Friday, July 3, 2009

Kepenatan

Mulai hari ini, font post aku adalah besar sebab aku sakit mata je tengok blog aku sendiri.
Spek aku hilang. Entah la mana pergi. Dalam kereta Edy kot, tapi macam takde je. Duit takda nak buat spek baru. T_T nangis kecil-kecilan.

Fikir sejenak perlu ke tak aku cerita pasal experience kat new company.
Kalau kat XXX hari2 aku sms Reen tanya dah kat opis ke. Maklumlah XXX tu memang choyyy gila pasal kitorg punye department memang takde sapa ambik peduli.
Suka hati je nak pegi bila. Boss aku sendiri pun lama tak nampak kepala dia yang botak tu. Eh sori, EX BOSS.

Ok now aku kerja penat sikit. Bukan penat kerja keras, tapi penat layan trafik jam. Pagi2 dan balik kerja aku ngan Fawaz bertukar2 info trafik. Pasal cmpany Fawaz depan sikit dr company aku. So aku tanya dia la. Penat laah hoih layan jam ni. First day tu, aku balik terus lembik, mandi, makan, tido sampai pagi. Gila ah. Dengan sakit kepala lagi. Yela sebelum ni manja kan duk Cyberg, trafik best gile, jalan 2,3 lane semua kereta laju2. Tol takda. 12 minit dah sampai opis. Tiba2 aku merindui Cyberjaya. Boleh tak kalau tiba2 aku berharap nak dapat F41 tu sebab tak mau kerja PJ. Huhuhu. Selamat berharap lah lisa, iaiatu calon yang entah ke berapa ribu daripada 10ribu tapi nak ambik 200 orang je T___________T nangis sangat2.

Skang aku masuk company baru yang aku dah pilih dah nama samarannya, syarikat PQ. Aku buat Bisnes Intelligence kat sini. Aku sekor2 yang takde BI experience ni kena handle 5 tools yang baru je belajar 1 tool je T__________T Next week director aku suruh pergi present depan dia, pasal aku kena attend client and also bagi training kat client jugak. Nangis lagi. Guling2. Tools yg aku nak kena handle ni yg company memang nak push gila2 skrng. Now 1st client baru, TM R&D. Dah abis dah train sorg staf dorang tadi.

Baru aku tau PQ ni ada jugak 2 branch kat India. Ni dah start gigil nih. Jangan la buat benda macam XXX tu buat. Tak kot, pasal aku tengok staff diorang tak overload, tapi keja la banyak.Esok tak pun next week ada sorg staff kena gi sana utk tools company handle, kesian dia kene manage 176 pc sorang2. Kalau kat XXX, sorang dpt manage 1 pc je aku rasa dah syukur gila al-bab. Takpe, janji best, ada kerja, tak goyang kaki makan gaji butoo.

Banyak benda boleh belajar kat sini. Tools pun bukan calang2. List of client dorang pun macam bersepah2 je aku tengok. Kire pada pandangan luarannya, aku rasa company ni mmg stable dari segi market, and most of them memang government and GLC. Gud.

Aku suka je belajar benda baru, tapi aku tak expect la aku akan kena jadi trainer/demonstrator tools dlm masa yg sangat singkat. Wuwuwuwu nangis sangat2. Aku dah la tak minat ngajar2 nih. Dulu aku penah ngaja, sebab bosan tu yg aku stop. Kalau aku minat, konpem aku sambung blaja pastu terus apply jadi lecturer je.

Tapi kampeni ni baik. Cuma in terms of medical benefits, XXX lah yang terbaik (satu masa dahulu). Aku pun memang tak pernah jumpa company yang support medical sampai 100ribu USD macam XXX(suatu masa dahulu). Sini medical support biasa2 jela. HUrmph. Kalau aku sakit, aku rasa baik aku resign je kot. Better aku ambik medical card kot utk keselamatan sendiri or ambik PA. Cuma yang best, parking aku berbayar, dapat season pass. Haha baru aku tau, tak ramai pun staff situ yg entitled for season pass tu. Hihi. Apasal aku dapat eh? Ade yang siap gi park kawasan perumahan lagi sebab nak jimat. Gila kau, bayar parking RM8 sehari??? Then makan pagi dan tengah hari cmpany bayar. Tadi aku makan sotong goreng tepung berempah, sup sirip ikan yu(ok tipu) ngan sayur, total RM7+ yay tak payah bayar ape2. Hari2 macam tu memang jimat.

Minyak kereta plak takde la terbeban sangat. 3 hari pergi balik baru je 1/3 dari RM50 aku isi hari tu. Makan dah la free. Terima kasih kepada jalan short cut. Tapi walaupun 25km sahaja, 1 jam setengah ok!! nangis lagi. Kaki aku ni, kalau aku ade gout memang sah2 aku benti lorong kecemasan sebab penat la wey asyik minyak-brek-minyak-brek. Dah la makcik2 tak bagi kalau aku nak potong lane. Tak remaja betul makcik2 di LDP dan Federal Highway. Tapi bawak slow. Bila orang nak potong, teruk je tekan minyak pulak laju2. Choy!!

Aku suka masuk line BI nih. Tapi, aku sepi tiada kawan yang gila2 yang ramai2 macam di XXX. Sedih ok? Yang sekaum ngan aku sombong. Feeling senior kot. Hah!!!Yang chinese baik, cool dan pesan kat akak kafe jgn buli aku. Boleh? Director pun baik. Tapi aku harap laa sape2 plis la dapat keje kat situ or 1 building pun takpe. Sila la cari keje area tu sebab aku bosan.

Aku nampak kak saleha bikd XXX kat kafe tapi sbb aku tak penah tegur die and aku rasa die tak kenal aku, so aku tak gi tegur la. Huhu. Rindu XXX's team members. XXX mmg best ok in frenship. Takde tempat bleh celen dah aku rasa. Sape2 ade kat XXX lagi, cherish the frenship. Nanti gi tempat lain korang sorang2. :"( sedih2. kalau ade keje kosong aku nak tarik rin walau ape terjadi. terharu tak terharu taaaaaaaak?

Harap sgt2 by next week aku akan keluar2 pergi jmpe client and tak duk opis sebab bosan dan opis sedikit sepah sebab banyak product nak deliver dorg letak blakang opis dulu. semak gile. arini dah ok sket dah clear.


Fakta yang aku tak akan deny.
1 aku syg kwn2 XXX walaupun aku byk tak puas ati dengan XXX.
2 aku berterima kasih pada XXX sebab dulu medical coverage diorang tiptop. rugi aku tak guna betul2. sangat2 rugi. kalau aku kawin memula masuk mesti taun lepas dah beranak hahaha. leh guna duit XXX sebelum dorg tuka polisi.
3 opis xxx cantik. dalam nye sangat kemas dan elegan, tersusun rapi. pc pun standardised. kat opis baru aku dpt laptop ibm thinkpad, tp smue staf mcm tak standard. ada pakai compaq, crt monitor pun masih wujud dan LCD skrin adalah tak standard dari segi brand. lucu ok. tandas unisex tapi bersih dan wangi. mouse aku pun entah lah brand apa.
4 terkejut tengok training room ada 8-10 pc je. kat xxx 100+ kot.
5 dalam aku duk komplen2 pasal XXX sebenanye aku syg XXX dan aku tak akan resign sekiranya semua pentadbiran asal XXX dibuang dan diganti baru yg lebih efisyen dan bagi aku projek. Tapi tak dapat2 jugak, maka aku terpaksa blah.


TERIMA KASIH, XXX sebab saya diterima di XXX, saya dapat belajar banyak perkara dan erti kehidupan. Dan terima kasih atas facility kamu yang hebat. Ceh dan2 puji.


sekian. sori panjang. sapa suruh bace.

p/s: perlu tak saya buat entry tribute to XXX dan hanya puji-pujian sahaja memandangkan saya memang jarang memuji XXX?





7 comments:

  1. aku kagum ngan diri aku sendiri sbb aku bace sampai abih.. sbb aku tatau nak bace ape dah.. sbb aku mmg nak tau pengalaman ko bekeje gak..

    skang ni mmg aku cherish the moment kat xxx.. sbb aku pk pg2 aku still bole malas2 nak bgn.. hhuhuh oh heaven~

    utk soklan ko.. baiklah aku jawab.. ye saye terharu.. huhuh

    dan aku pon rase xxx sbenanye ok.. dan lg ok kalo kite ade pojek.. kalo kite ade pojek.. tade reason utk kite kuar kot kan?

    owh aku plak nak wat entry kat sini.. hahah

    ReplyDelete
  2. Bg akak...BI macam best jer...ntah maybe sbb akak odit je BI ni...just review on sampling basis =)

    ReplyDelete
  3. oh oh ko reply msj saye kat entry terus

    pu~

    ReplyDelete
  4. reen,
    kan? kalau ade projek aku tak keluar lagi kot XXX tu. leh sambung blaja lagi..rilek2 je keje flexible. kenapa laaaa projek takde wuwuwu.

    k izyan,
    BI best kan? hah nnt mintak RHB beli tools ktorg. banyak k tools, esp for financing. lgpon keje takde la pening2 mcm kene coding2 je hari2. :)


    dd,
    sori sori tak sempat reply msg. sy pening ah pasal suddenly director dtg tnye khabar, then terus jd tak keruan wakakka. sori ekkkkk. pasal mmg ade plan nak buat entry pon.

    ReplyDelete
  5. Lisa, RHB dah de BI. Tatau la dr co. yg lisa keje ke tak. Sbb akak tatau lisa keje co. mane...ehehee.

    BI is very user friendly. Tibe2 akak rase nak bukak consultant co. pasal BI lak...jom lisa!

    ReplyDelete
  6. kak izyan,
    jom2.k izyan, BI tools best tapi mahal..kite kene bincang lelok ni. i serius. cube bgtau name tools. sbb cmpany ni akan remain secret, as PQ company aje. takmo gtau nama sebenar hahahaa. 1 tools yg sy handle, skali ngan consultation, 1 license je almost rm100K. imagine la cmne dorg leh buat profit berganda2 for few licenses and few tools. wow. seriously, big WOW!

    ReplyDelete
  7. BI mmg best!! BI for life! hehehe

    ReplyDelete