Thursday, January 8, 2009

Mat Bond

Amaran kepada sesiapa yang tidak suka membaca sesuatu yang penuh dengan amarah, tekanan dan rungutan, sila tinggalkan entry ini segera.

Peningnya kepala aku. Start dari lepas maghrib aku dah tidur, sampai la ke pukul 12+. Aku pun lupa pukul berapa aku bangun. Yang pasti perut aku lapar gila. Nasib baik la Kembangan Paradise buka lagi, tapau jela.

Sekarang aku dah tak mengantuk walaupun dah pekena Milo. Biasanya, aku alergik sikit dengan Milo. Minum Milo je, terus mengantuk. Ni maybe sebab dah banyak tido tadi, so aku dah tak mampu dah nak menutup mata. Padahal bukan ke aku ni memang kuat tido ke? Dah tido banyak mana pun aku tetap boleh tidur lena lagi lepas tu.

Esok dah Jumaat rupanya. Nampak gaya weekend ni, Career Fair penuh dengan manusia dari XXX. Petang semalam ada meeting ye dengan Management? Ha ha aku dah lesap dah. Tak kuasa aku nak terperuk kat XXX tu sambil menatap komputer yang di blok segala benda. Nak bukak news pun tak dapat. Kalau Founder pun jahat macam lahanat, tak payah la nak harap anak buah nak jadi baik, projek pun takda. Kau ingat aku maksum? Semua pakat rebel. Sekarang bukan Reen sorang je rebel2 nih. Semua orang dah ambik identiti Reen. Sorry Reen.

Kepada Reha, aku baru je baca SMS kau. Tapi aku malas nak reply coz aku rasa maybe kau dah tido. Jadi aku jawab di blog saja(macam la kau baca blog masa tidur). Esok InsyaAllah kita akan jumpa di ofis. Tapi agak susah untuk berjanji. Aku try la ok.


Soalan untuk diri sendiri dan kawan-kawan senasib :
Adakah kita patut bertenang(seperti kata orang-orang atasan seperti KVS, tidak panik langsung,buat tak tahu saja atau terus berkerja di syarikat ini sambil hujung bulan menangis risau gaji masuk ke tak masuk, dan percaya bahawa, tiada apa-apa yang berubah di Syarikat melainkan pengurusan dan Board of Director sahaja?:
(soalan lebih relevan untuk orang yang sudah berumahtangga yang perlu menanggung isi rumah atau lebih memberi efek dan konflik sekiranya suami dan isteri kedua-duanya bekerja di XXX).

Senarai yang menambah ketidakpercayaan aku terhadap XXX:
1. Pengasasnya terkantoi menipu.
2. Syarikat mungkin disaman atau lihat sini
3. Saham telah jatuh lebih 70%+
4. Pengurusan yang kucar-kacir.
5. Syarikat yang tidak tersenarai dalam senarai bank bila bank nak check CTOS(susah nak mampus nak buat financing kat bank. kalau nak beli rumah agaknya rumah panjang di Sarawak saja senang nak lulus ataupun rumah untuk ayam iaitu reban). Bank Rakyat adalah lebih kejam dan sarcastic lalu berkata, 'Maaf, XXX takde duit nak operate di Malaysia.' Aku rasa terguris.

Itu sahaja yang aku nak senaraikan walaupun senarainya masih panjang.

Aku sebenarnya tertekan apabila teringat kata-kata mak aku: 'Kenapa tak minat nak masuk government atau kwsp atau tnb? Kan lebih terjamin, zaman ekonomi tengah teruk ni. Faedah pun banyak' - masa aku mula-mula grad sebab masa ni banyak peluang dibuka. masa ni aku sangat lah bodoh sebab aku rasa keje gomen untuk orang tua. untuk orang muda, adalah tidak cool untuk keje gomen. bodoh.

Aku juga agak tertekan bila teringat kata-kata Eddy masa mula-mula nak masuk XXX -: kenapa tak cuba dulu Syarikat2 MNC lain esp dari US/ UK? Kenapa nak cuba Indian company? Saya dah pernah ada sejarah deal dengan orang-orang dari India ni dan memang susah berurusan dengan diorang. Awak masuk XXX sebab ramai kawan-kawan kat situ ek?
(Lagipun masa tu pintu kerjaya aku terbuka luas dengan salah sebuah Syarikat SAP yang besar. Dah halfway pergi interview pun, siap malam tu aku dah habis study balik 2 bijik buku tebal. Akhirnya aku tak teruskan. Itulah kebodohan kedua aku. Anyway thanks Sally temankan I pergi interview tu walaupun hampir tersesat ke MidValley.)


Aku juga tertekan sebab aku percaya ini: Prof Dr. Abdul Azim Ab Ghani iaitu Dekan Fakulti aku masa di Universiti menyarankan aku masuk XXX sebab dia kata dia tengok company ni bagus. Leading IT company. Aku tak tau apa jampi XXX dan kroni dah bagi kat Dean aku sorang ni sampai dia duk pujuk aku dan kawan-kawan untuk join. Memang pandai XXX, kau mempergunakan pensyarah-pensyarah kami untuk menarik fresh graduate masuk syarikat kamu.

Inilah harga yang harus dibayar oleh pekerja swasta seperti saya.(ayat standard macam artis bila kantoi, tapi aku tak kantoi, Founder keji tu yang kantoi). Mungkin masa tu aku sangat teruja mendapat kerja walapun tak silap aku, aku belum lagi membentangkan Final Year Project dan project aku pun baru 30% siap, sambil tak bersedia datang interview sebab tak berminat dan bangun lambat dan tidak dilupakan, aku memakai selipar saja sewaktu interview. Sudahlah interview pertama, terus dapat dengan gaji yg agak lumayan ketika itu sambil ditokok tambah oleh janji-janji manis dan fakta-fakta betapa gahnya XXX ni. Padahal aku tak pernah kenal pun syarikat ni, nak sebut pun terkial-kial.


Aku dah berasa lega. Nasib baik ada blog. Diingatkan, blog ini adalah tempat aku melepaskan kemarahan, tempat merungut dan melempiaskan kesedihan aku. Siapa yang rajin bukak blog ni mesti tau, aku memang suka memaki-maki apa sahaja yang aku tak puas hati. Aku memang jarang bercerita tentang kisah peribadi, apa aku buat setiap hari, kat mana aku pergi berjalan-jalan dan camwhore2 lalu menepek gambar di blog walaupun ada kamera besar gabak tu. Gambar berhari raya pun aku tak letak, inikan pula gambar Botol Air Coke yang aku beli. Lagipun bukan itu tujuan aku berblogging.

Ya, memang banyak cara nak lepaskan tekanan, aku ada juga buat cara lain contohnya seperti tidur, berdoa dan tidur balik, tapi ini adalah salah satu daripada caranya. Aku tak menasihatkan orang menjadi followerku tapi kalau nak jugak, terpulang. Terima kasih kepada 18 orang followerku. Aku malas nak privatekan sebab lain kali kalau nak baca balik, tak payah susah-susah aku nak login dan aku juga tak perlu memasukkan senarai-senarai orang yang dibenarkan untuk membaca. Leceh.

Banyak pulak 'XXX' dalam entry ni. Nasib baik disable google, kalau tak, orang cari bahan porno, masuk, jumpa blog ni sebab penuh dengan XXX. Tak sangka ya, aku saja je nak reka XXX ni tapi ramai dah budak-budak ofis yang jadi blogger pun mengikut sama, guna XXX. Korang cari la nama yang semenggah sikit, tiru aku yang separuh mereng dah ni kenapa.

Akhir kata. Think like a CEO. Kalau CEO ada buat fraud, 'Think to Fraud.' Boleh ke?


p/s: Tajuk Mat Bond tu adalah cerita di channel 122 yang aku tengah tengok sekarang. Sekian Wassalam.

5 comments:

  1. Hihih..sedih sebenarnye tp tergelak bile bace blog lisa dgn ayat yg penuh perasaan itu..huhu..ape nak jadi ni lisa..tetibe terpikir tade ke org nk masuk meminang akak nih..jd suri rumah tangga lg bagus dr keje tp xtau untung nasib nye camne..huhu

    Psstt..lisa gi ke kareer fair wiken ni?

    ReplyDelete
  2. ekk jgnla gelak org tengah bersedih, kak.hehe.

    cmne?akak, plis add me @YM
    pestisid@yahoo.com

    kita bincang kat situ.rasanya situasi cmni kite kena bersatu la berfikir.hehe.

    ReplyDelete
  3. huhu byk kan bersabar ehh lisa
    xpe2, belaja dr ape yg kite x tau
    tp errr x sangke dean kite pun leh tertipuuu ekkk i mean bukan tertipu laa, terpengaruh lalu mempromote2 (xtau dalam kamus nak panggil ape)

    ReplyDelete
  4. jwpn die, tertipu la tu.atau terpengaruh.
    dia la mtk tlg saya fwdkan psal iklan XXX tu kat sumorg dan paksa i join teview.takpe ah,sbenanye XXX ni dr segi hasil kerja, bagus cume management and kesilapan ceo tu la jadikan keadaan teruk cmni.wuwuwuw.

    ReplyDelete
  5. xxx bukan ke ramai gak dak upm??aku hampir2 nak apply kat c2 ari tu, xpela lisa, bersabarla, insyaAllah rezeki ko ade kat tempat lain kot

    ReplyDelete