Tuesday, January 6, 2009

Sedih. Marah.

Pagi ni aku baca berita Pasal Israel-Palestin. Sedih betul tengok gambar orang-orang tak bersalah jadi mangsa. InsyaAllah syahid.

Pagi tadi sempat tengok berita TV3, pasal bayi baru lahir yang diletak dalam incubator tapi memperjudikan nyawa dengan bekalan generator sahaja sebab bekalan elektrik dah diputuskan 2-3 hari lepas.Apa jadi agaknya kat bayi-bayi yang baru je nak lihat dunia kalau bekalan dari generator pun habis? Agaknya,mereka diberi peluang dilahirkan sementara untuk merasa seksa seketika, mati syahid, kemudian ditempatkan di syurga kelak.

Sedih. Sedih. Marilah sama-sama kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kita sesama Islam.


Petikan Utusan Online:

Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sifatkan keadaan di Gaza sangat-sangat berbahaya dan meruncing.

Semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak.

Rejim Zionis tidak akan mengadakan gencatan senjata selagi Hamas tidak ‘berundur’ dan berhenti melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel.


Kredit: Utusan Online


1 comment:

  1. kesian kan, huhu, teruk tau sampai sket segala ubat2an, melampau tahap ape dah ni, memang diorang nih xde perasaan langsung ke hape nih??

    ReplyDelete