Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Saturday, October 11, 2008

doktor imran, sile jwb..

ni artikel aku cilok dr blog org.sbb aku dh x tahan sakit.and entry ni aku hrp sgt doc imran leh jwb secepat mgkin.aku dh mogok tido skang so aku x pg klinik.esok kot aku g sbb dh cuak and sakit lidah aku yg amat sgt.korg paham kan, if kene ulcer cmne?kalo kene kat bibir je dh sakit gile, tu kalo kene sbijik yg kecik.ape la agaknye perasaan aku yg kene 3 ulcer kat lidah.satu kat permukaan, 2 kat tepi.yg besar kat permukaan.mmg sakit.xleh nak ckp dgn betul especially huruf T sbb lidah x dpt nak sentuh lelangit dgn tepat.bile tersentuh, sakit gile.dan jugak, x boleh makan.td pon aku bli mcd porridge tp dpt mkn bape suapan saje.

to tuan doktor, kronologi sakit adelah:
memule aku mkn daging goreng pastu tergigit lidah.time ni aku mmg dh start2 dmam.so dmam bukan dsebabkan ulcer.cume kesan tergigit lidah tu memule die jadik merah then die jadik ulcer yg sgt sakit.and maybe susah nk smbuh coz kebetulan aku tgh dmam n ade sore throat.tp aku risau takut x sembuh2.soalan aku kpd ko, takpe ke aku taruk bonjela ni sbb bese bonjela org mmg taruk kat ulcer, tp ulcer org lain kat bibir, aku je kat lidah.aritu aku mls nak g klinik coz nnt nak kene tggu q dulu n jmpe doc.tu yg aku amek jln mudah bli bonjela ni jek kat farmasi.

lagi soalan, so..apekah teknik pemakanan aku sepatutnye ambik.yg aku tau, kene byk minum air la kan.dan jugak utk URTI tu, kene mkn buah.skang tekak aku dh ok.cume ulcer ni jela azab sgt.utk ulcer ni, apekah do's and dont's..plis ye doctor wannabe..



ape yg menambah cuak di hati aku adelah setelah aku google(biasela aku pape hal, skit2 google..), aku jmpe nih:

Ulser pada lidah bawa bencana dalam hidup

Pengalaman pesakit

BRANDON (bukan nama sebenar) tidak pernah menyangka ulser bersaiz syiling lima sen pada lidahnya sejak dua minggu lalu bakal membawa bencana dalam hidupnya. Sangkaan ulser itu disebabkan cuaca panas dan kurang minum air meleset apabila ia tidak sembuh selepas dua minggu mengambil ubat antibiotik.

Pada Julai 2003, akhirnya Brandon disahkan menghidap barah mulut. Fikirannya berkecamuk dengan pelbagai persoalan. Kenapa dirinya, apa yang sudah dia lakukan sehingga ditimpa penyakit ini? Bagaimana khabar itu akan disampaikan kepada ibu bapanya? Adakah teman wanitanya sedia menerima keadaan dirinya itu atau patutkah dia meninggalkan saja teman wanitanya itu?

Hampir setiap malam Brandon menangis ketakutan. Namun, dia sedar dirinya harus bersiap sedia menerima sebarang keputusan daripada pembedahan itu, ibu bapa mahupun teman wanitanya.

Selepas sebahagian lidahnya yang terkena barah dibuang, Brandon tidak boleh bertutur lagi. Ketika inilah teknologi khidmat pesanan ringkas (SMS) amat dihargainya selain menggunakan pen dan kertas untuk berbicara. Hidup Brandon tidak lagi seperti dulu.

Selepas dua tahun, Brandon sekali lagi dikejutkan dengan satu benjolan pada lehernya. Sah! ia barah yang sudah merebak ke nodus limfa. Brandon dilanda murung bukan kepalang sehingga dia bersumpah jika diberi peluang meneruskan hidup, pastinya dia akan menyumbang sebanyak mungkin kepada masyarakat.

Kesan pembedahan membuang benjolan di lehernya itu membuatkan Brandon tidak dapat mengangkat tangan. Sebelah bahunya senget dan bermasalah memakai baju. Pembedahan itu menyebabkan suaranya menjadi kasar dan lemah.

Kepada pembaca, Brandon berpesan jangan sesekali mengambil ringan penyakit ini!

Sumber: Berita Harian 16.11.2006


artikel kedua:

Cegah barah mulut lebih awal

Oleh Halina Mohd Noor

Mengunyah sirih, merokok dan minuman keras antara penyebab pipi, lidah, gigi alami kanser

TABIAT mengunyah sirih, merokok dan minuman beralkohol bukan saja memudaratkan kesihatan, tetapi paling menakutkan apabila ia mengundang barah pada mulut. Mungkin barah mulut tidak berlaku sekerap barah payu dara mahupun barah lain, tetapi sekali ia menyerang, seluruh kualiti kehidupan turut terjejas.

Lebih membimbangkan, barah mulut yang dulunya hanya dikaitkan dengan golongan berusia kini turut menyerang seawal usia 20-an.

Barah mulut adalah barah paling membimbangkan kerana ia membabitkan bahagian badan yang mempunyai fungsi seperti pernafasan, deria rasa, menelan dan suara. Kadar kematian dikaitkan dengan barah mulut adalah tinggi kerana barah ini biasanya dikesan pada peringkat lewat.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Penyelarasan Kanser Mulut Universiti Malaya (UM-PPPKM), Prof Dr Rosnah Mohd Zain, berkata seperti barah lain yang mengancam nyawa, barah mulut tidak boleh dipandang remeh dan memerlukan rawatan sebaik menunjukkan kelainan pada mulut.

“Ketumbuhan seperti ulser atau radang pada lidah, mahupun kawasan mulut yang tidak sembuh melebihi dua minggu perlu dirujuk kepada pakar seperti doktor gigi. Kebanyakan doktor gigi di negara ini terlatih untuk mengesan barah mulut.

“Bagaimanapun, lebih 60 peratus pesakit hanya mendapatkan rawatan apabila barah berada pada peringkat lewat. Pengesanan pada peringkat satu mempunyai 80 peratus peluang untuk pulih. Biasanya, apabila dikesan lewat, barah mulut sudah menular ke saraf pada leher dan terpaksa menjalani pembedahan membuang kawasan dijangkiti,” katanya.

Barah mulut juga berisiko berulang ke bahagian lain. Walaupun ada kemajuan dalam rawatan barah mulut, malangnya kadar kelangsungan hidup lima tahun pesakit tidak meningkat sejak tiga dekad lalu. Sebanyak 50 peratus pesakit meninggal dalam masa lima tahun selepas diagnosis. Bagi mereka yang masih hidup, kesakitan, kecacatan dan ketidakupayaan fizikal memberikan kesan besar terhadap kehidupan mereka.

Barah mulut adalah barah keenam paling kerap di dunia dengan anggaran 350,000 kes baru setiap tahun. Di Semenanjung Malaysia, 21,464 kes barah didiagnos pada 2003. Perangkaan National Cancer Registry (NCR) menunjukkan barah mulut adalah ketiga paling kerap berlaku ke atas lelaki dan wanita di kalangan etnik India.

Kajian terhadap data daripada pelbagai hospital di Malaysia pada 1994 hingga 1998 menunjukkan kejadian barah mulut adalah paling tinggi di kalangan etnik India, diikuti golongan pribumi Sabah dan Sarawak, Melayu dan Cina. Di Semenanjung, kaum India adalah golongan paling dominan untuk barah mulut di Negeri Sembilan dan Perak. Di Sabah, kaum Kadazan Dusun mencatatkan kes barah mulut tertinggi. Gusi adalah tempat paling kerap berlaku barah mulut di semua negeri. Tetapi di Negeri Sembilan, barah mulut paling kerap berlaku di pipi.

“Di Malaysia tabiat mengunyah sirih didapati menjadi faktor utama barah mulut di kalangan orang India dan pribumi Sabah dan Sarawak. Di kalangan etnik Melayu, didapati bahawa tabiat merokok adalah penyumbang utama, manakala barah lidah lebih tinggi di kalangan etnik Cina yang dikaitkan dengan pengambilan alkohol berlebihan,” katanya.

Keputusan kajian awal daripada Sistem Bank Data dan Tisu Barah Mulut di UM-PPPKM mendapati di antara 84 pesakit, faktor risiko paling biasa diamalkan adalah pengunyahan sirih (54.8 peratus), pengambilan alkohol (33.3 peratus) dan merokok (26.2 peratus). Bagaimanapun, tidak semua yang merokok atau mengunyah sirih mendapat barah kerana serangan barah mulut juga turut dipengaruhi faktor genetik.

INFO: Barah mulut

Apakah barah mulut?

Barah mulut adalah sebarang ketumbuhan tidak normal yang didapati di kawasan mulut. Ia boleh dikesan ketika pemeriksaan mulut di klinik gigi.

Gejala barah mulut

Ulser di dalam mulut yang tidak sembuh selepas tiga minggu.

Tompok putih atau merah pada gusi, lidah dan lain-lain bahagian mulut.

Kesusahan menelan, mengunyah atau bercakap.

Kesusahan menggerakkan rahang atau lidah.

Rasa kebas pada lidah dan kawasan di sekitar mulut.

Terasa seperti ada halangan di kerongkong.

Sakit kerongkong yang berpanjangan untuk lebih daripada 6 minggu terutama bagi perokok melebihi 50 tahun.

Bengkak pada rahang.

Bengkak pada leher.

Sakit telinga kronik.

Pendarahan dan kesakitan.

Kehilangan berat badan.

Sumber: Berita Harian 16.11.2006

so, alang2 ko sndiri kan yg ckp if sakit pape leh tanye ko, so skang aku nk ko jwb cpat2 ni segala persoalan aku.esok mknenye aku kene gi klinik la mtk ubat yg doc bg, bukan memandai2 aku jek nak tenyeh bonjela tul tak?tp wat mase skang aku mmg ade amek antibiotik, tp antibiotik yg doc bg utk dmam aritu laaa..mase aku g jmpe doc aritu, aku x tanye psl ulcer ni sbb time tu lidah aku just ade kesan2 manje kene gigit kat gigi aku sndiri je, lum lagi jadik ulcer.so, im..sile jwb k..mekasih..moge ko cpat2 dpt jadik doktor bertauliah.amin..

Friday, October 10, 2008

tekanan perasaan pekerja swasta

aaaaa, tension nye aku esok kene keje plak dah. ni ganti 3hb yg cuti raye aritu la nih.kalo ikut malas aku pg2 aku pg touch fingerprint pastuh aku blah kua tgk wayang or balik tido sudey.kul 6 aku gi touch balik.bleh tak cmtu?

tapi....

aku ade keje nak siapkan nih.patutnye dateline arini tp PM takde lak ckp pape so aku dan reen sangat macho wat tatau jela.dan keje tuh x siap pon lagi.tp part susah sudah setel.so sok nak kene wat task menconvert date from julian format to gregorian.ape mende tah date by default jadik julian.tak ke susah tu aku ngan mengkonvet?

keadaan kesihatan aku pon x de la menyokong aku utk gi keje sok.aghhh skang bwh mate aku dh lebam dh.bdn panas.idung tersumbat.batuk je belum.tekak mmg URTI la beb.ceh pandai URTI2 lak aku skang ni.tekak sakit yg amat.nak telan mknan pun perit.paling azab adelah di lidah..diulangi..di lidah ok..ade 3 ketul ulser yg tak diundang langsung.kalo kat mulut dh sakit, ni kan pulak kat lidah.dh la bape juta reseptor ade kat lidah tu.sangatlah azab.nak bercakap pon aku kntrol2.kesian cnta hati aku, kol2 nak borak pon aku x leh layan lame2.kalo tak pastu nangis x pasal2 menanggung sakit.tup2 td beliau tercongok kat dpan lif umah aku dtg melawat pesakit.huhu~time kasih ye cyg.mmuah2.hikhik. ;p mlm td pon tido asyik tejage jek sbb sakit lidah.ape ke merengnye ulser tu kene kat lidah.seksa aku ok.so, aku x leh ponteng keje la ni ek esok sbb nak setelkan keje tuh ngan reen.kalo x, ksian lak kat reen.dh la die pon dmam gak.

dan jugak, pengurang serta penambah azab aku..mende alah bonjela nih.


aduiiilaaa mase nak letak kat ulser tu menggelupur aku sakit x ingat.lagi2 boipren yg baik ati dtg melawat awek sakit hikhik ade kat sbelah.lagi laa aku feeling2 sakit terlebih skit.barula dpt perhatian lebih.hukhuk.mmg menangis laa bile taruk mende nih.sumpah sok aku tak kan tenyeh bonjela nih time aku kat opis.x pasal2 meraung lak aku.malula gua beb.
okla semoga kehadiran bonjela yg memule menambah azab time tenyeh nih akhirnye mengurangkan sakit aku.eh aku ingat harge bonjela ni 2,3 inggit je, tak tau lak 13 inggit ek?tak padan ngan kecik..

Thursday, October 9, 2008

URTI

kat M.C aku doc tulis, jenis penyakit adelah URTI.ape ke bende la tu..aku dh takut2 dh sbb doc bg aku ubat kumur.ceh mcm dh berkuman lak tekak aku ni.mcm2 aku pikir.sonang cito, den google sajo.utk sape2 yg tetibe dpt penyakit URTI ni,tmbh2 skang musim demam ni, nah risalah(risalah?ceh skema lak) utk korg.

100 apples a day keeps URTI away
By Alex McNally

14-Sep-2007 -
A flavonoid found in fruit, such as apples and berries, could help reduce illnesses in people who have carried out extensive exercise.
Researchers writing in the Medicine and Science in Sports and Exercise journal found that supplementation of quercetin reduced incidence of upper respiratory tract infections (URTI). This study adds to an increasing body of evidence pointing to the health benefits of the antioxidant, which has been linked to having an ability to fight oxidative stress as well as anti-cancer benefits.

Companies have already started to take advantage of the flavonoid. Energy drink FRS Plus containing quercitin, and aimed at reducing fatigue and boost overall performance by fighting free radicals in the body, was launched in 2002 .

According to the New Scientist, studies of quercetin have been supported by DARPA (the Defense Advanced Research Projects Agency) - the Pentagon's research arm - in the hope it could be used to protect US troops. This too shows the potential of the flavonoid is also being considered outside of the consumer food market.

Lead author David Nieman from Appalachian State University in Boone, North Carolina, said in the New Scientist: "During missions, soldiers are running around for two or three days with heavy packs on. They don't eat or sleep, and infections are as much of a problem if not a more serious issue than injuries,"

Researchers gave 40 male cyclists one gram of quercetin a day, which is the equivalent to eating 100 apples, or a placebo for three weeks. During this time, the cyclists spent a three-day period training at maximum intensity for three hours each day.
Blood and saliva samples were collected before and after each of the three exercise sessions and examined for natural killer cell activity, PHA-stimulated lymphocyte proliferation, polymorphonuclear oxidative-burst activity, and salivary IgA output.
They found that changes in these levels did not differ significantly between quercetin and placebo groups.

However, URTI incidence during the two week post-exercise period "differed significantly."
Source: Medicines and Science in Sports Exercise
Quercetin Reduces Illness but Not Immune Perturbations after Intensive Exercise
DOI: 10.1249/mss.0b013e318076b566

Authors: David Nieman, Dru Henson, Sarah Gross, David Jenkins, Mark Davis, Angela Murphy, Martin Carmichael, Charles Dumke, Alan Utter, Steven Mcanulty, Lisa Mcanulty, Eugene Mayer.