Friday, October 9, 2009
I bangun lambat uols.
Malam tadi aku tertido dalam keadaan tension2.
Kira tido secara tak proper la.
Tak set alarm pon.
Alaaa kalau set alarm pun, xde bunyi gak pasal henpon aku rosak dah pon. Takde sound, mute terus. Tapi tetap ade vibrate.
So tetiap malam pun dengan penuh sadis dan syahdu aku pon set alarm sambil2 henpon memang kena letak betul2 sebelah pipi ke, telinga ke, tak pon bawah dada ke. Memang bahaya la sebenanye.
Tak pasal2 belum tua aku dah mati sebab radiation semua tu kan.
Abis nak wat camne. Aku tak jumpe plak jam loceng kat kedai.
So, secara gamble aku akan bangun setiap pagi kalau dengar henpon tu vibrate. Sedih sedih.
Nak beli henpon baru pun, priority aku lebih kepada tayar kereta, 4 bijik botak licin. Mati la mak, uols. Banyak tu nak abis.
Dah la last month tak kerja. Gaji baru plak masuk lambat. Haih. Nasib baik la untuk bayar2 segala benda mak nenek untuk bulan ni, aku guna last 2 month punya salary. Bila la agaknya aku nak beli henpon baru nih.
Al kisahnya, malam tadi tak set alarm, jadinye tak vibrate lah henpon aku.
Sedar2 je dah cerah, u olsss. Memang cuak tak terkata, dengan tak iron baju lagi la, rasa nak terberak2 segala. Haih. 7.25 pagi uols. Mak masuk keja pukul 8. Tak ke haru tu. Dah la baru keja kan. Siap aku ade anak buah lagi hah. Anak buah dtg awal, aku?? Datang lewat. Amboi banyak cantek ye kau..Dah la baru kerja seminggu.
Zas zus zassss, siap2 segala, tetibe terpacak kat opis pukul 7.55. Curllasssssssst kan mak, bangun 7.25, 7.55 dah kat opis. Ahhahaha mandi wangi2 ok siap syampu, iron baju, berak,berbedak2 lipstik, pensil segala. Aku pun tak tau macam mana pergerakan aku selaju itew uols..
Moral of the story: saja nak riak pasal opis baru aku 5 menet je dari rumah. Brape KM je. Tak sampai 5km uols. Bosan la sebab tak sempat jammed langsung wakakakka. Jangan bunuh aku, uols! Lari laju2.
tata.
Thursday, October 8, 2009
Mintak tlg.
Kat mana?
Berapa caj 1 rim?
Thanks.
Tuesday, October 6, 2009
Kejadian gempa, waktu dan perkaitan dengan AL-Quran
Source from:
Gempa Bumi : Waktu dan Nombor Surah , Kuasa Allah yg saja Mengetahui
"subhanallahh. . waktu2 gempa di indonesia :
di Tasik 15:04 ,
(Surah Al Hijr,surah ke 15,ayat keempat)
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri,melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya"
di Padang(gempa pertama) 17:16 ,
(Surah Al-Israa',surah ke 17,ayat ke 16)
"Danjika Kami hendak membinasakan suatu negeri,maka Kami perintahkan kepadaorang yang hidup mewah di negeri itu(agar mentaati Allah) tetapi bilamereka melakukan kederhakaan di dalam negeri itu,maka sepantasnyaberlakulah terhadapnya perkataan(hukuman kami) kemudian Kami binasakansama sekali(negeri itu)"
di Padang(gempa kedua) 17:58 ,
(Surah Al-Israa',surah ke 17,ayat 58)
"Dantidak ada suatu negeri pun(yang derhaka penduduknya),melainkan Kamimembinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa(penduduknya) dengansiksa yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalamKitab Luh Mahfuz"
gempa di Jampi (ke esokkannya dr padang) 08:52...
(Surah Al-Anfal,surah ke 8 ayat 52)
"(Keadaanmereka) serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yangsebelum mereka.Mereka mengingkari ayat-ayat Allah,maka Allah menyiksamereka disebabkan dosa-dosanya.Sungguh Allah Maha Kuat lagi kerassiksaNya"
Wallahua'lam
Monday, October 5, 2009
Keje baru
Kat jabatan. Yes, takyah duk kementerian. Tak suka la duk kementerian pasal kementerian kena skema2 sket.
Kat kafe ade CCTV. Huhuhu rupe2nye dorg agak strict. Siap tangkap2 gambo lagi sape2 yg mkn luar waktu keje, then time meeting jabatan/kementerian, dorang flashkan gambar tu kat depan.
Padan muka sapa yg kena. Tu la gaji buto.
Yang kita duk tengok2 org gomen mcm rilek tu kat state level. AKu tgk kat ministry dorg mcm agak busy je. Ade je keje nye.
Harap2 aku x free teramat. Aku nak ade keje.
Alhamdulillah la pasal agak senang dpt keja dan perjalanan kerjaya agak smooth walaupun aritu kat XXX ada siket terancam pasal takde projek.
Aku tengah tension ah skang. Saja jela update walaupun takde isi sangat.
Nak menenangkan diri sambil memandu ke satu tempat yg tiada penghujung.
Apsal aaa aku rasa stress tahap mcm dah penghujung nyawa dh ha.
Datang bulan ke ape?
Cewah.
Sunday, October 4, 2009
FB 2
Satu yg skema, 1 yg memang betul2 menjadi diri sendiri.
Faham2 jelah keje baru tu mcm leceh la skit kan nak kene skema2 la ape la.
Hanya utk perkara yg melibatkan kerja dan pakcik2 aku yg skema la jugak. Kui2.
Mengutuk2 aku tidak mahu.
Aku saja je nak menjadi hipokrit.
Sengaja tidak mahu menjadi diri sendiri. Huahua.
Jadi pada sapa2 yg came across akaun yg lagi satu tu dan aku refuse to add, paham2 sendiri.
Jangan mengada nak kecik ati.
Bye.
Hijrah itu pengorbanan, hijrah itu perjuangan..
aku rasa mcm nak volunteer pegi sana la.
Aman damai sikit duk dalam hutan.
Tak payah susah2 aku jumpa makhluk2 angkuh di bumi KL, Selangor ni.
Tak payah pikir soal jammed.
Gaji wat bayar umah, kete je.
Pastu jadik pegawai besar kat sana.
Wow tetibe je aku nak duk kat tempat hulu.
Dapat betul baru tau.
Ini aku ke?
Ke si Lisa ni guna pc org tak logout blogger.
Hurm...
Friday, October 2, 2009
Ini isu berat, tapi tak rugi pun kalau baca.
Diorang ni memang tak sedar dek untung. Kalau sapa2 alert dan aware dengan isu ni boleh la korang check kat forum, esp topix.com pasal hal nih. Memang kurang hajar la bangsa bangsat ni. AKu tak tau la ada pihak ketiga ke yang sengaja nak memecahbelahkan rumpun melayu ni, tapi hakikatnya, kerajaan dorang memang kurang ajar. cuba baca nih:
Namun ada yang menarik dari tumpukanbantuan tersebut, yaitu dipisahkannya bantuan dari Pemerintah Malaysiadengan bantuan dari negara-negara lainnya, hal ini di sebabkan karenaadanya penolakan bantuan dari Pemerintah Malaysia dikarenakan alasansumber dana Judi.
"Kami sangat berterimakasih atas kepedulianPemerintah Malaysia, namun karena dibeberapa tempat terjadi penolakandikarenakan alasan judi, kami memilih untuk memisahkan bantuanPemerintah malaysia dengan bantuan negara lain, akan tetapi banyak jugabantuan dari perkumpulan warga minang di Malaysia yang mengirim bantuandan tidak ditolak" ujar Kepala Distribusi Bantuan Bandara Minangkabau,Departemen Perhubungan Budi S Ervan.
Seperti diketahui PemerintahMalaysia memiliki fasilitas perjudian terbaik dan terlengkap di AsiaTenggara dengan omset pendapatan 4 Milliar Dollar/tahun bernama GentingHighland, dan hal tersebut dinilai warga Sumatra Barat sangat bertolakbelakang dengan budaya Muslim negeri Jiran tersebut.Bantuan PemerintahMalaysia berupa Mie Instan, Selimut, Tenda dan obat-obatan terlihatdibiarkan menumpuk di sisi kiri bandara Minagkabau dan sangat menggangulalulintas bantuan korban gempa.
"Bantuan dari Negara Jepang yangtiba lebih dulu berupa 2500 Genset, 500 Tenda, 25 Instalasi penyaringanair, 400 Toilet portable dan 10 Kontainer Rumah Sakit Mini sudah kamisebarkan di 6 Kabupaten, sedang dari Pemerintah Amerika, Brasil,Jerman, Filipinna, Brunai, Australia, Thailand, Vietnam dan Russiaberupa Beras, obat-obatan, tenda, selimut, bahan makanan, instalasi airyang total keseluruhan berjumlah sekitar 28.000 ton akan tiba mulaihari ini, kami berusaha berkadinasi Barkorlak dan Palang MerahInternasional untuk penyediaan tempat penyimpanan dan penyalurannya"ujar Budi S Ervan.
Harian Kota, Jumat (2/10/2009).
SUmber : Harian Kota
Tapi before case claim mengclaim budaya dan warisan negara masing2 ni berlaku, cnth tsunami acheh, nak pulak diorang accept bantuan kita. Sekarang saja je cari alasan. Nampak sangat nak bermusuh2.
HAbis tu, bantuan Amarika yang dah sah2 majoriti kapir tu diorang accept je direct. Lagi la banyak kemaksiatan dan sumber ekonomi ntah dari sumber ape tah. Nak diorang accept. Aku tak paham betul dengan negara yang tak mengenang budi dan tak sedar dek untung ni. Rasa berapi2 je perasaan aku baca isu2 nih. Menyakitkan hati betul.
Aku suggest dah2 la import bangsa diorang tu masuk kerja kat sini. Ambik org Vietnam, Filipin pun boleh setakat nak jadikan maid dengan buruh. Dah la datang negara orang buat onar memanjang, rape, rompak, mencuri, tapi negara kita gak nak disalahkan.
Wah aku sejak2 keje baru ni tetibe bersemangat kewarganegaraan pulak.
p/s: kalau tak betul berita kat atas, atas sumber yg aku dapat ni jugak. dah terlalu banyak pembacaan aku terhadap fitnah2 dorang. sakit hati.
Thursday, October 1, 2009
deng!
Kadangkala diam itu lebih baik.
Sunday, September 27, 2009
Celcom = sampah?
aku benci celcom. Aku benci TM.
Line tepon umah aku depa tak repair2 lagi. Pemalas. Konfem.
Mak aku dah nak buang terus line tepon pasal jarang2 je pun guna tepon, tapi nak gune internet??? WTH.
walaupun aku pernah subscribe family plan celcom tu, tapi aku dah lama tuka maxis.
so, kejadah apakah aku nak hangin dengan celcom.
Ya, sebab masa celcom buat hal tu edy ada urusan dengan lawyer, dengan sorg biz partner dia.
Aku kesian tgk dia duk dial2 no celcom dorg tapi x masuk2 gak.
Bodo la celcom. Aku plak tukang sakit ati.
Pasal urusan tu berkait2 gak ngan family aku sikit2.
Bisnes tah ke mana. Urusan lawyer tah ke mana. Kerugian kerugian kerugian.
Semua sebab celcom.
Bodo celcom.
Wednesday, September 23, 2009
Yoshito Usui puuuuu~
Aku frust betul sebab Yoshito Usui dah meninggal. Tension gila aaaaa. Takde dah volume baru Shin Chan pasni. Uhuuuuuuk. Sob sob. Aku tau, ramai lagi yang akan sedih dan frust. Contohnya dd dudu. Uaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhghhhhhhhhh!
Source from wikipedia.org :
Yoshito Usui (臼井儀人, Usui Yoshito?, April 21, 1958 – September 11, 2009), born in Shizuoka Prefecture, Japan, was a manga artist known for the popular manga Crayon Shin-chan.
On September 12, 2009, Usui's family reported him missing from his hometown of Kasukabe when Usui did not return from hiking in nearby Gunma Prefecture. On September 19, 2009, a body with clothes matching those described in the report filed by Usui's family was found at the bottom of a cliff at Mount Arafune in Gunma.[1][2][3] The body was identified by dental records and family members the next day as being that of Usui.[4] His camera was recovered and the final shot was taken from the cliff.
Monday, September 21, 2009
Empty entry
Tuesday, September 15, 2009
Journey yang singkat.
Ni dtg KL jap je. Nak setel sumthing. Gigihnya aku redah jalan yang berbatu2 tuh. Kalau orang lain dah serba salah dah, dah elok2 duk kg dekat sebulan, suddenly gatal nak datang KL balik, 2 hari je pulak tuh. Huhuhu.
Dtg2 je sini aku dpt bezakan betapa KL ni memang saje je nak buang duit aku. Gi mana2 nak bukak purse. Duit mengalir macam air. Ahh membazir gile. Duk umah mak ayah elok je tertutup rapat beg duit aku hehhe. Hulur la jugak duit, tapi duit aku ni ape la sangat kan nak dibuat.
Baru je aku balik arini dah dekat 200 dah abis saje2 cmtu. Huh. Nyampah la KL. Selangor sama la jugak. Telan duit orang sungguh.. AKu takde income nih bulan nih. Haiyo. Ya Allah, murahkanlah rezeki orang2 di sekeliling aku..Kenapa org2 sekeliling? hihihih.
Sunday, September 13, 2009
Aku jatuh miskin.
Seperti yang diketahui umum(sapa2 yang tau la), aku kan bakal kerja dengan gomen.
So, aku nak masuk UMNO skarang la.
Eh tak taaak. So aku kena berjimat-cermat pasal aku rasa aku short beberapa ratus dari segi salary walau dah tambah elaun.
Macam mana ye nak survive dengan salary yg agak kecik dari lifestyle sebenar.
Apakah langkah2 penjimatan yg harus saya lakukan?
Ni je aku pk:
1. Jgn beli perfume.
2. Jangan asyik nak jalan2 aka jgn asyik isi minyak.
3. Tak payah tengok wayang aka download movie je or kene si tunang belanje je baru dpt tgk.
4. Jangan makan byk or pegi makan order 3,4 lauk. Makan mee goreng/nasi goreng je. Oh sadis.
5.Berpuasa sunat.
6. Berkahwin dan disara suami lalu duduk kuarters.
7. Jangan SMS, nak ckp ape2 kol org tersebut sebab call rate agak murah.
8.Jgn jumpe adik aku nanti kena pow.
Ape lagi ek.
Susah la nak survive. Ibaratkan jela korang kene cut salary dr current salary tempat keje korang tu sebab ekonomi down ke. Haih.
Dalam surat khabar pun tulis penjawat awam bergaji di bawah 3000 dikategorikan sebagai daif. Aku daif.
Apa2 pun aku bersyukur, alhamdulillah sebab tak pernah menganggur sejak graduate (sekarang menganggur sebulan atas kehendak sendiri sebab nak rehat je), dan dalam kategori yg tak pernah takde income. Cuma rasa ralat je sebab saving tak banyak sangat. Dan kena kurangkan sikit jumlah nak bagi mak bulan2 sebab dulu bile naik gaji aku upkan jugak jumlah bagi mak, dan bile raye mmg bagi banyak. Kali ni tak dapat buat mcm dulu2 lagi. Mcm mane aku nak bagi mak duit banyak sedangkan basic aku kat govt tu lagi rendah dari memula aku masuk kerja XXX.
Kepada adik2 sori la aku tak dapat nak bagi korang mcm taun2 lepas lagi. Korang mesti banyak short duit raya. Sori yek. Raya kali ni aku nak nyorok bile bebudak dtg sbb tak sampai hati x hulur duit. Huhu.
Saturday, September 12, 2009
Crash Diet
1. Nak salahkan mak aku sebab masa muda2 belum kawin pinggang dia size 22 je? Selalu dibanding2kan.
2. Salahkan mak sebab dah beranak 3 masih boleh pakai jeans size 26 dulu2?Selalu dibanding2kan jugak.
3. Salahkan adik perempuan 1-berat 38kg, adik perempuan 2-berat 34kg atau adik perempuan 3-berat 35kg? Lagi laa dibanding2kan.
4. Salahkan menu berbuka puasa yang enak setiap hari iaitu sejak aku balik bercuti dari 28 august 2009?
5. Salahkan tunangan yang memang kurus?
6. Salahkan diri sendiri sebab tak tau punca badan naik mencanak2.
Aku rasa mesti org vote no 6.
Bila ditanya Edy, saya gemuk tak? Jawabnya, takde la, tak gemuk pun cuma tak kurus macam adik2. Normal dan BMI pun normal.
Tapi aku lebih tau pasal badan sendiri. Dulu boleh pakai seluar 26. Sekarang tidak lagi. Mcm mana ni? Haruskan beli treadmill secepat mungkin atau jangan makan langsung walaupun tidak dapat berpuasa. Atau pura2 putus cinta supaya rasa sedih gila dan buat2 tak lalu makan.
Ah stress. Stress. Hujung tahun bakal menjelang. Adakah 2009 tahun kegemukan???? Atau kah tahun yang sangat bahagia sampai boleh berisi macam ni, tapi kenapa tunang aku kurus je, adekah beliau tidak bahagia, tapi beliau tak suka aku kurus sangat. Tapi saya pun tak suka dia kurus sangat. Boleh ke lakukan pemindahan lemak? Hahaha tolong derma kat siapa2 yang underweight.
Tapi saya rasa saya kena kurus. Ada tips tak kawan2?
Saya taknak amalkan diet protein ke, makan pil atau herbalife. Sumpah tak sedap.
Cara diet yg sihat. Ape? Saya nak berat 40kg je supaya family dah tak beza2kan berat saya dan adik2. Kalau beza pun setakat 2kg is alrite!
Ahhhhhh tertekan la aku. Rasa macam pesalah pulak bila aku sorang je nampak berisi sikit dr adik2 yg lain. Rasa mcm anak angkat WTF???
Menghiris perasaan bila saya drive pajero pakcik yang besar gedabak tu lalu pakcik berkata. 'Along takpe, sesuai drive pajero besar ni pasal badan pun sedap2.'
Wah!!!!! Mak nanges uolzz!
Thursday, September 10, 2009
Huuu~
Tapi bila fikir2 balik saya risau bila saya tengok artis kahwin asyik cerai berai.
Tapi saya bukan artis hahaha.
Saya harap pihak yg lagi satu tu akan menyayangi saya sampai bila2.
Kalau dimurahkan rezeki ke ape ke, janganlah dilupa pada saya dan keluarga saya yang menyayangi kamu.
Kerana saya rasa saya akan sentiasa bersama anda walau di waktu susah mahupun senang.
Saya tahu, hidup memang ibarat roda.
Lagipun kita bukan tak pernah susah bersama2.
Sesungguhnya ayah saya menganggap pihak itu seperti anaknya sendiri lantas mengharap beliau akan menjadi ketua apabila beliau sudah tiada nanti. Saya nampak ada 1 harapan di wajah ayah saya terhadap beliau.Sob sob sedih.
Oh aku terasa sangat dewasa.
Sekadar entry saja2 nak buat orang speculate yang saya nak bernikah setelah min sengaja buat kontroversi di facebook bahawa saya sudah bernikah gantung. Choy ko min.
Tuesday, September 8, 2009
Stress!
Sudahnya gua tidak percaya lu lagi, TM. Merintis kemungkinan?? WTH.
Gua pegi reconnect berukband gua yg gua dah inactivated few months back lepas hendpon kena curi tu. Nasib baik boley reconnect, so byr caj RM10 + RM5 sebab ganti new sim. Sim lama haruslah hilang kan, kate dah kena curi.
Hari ini kekasihku pulang menemuiku. Eh kenapa jiwang pulak. Tadi gua gua, lu lu..Tiba2 terjiwang Huahauaa.
Mari saya tolong tampal balik visi dan misi TM.
Vision & Mission
We are Malaysia's Number One provider of information communication technologies. Through these pages, you will discover how we operate, who we are and where we stand both domestically and internationally.
-ok aku nak komen, memang betul aku dah discover how they operate, who they are and where they stand. Pegi mam*** dengan vision & mission korang yang berangan tu. Servis dari 10 bintang aku bagi 0.000000009 bintang je. Tu pun sebab pick up call aku.
Vision
"To be Malaysia’s leading new generation communications provider, embracing customer needs through innovation and execution excellence"
-komen aku: embracing customer needs through innovation and execution excellence??? berangan la korang.
Mission
To achieve our vision, we are determined to do the following:
- Strive towards customer service excellence and operational efficiency
- Enrich consumer lifestyle and experience by providing innovative new generation services
- Improve the performance of our business customers by providing high value information and communications solutions
- Deliver value for stakeholders by generating shareholder value and supporting Malaysia’s growth and development
Aku tak percaya TM. Aku tak percaya TM!!! wah feeling Liyana Jasmay gitew.
Sunday, September 6, 2009
Batas kesabaran pun ada had.
Memang aku angin dengan siapa2 je la staff yg handle masalah kabel putus/kene curi or teknikal ni. AKu tak nak tau apa masalah dalaman dorang, yg aku tau, customer always right. Kalau ko pegi pizzahut pun, dia hantar lewat 15minit piza ko, ko bleh refund free je pizza tu.
Cuba korang bagitau, korang mampu sabar tak if rumah aku dh takde telefon/internet connection dah sebulan??? Mak aku dah report dari awal kerosakan lagi, dari pergi ke pejabar TM, sampailah ke call 100 hotline diorang.
Tiap kali call pun nak mintak number handphone aku untuk dihubungi. Aku nak tanye ni, kalau la betul diorang keep track record customer's complaint, for what reason, 10x aku call, 10x jugak dia tanya, 'Cik ada nombor handphone tak untk dihubungi?' Kimak tak????
Pastu membe aku tu naik angin la sebab memang betul, ade kesalahan di pihak aku sebab aku ckp kat status tu, last word, 'makan gaji buto!'. Abis aku nak cakap ape lagi kalau dah 2 bulan aku report takde effect ape2 pon. TAkde sekor buta pun dari staff TM call and update aku balik. Masa aku call pon diorang tak explain betul2 dan x mampu nak bagi bile estimated date untuk repair dan line connected balik. Bodo la. Mcm mane aku tak angin.
Takde internet sehari pun dah huru hara hidup org yang bekerja guna internet. Now aku ade buat something yg memang require internet connection, kalau bleh nak 24/7. Abis ni dah 2 bulan takde internet. Laaaaaaaaaast sekali aku call, org tu dpt bg aku date, estimated, 28/09/2009 baru akan pulih. Bodoh taaaaaaaaaaaaaakkk???? Bape lame aku dh putus connection? 3 bulan nyah oi. Kalau aku ni betul2 mak nyah memang dah sinsing lengan sinsing kain dah ni hah aku pegi hambur kat staff tu. Macam mane la aku nak sabar lagi.
Adik aku plak hari2 bising tanye aku bile internet nak ada ni, nak buat kerja sekolah la blablabla. Bodo la TM ni. Lantak korang la kalau korang punye kabel kena curi pun, bukan masalah aku untuk ambik tau. Kabel tu agak jauh dari rumah aku. So nak aku jugak ke pegi tercegat situ jage kabel???? Same je situasinye kalau ko kerja posmen, ko hantar surat. Ko sepatutnye hantar surat pos laju tu urgent, kalau moto ko kene curi ke, salah aku si penerima surat ni ke kalau aku komplen surat aku x sampai????Huh??
Aku tak paham kenapa orang nak emo atas alasan yang in charge tu sedara mara dia. Dari aku bengang ngan TM, tetibe ade org sukarela gi ngaku sedara mara dia yang in charge, terus abis sekalian alam facebook tau yang in charge tu sedara mara dia.
Korang bayangkan nak ganti kabel tu sampai 3 bulan???Let say, sebuah syarikat berdaftar, dekat2 opis dia, kabel kena curi, pastu line fon dia terputus. Ambik masa, 3 bulan utk repair? CUba korang fikir betapa terganggunye operasi syarikat tu bila terputus talian telefon, fax, internet? WTH!!!?????
Betapa produktif nya TM. Terima kasih. Tahniah jugak sebab ikatan kekeluargaan yang erat sampai orang awam tak boleh nak complaint kalau sedara mara kawan dia kerja TM. Nanti ada orang sentap!
p/s: aku now online kat opis pakcik aku. jaga opis dia skrng. So siang jela dpt online. And tak boleh buat keje online aku tu pasal x sesuai buat kat opis. Abis rosak semua plan aku. Aku resign awal2 sebab dah ade backup plan. Sekali TM dah ruined semua. Bodoh.
Friday, August 28, 2009
Opss i did it again
So sbb semua task aku dh setelkan semalam, director bg aku 24hrs notice je. Die pon paham, msti aku nak cpat2 pasal awal2 pon dh apply leave kan. Hohoho anyway thanks memahami.
Salary pon masuk arini, full payment. Termasuk 29-31. Aku baik ati gi tanye org finance sy kene pulangkan ke, utk 29-31 hb tu? Lagipon aku pun licik gak, tggu dorg announce salary is in by now, baru aku g tender resignation. Hasilnya, dpt full salary. And aku x payah pulangkan. Thanks to sykt PQ.
Nak blk kg ni. Gigih aku lipat kain. Aritu semua kain aku hang je pasal x smpt lipat. Sekali balik keje, runtuh almari aku. Bukan nye wardrobe biase2, siap berkayu bagai, tanggal tempat sngkut baju tu. So supaya x runtuh, terpaksee la aku lipat Huhhuhu.
Ok, japg nk blah. Barn buddy aku tak tanam pape, nnt kene curi :P %$^%&@&*@, umah aku lak streamyx xde skang, kabel kene curi. DAMN TM, pemalas nak dtg ganti kabel. Dh sbulan mak aku kmplen. Takpe, esok/lusa paksa en edy gi marah staff TM. Pemalas pemalas.
OK la, can't wait for 29th Sept. Keje baru Yeahhh.
Happy 52nd Birthday to my BABA.29-08. I LOVE U. MMMMUAHHHHHHHHHHHHS.
Tuesday, August 25, 2009
Jangan Marah
Agak2 ada orang marah pastu tak jadi ajak kawin tak?
Ah, tak kira mati tak mati nak taruk gak. Orang lain dah buat lama dah, aku baru nak test. Hehehehehe. Alllllllllllllllllllaaaaaaaaaaa matilaa matilaaaaaaa kalau ada orang sentap.

Kalau buat rambut camni zaman sekarang agak2 kena gelak tak uols? Ni la boifren baru i. Ada ekor2 rambu2 gitu. Hahahah.

Sori tersilap placing bentuk muka jadi senget sket. Harap ampun. Jangan ceraikan i!

Afro?
Alamak, ada iras ex mufti pulak.

vs


Ya ampuuuun. Very the beverly hills..

Lagiiii...Apsal eh bila dah letak kat template ni jadi tembam plak..

huhhuahahhahaa.

Ni sempat ke ni bang nak gi saloon, nak blow2 curl segala ni.

Kalau berani mengadap En Zulkifli pakai camni silakan..
Ayuuuuuuuuuuuuuuuuuuh mari kita lari sebelum ada orang kejar. Sori pada si mangsa. I stress tadi jalan LDP suddenly polis tak bagi lalu bawah jambatan. Sudahnya sampai ke Subang hah kena pusing.
Friday, August 21, 2009
y=mx + c. takde kaitan pun dengan entry.
Salam. Selamat berpuasa. Baru je balik rumah. So tidak berterawikh di masjid. Maka terawikhla sorang2 di rumah.
Bosan, mengantuk, tiada idea mahu buat apa. So, update some random pictures.
Syed's wedding. Sorry dah lama sangat2 baru update. Aku kan malas sangat nak upload gambar. Tapi kenapa saya kelihatan tidaklah terlalu gemuk di dalam gambar ini dan berkulit cerah setaraf dengan si lelaki sedangkan sebenarnya saya lebih gelap drp beliau. T_T. Dan bilakah lelaki kurus berbaju petak itu nak jadi gemuk sedikit kemudian menjadi si suami kepada si baju merah-putih. I wish next year boleh berpuasa bersama2 sebagai husband and wife. Hik Hik, ataupun sebagai pasangan pekerja swasta-kerajaan. LOL.
Model XXX kantoi menonton movie di office. Postur duduk beliau kelihatan sungguh excited dengan jalan cerita. Sila lihat bagaimana tangan beliau diletakkan di atas meja. Hahaha sorry Reen. Aku mmg rindu ko as deskmate aku. Hehehe.
Tengok hah budak ni. Entah mana la curi deodorant tu. Siap bawak pergi Terengganu. Aku tak paham betul budak kecik yg nakal nih. Stress aku nak jaga dia. Tapi bijak....

I love her. Anis Batrisya, 2 tahun. Tapi mulut macam dah 6 tahun. She called herself as Anis Tabisya. Pelat. Nama glamour: Bella Bella. Tak suka ckp phone dengan aku, tapi suka cakap dengan abg edy. sikit2 abg edy. haiyo. gatal la u, kecik2 dh pandai. Panggil abang plak tu.
Hey bro, 143!
.jpg)
Me, 1 week old.
Eh eh tiba2 rasa stress di malam hari.. Sebab duk godek2 gambar lama. Then dengan jelas nampak dulu aku kecik je. 40kg-42kg. Now????Oh tidaaaaaaaaaaaaaaaak. Tiba2 stress. Jadi, daku akan memanfaatkan bulan Ramadhan ini. Semangat2, jangan melantak ketika berbuka, makan sekadar perlu. Ingat, berat asal anda cuma 42Kg!
Oh sedih memikirkan banyak sangat2 baju lama dah tak muat. Baiklah, mula menguruskan dan mengecilkan apa yg patut.
Pergi bertenang jap.
Bye.