Thursday, July 30, 2009

Entry tiada isi khusus.

Eh sekarang musim demam kan? Edy demam, Shu demam. Aku dikelilingi orang demam pulak. Lunch mate ofis demam. Aku pun hampir2 demam. Jangan H1N1 sudah.

Di kesempatan update blog ni, aku nak ucapkan terima kasssey kat XXX sebab masukkan duit leave encashment aku. Tengah2 kering ni. Ingatkan dapat 200+ je sebab cuti ade 3 hari je. Rupenye dapat dekat2 350 hahaha. So duit tu akan masuk dalam list isi minyak utk bulan August. Yah, aku nak isi minyak kete sampai melimpah2 esok. Eh apsal nak kene melimpah?

Teruk2 XXX dulu, teruk lagi cmpany aku skrg. Mmg last day of the month akan bayar gaji. Bulan ni dah la 31hb. Dalam beg duit aku tadi tinggal rm3 je lepas isi minyak kete yg mcm minum minyak bagai nak gila tu. Malas nak keluarkan duit dah pasal ade lagi la sikit saving tp dalam beg duit lain. Hehehe. Lagipon now aku kan asyik makan free. Parking pun dah dapat pass. So sekarang memang duit aku mengalir dengan lajunye hanya utk minyak kereta tu jela, dengan toll. Minyak RM50 3 hari noks, sedih sangat2 mak! Sapa ada kancil auto atau kelisa auto marilah buat pertukaran dengan kereta saya. Hahaha. Tak pun sapa nak jual Kelisa auto sila la bagitau saya awal. Aku nak mintak ihsan ayah aku belikan Kelisa la, nanti kete aku, bagi adik aku guna. Kancil dulu pun manual jugk. Hadoi. Kalau tak, boleyla aku ambik je balik Kacil tu. Buruk siku pun takpe. Kete skang ni plak besar gedabak, makan minyak bagai nak gila.

Patutnye kat opis tadi ade dinner tp aku malas nak ikut pasal kalau tak,konfem balik lambat gile pastu aku jadi stress lak pasal asyik tengok muke org yg aku tak ngam. So baik aku pergi makan dengan Incik Edy. Lagipun beliau kan demam, so mengade lebih sikit la kan konon demam. hehehe.

Disebabkan rasa nak demam, so, babai. Penutup karangan yang sangat fail.



3 comments:

  1. h1n1, silap doc @ silap pesakit..? :)
    xde kaitan, tetibe tny cik liesa..
    ahaa`

    ReplyDelete
  2. awat lak silap pesakit.x silap sape2 pun sape yg dpt penyakit tu, tp kalau doc x dpt detect sakit tu, die la salah. x ckp ilmu kot.

    ReplyDelete
  3. lisa, pi tgk notice kat scipp blog jap. Kalo free, akak harap awk join eh.

    ReplyDelete