Thursday, July 16, 2009

Status Sekatan Ke Luar Negara

Thanks Faizal Tahir. At least aku ada modal nak update blog.

Faizal Tahir kandas ke APM kerana hutang PTPTN




KUALA LUMPUR - Artis dan komposer terkenal, Faizal Tahir (gambar) gagal menaiki pesawat untuk menghadiri majlis Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 di Jakarta semalam dipercayai akibat tidak menjelaskan hutangnya dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kosmo! difahamkan, Faizal sepatutnya menaiki pesawat bersama beberapa rakan artis seperti Ayu, Dafi dan Aizat pada pukul 3.55 petang menerusi Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang semalam.

Namun, Faizal satu-satunya artis yang gagal melepasi saringan Imigresen kerana PTPTN sebelum ini telah mengenakan perintah sekatan keluar negara kepada hampir 78,000 peminjam yang tidak menjelaskan hutang.

Usaha mendapatkan komen Faizal, lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu bagaimanapun gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan telefon.


-KOSMO.


aku pun byr kadang2. rasa nak byr, bayar, tak cukup duit x byr. abis, nak suruh aku hutang ngan org lain plak ke sebab nak byr utang ni? gali lubang tutup lubang namanya tu.

pasni aku ade duit aku byr cash. hehe.bile la nak ade banyak duit.

nah, link untuk check:

http://eform.ptptn.gov.my:8080/blacklist/login.cfm




2 comments:

  1. kesian giler klo tetiba kena sekt nk ke luar..

    ReplyDelete
  2. apesal muka dier camtuh?
    huiskh..kecoh la ptptn..

    ReplyDelete