Friday, August 7, 2009

Seyuman Ragamu.

Alhamdulillah akhirnya ada sesuatu yang menggembirakan buat umi saya. Aku buat sesuatu niat kerana Allah dan kedua kerana permintaan seorang ibu. Sejak kecik aku memang tak pandai bantah cakap umi. Aku tak pandai nak tipu umi walau sepatah. Pernah la buat dulu masa kecik2 tapi tak sampai beberapa jam Allah dah balas siap2. Ade2 je bende tak kena akan berlaku.

Sejak kecik kan, dari memula masuk sains p puteh tu, pun atas keputusan umi. Bila nak masuk matrik, umi suruh apply KMPP letak paling atas. AKu buat dan dapat apa yang umi hajatkan. Then masa isi UPU pun memang ikut pilihan umi jugak. Pastu dapat apa yg umi nak tu. Janganla kata umi saya buat keputusan 100% untuk masa depan saya, tapi atas perbincangan bersama. Tapi kadang2 apa yang tak suka pun aku ikutkan je, sebab rasanya restu seorang ibu tu adalah segala2nya.

Dulu kan kat sekolah, setiap hari aku call umi. Paling2 public phone rosak pun, dah elok terus queue untuk call. Sehari tak tanya khabar umi memang tak boleh. Pstu kalau petang Sabtu, lepas outing kalau umi dengan baba anta pergi sekolah, pukul 6.40 mcm tu aku akan call tanya dah sampai rumah ke belum? sebab dalam kepala otak aku kan, memang selalu macam risau2 ape2 terjadi kat parent dalam perjalanan pulang. EKsiden etc etc. Kadang2 terfikir macam2 bende tak elok, contohnye macam masa family tengah tidor, rumah tetibe terbakar ke. Pastu dah takde harapan nak jumpe family. :( :( ENtah, suke tau pikir pelik2. Aku ni saiko secara tersembunyi kah? Pelik2 je aku ni kan.

Masuk matrik pun sama. Hari2 kol. DUlu prepaid mahal. Beli number dah RM129. Topup minimum masa tu RM60. RM60 tu tak sampai seminggu sebab suka call parent kan nak tanye khabar. Masa kat U pun mcm tu jugak. Kdg2 orang pelik ape2 nak buat pun aku bgtau umi. Nak gi petronas isi minyak kereta pun sms umi. Huhu.

Skrg sebab dah besar, pastu adik2 pun dah besar. So aku takde la nak manje2 sangat dah. Bagi peluang adik2 plak. Tapi still smpai skrg hari2 pun memang slalu call umi. Tak pun kalau terlupa call, malam2 umi akan call ckp, 'tak call pun hari ni.' :) :) Bagus kan sorg ibu. Ada anak 5 tapi sorg pun dia tak lupakan. Anak2 yg 5 ni ntah dpat ntah tidak untk ingat seorang ibu. Harap2 smue dapat ingat. :) :)

So now 1 keputusan yang buat umi happy dh aku capai. Esok plak terpaksa buat sesuatu untuk baba. Malas sebenanye, tapi takpela. Mungkin restu ibu bapa akan jadi sesuatu yang dapat bantu kejayaan anak.

Sapa sangka aku dulu tak suka apa yang aku dapat hari ni, tapi akhirnya aku happy pulak. Maybe doa ibu untuk bersihkan balik minda aku untuk suka benda tu.Baiklah, terima kasih umi dan baba. Luv u all.

p/s: ok tak kalau resign dah balik kampung semata2 untuk berpuasa bersama keluarga? heheeeeeeee.

7 comments:

  1. betol2. aku ingat lagi maxis nye prepaid harga dalam RM123.

    Damn!

    ReplyDelete
  2. Liesa...good luck esok! Akak tak mau pergi kali ni. "Pause" kejap....

    ReplyDelete
  3. hariry,
    haha mahal kan dulu. skang harga mcm tu leh dpt num vip 888888 kui2.

    k izyan,
    sy mmg taknak kak. pasal dh dpt f41. alhamdulillah. tp ayah suruh. takmau la hampakan die. at least pegi. :") senyuman dlm tangisan.

    ReplyDelete
  4. congratz lisa, mesti tenang da kamu skang:)

    ReplyDelete
  5. rose,
    thanks..a'aa tenang sket sbb terkeluar dari lingkungan alkafirun yg x respek sensitivity :)

    ReplyDelete
  6. lisa, klu sy jadik ko sy balik kampung hihihi bercuti sakan jap

    ReplyDelete
  7. dd dudu,
    kan uols. blk kg seronottt juge. cume kene ade konpem dlm tgn dlm3-4ribu je pasal masuk gomen kan ke 2,3 bulan gak delay gaji. makan minum tu takpe lagi leh mntak simpati org. nak byr kete, sewa umah, kad kredit, takaful segala tu takkan nak mintak simpati org noks.
    kalau benti keje awal adalah kerugian 6 ribu uols. cmne tu? pikir pikir.

    ReplyDelete