Saturday, August 15, 2009

5 juta rakyat Malaysia akan dijangkiti H1N1

BUKIT MERTAJAM 15 Ogos — Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus selesema babi atau influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.

“Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini.

- BERNAMA


Respon aku:

1.abis cmne nak elak? kalau dh kene, memang kene jugak, kalau dh buat prevention mcm2 pun, tak bleh elak. anggap jelah takdir. wah, mcm give up je aku kan?

2.topeng jual kat farmasi tu tebal sangat ke?

3. mcm mane tak kena H1N1 kalau kejap2 ade ape2 nak berhimpun, nak berdemonstrasi.

4.pasar malam berlambak lagi orang pergi. tak pakai topeng pun.

5.aku doakan aku, family dan kawan2 tak kena H1N1 ni. tapi adik aku berisiko pasal kat hostel dia ada org kene H1N1 tapi yg dikuarantin, floor bebudak yg kena tu je. motif?

6. sila tutup sekolah ye.

7. lagi bagus, 'sila tutup pejabat.' wakakakka.

No comments:

Post a Comment