Sunday, June 28, 2009

Saya bayi tapi kacak. Jangan jeles, orang dewasa!



Amacam orang dewasa, jeles tak dengan ketampanan saya?
Saya sungguh tampan, berkulit gebu kalah mak hayam gebuz azwan ali, dan saya juga gagah!
Hidung saya mancung dan berambut spike.
Anda begini kah semasa kecik wahai orang dewasa yang berambut spike?

Heheh. Ini Putera Sulung Ja and Shah, kawan UPM aku. Err, actually senior. Ja adalah geng dd dudu. Mak budak ni seorang yang best dan suka buat ayat macam cari pasal dengan junior macam aku. Tapi i loike..

Congratulations Ja and Shah. Dd ajak aku gi majlis cukur jambul budak ni nanti, tapi aku cakap tu pun kalau Ja ajak. Heheh.

Tapi aku nak jumpa budak ni secara life kalau boleh dan nak mintak autograph. Harap Ja dah ajar dia macam mana nak sign autograf.

Adam, anda memang kacak lah, pergh! Kalau saya seorang bayi berusia 3 hari, pasti saya jatuh cinta dengan Adam nih. Hehehe.

Gambar dicilok dari blog dd dudu.

MJ and vitiligo.




tengok ni k. jangan pitnah2 dia. kesian die.

Friday, June 26, 2009

Khas Buat Nor Syazwani Zulkifli

Shy, ni haaa iklan bio aura yang aku kata kelaka tu.



Tengok ah sendiri. Kelaka kan? Aku takde kaitan dengan promosi bio aura. Just nak bagi Shai tengok je.

Tiga-tiga kayu je belakon iklan.

Tuesday, June 23, 2009

Interview F41. Pengalaman Saya.

Update cepat2 sebab nak tido pasni. Malam tadi takleh tido. Bukan sebab study tapi sebab waktu tido aku memang lewat pon.

Interview tadi, overall aku rasa bergantung pada nasib calon dapat room mana. Aku dapat room M, ok! Best interviewer aku tak sarcastic sangat macam yang Reen dapat. Lagipun aku sejak2 keje XXX ni memang pandai putar belit. Segala2nya aku putar putar putar sampai dia puas hati then scipp ke soalan lain. Ini penting ye supaya kita tak nampak blank dan nervous. Kalau dah terkandas mana-mana tu akan menyebabkan kita nervous untuk soalan seterusnya. Yang penting ko cakap dan belasah je. Kalau rasa tak tahu jawapan, ko cakap la role ko tak buat benda tu so, ko tahu basic je. Walaupun cakap basic je tapi ko kena la hurai mcm ko ni bijak. Walaupun bijak menggoreng je.

Aku dpt interviewer yang masuk2 terus ask in English. Nasib baik jugak, sebab aku tak pernah jawab interview dalam BM sebelum ni, pasal kerja banyak guna English term, so kalau nak translate SDLC jadi Fasa Pembangunan Sistem tu aku mestilah cuak, lagi2 kalau nak convert networking menjadi jaringan atau database menjadi pangkalan data. CHOYYYYY!!!!!

Mula-mula introduce yourself. Soalan typical nih. Aku cerita la pung pang pung pang bagi nampak terer sket la. Last2 masuk bab company aku kena gelak sebab XXX memang terkenal pasal kes fraud. AKu pun konon2 buat muka sesal dan kesal memikirkan nasib 50 ribu(ye kot) employee XXX yang tak terjamin akibat tindakan durjana Founder bodoh tu. Pastu aku pun masukkan la term2 ethics dalam IT tambah minyak tanda protes terhadap founder yang takde INTEGRITI. wah, integriti gitew!!Sekali dengan auditor PWH tu aku gi blame skali. Dorang angguk2 la sebab setuju, dorang cakap computer doesn't cheat, human cheats. Aku angguk2. Introduction ni penting sebab ia akan mencipta mood untuk kita tenang menghadapi soalan2 seterusnya. Calm.

Pakcik cina yang interview aku tu speaking banyak, sorang akak melayu tu ckp melayu tapi aku dah mintak izin kalau English in full English, kalau dia tanya dalam BM, aku mintak izin jawab campur2 English sebab aku memang takde idea nak translate jawapan yang guna English term ke dalam BM macam Star topology tu takkan nak letak topologi bintang. Macam lucu.

Technically, aku dapat soalan:
1.SDLC

2.Macam mana nak setup 1 ofis kosong. Ni aku bengang nih sebab sebenanye die nak jawapan dalam networking track tapi soalan dia general. Agak choyyy di sini. So aku cerita satu2 dari sebijik PC menjadi network sampai complete satu bangunan. PAstu die asyik tanya then then then, sampai dia puas hati complete sistem tu leh jalan, ade security and all. RJ45 pun aku sebut padahal aku pun tak sure la RJ45 tu utk kabel ape. Belasah. Blabla. Ni soalan bonus aku rasa sebab leh lengah2kan masa interview. Dah la aku bukan budak network. Tapi aku belasah je. Betul tak betul terpulang kat dia.

3. LAN WAN. Then aku plak cabul mulut tersebut MAN, yang metro tu. Pastu dia tanya mana lagi besar MAN ke WAN. Yang ni aku x ingat sebab last aku hafal masa aku form 4 kelas IT exam akhir tahun. Aku ngaku kalah je ngan die pasal ni. Tapi LAN and WAN aku describe elok2 la..

4.E-Government. Apa ada dalam tu. Kenapa memudahkan kita. Ada borang tak kat situ. Beri contoh.

5.Soalan kebodohan di pihak dia ni aku rasa, dia tanya aku pasal teknikal, ape aku tau. Aku jawab la technical skills aku ade. tapi dia cakap, dia nak teknikal. Sebenarnya dia tak faham term teknikal bagi seorang developer kot. Aku rasa dia ingat teknikal ni cuma format2 komputer, pasang2 kabel, network, keje2 yang berpeluh2 tu padahal buat database, oracle, Microsoft tu technical skills la kak....Bengang je aku yg ni. Nasib baik aku cepat2 teringat yang dia staff government. So, mebi betul la kot dia ingat keje2 networking, install2, repair2 je technical. Hurmph....

6.Soalan general, aktif in sports tak, kelab, result kat U. aku konon2 cakap aku pandai kot. Dah tu takkan aku nak pegi cakap kat dia, Sir, I am very stupid. Kau gila? Bila dia tanya pasal pencapaian blabla aku rasa time ni kita kena bangga diri. Sebab ni je time kita nak impress dia.

7. Kelebihan diri ko. AKu dah senarai 5,6 kelebihan. Dia nak lagi. Last2 aku cakap tu aku dapat pikir wat masa skrg..Dah blank. Tapi setiap 1 tu elaborate la panjang2.

8.Kenapa nak keje gomen. Boleh tak aku jawab camni? Sebab saya rasa saya layak. Hehe takde lah. Ni korang goreng la sendiri ye. mane la aku tau kenapa korang nak keje gomen. AKu sebab mak aku berharap sangat. AKu ikutkan je. Tak kisah janji duit masuk, aku berlaki, laki aku bagi nafkah kat aku nanti.

9. Tugas2 PTM.

Lagi, aku dah tak ingat. Basically cara aku menjawab dan bersoal jawab dengan diorang kene nampak mcm kita tahu walaupun tak tahu, kena yakin, English plak kene la fluent sket walaupun mu ore kelate, mu jange la kecek Englihhh bunyi kelate weh. Kalau nak menipu pun agak2 la, jangan ko tipu terus sebut and tembak term gempak tapi bile die tanya deeper terus ko tak tau nak jawab pape. Camtu la.

Session aku lama jugak, aku rasa dekat 30 minit tak pun lebih. tapi bilik M tu aku perasan memang 20-30 minit sorang. Sebab aku tengok bilik lain standard dalam 18-20 minit je. Maybe interviewer bilik M memang mesra. Mesraaaa~~~

Choy sangat2 hokey sebab aku tertinggal handbag dalam bilik tu. Dah next candidate masuk, aku terpaksa sengih2 kerang busuk gi ambik handbag aku. Interviewer tu gelak je pastu org2 duk tunggu kat lua bilik tu lagi laa duk gelak kat aku. Ini tidak bagus. Telah mereveal sifat cuai aku.

Ini plak soalan kawan2 aku dapat tadi.
1. IMAP and POP3. Bezakan.
2.SOHO
3.Data Center.
4.Camne nak setup server. Kat mana? kalau bangunan tinggi, nak letak server atas ke bawah ke tengah ke. Tengah kalu, kenapa? Atas kalu, kenapa? Bawah kalu? kalau banjir? Yang ni sumpah aku pon x tau. Yang aku tau kena tempat sejuk sebab takmo overheating. Latitud, tinggi, koordinat, aku tak tau hokey. Jangan tanya mak, ok nyah!
5.1 Malaysia. KOnsep.
6. Kenapa mualaf kalau nak convert agama asal or org Islam nak convert tak boleh? Padahal konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan. Kalau dahulukan rakyat, apsal lak bile nak tuka agama, tak bagi? kate dahulukan rakyat? haaaa, korang..jawab2.
7.Normalization.

NI edy penah dapat soalan ni.
-SIFAT2 NABI. alim sungguh soalan si edy ni dapat.

kadang2 ade yg tanya rukun iman, rukun islam. tidak dilupakan rukun negara.

Itu jela yang saya dapat ingat.
Aku tak mengharap pun untuk dapat. Dah panggil interview aku pergi, dapat tak dapat belakang kira. Janji aku buat mak aku senyum sebab dengar cakap dia suruh pergi. Walaupun aku dah accept dah kerja baru 1st July ni. Kalau tak dapat anggap la takde rezeki. Rezeki kita masing2 Allah dah tetapkan. Kadang2 apa yang kita suka kita tak dapat, dan yang kita tak suka, kita dapat. Anggap jela tu ketentuan Ilahi. Semua terjadi ade sebab, akibat dan hikmahnya.

Lagipun tadi kawan aku cakap, calon interview ada la dalam 10 ribu lebih. Kekosongan 200 je, pastu calon simpanan sedia ada dah 300. So, aku tergolong ke dalam yang bertuah tu? Sebab tu la, taknak berharap. :) :) :)

Good luck pada rakan2 yang belum interview. Yakin pada diri sendiri. Yeah.

FUH, aku respek sapa baca sampai abis entry ni. Babai.

Berfikir Sejenak Sambil Berjiwang

1) Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu dihati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2) Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3) Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamunapa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4) Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5) Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6) Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7) Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8) Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9) Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagukegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, keranadia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10) Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11) Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saatharinya tiba dia akan mengirimkan SMS'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12) Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13) Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14) Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15) Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

20) Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21) Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22)Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23) Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.



Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas

kepada kamu? Jika

ada,jangan pernah mensia-siakan orang tersebut...

kamu akan menyesal

melakukannya!

Nota buku lali: kalau korang dah ada laki, bini, tunang, awek, pakwe, ada pulak orang pscho duk tunggu-tunggu tak payah la layan beb! Cari nahas.

Monday, June 22, 2009

Unit Trust

Aku nak tanya, ada tak sesiapa yang bagi nombor aku kat Unit Trust Agent.

SORRY, I'M NOT INTERESTED. Tapi perempuan cina ni bebal tak faham bahasa nak jumpa aku jugak. Siapa tau macam mana nak screen number orang, bagi pengguna Sony Ericsson? Aku tak jumpa option tu.

Bukan aku takde awareness, cuma aku tak suka orang call dan paksa-paksa. Aku tau banyak benefit benda-benda berkaitan saving, takaful, Unit Trust ni cuma jangan memaksa, aku jadi sakit hati.
Kalau aku nak, aku sendiri AKAN CARI.

Lain kali kalau ada diorang mintak refer number kawan-kawan tolong bagi number ni 012 6056785 or 012 9222519. Nombor ni dah arwah dah pun. Sekian.

Nota buku lali kiri: Man dah tak call aku dah pasal dia ingat number tu number lelaki pasal masa dia menggatal call and sms, aku suruh eddy call balik dan mengaku number dia. Gunakan kaedah ini. It works.

Nota buku lali kanan: Kalau nak ambik Unit Trust or Prudential blabla aku rasa hubby Hid buat ni kan, so better aku cari agent di kalangan kawan-kawan dan saudara-mara je.

Tentang Kerja. Pertukaran?

3.44 pm tadi aku call SW and accept the offer. Yuhu. July, i'll no longer be in cyberg. Damn it, will miss the clear traffic.

Tapi aku memang merancang meninggalkan XXX secepat mungkin. SW kalau boleh nak aku masuk cepat-cepat tapi aku nak keluar XXX hujung bulan sebab, well u know la satu company tu berbelit-belit kan, nanti tak pasal-pasal ada problem pulak ujung-ujung.

Tapi yang tak best of course la kan jalan jam tu aku kena hadapi, sebab yang ni kat PJ. Tol pulak RM1.60 x 2 setiap hari. OK la pasal aku tak payah fikir soal makan minum sebab SW menanggung makan pagi dan tengah hari. Tunjuk pass kat cafe, yea, makan free. Tapi makanan foodcourt jela kan. Dah tu aku budget nak dapat starbucks or old town ke? Tau la bawak tu ada starbucks.

Company ni Sdn Bhd je, tapi oleh sebab aku dah ada nightmare di syarikat Limited yang suka putar alam tu yang berannual leave 10 hari je tu, kali ni lebih baik berada di syarikat kecik je dulu. Janji dia nak bagi aku bonus 1-5 months wakakakak lepas tu makan free, fix allowance dan free season pass parking.

Tapi apa-apa hal, terima kasih banyak-banyak kepada XXX. Banyak jugak aku belajar dari training yang diorang conduct. XXX adalah the best training company kot, aku rasa. Tapi lepas training tu, kau bersedia la diputar alam kat diorang. Department aku je kot malang tak berbau. Boss sendiri pun aku tak nampak batang hidung dah. Medical pun memang best, XXX cover sampai 100K USD, boleh buat spek free, dental pun cover asing, sekali siap maternity. Rugi je aku tak beranak tahun ni. Apa-apa hal, aku tetap bersyukur dan berterima kasih pada XXX sebab dah banyak bagi aku peluang explore training dan juga bagi aku peluang untuk aku lebih mengenali satu syarikat tu. Lain kali, aku akan lebih berhati-hati dengan orang bermulut manis. Siapa cakap manis ni, biasanya habuk pun tarak.

Kepada kawan-kawan, terima kasih sebab sudi menerima aku sebagai sahabat di XXX. :) Tsk. Tersedih pulak tiba-tiba. Shy, sorry ye tak sempat tunggu ko balik august ni yek? Tapi ko pergi Singapore pun tak tunggu aku wakakaka. Kepada Reen, aku try tarik ko, kalau ko minat. Hehehe.

OK aku kena bercaiyuk untuk interview gomen pulak. Takpe, bukan aku tamak sebab dah dapat betis nak peha. Ko rasa dari segi gaji, gomen tu diandaikan sebagai peha ke betis?Haha. Banyak kelebihan gomen which is senang nak buat loan, medical, pencen, tapi kalau aku kerja di private sector betul2, gaji ok, bonus banyak, epf banyak,buat apa nak buat loan? Baik aku bisnes sendiri dan kumpul duit sendiri. Harap hutang bank buat apa. Lagi bagi kaya diorang dengan interest. Lagipun tak sure kan gomen tu dapat permanent ke kontrak. Aku keje private pun, permanent, ape? Hihih. Aku berharap, aku tak masuk mulut buaya lepas keluar mulut harimau. SW, here i come. XXX, gudbye. So long. :)

Eh tapi aku belum resign la. Ambik 24hours notice jela. Dan tidak dilupakan untuk encash annual leave. walaupun, 3 hari je? :( sob sob.