Sunday, September 6, 2009

Batas kesabaran pun ada had.

AKu agak stress la dengan TM nih. Aritu aku dh melempiaskan kemarahan kat status facebook. Sekali ade membe pegi komen naik angin pasal dia claim, mak dia in-charge untuk kerja tu sebenarnya.

Memang aku angin dengan siapa2 je la staff yg handle masalah kabel putus/kene curi or teknikal ni. AKu tak nak tau apa masalah dalaman dorang, yg aku tau, customer always right. Kalau ko pegi pizzahut pun, dia hantar lewat 15minit piza ko, ko bleh refund free je pizza tu.

Cuba korang bagitau, korang mampu sabar tak if rumah aku dh takde telefon/internet connection dah sebulan??? Mak aku dah report dari awal kerosakan lagi, dari pergi ke pejabar TM, sampailah ke call 100 hotline diorang.

Tiap kali call pun nak mintak number handphone aku untuk dihubungi. Aku nak tanye ni, kalau la betul diorang keep track record customer's complaint, for what reason, 10x aku call, 10x jugak dia tanya, 'Cik ada nombor handphone tak untk dihubungi?' Kimak tak????

Pastu membe aku tu naik angin la sebab memang betul, ade kesalahan di pihak aku sebab aku ckp kat status tu, last word, 'makan gaji buto!'. Abis aku nak cakap ape lagi kalau dah 2 bulan aku report takde effect ape2 pon. TAkde sekor buta pun dari staff TM call and update aku balik. Masa aku call pon diorang tak explain betul2 dan x mampu nak bagi bile estimated date untuk repair dan line connected balik. Bodo la. Mcm mane aku tak angin.

Takde internet sehari pun dah huru hara hidup org yang bekerja guna internet. Now aku ade buat something yg memang require internet connection, kalau bleh nak 24/7. Abis ni dah 2 bulan takde internet. Laaaaaaaaaast sekali aku call, org tu dpt bg aku date, estimated, 28/09/2009 baru akan pulih. Bodoh taaaaaaaaaaaaaakkk???? Bape lame aku dh putus connection? 3 bulan nyah oi. Kalau aku ni betul2 mak nyah memang dah sinsing lengan sinsing kain dah ni hah aku pegi hambur kat staff tu. Macam mane la aku nak sabar lagi.

Adik aku plak hari2 bising tanye aku bile internet nak ada ni, nak buat kerja sekolah la blablabla. Bodo la TM ni. Lantak korang la kalau korang punye kabel kena curi pun, bukan masalah aku untuk ambik tau. Kabel tu agak jauh dari rumah aku. So nak aku jugak ke pegi tercegat situ jage kabel???? Same je situasinye kalau ko kerja posmen, ko hantar surat. Ko sepatutnye hantar surat pos laju tu urgent, kalau moto ko kene curi ke, salah aku si penerima surat ni ke kalau aku komplen surat aku x sampai????Huh??

Aku tak paham kenapa orang nak emo atas alasan yang in charge tu sedara mara dia. Dari aku bengang ngan TM, tetibe ade org sukarela gi ngaku sedara mara dia yang in charge, terus abis sekalian alam facebook tau yang in charge tu sedara mara dia.

Korang bayangkan nak ganti kabel tu sampai 3 bulan???Let say, sebuah syarikat berdaftar, dekat2 opis dia, kabel kena curi, pastu line fon dia terputus. Ambik masa, 3 bulan utk repair? CUba korang fikir betapa terganggunye operasi syarikat tu bila terputus talian telefon, fax, internet? WTH!!!?????

Betapa produktif nya TM. Terima kasih. Tahniah jugak sebab ikatan kekeluargaan yang erat sampai orang awam tak boleh nak complaint kalau sedara mara kawan dia kerja TM. Nanti ada orang sentap!

p/s: aku now online kat opis pakcik aku. jaga opis dia skrng. So siang jela dpt online. And tak boleh buat keje online aku tu pasal x sesuai buat kat opis. Abis rosak semua plan aku. Aku resign awal2 sebab dah ade backup plan. Sekali TM dah ruined semua. Bodoh.

2 comments:

  1. haish. mmg kat semua tmpat pon TM gini. tmbh2 kawasan pedalaman. thats y kat kmpung potong trus TM. mls dah nk pakai. bg mak pakai hfon aje sonang citoo. tp kalo kes nk intenet tu payah jgk eh. haish TM TM...dorg patut dihamburkan gini. kalo dah tau kes kecurian tu kerugian besar utk dorg, pndai2 lah buat sstu utk atasi. but skg, cara dorg atasi masalah ni dgn TIDAK membetulkan balek cable tu. konfem bangang.

    ehh tetiba join mrh :P

    ReplyDelete
  2. rumah i ni bukan kategori pedalaman pun. tp slow je jugak servis nye. mak pun dah bising suruh potong jela stimix tu pakai broadband je. mak iols pun dah bising2 uols.. die nak berinternet jugak agaknye.

    memang betul la ciare, konfem bangang. pemalas kan nak cepat2 kan proses. padahal boleh je sangat nak betulkan cepat2. huh.

    ReplyDelete