Wednesday, January 7, 2009

XXX memang $%#%#%^

Perasaan tidak senang dan memberontak aku terhadap XXX adalah berasas. Ok la kali ni aku malas nak berXXX lagi. Satyam sudah. Tapi aku rasa benci nak sebut nama penuh sebab dah terbiasa dengan XXX. Teruskan saja dengan XXX. Aku lebih suka dengan XXX.

Dapatkanlah berita terhangat ini di blog Suami Puan Ana ni. Tadi aku dah forward mail aku dapat pasal ni kat sesiapa yang patut. Nampaknya, aksi saja-saja-cari-kerja-baru kali ni, bertukar menjadi MISI MENCARI KERJA YANG SERIUS. Sudah tiba masa aku meninggalkan XXX dengan hati yang girang. Tapi aku tak dapat apa-apa offer lagi kerana belum serius mencari kerja.

Usia aku 23. Jun 2009 aku naik 24. Aku rasa tidak terlambat sangat sekiranya aku mencari kerja baru sebagai Fresh Graduate. Kenapa?Sebab aku nak masuk SAP. Sejak aku masuk XXX, aku asyik dicampak-campak ke sub department lalu aku join banyak training tentang Oracle tetapi tiada 1 pun projek diberikan. Akhirnya aku dicampak ke kancah lebih sedih yakni di bawah En Mahmud yang sangat gelemer di blog ini iaitu sub department JDE. JDE bukanlah tidak bagus tetapi aku sangat tidak suka/rasa nak menangis/rasa hiba/tidak minat untuk meneruskan karier di bidang ini. JDE ni sangat bosan.

Aku tahu, aku cuma ada 5 minggu saja experience dengan SAP tu pun sebab MDEC baik hati bagi training. Kalau tak, mmg aku cuma pernah jadi end user saja sewaktu training di TNB. Walaupun cuma 5 minggu saja, tapi aku ada Sijil. Orang lain nak dapat Sijil, bayar berbelas-belas ribu tapi aku dapat free. Haruskah aku sia-siakan? Masa mula-mula masuk XXX, aku ingat boleh masuk ape-ape department sesuai dengan skill tapi HR bongkak tu ckp, NO FRESH GRADS FOR SAP! Babi. Kan dah mencarut.

Setelah dicampak-campak, akhirnya aku tidak happy berada di JDE. Untuk makluman, 99% fresh grad dicampak-campak ke mane-mane jabatan je. Pengurusan yang sgt fail! Apa guna 16 kali update resume kalau hasilnya mcm sampah.

Kawan-kawan, kalau ada kerja kosong di bidang SAP, sila bagitahu saya. Saya dengan serius ingin memulakan kerjaya di bidang ini. Aku nampak market untuk SAP sangat luas. Dah ada sijil. Belajar je balik apa aku dah lupa. Jika aku start sebagai fresh grad, aku perlu suffer dlm 1 tahun sebab tangga gaji mestila tak masyuk sangat kan, fresh grad katakan. Lagipun, di kalangan Fresh Grad yang lain, dari segi skill dan sijil, pastilah aku menang. Setahun suffer utk SAP takde apa sangat nak dibandingkan dengan setahun aku suffer di XXX. Ada lagi tak orang terseksa selain aku?

Akhir kata, walaupun tak baik aku benci XXX, tapi itulah hakikat. Tiada siapa mampu bertahan dengan kecelaruan pengurusan XXX ni. Kak Yani Motorola, selamat merasa penyeksaan ini bersama-sama.


p/s: resign dan mencari kerja baru atau menjadi isteri orang lalu disara oleh suami?what say u Mr Eddy?

8 comments:

  1. aku suka part jadi isteri orang 2;p

    insyaAllah senang ko dapat keje nanti lisa, at lis ko ada sijil kan, advantage la jugak kat c2, yakin buliihh

    ReplyDelete
  2. Huhukssss...
    Nape tetibe founder tuh resign ek? abes share price jatuh..Td kitorg ade tanye ape impact nye..pastu x bape clear lak jawapan diorg bg..berbelit cam jenis diorg jugak..sedihnye camni..dah la jatuh ditimpa tangga plak..dulu dh kena jual, skang ni xkan jadi lagi kot..*Sob..sob
    Lisa, try apply NorthGate Arinso atau Axon solution utk SAP..bagus tau company tuh..tp xtau la skang diorg freeze ke x recruitment...

    ReplyDelete
  3. rose,
    ko pun berminat ek ngan statement tu?tu namanya melepaskan tanggungjawab dan hutang kereta kepada orang tersayang tanpa persetujuan.


    elixadexelia,
    hanya utk bacaan kak yani,(sebab panjang)
    ahh terlalu kontroversi utk dibincang di komen pasal resignation tu.lagipon ade kaitan dengan $$$$$$ fraud.what the hell la cmpany sendiri pun nak tipu.dah la founder..akak click jela ek link2 sy bagi tu.bace.esok mesti banyak mail masuk regarding benda nih.kita pakat baca esok.

    hahah axon ek.mase memule pass exam sap tu, dorg la cmpany first panggil itview coz dorg yang conduct training.smue trainer dr axon.tp dgr2 axon solution dah diacquire oleh kmpeni lain ek.ke salah berita.dah pergi half way interview.sempat jwb soalan iq.susah yg amat soalan logik math.tetibe interviewer stuck kat trafik jam.pastu interview dipostpone.dek kerana kemanisan cakap belit XXX, saya pun join je XXX atas saranan Dekan Fakulti(aghh!) coz dh dpt XXX sebelum tu.lagipun tengok XXX profile, dorg pun ada SAP. then sy dah tak reschedule pun interview with axon. penyesalan yang tak mungkin dilupakan.benci pada diri sendiri sebab tak ambik peluang depan mata.tersalah memilih peluang yg sebenarnya tipu helah XXX semata-mata.amboih ayat kalah azwan ali.


    emmm penjelasan komen ni bleh buat 1 entry dh.sekian.

    ReplyDelete
  4. aku tau ko tensen, marah dan berbagai2 lagi... tapi..

    kenape??


    kenape???


    kenape tak logout!!!


    :peace:

    ReplyDelete
  5. aghhhhhhhhhhhhhh aku meroyan kat komen sendiri.aku nak cari keje baru!

    ReplyDelete
  6. sabar, sabar...semua org tgh pening pale skg.hanya ketenangan dpt memberi ilham dan idea utk bertindak..fuh, rasa cam ayat2 pujangga lak

    ReplyDelete
  7. hehehe.baiklah.aku tengah bertenang dan bersabar.blog hanya tempat melepas geram. iniliah tujuan blog ini diwujudkan.sapa baca, nasib la.he he. jangan nanti semua berpiket tak dapat gaji bulan depan sudah. road tax dan insuransku mati 20 Jan. Agak gerun di situ.

    ReplyDelete