Wednesday, July 15, 2009

Random Ke?

Random ok. Snippet la tiru macam Che Det :P Bosan ni tunggu installation. Bos pulak takde yes.

1. Pagi2 aku breakfast, pakai bedak, perfume, lipstick semua dalam kereta. Cool, sebab pandang kereta sebelah pun ramai perempuan buat macam tu.

2. Breakfast kafe kat opis ni macam kenduri open house. Macam2 ada dan aku makan free je sebab company bayar. Just name it, ade makaroni, nasi goreng cina, kampung, biasa, puding roti, puding jagung, kue teow, bihun, mee, bakso, bihun sup, roti canai, nasi lemak, popia kering, popia basah, popia pedas dan macam2 lagi yang tak sempat nak ingat. Saja je ni bagi geng2 XXX jeles hehehe.

3. Aku nak declare war dengan press2 hanjeng(bak kata azwana ali) sebab bila call dorang langsung takde etika menjawab telefon. Jawab telefon dengan rude, menengking dan letak telefon macam tu je. Aku doakan sepanjang bulan ni kau kena marah dengan boss kau atau tape/mp3 player/recorder yang kau record ucapan sapa2 yang kau cover hilang/rosak/ kena curi padan muka kau tak boleh buat berita. Atau aku doakan kalian tak dapat bonus tahun ni atau tak dapat cuti raya, kena on call pada hari raya padan mukaaaaa. Kalau aku tau semua hampeh baik aku call harakah dengan malaysiakini je.

4. Aku belajar cara mencarut dalam bahasa cina yang membawa maksud f*ck you. Yes, awek cina rebel ni baik dengan staff2 baru dan best lah dia walaupun dia rebel. Dan dia juga tak percaya sangat 4 tu tak ong sebab nombor telefon dia ada nombor 4.

5. Aku selalu nampak c*** korek hidung masa tengah drive setiap pagi. Jadi sesiapa yang ada niat nak beli kereta second hand, jika pemilik asal adalah c***, jadi sila basuh dan letak antiseptik di bahagian stereng kereta baru anda.

6. Aku dah hafal kat mana ada polis jaga untuk saman orang yang lalu laluan kecemasan. Jadi aku akan cilok awal2 dan bila hampir dengan polis aku masuk lane cepat2. Terpaksa sebab aku memang dari susur, so memang aku dari lane kecemasan pun.

7. Isnin lepas ada I**** dengan C*** gaduh kat tengah2 jalan time jammed sebab C*** tu drive lori dengan kurang ajar, maybe dia change lane tiba2 lalu terkena sipi2 kereta waja convert lancer si I**** lalu si I**** keluar kereta dan ajak pakcik tua C*** bertumbuk. Kejadian berlaku betul2 di belakang kereta aku.

8. Aku sudah dapat cam kereta2 yang selalu terperangkap sebelum dan selepas tol sunway antaranya adalah honda CRV biru 2nd generation, nissan x-trail kelabu bernombor plate 87, getz silver plate JHK dan beberapa lagi.

9. Masa balik pulak aku dah dapat cam ada satu van securiforce dan ada satu lagi van apa tah akan sentiasa berebut2 lane dengan aku.

10. Maaf lah sebab kate random, tapi basically cerita pasal pergi kerja dan balik kerja :P Nak buat macam mana dah life aku mcm ni je sekarang.

Bye-bye.

1 comment:

  1. same la ngn aku..hari2 lalu tol sunway tu.mcm2 perangai org dpt tgk..aku bfast dlm kete je pg2.mkn roti..tp org2 tepi aku ade mkn megi, nasik bungkus..byk aktiviti blh buat time2 jem nih..hehe

    ReplyDelete