi x prepare pape. tak dpt pon takpe..janji aku pegi kan.

    Azlin Azlan,
    mekasih lin. huh buku2 camtu la ubat aku untuk tidur. baiklah, japg aku gi cari kat MPH. eh, ko kene katne ek? aku ngan reen tempat sama, kat jalan merab, institut perguruan islam blkg uniten tu.

    ReplyDelete
  7. mmg mencabar betul cabaran ko tuh..aku dh try, tp xleh.tu terpakse delete...hahaha. fear factor pon x susah cmni, tau x?

    ReplyDelete
  8. unicorn,
    la kenape delete..post je. teruskan mencuba. aku nak tengok, berjaya tak task aku bg kat ko ni. berusaha!

    ReplyDelete
  9. lisa, sy dh mls nak g exam dh. dh 3x g, 2x lulus exam. tapi x pas yg PAC sbb diaorg leh detect muke student sy itew =( borang sy dh expired jadi x dipanggil exam. mls dh nak g PAC tuh.

    tips nak lulus exam --> jwb ngn target nak lulus semua paper bukan nak dpt 'A'

    paham x nih?

    ReplyDelete
  10. lina,
    maknenye ala kadar jela tu kan. bazir je duit aku gi beli buku 'malaysia kita' tadi.

    pas aku abis exam, buku ni dibuka untuk dijual. sape nak beli kawtim la.

    harga asal, RM37.50.

    ReplyDelete
  11. aku kene kt sek ren agama, bangi.. ktne tu pon aku tatau... uhuhu

    ReplyDelete